Friday, May 12, 2017

~ I'm Back.... (^_^) ~

Assalammualaikum...


Hi uols! Good morning. (^__^)




Salam Jumaat & Salam Nisfu Syaaban. 
Alhamdulillah, buku catatan amalan kita telah di ganti dengan buku amalan yang baru. Semoga, tercatat kebaikan di halaman pertama. Aminn! Lama sungguh tak update blog. Maaf ada masalah kesihatan sikit. Alhamdulillah I'm getting better. Thank you buat kawan kawan yang mendoakan kesihatan sis. Hehehhe..

Insyaallah, entry mukadimah ni pendek saja... Kejap lagi kita blogwalking noh. Di kesempatan ini, iols doakan semoga anda berjaya dunia & akhirat dalam apa jua yang anda lakukan. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendak nya. Pejam celik pejam celik dan nak puasaaaa! Cepat nya masa berlalu. Haih, seller kuih raya sekarang ni mesti tengah busy buat tester & promot kuih kan. Tak kurang jugak tukang jahit... Selamat menjana pendapatan buat sahabat yang terlibat. Semoga di murah kan rezeki. 

Okay cukup la ni, nak ziarah jiran sebelah blog kejap.. hehehe


OhMissBlossom__said : Bulan May ni bulan cinta buat iolss.. hehehe. Ulang tahun perkahwinan yang pertama gitu.! Let's grow old together husband.  


Sunday, March 19, 2017

~BEST-SELLING High Heels That Will Never Go Out of Style~

Assalammualaikum....

Hello uols. 

Okay berckap pasal High Heels, sangat sinonim dengan wanita. Tak gitu...? Terutama nya wanita yang bekerjaya pada masa ini. Maklum lah, perempuan ni ber variasi kasut yang dia ada untuk koleksi. Kasut kerja lain, kasut dinner lain, outing & dating pun lain... (^^,)

Iols antara peminat kasut tegar. Dari belajar lagi memang suka kumpul kasut & tukar pakai... Beli yang murah je. Asalkan selesa dan cun di mata sendiri. 



It cannot be denied that high heels are a woman's best friends..? Why you may ask.? This is because when a woman wears high heels, we feel that instant boost of confidence. Whether we go to work, parties, dates or even a day out with girlfriends, high heels definitely enhance our appearance and self-confidence. So what are the best-selling high heels that woman can never get enough of.? 

Take a look below.!

1) Stilletos




Stilletos will always be favourite choice among women as it gives us the perfect height we need. It indirectly makes us feel powerful an it control with what we do. Career ladies often love to flaunt their stilletos at the workplace as it gives that empowerment feeling leading their career. Not only that they look great with those trousers, pencil skirts or even dresses or Jubah, It also gives us that professional yet sophisticated style.

Teringat pulak cerita Aku, Dia & Stiletto lakonan Lisa Surihani. (^__^) Siapa pernah tengok cerita ni..? Mostly yang minat Stilleto ni persis model dan versatile gitchu.

2) Wedges

 

One of my favourite type of shoes,!

Yes... Iols penggemar wedges. Sebab lagi selesa. Tapi citarasa masing maing berbeza kenn... Ada yang minat heels, flat shoes, sandal.. ikut keselesaan kaki kita.

For some ladies, stilletos can be difficult to wear espeially when you need to be in a rush so wedges seem to be the best second choice. It has a design which make us have more stability in walking and available in funky pattern. Women who love to play with a fun look, the wedges are definitely the perfect choice. From minimal designs to colourful ones, we can play it around with our personal style. 

3) Strappy Heels


Another popular high heel style which is a favourite among the ladies are the strappy ones. Strappy high heels give a more refine touch to our ankles and stay perfectly infact, Theys are great to be worn with any outfit you have on and have that simple touch compared to stilletos. Mix and match it with formal or even casual clothes looking chic from head-to-toe. 

Apa pun kasut pilihan anda, yang penting selesa.! Betul tak..? Cantik di pandang tak semestinya selesa di kaki. (^^,) Jangan sampai menyeksa kaki.. Hehehe. Yang biasa pakai heels xde masalah. Yang tak biasa ni kena la belajar pakai, Especially, time kahwin sila pilih kasut yang betul betul selesa. Masa ni akan banyak berjalan untuk jumpa tetamu dan bergambar sakan...

Sekian, Thanks reading.!


OhMissBlossom__said : Uols pulak...suka kasut yang macam mana..? Sis peminat wedges, flat shoes & sneakers.!



Friday, February 10, 2017

~ Resepi : Ayam Lemon Inspired Pak Li Kopitiam ~

Assalammualaikum....

Hi uols, harini hakak nak share resepi Ayam Lemon inspired dari PakLi Kopitiam Shah Alam, Sapa pernah rasa Nasi Ayam Lemon Pak Li..? Signature dish orang kata.. Iols rekomen sangat kalau tak pernah cuba. Sedapp! Jadi ini lah ghupa hasil percubaan pertama hakak untuk resepi Ayam Lemon. 

Ayam Lemon

Tapi akak ngelat sikit la ayam ni pakai ayam frozen jewwww. Itu aje yang ada dalam peti ais masa tu. Jadi lah Ayam Lemon Segera. Tak kisah la kan yang penting sedap dan kenyang... (^^,)
So kalau uols nak buat ayam goreng sendiri ini resepinya.. selamat membaca & jangan lupa cuba!

Bahan-Bahan yang di perlukan untuk 2-3 orang makan ;

Ayam ;

  • 2 keping peha / dada Ayam
  • Breadcrump/Tepung salut
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Minyak Masak
Untuk penyediaan Ayam Goreng; 
  • Pecah kan telur, kacau & masukkan secubit garam dalam telur.
  • Celup ayam dalam telur, salut dengan breadcrump/ tepung salut
  • Panas kan minyak. Kemudia bila dah panas, masukkan ayam tadi.
*Tips ; api sederhana semasa panaskan minyak

Sos ;
  • Setengah biji lemon ( biji buang terus)
  • 1 cawan air
  • 1 senduk gula
  • setengah sudu tepung jagung

Cara buat sos Lemon ;

  • Masukkan air dalam periuk, api sederhana, perah jus lemon sikit dan masukkan lemon dalam periuk sekali.
  • Biji lemon terus buang, jangan masuk sekali untuk elakkan sos rasa pahit.
  • Bila dah mendidih, slow kan api. Masukkan gula. Ikut citarasa if nak tambah lemon atau gula lagi.
  • Kemudian akhir sekali, masuk kan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.. ikut suka angpa nak pekat mana.
Nahhhh.. da siap akhir nya. Bila ayam da siap goreng, curah kan sos lemon atasnya. Letak la hirisan lemon sebagai hiasan.. gitu.



OhMissBlossom__said : Akhir kata, selamat mencuba! Esok weekend kan, boleh la masak untuk anak anak hihihi.. (^_^)





Wednesday, January 18, 2017

~ Orang Tanya : Best tak Business..? ~

Assalammualaikum.....

Hi uols... Maaf la update blog seminggu sekali. Soalan ni ramai dah orang tanya.....

 "Best tak Business..?"

Kita bukan nak business arini esok lusa bungkuih. Perancangan kena ada untuk bertahan lama. Bukan sebab kita tengok kawan, jiran sebelah, musuh niaga kita pun nak niaga. Buat sesuatu biar dari hati. Passion gitchu! Business untung rugi tu asam garam. Faham, business sekarang untuk tambah pendapatan kan selain minat. Jujur nya business kami mula dari ZERO pada tahun 2014. Masa tu tengah internship n kenal dengan business partner. Kira nya masa develop aryana couture ni iols student lagi.... (^^,).

Family belah mak aku memang jenis berniaga. Mak pulak suri rumah & niaga kecik kecik (kain pasang, tupperware, Avon, dll aku pun tak ingat) so, dari kecik aku da terdedah dengan dunia business. Mungkin ada sikit la aku warisi DNA business dari mak aku hewhew.  Family tak tau pun aku niaga tudung masa internship. Depa tau bila aku start promote dekat Facebook. Awal awal dulu payah nak dapat cust online ni, ibarat mencari belalang dalam semak. Tapi kunci dia Usaha, Sabar, Tenang & Tawakal. Uols rasa berapa modal permulaan kitorang..?. Sapa dapat teka next entry iols umum kan n nak bagi HADIAH sikit. (^_^)


Model manis manis.. (^^,)

Tak pernah terfikir pun nak business tudung !

Pada asal nya. Tapi minat aku cenderung pada tudung. Niat aku jual tudung ni sambil berdakwah kecil kecilan. Industri Hijab pun tengah mencanak laju tak terkejar dengan memacam design wujud. Tak kesah nak ber-fashion, asal kan masih menepati syariat. Aku peminat tegar Halfmoon.! N mostly halfmoon yang jual dekat pasaran nipis, pendek. Stress mak. Masa tu nekad nak jual Halfmoon shawl yang better. Bermula lah adegan mencari supplier, tailor dan sebagai nya, Aku cerewet & teliti orang nya. Hasil mencari akhir nya... dapat juga HM memenuhi citarasa iols. Taraaaa..


Halfmoon gaya 1

Halfmoon gaya 2 (nak tunjuk labuh & lebar)

Supplier, Marketing. Customer. Mana nak mula..? 

Nak seribu daya kena gigih cari supplier. Pengalaman aku belajar jangan bergantung pada 1 supplier. Masa tu ikan bilis lagi, jadi setakat niaga kecik kecik ni depa pandang celah kuku je noh (^^,). Ingat kak pesan ni research pasal business, pasal marketing, pasal supplier. Tak de pengalaman takpe, boleh belajar. Untuk marketing mula dengan FB & Instagram. Sendiri jual, sendiri wajib jadi duta. Macam mana orang nak support kalau diri sendiri pun tak support. Yedak.? Sebab ramai customer request nak tengok CONTOH pakai sesuatu produk

Okay, cukup la tu. Panjang pulak entry harini. Hehehe.. Best ke tak business.?
tepuk dada tanya hati... Ada yang minat business, ada yang jiwa nya bidang lain. Manusia perangai & minat kan lain lain.



OhMissBlossom_said : Sis tak banyak handle fb & Ig, sis terlibat belakang tabir je.. (^_^)



Monday, January 9, 2017

~ Breakfast : Overnight Oats ~

Assalammualaikum....


Happy new year! 

9 hari sudah berlalu... are you doing good..? hehehe (^_^)

Okay sempena tahun baru, semangat baru iols berazam nak jaga pemakanan. Gitchuu bukan tak boleh makan sedap sedap, makan benda lemak ber krim.. tapi kalau selalu sangat dapek penyakit pulak kan. Jadi kena balance diet. Eat clean and stay lean. Okay..? So, iols nak share sikit la breakfast yang sesuai untuk golongan busy sentiasa macam kita kita hehehe. Yang penting simple, sedap & kenyang.

In loveee dengan overnight oats strawberry..

Resepi Overnight oats versi Aina (Uols boleh tukar ikut citarasa dan sukatan sendiri); 
  • Rolled Oats
  • Greek yogurt (Ikut uols nak flavour apa pun okay)
  • Fresh Milk
  • Chia seed 
  • Honey
  • Fresh fruit
Kenapa nama nya Overnight Oats..? sebab nya Oats yang da di campur kan dengan bahan di atas di biar kan semalaman dalam fridge. Untuk kesan optimum sila pakai bekas kaca. Sedap tau.! Tapi ikut jugak tekak masing masing.. ada yang tak boleh terima susu. Blh pakai air yogurt or susu kurma pun sedap. (^^,)

Selamat mencuba.! 

Thanks reading.


OhMissBlossom__said : Keep fit.. jaga kesihatan tau. Itu lebih utama dari harta yang melimpah ruah.. (^____^)