Thursday, November 17, 2016

Shanghai Fridge Magnet GA by Jari Manis&Scdha Sein Travel

Assalammualaikum....


Selamat pagi! Thanks Nia tag iols untuk join GA ni. Hehehe. Okay hari ni mood update blog mencanak naik. Lambat sikit buat entry, maklom la hujung tahun ni busy sokmo. Okay tak dapat nak bebel panjang panjang, I just try my luck.

Sapa tau rezeki.. (^^,) 

Sis memang pemgumpul tegar FM!


Moh la kita ber-GA bersama.! Syarat penyertaan pun mudah dan sudah iols turuti. Yang penting WAJIB follow owner GA  Jari Manis  & Scdha Sein 

Nak tag jiran sebelah menyebelah ;



 OhMissBlossom__said : Good luck buddy! Jom kumpul FM berjemaah. hehehe


Thursday, November 3, 2016

~ Kula Cakes : Manggo CheeseCake Popular ~

Assalammualaikum.....

Hi uols. Banyak sangat sis nak bercerita.. tapi kita cerita sesatu la ye.. Minggu lepas iols berada di pantai timur bersama #teamaryanacouture dengan tujuan menghantar stock stock tudung di 2 buah butik di Kuala Terengganu. Jadi orang orang Kuala Terengganu boleh la serbu butik @gadiskooky & @gulaguliart.store (search Instagram pun boleh). Later kita bercerita lebih lanjut pasal Kuala Terengganu. Sekarang bagi laluan pada Mango Cheesecake dulu ye! (^^,)

So, jumaat lepas otw ke Terengganu sempat la kami singgah Kula Cakes (kedai comel lotey) yang terletak di tengah tengah bandar Kuantan. Parking area ni memang limited. Tapi tu tak menjadi masalah, peta kuantan ada dalam kepala husband *yela tempat belajar takkan lupa*. Hewhew.. Jadi pandai lah dia pusing mencarik parking. Nak ke sini, uols waze je. Sure sampai. Alang alang ada Kuantan, sempat lah lepak sekali dengan cousins. Maklomlah raya haritu balik kampung husband. Jadi tak dan jumpa. Huhuhu.

Pelbagai jenis kek yang di jual di sini, antara nya Pavlova, Red Velvet, Cheesecake Toblerone, dan pelbagai lagi. Tapi wajib cuba Signature dish Kula Cakes iaitu Mango cheesecake


Menu Yang Di Pilih! Red velvet & Mango cheesecake.

Craving!

Orang Tanya Sedap Tak?

Sedap. Especially buat peminat cheese like meee.
Sampai sekarang teringat & masih terasa keenakan cheesecake nya. Kekekeke. If uols bukan peminat cheesecake, boleh je pilih kek lain.. Banyak tau!. Sampai tak terpilih.  

Review Peribadi

I cannot stop nak compliment Mango Cheesecake ni. Memang terbaik. Tapi tula taste-bud lain lain kan. Kalau nak tahu, kena cuba sendiri. Sebab, masa I order ni memang near to perfect. Mango fresh, cheesecake smooth tak beku sangat dia dok elok je melted dalam mulut. Tak manis sangat rasa light je (husband kata).. Husband Iols ni anti-manis. Hahaha.

Harga.?

Tak mahal sangat. (^^,) Berbaloi. Sekali sekala tak terasa lah. Nak melantak hari hari pun tak boleh kang kencing manis pulak yang dapat. Sis nasihat je. Ahaks.


Cousins are BFF

Main attraction, Kula cakes ni tempat makan outdoor berbumbung kan langit (^^,) dan di hiasi arca basikal dan lukisan mural, hipster gitu jah. Lepak petang petang best la. Lepak tengah hari panas berdenting Cheesecake bukan cair di mulut, tapi cair di pinggan pulok. Btw, jangan lupa cuba try test Air Pandan Cooler okiesss.! 

Thanks reading! 


OhMissBlossom__said : Seronok membedal keropok lekor minggu ni..... Isi ikan penuh! 


Monday, October 24, 2016

~ Bercakap Pasal Handbag ~

Assalammualaikum......


Hello uols!

Nak tanya sikit ni, selalu korang beli handbag bajet berapa..? 
Lepas tu korang ada berapa ketul handbag dalam simpanan.? 
Mahal ke idok.? Teeettt.. (^^,) 

Tak kisah la mahal atau tidak. Poket memasing kan. Ada few brand jugak yang pernah jadi koleksi aku antara nya Sembonia, Carlo Rino, Guess, Coach, sis petik few brand je. Ada jugak yang cap ayam-brand. Tak kesah pun handbag apa, kalau sis da berkenan kita grab sajaa. Huhuhu... Okay pengalaman pakai Guess ni rasa nightmare sikit la. Sebab Mudah mengelupas. Kau beli mahal mahal of course la rasa quality best kan tahan sampai beranak pinak nanti. Tapi tu la bila pakai lepas tu peram walaupun siap dalam dusty bag lagi, alih alih kulit handbag da peeling. 

Frust woi! 

Bila kulit da start peeling time tu aku bantai pakai sampai rabak la biar puas hati hujan panas pun lenjan. Alang alang da peeling ni hah. Sakit hati pun berbaloi. Hewhewhew.. Kalau setakat handle yang defect tak pe lagi. Ni defect dekat body bag. Obviously la nampak bag sopak. Lepas tu insaf tak beli Guess lagi. Then try others brand. Carlo Rino & Sembonia antara handbag yang lasak. Iols puas hati dengan condition dan harga nya pun affordable. Ala kalau SOGO tu buat sale uols rembat jela nyah seketul dua. Harga offer bawah Rm 100 pun ado & boleh borong kenn. Iols penah beli handbag Sembonia masa happy hour Rm 99 aje. Tahan la dekat dua tahun lebih. Berbaloi kan? (^__^) 

Coach. Okay... ni pulak masalah handle. Tak tau la apa masalah. Mungkin ganaih sangat kot si pemakai ni sampai terkopak tang handle. Tapi tak jadi masalah. Sebab handle ni iols boleh settle kan. Bukan hantar spa bag bukan pegi betul kan.. Cara jimat super hebat. Macam mana cara nya..? 


Ni la handle yang terkopak tu hah.. dua dua belah kopak. Body semua okay

Transformasi. Handbag lama kembali baru. (^^,) tertutup cacat cela.

Cost twilly ni hanya Rm 6/pcs. For me berbaloi la dari nak hantar repair. Berapa pulak kena charge kan.? jadi kita beli twilly ni. Di mata aku kira ok la. Tak tau la di mata uols. Hehehe. So, tak payah beli handbag baru. Cuma kena kreatif je. Yeay! Selamat duit titew. Boleh makan Manggo cheesecake lepas ni. =P


Dekat mana nak beli twilly murah.? Okay, kita rekomen seller ni... sangat friendly dan service pun boekk. 


Handbag ni standard la.. sampai satu jangka masa akan rosak jugak. Kalau rosak sesikit tu pejam mata jela. Kau pakai rosak, tak pakai pun rosak. (^^,) jadi baik pakai je la kenn.. tu la iols belajar dari pengalaman. Hihihi.. Untuk mengelakkan handbag rosak pakai la gilir gilir. Gituu..

Macam mana uols jaga handbag.? share sikit.

Thanks reading! =)



OhMissBlossom__said : Sapa suka handbag besar besar..? iols  prefer handbag medium or small je. Kalau boleh nak jalan berlenggang je. Senang!.