Wednesday, January 18, 2017

~ Orang Tanya : Best tak Business..? ~

Assalammualaikum.....

Hi uols... Maaf la update blog seminggu sekali. Soalan ni ramai dah orang tanya.....

 "Best tak Business..?"

Kita bukan nak business arini esok lusa bungkuih. Perancangan kena ada untuk bertahan lama. Bukan sebab kita tengok kawan, jiran sebelah, musuh niaga kita pun nak niaga. Buat sesuatu biar dari hati. Passion gitchu! Business untung rugi tu asam garam. Faham, business sekarang untuk tambah pendapatan kan selain minat. Jujur nya business kami mula dari ZERO pada tahun 2014. Masa tu tengah internship n kenal dengan business partner. Kira nya masa develop aryana couture ni iols student lagi.... (^^,).

Family belah mak aku memang jenis berniaga. Mak pulak suri rumah & niaga kecik kecik (kain pasang, tupperware, Avon, dll aku pun tak ingat) so, dari kecik aku da terdedah dengan dunia business. Mungkin ada sikit la aku warisi DNA business dari mak aku hewhew.  Family tak tau pun aku niaga tudung masa internship. Depa tau bila aku start promote dekat Facebook. Awal awal dulu payah nak dapat cust online ni, ibarat mencari belalang dalam semak. Tapi kunci dia Usaha, Sabar, Tenang & Tawakal. Uols rasa berapa modal permulaan kitorang..?. Sapa dapat teka next entry iols umum kan n nak bagi HADIAH sikit. (^_^)


Model manis manis.. (^^,)

Tak pernah terfikir pun nak business tudung !

Pada asal nya. Tapi minat aku cenderung pada tudung. Niat aku jual tudung ni sambil berdakwah kecil kecilan. Industri Hijab pun tengah mencanak laju tak terkejar dengan memacam design wujud. Tak kesah nak ber-fashion, asal kan masih menepati syariat. Aku peminat tegar Halfmoon.! N mostly halfmoon yang jual dekat pasaran nipis, pendek. Stress mak. Masa tu nekad nak jual Halfmoon shawl yang better. Bermula lah adegan mencari supplier, tailor dan sebagai nya, Aku cerewet & teliti orang nya. Hasil mencari akhir nya... dapat juga HM memenuhi citarasa iols. Taraaaa..


Halfmoon gaya 1

Halfmoon gaya 2 (nak tunjuk labuh & lebar)

Supplier, Marketing. Customer. Mana nak mula..? 

Nak seribu daya kena gigih cari supplier. Pengalaman aku belajar jangan bergantung pada 1 supplier. Masa tu ikan bilis lagi, jadi setakat niaga kecik kecik ni depa pandang celah kuku je noh (^^,). Ingat kak pesan ni research pasal business, pasal marketing, pasal supplier. Tak de pengalaman takpe, boleh belajar. Untuk marketing mula dengan FB & Instagram. Sendiri jual, sendiri wajib jadi duta. Macam mana orang nak support kalau diri sendiri pun tak support. Yedak.? Sebab ramai customer request nak tengok CONTOH pakai sesuatu produk

Okay, cukup la tu. Panjang pulak entry harini. Hehehe.. Best ke tak business.?
tepuk dada tanya hati... Ada yang minat business, ada yang jiwa nya bidang lain. Manusia perangai & minat kan lain lain.



OhMissBlossom_said : Sis tak banyak handle fb & Ig, sis terlibat belakang tabir je.. (^_^)



Monday, January 9, 2017

~ Breakfast : Overnight Oats ~

Assalammualaikum....


Happy new year! 

9 hari sudah berlalu... are you doing good..? hehehe (^_^)

Okay sempena tahun baru, semangat baru iols berazam nak jaga pemakanan. Gitchuu bukan tak boleh makan sedap sedap, makan benda lemak ber krim.. tapi kalau selalu sangat dapek penyakit pulak kan. Jadi kena balance diet. Eat clean and stay lean. Okay..? So, iols nak share sikit la breakfast yang sesuai untuk golongan busy sentiasa macam kita kita hehehe. Yang penting simple, sedap & kenyang.

In loveee dengan overnight oats strawberry..

Resepi Overnight oats versi Aina (Uols boleh tukar ikut citarasa dan sukatan sendiri); 
  • Rolled Oats
  • Greek yogurt (Ikut uols nak flavour apa pun okay)
  • Fresh Milk
  • Chia seed 
  • Honey
  • Fresh fruit
Kenapa nama nya Overnight Oats..? sebab nya Oats yang da di campur kan dengan bahan di atas di biar kan semalaman dalam fridge. Untuk kesan optimum sila pakai bekas kaca. Sedap tau.! Tapi ikut jugak tekak masing masing.. ada yang tak boleh terima susu. Blh pakai air yogurt or susu kurma pun sedap. (^^,)

Selamat mencuba.! 

Thanks reading.


OhMissBlossom__said : Keep fit.. jaga kesihatan tau. Itu lebih utama dari harta yang melimpah ruah.. (^____^)