Okay hari ni rasa nak share resepi ringkas.... yang di beri nama Udang Lemak Cili Padi. Memandangkan bulan puasa tak lama lagi, boleh la uols try. Puasa kan sebulan. Jadi menu ni boleh masuk dalam wishlist uols. Mudah sahaja.. bahan-bahan pun sonang. Ni kira 1st time hakak masak lomak.. Dekat rumah sewa memang tak ler masak lomak ke kari ke sup ke.. paling kuat rajin pun masak Spaghetti je. Muehehehe... Sekarang ni bukan jaga perut iols sendiri. Kena jaga perut anak orang jugak khaann. (^^,)
Udang lemak + telur dadar + kobis goreng = Happy tummy.!
Lauk makan berdua. Licin! Senang basuh pinggan. (^___^). Okay bahan yang di perlukan ;
1) Cili Padi (7-10 batang) ikut suka nak pedas kaw ke idok
2) Kunyit hidup besar ibu jari / 2 inch
3) Serai sebatang (jangan lupa ketuk!)
4) Garam
5) Udang (anggaran 500g)
Cara - cara :
1) Tumbuk/blend cili padi + kunyit hidup
2) Panas kan minyak dalam kuali.. Tumis kan bahan (cili padi + kunyit yang siap di tumbuk/blend)
3) Aroma tumis da bau satu rumah, Masukkan santan 1 cawan. (hakak guna santan kotak saje. Tak dan nak peperah santan sekarang ni) =P
4) Kemudian tambah air.
5)Bila da mendidih,Masukkan serai yang sudah di ketuk tadi. (sayur kacang panjang/tomato/kentang)
6) Masukkan garam secukup rasa
7) Lastly masukkan udang.
8) Bila udang sudah bertukar warna merah, boleh la kita padam kan api..
Taraaaaa.. siap sudah menu makan malam hakak semalam. (^^,) Thanks reading! Moga membatu dan bermanfaat buat kalian...
OhMissBlossom__said : Anyone yang da pergi Floria 2016 dekat Putrajaya..? Cer komen sikit cun ke idok.?
Wah... Sedapnya....
ReplyDeleterajinnye..hehe :)
ReplyDeleteRajin nya sis.. Menggoda nya udang tu. Huhu!
ReplyDeleteMudah ja, suka masak lemak ni, makan kat kedai sebab kat umah ni cheq sorang ja suka..betul udang tu lagi buat lapar ni
ReplyDeleteMasak lemaklah paling mudah akak rasa. Anak-anak pun suka. Kiranya memang berlemak-lemak juga kita orang tiap minggu. Ada-ada aje yang nak dimasak lemakkan tau!
ReplyDeletefeveret saya masak lemak udang ni..tapi kalau saya masak, saya akan tambah cendawan dalam masak lemak tu...hehe...
ReplyDeleteMmg happy tummy dik..,msk ayaq tgn....mmg besttt
ReplyDeletedah lama tak makan udang masak lemak cili padi =)
ReplyDeleterajinnya dia.. sdp tuu.. untung encik suami.
ReplyDeleteSEDAPNYA MENJAMU SELERA...TERLIUR MANDANGNYA
ReplyDeleteudang masak apa pun sesuai
ReplyDeletelemak, cili, kari, goreng tepung..
eh! buat rencah pun ok..
kalau lemak tu...terasa-rasa kemanisannya kan?
Sis dpt email saya tak?
ReplyDeleteSedap..masak lemak cili api ni ikan ke daging ke ayam ke semua sedap..udang kira paling mabeleslah
ReplyDeleteSedap..masak lemak cili api ni ikan ke daging ke ayam ke semua sedap..udang kira paling mabeleslah
ReplyDeletesedapnya kak :D okay lapar xD
ReplyDeleteGilaaalahhh . nampak best makanan tuuuh . terus perut berkeroncong. >,<
ReplyDeletePerghhhh! menu peberet nih... nyam2 :)
ReplyDeleteLeh lah masuk list menu berbuka hehe
ReplyDeletewow sedapnya.. yum yum.. Nanti bole try masak ni.. :)
ReplyDeleteCikLa Shahril : alhamdulillah! hehe ciklaa blh cuba =)
ReplyDeleteYana Libra : Simple2 je YL =D
ReplyDeleteAnonymous : tq dear, hahaha menari2 udang
ReplyDeletebabYpose : Kan kak! hahaaha.. iols peminat tegar kak masak lemak ni..
ReplyDeleteMummydearie : kan MD! Hahaha mmg ternak lemak la cte dia ni.. sama la kita =D
ReplyDeletewahida : Sama! wahh nj try jugak la lps ni letak cendawan =)
ReplyDeleteKayu Manis : btul tu kak! =) puas hatiii
ReplyDeletemunirah mansor : kita pun! sbb teringin tu yg buat jugak =D
ReplyDeletenuyui a.k.a miss YUI : sedap kn yui!. heheh thank you yui =)
ReplyDeleteparidah : hihihi sedap kak.. cara pun mudah kn =)
ReplyDeleteKhairul Bariah : Haaah btul2 =) rasa manis udang tu hehehe
ReplyDeleteZafirah Nazri : done dear =)
ReplyDeletePuan Kutu :btol kak! adeh melelej air liur pulak.. haha
ReplyDeleteClaudia Claudy : Hahaha...kann! =D peberet sgt makanan berasaskan udang ni =)
ReplyDeleteKim Chaa : hahaha perut menari dangdut ke rock kapak yunk? =P
ReplyDeleteMyra Jay : Hi5 sikit! hihih =)
ReplyDeletect cheery : yeay! sila ct =)
ReplyDeleteMummy Julia : try mummy! mesti hero2 suka =)
ReplyDeleteJarang buat udang masak lemak cili padi...selalunya buat sambal jer. Kalau udang besar lagi sedapkan Aina
ReplyDeletefeberet ni
ReplyDeletehainom OKje: Sedap makkk! huhu
ReplyDeleteLYAfrina : sama! hihi =D
ReplyDelete