Saturday, September 19, 2020

~ Melaka City : Travel with Aina Haniff Junior ~

 Assalammualaikum....

Hai semua! Happy 2020.. sikit lagi nak masuk 2021. Hehehe.. lama sangat tak update kehidupan dekat sini, mak busy la uols. So, diam tak diam sepanjang "kehilangan" iols di dunia maya ni, banyak yang da berubah. Dan tahun ni kita berdepan dengan Pandemik Covid' 19. Semoga diri kita dan keluarga yang tersayang sentiasa dalam lindungan. Yang penting jaga jarak & pakai face mask bila kita keluar ye.

My small family (^^,)

Minggu merdeka haritu berkesempatan bawak anak anak berjalan ke Melaka. Yela lepas da boleh rentas negeri haritu pertama sekali kami balik kampung. Kemudian Raya Haji balik Johor. Kesian jugak anak anak ibu ayah asik kerja je selalu balik lambat. Jadi ni la masa kita tebus masa masa lepas. Ibu Ayah sorry ya anak anak. 

Budak pun excited nak berjalan. Anak suka Ibu lagi suka hehehe. ❤ Di Melaka ni we ols tido di Moty Hotel. Such as good and nice Hotel. Paling penting bersih. Dalam tempoh PKP ni boleh saja berjalan yang penting follow SOP. 

Actually, ni 1st time travel dengan anak kecik sendiri. Tahun lepas kita ke Penang & Ipoh, tapi yang bongsu kecik lagi masa tu baru 9 bulan. Takde banyak kerenah. Sekarang da banyak akal. Stamina ibu ayah kena kuat nak mengejar anak. Hewhewhew... Alhamdulillah, anak anak behave je sepanjang berjalan dekat Melaka ni. ✌


The coolness of our eyes.

Melaka ni banyak sangat tempat menarik, tapi kita dengan anak kecik ni tak larat jugak nak pergi semua tempat. Kita bercuti santai santai, dan paling penting  makanan Viral di Melaka dapat jugak kita try. Oh ya, uols kalau ke Melaka, jangan lupa naik Melaka Cruise. Best tau & cantik sangat. Sambil sambil tu diorang akan terangkan sejarah tempat tempat di Melaka. Kiranya belajar sambil melancong laa githuuu.


❤ Melaka Cruise ❤

Untuk Melaka River Cruise ni, uols beli online saja.. murah sikit berbanding beli dekat kaunter (^^,). Ni pun husband yang bagitau beli online. Nanti sampai kaunter dia akan bagi resit. Masa ni weols naik pukul 5pm tau. Matahari on point lagi... Kalau naik malam lagi cantik sebenarnya sebab banyak lampu. Tapi memikir kan kita bawak budak, so memang elakkan pergi malam. Lagi satu, anak anak i ni jenis tido awal, pukul 8 pm da tido. Tak syiiiook kan kalau kita naik Cruise diorang tido, mesti tak selesa. Kita berjalan nak anak happy & merasa pengalaman berjalan... yedak.? 🥰



OhMissBlossom__said :Sis cubaaa.. Lama sangat tak menaip ni, kasik can laa lepas gian! hihihi. Okay la cerita pendek dari ibu. Intro tak boleh panjang panjang. Ada masa nanti sis update naa.



10 comments

September 19, 2020 at 6:33 PM

Saya dari Melaka. Makanan viral apa yang dicuba.
Selamat menulis semula. Pemuka (dashboard) pun sudah berwajah baru. Macam mana guna, ok tak?

September 19, 2020 at 6:40 PM

Lupa hendak bagitahu. Sudah follow balik #1776.
Terima kasih melawat blog saya. Salam perkenalan melalui blog.

September 19, 2020 at 8:18 PM

Baru nak follow blog Aina, rupa2nya Akak dah follow lama. Haha..
Tu la lama sgt you menghilang sis, sampai Akak terlupa.

September 20, 2020 at 1:22 PM

Betul..sekali sekala menebus semula terperam kat rumah sbb PKP kan..shida pun dah melepas ke pineng masa raya haji..

September 21, 2020 at 10:04 AM

seronok dapat naik..salam kenal

September 21, 2020 at 12:01 PM

x jammed ke jalan2 kt melaka tu? ;-)

September 21, 2020 at 3:04 PM

Best bercuti di Melaka. Teringin juga nak stay Moty Hotel. Macam cantik hotel tu. Pernah naik river cruise malam. Cantik view waktu malam dengan lampu. Takpe, anak anak dah besar nanti boleh naik waktu malam :)

September 22, 2020 at 3:53 PM

Bercuti dengan anak-anak sedang lasak ni memang kena kesabaran yang tinggi heheheee... welcome back blog cherry blossom ;-)

September 23, 2020 at 1:28 AM

Hi, good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm a follower number 1779.

https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

September 23, 2020 at 3:45 PM

Teringin juga nak jalan-jalan kat Melaka. InsyaAllah one fine day :)

Post a Comment