Thursday, July 28, 2016

~ Review : Ayda Jebat Shawl ~

Assalammualaikum....


Bukan main berpusu pusu jamuan raya uols ye! Sama la kita... ada beberapa invitation for Hari Raya gathering termasuk hari ni. Department iols last week da buat jamuan raya. Semalam, jamuan raya team Sarawak Resource Development Gas pulak. Since depa invite makan free sis okaaay je. Cun sangat la tu. (^^,)

Memandang kan masih bulan raya.. mood hakak pun hari hari Hari Raya lerr.! Semalam masa jamuan raya SKRD, saja la iols pakai jubah dan di gaya kan dengan Ayda Jebat Shawl. Kita pakai paling simple da ni.. Huhuhu. Tapi ramai yang tegur shawl kita cantik! adoii cana ni.. tak makan lagi da rasa kembang semangkuk. Eh thank you la puji shawl kita jeee. Kita x cantik ke?! Lol. Hahaha.

Share sikit gambar semalam... (^^,) Shawl colour Light Mint.

Okay, mostly shawl or tudung yang aku pakai memang dari koleksi Aryana Couture. Hakak da serasi dengan tudung sendiri... jarang sangat beli shawl dekat luar sebab ada yang tak berapa panjang, tak berapa labuh. Memandangkan iols jenis yang cerewet, jadi memang sangat teliti especially dari segi kain dan jahitan tailor. Sebelum nak berniaga haruslah aku try dulu, lepas da QC dan rasa sesuai baru lah boleh promote. Betu tak..? Ayda Jebat shawl ni material Itallian silk. Kain tak licin, tak jarang. Lebar dan panjang. Contoh seperti di atas. Haa bukan iols je suka, ni sis tepek sekali testimoni customer yang di hantar oleh team Terengganu.. 


#santeknyediaa

Harga..? Rm 25 termasuk pos utk SM.! Biasa kita jual 2 helai rm 40 exc pos. So kalau uols yang nak beli ni pembaca blog Cherry Blossom, kita kasik flat price! Nak order.? Boleh Whatsapp 0132523620. Ada 10 warna yang gojes ni uols. Insyaallah next batch ada warna baru.. Any update boleh follow Ig @aryana_couture

Pilihan warna 1st Batch.

Thanks reading..!


OhMissBlossom__ said ;  Any talented model yang nak menggayakan shawl aryana couture, kindly whatsapp 0132523620 / Email : ainayazidwrites@gmail.com.  (^^,)


Friday, July 22, 2016

~ Kuih Keria Antarabangsa di Melaka ~

Assalammualaikum....


Hi semua...(",) seminggu iols menyepi maklum la busy beraya. Raya kan sebulan! Hewhewhew.. Minggu lepas parents aku datang KL, datang beraya and aku of course la nak join sekaki. Since Johor ni cuti da lain sikit jadi masa tu jadi limited sangat... Family aku sampai hari Jumaat petang, Sabtu pagi kitorang bergerak ke Semenyih dan terus turun ke Melaka rumah Mak Ngah aku.

Melaka ni bagi aku best la. Dah la banyak tempat makan best, lepas tu banyak da upgrade kalau nak dibanding kan dengan Melaka yang dulu.. Di sebab aku orang luar jadi teruja dia tu lain pesen sikit nak berjalan saja. Nasib baik hakak tak packing baju spare, kalau tak memang da ajak husband check in memana. Hewhewhew.. (^^,) Mission aku selain beraya aku nak cari Kuih Keria Antarabangsa... 

Kuih Keria Antarabangsa

Famous rupa nya kuih keria ni.! Sedap. Unik nya kuih keria dia takda pun gula putih... rangup di luar lembut di dalam (isi lembut). Ni lah dia yang di panggil Kuih Keria Antarabangsa sekilas pandang macam kuih Penaram (ke kuih cincin tak tau laa bahasa saintifik nya) Comel lotey padu. Harga sebijik 50 sen standard kuih sekarang. Aku beli rm 5 untuk 10 biji. Husband pun suka. Lagi satu uols..... Haaa peringatan ye! Kuih ni kena tempah dulu rupa nya.. hahaha. Aku main terjah je acah acah macam nak beli keria biasa. Sekali dia panggil nama yang order dulu terus aku rasa macam takde harapan nak merasa!

Senarai nama yang order 2 muka surat cheq oi...!! ternganga kejap hakak.

Tapi tu la, rezeki Allah bagi kan.. alhamdulillah ada baki 14 ketul keria ni.. jadi dapat la aku beli 10 biji. Sebab ada sorang brother tu nak beli 4 biji. Masa tengah bungkus keria ni, akak tu sembang dengan aku ;

Akak keria ; Lain kali call dulu dik, kitorang reserved.. kesian kalau datang jauh jauh tak dapat beli

Aku ; Tu la kak, saya baru tahu. 1st time beli ni hehehe

Akak keria ; Oh yeke.. duduk mana.? Ni simpan no telefon... lain kai call dulu ye. Ni nasib baik ada baki...

Aku ; Ok kak, insyaallah tu laa memang rezeki dapat jugak rasa. Duduk KL, tapi datang beraya rumah mak cik. Memang selalu ramai ke kak.?

Akak keria ; haah ramai, tu yang diorang call dulu. sekali goreng 400 biji... untuk goreng je ambik masa 40 minit lebih kurang

Aku ; *terkedu sambil sengih* Nanti datang Melaka saya call nak order. Thank you kak...


Next time datang melaka nak beli awaaa lagi.!

Kalau datang Melaka sila lah cuba kuih keria antarabangsa ni dan boleh contact Kak Zura ; 012 691 4026 untuk tempahan. (^^,) Location.? Waze saja... iols waze terus dia bawak sampai depan kedai. Hehehe..

Thanks reading.!


OhMissBlossom__said : Minggu depan banyak jamuan raya. Makan free la kita, banyak open house Department gituu.! Office sapa yang da buat jamuan raya..?



Friday, July 15, 2016

~ DIY Easy Beauty Tricks ~

Assalammualaikum...


Salam Jumaat buat semua. (",)

Ada yang ber tanya, apa rahsia kulit sihat dan lembut.. Hehehe. Segan hakak. Tak ada rahsia sayang sekalian. Untuk muka sis pakai Nutriganics Drop of Youth (Body Shop). This product it contains Criste Marine Plan stem cells which is well known as one of ingredients that help to maintain your young skin and delay aging. It's also good to enhance surface skin renewal. Pakai malam je sebelum tido sebab nak jimat. Jadi tahan la 4-5 bulan. Hehehe.. Untuk badan, kita pakai Body Butter Honeymania (Body Shop). Wangi dan kulit rasa moist je. Harga affordable jugak sebab boleh tahan lama berbulan-bulan. Tips, beli masa sale.!


So, hari ni iols nak share sikit tentang tips kecantikan. Nak cantik tak semestinya kena pakai produk mahal. Boleh juga amal kan tips kecantikan cost saving dengan kaedah DIY. Do it yourself menggunakan bahan-bahan yang menjadi kegunaan harian kita. Paling penting ia nya semulajadi dan tiada campuran bahan kimia yang terlarang. Betul tak.?



Menjadi impian setiap insan bergelar wanita untuk kelihatan cantik dengan kulit yang halus mulus dan rambut yang lembut. Lebih-lebih lagi dengan penggunaan bahan bahan semulajadi yang murah dan mudah untuk di dapati, tak perlu berhabis wang ringgit hanya semata untuk ke spa yang mahal. Dekat rumah pun boleh ber-spa okay! Apa yang anda perlu kan adalah dengan mengikuti DIY beauty tips and tricks seperti berikut ;



1) Serbuk Kopi

Tahukah anda serbuk kopi merupakan agen anti oksidan yang baik untuk tubuh badan kita..? Untuk pengetahuan uols, selain melindungi sel-sel tubuh badan kita, serbuk kopi juga boleh di jadikan sebagai homemade scrub pada muka dan bahagian badan. Ia berfungsi  menghilangkan sel kulit mati dan menjadikan kulit kita lebih halus dan paling penting, cantik secara semulajadi.! 



2) Tomato

Peberet husband iols tomato ni. Hihihi.. Selain sedap di ratah begitu sahaja, tomato juga berfungsi dalam meng-halus dan mencerahkan kulit muka kita. Uols boleh gunakan buah tomato yang dikisar lumat sebagai Mask dan di sapukan pada permukaan kulit. Biar kan untuk seketika sebelum bilas dengan air bersih... Hasil nya.? Kulit terasa segar bagai kulit bayi. Must try okay. (^_^)


3) Uncang Teh

Kalau pekena teh petang petang, jangan di buang uncang nya.! Haaa.. kita re-use uncang teh ni untuk memiliki mata yang bersinar dan kelihatan segar. Siapa yang ada eyebag 2 kilo tu meh cuba tips ni. Letakkan uncang teh yang telah di gunakan pada kedua-dua kelopak mata. Selain dari uncang teh, kita boleh jugak menggunakan jem strawberry sebagai alternatif. Unik kannn? 


4) Aloe Vera

Tips seterusnya... Haa mudah sahaja untuk memiliki rambut yang sihat secara semulajadi. Cara nya, potong aloe vera atau daun lidah buaya dan ambil bahagian putih yang terdapat dalam bahagian aloe vera tersebut untuk di sapu kan ke bahagian rambut anda. Ia bertujuan untuk munyubur kan rambut, melembabkan kulit kepala dan seterus nya mencegah rambut gugur.

Mudah tak..? Kopi, uncang teh, tomato ni biasa nya ada je stok dekat rumah kan. Kalau tak de pun boleh beli dekat kedai. Pokok lidah buaya pun tak susah nak carik. Ada yang jual dalam pasu. Zaman sekarang ni semua benda boleh DIY. Syarat nya, kena rajin je uols.! Hehehe.. 


Thanks reading.!


OhMissBlossom__ said ; Selamat mencuba...! Jom gorgeous sesama... ('',)



Wednesday, July 13, 2016

~ Syawal 2016 : #TeamRayaKampungSuami ~

Assalammualaikum...


Hi uols.! Salam Syawal ke-8 ('',)

Da puas hakak melemang dan merendang, jadi hari ni kita kosong kan perut buat puasa 6 sekali puasa ganti... Apa cite raya uols..? Huuhuhu... Hakak tahun ni balik rumah mertua. Tengok hashtag hakak tu hah.. #teamrayakampungsuami siapa lagi yang balik kampung suami dlu..? hi-5 sikit.! (^__^)

Sis dan husband bergerak ke Pahang pada hari Isnin malam... Bagi laki Iols makan kenyang kenyang, lepas tu singgah Petronas belanja dia kopi. Bia cerah sikit mata nak bawak kereta. Hakak..? Hmmm sampai highway Karak da terlena weii. Sedar sedar da sampai depan rumah mak mertua. Hewhewhew. Co - pilot yang berjaya sangat! Trafik malam Isnin tu, Alhamdulillah berjalan lancar.. tak la weols merasa jem tak bergerak sampai berbelas jam.. Kalau jem tak gerak mau sahur dalam keta agaknyaaa la. Hihihi...

1 Syawal 2016.


Tak lengkap ni.. Ada dua orang yang tercicir.

My second family.. Maafkan hakak. kesilauan

Baru sis tahu macam mana perasaan beraya tanpa mak ayah dan adik adik di sisi. Syahdu bak hang..! Menitis sikit la ayor mata ni... kalau tak menitis nanti uols cakap hati sis keras pulak. Takpela sis dramatik sikit. Nak nak lagi bila pagi raya call Mak iols, dia nangis dulu. Guana la hati sis tak di runtun pilu..Huhuhu. Takpe mak tahun depan weols raya Johor pulak! Insyaallah. 

Menu raya..? 

MIL sis masak Laksa Johor, Rendang Ayam berserta lemang. Ini lemang bukan sebarang lemang haaa.. Ini Lemang Periuk Kera punya. Sapa pernah rasa lemang periuk kera.? Ni la pengalaman pertama hakak makan lemang periuk kera. Hihihi, batak la kejap. Sebab tak pernah jumpa apatah lagi makan. Alhamdulillah rezeki kennn.. Sedap! merasa la kita lemang periuk kera. Lemang biasa tu da selalu makan. (~_^)

Ni la rupa Lemang Periuk Kera 

Kita rindu dengan menu raya Johor, Nasi impit, Ketupat Palas, Lemang Redang, Kuah Kacang, Lodeh, Ayam Kicap, Ayam Merah, Ayam Rendang. Tak pelah carry forward tahun depan. (^^,) Insyaallah merasa pulak suasana Raya dekat Johor. Hihihi... So, raya kedua kita ke Segamat, jumpa la dengan family iols pulak. Beraya Segamat, kampung ayah, turun ke Batu Pahat, Kluang, Parit Raja lepas tu terus balik JB. Mengah dengan makanan uols.. malam tido aku n husband kena letak minyak dekat perut.. tu la makan tak ingat. Ke-senakan dedua. Hahaha.. 

Okay la, panjang pulak membebel. Excited nak menaip, coretan pertama raya berdua la kata kan.. Uols macam mana pulak..? 

Thanks reading!


OhMissBlossom__said :  Minggu ni kita sambung beraya lagi ye.. Rumah pakcik makcik kenala singgah. Ye dok..? Selamat hari raya uols. Jom ziarah menziarahi, erat kan silaturrahim.




Friday, July 1, 2016

~ Sampul Raya 2016 : RHB & PETRONAS ~

Assalammualaikum...

Salam Ramadhan yang ke 26 sayang.! 


Sampul free sapa tak suka oii..!

Alhamdulillah. Tahun ke-3 berkongsi rezeki. Jimat jugak dapat sampul free ni. Kalau iols tak dapat sampul, boleh la sebat sampul husband. Ada 17 pek RHB bagi. Huntong laaa. Hewhew. Okay, balik pada tajuk entry, ini lah rupa pek raya tahun 2016. Petronas punya sampul tahun lepas cantik tau. Sapa ada dapat.? Iols ada lebih. Saja simpan buat kenanga menggamit memori. Eh. Muehehe. 

Tahun ni duit raya sis bagi hak samarata je... Tak macam tahun lepas, ang besar sikit lebih sikit la dapat. Tahun ni ang kocik ke besau ke semua sama je. Maklum la dalam proses financial recovery. Paham kan kan.. Yang penting mak ayah n adik beradik kita dulu kan dulu. Dapat jugak merasa hasil dari titik peluk hakak.(^__^)

Buat sepupu sepapat yang muda belia lagi tu insyaallah dapat. Family besar (merangkap pak cik makcik belah mak ayah aku) punya rules selagi tak keje boleh lagi dapat duit raya. Tu yang seghonok! 4 tahun iols degree still dapat lagi duit raya walaupun final year umo masa tu da 24 tahun. Segan la jugak.. sampai iols taknak ambik tau! Tapi rezeki jangan di tolak diknon. (~_^)

Sampul raya mana yang cantik tahun ni eh..? Dengar cite Standard Chartered punya sampul raya cantik..betoi ka? Huhuhu. Okay uols, di kesempatan ni kita nak ucap kan ;


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...Salam 0-0 okay?

Sambung cerita lepas raya pulak ye. Nak tahu jugak pengalaman raya uols tahun ni.. Hehehe. 
Thanks reading!

OhMissBlossom__said :  Weekend ni bersiap sedia pulun tenaga kemas rumah kemas baju... Mood balik kampung n raya dah sekarang ni. (^__^)