Friday, May 11, 2018

~ PRU 14 ; Malaysia Reborn ~

Assalammualaikum.....

Da setengah tahun rupanya tak jumpa jalan balik ke blog... Kekekeke. Okay, first thing first Congrats Tun M.! Welcome back to Putrajaya... (^^,). Siapa pun pentadbir negara, yang penting hak dan kebajikan rakyat terjamin. 

Gigih jugak ibu dukung Zara masa mengundi. Terima kasih pegawai SPR yang bertugas bagi iols masuk dewan dulu. Kemain panjang beratur dekat saluran mengundi iols. Tahniah anak muda, terlaksana sudah tanggungjawab.

Sama sama kita tunggu perubahan dalam pemerintahan kerajaan baru. Sebak tengok Tun M, umur 92 tahun masih gigih memerintah. To my children in future, ibu belum ada lagi masa Malaysia merdeka. Tapi insyaallah ibu boleh cerita macam mana setelah 60 tahun kerajaan bertukar. 





Malaysia need TRUE. HONEST. KIND Leaders. May Allah blessed us.

OhMissBlossom__Said : Husband tanya " Awak undi kerajaan ke bukan kerajaan?" Undi tu kan rahsia.. mana boleh bagi tau =P




Friday, January 12, 2018

~ Permulaan 2018 ~

Assalammualaikum....

Happy new year!
Welcome 2018 (^_^)....... Harap tak lambat wish naa. 




Tahun baru, azam baru, kerja baru.! Eh.?? Alhamdulillah after 3 and half years journey with Petronas Upstream, it's time for me to make a move. Teringat ayat boss masa farewell rabu lepas ;

" We are welcoming you back if you change your mind "

Yessss this is heartbreaking, but for salary jumping and experience growth i have thoooo. Needless to say I'm bidding goodbye to Petrophysics Department. Seriously, I gained wealth of knowledge here which I will treasure forever. Huwaaa mata masuk habuk pulak. Apply kerja masa maternity saja gatal tangan, confinement period kan tak de buat apa sangat selain online shopping. (^_~) Huhuhu.. Seminggu naik kerja dapat interview, 2 minggu naik kerja dapat offer letter, tak sampai sebulan naik da nak resign. Pening bos iols nokkk... =P

Mungkin ni la yang orang cakap rezeki anak. Alhamdulillah, Allah permudah kan. Future company ni dekat sikit dengan rumah. So, quite convenient for me. Baby fully BF, sekarang fasa kuat menyusu.. Tak sampai petang susu da habis bagi 4oz x 5. Boleh bayang.? mana tak ibu makin kering persis ikan kering... hewhew. Bila susu habis, gelabah la nak balik dari KLCC ok travel to Seri Kembangan dengan jammed nya alahai.. tak mau la tua atas jalan je.

Is not easy to made a decision. Sampai demam fikir... lepas istikharah demi istikharah baru buat keputusan. Semoga Allah bantu dan ini yang terbaik, demi anak jugak hehehe. Yela, da jadi mak mak, apa apa hal anak mesti kita fikir dulu yedak mak mak veteran.? hehehe. From oil n gas industry kita lompat pergi medical line... Hopefully i can served people with my best. Amin. Permulaan 2018 yang baik, semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum nya. Azam uols apa.? Semoga 2018 di murah kan rezeki, di permudah kan segalan urusan & tercapai segala hajat yang belum tercapai.. Paling penting, azam pertingkat kan amal ibadah. Sama sama kita mengingati, tahun depan iols 3 seriess omg I'm getting old ~ ~ ~

Sekian, done update 1st entry 2018. =P


OhMissBlossom__said ; Ibu ibu berjaya BF baby sampai umur berapa..? mind to share with me....? If ada milkbooster atau apa apa amalan banyak kan susu sila kan komen.. Tq~! 






Wednesday, December 20, 2017

~ End of 2017 : My Bundle of Joy ~

Assalammualaikum.....

Salam penghujung 2017 uols! Oh yaaa sorry lama tak update. Fuh fuh.. tiup sawang dekat blog. Maklom la baru keluar gua. Kikikiki... Jiran jiran blog I sihat sihat dak.? (^_^) Ada saki baki sebelum 2017 melabuh kan tirai nya, boleh la noo sis nak ber celoteh sikit. 

September 2017
Pengalaman yang memang sampai bila bila tak akan lupa. Alhamdulillah, 38 minggu 2 hari Iols selamat deliver baby girl seberat 3.15kg secara normal di Hospital Putrajaya. Sekarang da nak masuk 3 bulan usia puteri ibu & ayah ni.. Hehehe. Nama di beri Zara Medina binti Muhammad Haniff. (^^,) 

Ibu tau, Zara scan muka ibu =P

Nak di jadi kan cerita, adik iols kawen bulan 9 haritu.. padahal kalau ikut due date nak beranak 6 Oktober 2017. Kira ada 2 minggu lagi la.. jadi aku dengan senang hati balik la Johor. Elok je majlis habis, malam tu da start sakit. Makan pun tak selera. Kita ni takde pengalaman mana laaaa tau tu contraction. Hewhewhew... Ingat false alarm. Tak tau pulak 2 hari lepas tu beranak betul chuolss.. nasib baik tak terberanak dalam kereta masa otw balik KL. Hahaha. 

Elok je sampai KL, pagi Isnin pukul 3-4 pagi sakit tu da kerap datang. Boleh kata kan 15 minit sekali, masa tu husband suruh siap-siap nak p hospital.. Sampai hospital pukul 6.45 pagi, tudiaa Doktor check jalan da 5 cm. Terus masuk labour room. Kalau tunggu lagi dekat rumah tak tau la jadi apa nonnn. 

Pengalaman sepanjang preggy..? Fuhhhhhhh sungguh mencabar, kalau ingat balik bleeding 4 kali sampai kandungan 20 weeks, morning sickness sampai 6 bulan, macam taubat nak ngandung lagi... hahaha. Tapi, Allah maha adil, maha penyayang...maha pengasih. Proses melahir kan Zara Medina sangat mudah & di permudah kan. Sakit contraction jelaa mak menangung 48 jam. Gunting & jahit semua da tak rasa lepas tu.. iols siap boleh tertido pulak masa jahit. Wkwkwkw...

Masa os 7 cm onwards masa ni paling kritikal.. huhuhu sebab sakit da kerap, setiap kali sakit je genggam tangan laki... laki iols cakap nasib baik tangan dia tak patah. Kahhhh, masa dalam LR  support dari husband sangat membantu (for me laa). Last check bukaan dalam 12 lebih, diorang akan check OS selang 2 jam. Pukul 1 lebih memang sakit tak boleh nak tahan, suruh husband panggil nurse. Nurse pulak keje nya asik laa nak keluar kan air kencing pakai tiub. Sampai naik bengang jugak la masa tu. 

Boleh nurse cakap " oh 7 cm lama lagi ni..." iols da rasa nak terberak ni nurse sapa yang nak beranak sekarang ni. Huhuhu.. lepas tu baru la check jalan. Baru nak check, tengok tengok kepala baby da nampak.. Siap panggil husband suruh tengok. Masa tu husband terus cakap " Sikit lagi B, rambut dia da nampak..."

Keluar je Zara Medina, segala sakit semua hilang ni serius.... Yang ada satu perasaan lega dan syukur semua nya da selamat. Semoga Zara Medina membesar dengan baik & sihat serta di sayangi semua orang. Sekarang ni kesayangan sebab cucu tunggal dua belah keluarga hehe. Tak lama lagi Zara dapat kawan. Tahun depan sepupu Zara Insyaallah lahir. Semoga adik ipar & kandungan nya selamat hingga bersalin nanti. 

Sekian, Thanks reading..! (^_^)



OhMissBlossom__said : My dear Zara Medina, If satu hari nanti Zara baca blog ibu.. yang baik jadi kan panduan hidup ye sayang.. love you forever.