Monday, October 24, 2016

~ Bercakap Pasal Handbag ~

Assalammualaikum......


Hello uols!

Nak tanya sikit ni, selalu korang beli handbag bajet berapa..? 
Lepas tu korang ada berapa ketul handbag dalam simpanan.? 
Mahal ke idok.? Teeettt.. (^^,) 

Tak kisah la mahal atau tidak. Poket memasing kan. Ada few brand jugak yang pernah jadi koleksi aku antara nya Sembonia, Carlo Rino, Guess, Coach, sis petik few brand je. Ada jugak yang cap ayam-brand. Tak kesah pun handbag apa, kalau sis da berkenan kita grab sajaa. Huhuhu... Okay pengalaman pakai Guess ni rasa nightmare sikit la. Sebab Mudah mengelupas. Kau beli mahal mahal of course la rasa quality best kan tahan sampai beranak pinak nanti. Tapi tu la bila pakai lepas tu peram walaupun siap dalam dusty bag lagi, alih alih kulit handbag da peeling. 

Frust woi! 

Bila kulit da start peeling time tu aku bantai pakai sampai rabak la biar puas hati hujan panas pun lenjan. Alang alang da peeling ni hah. Sakit hati pun berbaloi. Hewhewhew.. Kalau setakat handle yang defect tak pe lagi. Ni defect dekat body bag. Obviously la nampak bag sopak. Lepas tu insaf tak beli Guess lagi. Then try others brand. Carlo Rino & Sembonia antara handbag yang lasak. Iols puas hati dengan condition dan harga nya pun affordable. Ala kalau SOGO tu buat sale uols rembat jela nyah seketul dua. Harga offer bawah Rm 100 pun ado & boleh borong kenn. Iols penah beli handbag Sembonia masa happy hour Rm 99 aje. Tahan la dekat dua tahun lebih. Berbaloi kan? (^__^) 

Coach. Okay... ni pulak masalah handle. Tak tau la apa masalah. Mungkin ganaih sangat kot si pemakai ni sampai terkopak tang handle. Tapi tak jadi masalah. Sebab handle ni iols boleh settle kan. Bukan hantar spa bag bukan pegi betul kan.. Cara jimat super hebat. Macam mana cara nya..? 


Ni la handle yang terkopak tu hah.. dua dua belah kopak. Body semua okay

Transformasi. Handbag lama kembali baru. (^^,) tertutup cacat cela.

Cost twilly ni hanya Rm 6/pcs. For me berbaloi la dari nak hantar repair. Berapa pulak kena charge kan.? jadi kita beli twilly ni. Di mata aku kira ok la. Tak tau la di mata uols. Hehehe. So, tak payah beli handbag baru. Cuma kena kreatif je. Yeay! Selamat duit titew. Boleh makan Manggo cheesecake lepas ni. =P


Dekat mana nak beli twilly murah.? Okay, kita rekomen seller ni... sangat friendly dan service pun boekk. 


Handbag ni standard la.. sampai satu jangka masa akan rosak jugak. Kalau rosak sesikit tu pejam mata jela. Kau pakai rosak, tak pakai pun rosak. (^^,) jadi baik pakai je la kenn.. tu la iols belajar dari pengalaman. Hihihi.. Untuk mengelakkan handbag rosak pakai la gilir gilir. Gituu..

Macam mana uols jaga handbag.? share sikit.

Thanks reading! =)



OhMissBlossom__said : Sapa suka handbag besar besar..? iols  prefer handbag medium or small je. Kalau boleh nak jalan berlenggang je. Senang!.




Wednesday, October 19, 2016

~ Nostalgia : Permainan Dulu Kala ~

Assalammualaikum.....


Hi uols! selamat pagi. Hari ni sis scroll scroll FB. Terjumpa la satu permainan ni. Bila tengok tetiba teringat memori lama. Ouch. Rindu nya zaman hingusan dulu pakai bedak pun capuk lagi agak  nya la! (^^,) Tapi apa pun, bagi aku kenangan tu memang legend. Haish panjang pulak. Apa bondo nya la tu kenn...

Taraaaaaaa....!

Comel..! Hakak memang suka main dengan cushion ni dulu diknon.
sumber : FB

Tak tau la idea susun cushion tu mai dari mana. Tapi enjoy & rasa puas tau dapat buat 'kubu' perang sendiri. Mungkin la jiwa hakak ni ada gaya askar masa kecik. Kekekee. Lepas da main tu nak kemas punya la malas. Sampai mak hakak jadi tarzan tau.! Hehehehe... 

Penah main sampai tertido dalam ni. Kadang kadang buat kubu, kadang kadang buat rumah, cewah siap ada dapur bagai semua. Kemain kuat berangan sampai bawak ke besar ni hah. =P Tapi zaman sekarang sis tak pasti.. ada lagi ke yang merasa main menda ni? mungkin ada tapi tak ramai. Maklom la banyak kerusi kayu jati & sofa hempuk tercipta.. Jadi kerusi kayu zaman dulu yang ber cushion ni tak banyak kita jumpa bila berkunjung ke rumah orang. Zaman da berubah kan.. Transformasi la kata kau. 

Zaman dulu tak da gadget bagai. Selain cushion ni, permainan hakak panjat pokok ciku bila balik kampung, siap ajak kekazen panjat sekali. Lepas tu berangan lumba motor atas pokok ciku. Kah kah kah... Ni lawak. Tapi tu la kenagan pahit atau manis, bila ingat sekarang ni memang senyum sendiri. Alhamdulillah. (^^,) Nasib baik jadi orang jugak akhirnya. Hehehe.

  


OhMissBlossom__said : I miss my childhood life. Alhamdulillah,  Mari lah kita fokus dengan hidup kita dan orang orang yang tersayang. Xoxo! (^___^)




Tuesday, October 11, 2016

~ Amalan Mengelak Sihir ~

Assalammualaikum.....


Sedikit perkongsian ilmu pada hari ini. Semoga ia bermanfaat buat kalian. Ilmu pendinding diri ni penting, moga kita di lindungi dari perkara perkara yang tak di ingini. Yang mana ada anak anak tu didik mereka dari kecik.. Semoga bila dewasa amalan amalan pendinding ni sebati dengan diri.


" Barang siapa yang mengamal kan 5 ayat pertama dari Surah Al-Baqarah, Ayat 255  dan  3 ayat terakhir surah Al-Baqarah, Maka terhindar lah diri nya dari sihir  "


Surah Al-Baqarah ayat 1 - 5



Surah Al-Baqarah ayat 255 (ayat kursi)


Surah Al-Baqarah ayat 284 - 286



Sis tak mau ulas dengan panjang lebar. Tapi kita semua tahu benda benda syirik ni dosa besar dan menyebabkan terpesong akidah seseorang. Bak kata husband iols, kita dah tau syaitonirajim ni tempat mereka memang dekat neraka kelak. Kita ni manusa kalau orang buat kita, biar je Allah balas. Takkan kita nak teman depa dekat neraka nun.


Sekian, Thanks reading..!



OhMissBlossom__said : Kepada Allah kita memohon pertolongan. (^^,) dan jangan lah kita memohon selain dari nya.








Tuesday, October 4, 2016

~ Sungkai : Felda Residence Hotsprings ~

Assalammualaikum....


Apa khabar uols..? (^_^)

Okay, last week dapat la sis bersantai santai menenang kan fikiran di luar Kota Metropolitan. Sweet escape gituu. Wei, becuti free! bilik di taja sapa tak suka oi.. sis rasa nak lompat bintang pun ada. Over sangat kannnn. Actually, last week sis follow husband ke Sungkai, Perak. Ada family day RHB dekat sana. Izin kan sisturr berkongsi pengalaman.

Tak sempat ber gambar. Sis google aje. Mana tau uols nak pegi kann.

Wall deco yang unik!

Ruang mendandan... Sis la yang monopoli ruang ni.

Drinking water, kettle, basic tea & coffee making supply.

Yes, inilah tepat nya. Tenang. Hijau dan nyaman! Dapat bilik deluxe. Selesa. Alhamdulillah. Awesome sangat kalau nak jauh dari hiruk pikuk kota, nak ketenang dan kedamaian sila la ke sini. Lagi satu, line phone GPRS je diknon dekat sini. Baik Maxis mahupun Celcom. Memang tiada gangguan.

Paling best,  boleh berendam dalam air panas. Ala ala Spa gitu... Kawasan kolam ni sesuai untuk mandi manda santai santai. Tapi di nasihat kan kalau nak berendam tak lebih dari 30 minit. Kang pitam kalau lama lama. Buat yang ada sakit kronik tak sesuai untuk mandi. Takat nak celup celup kaki tu boleh la. (^^,)

Kolam air panas.

Iols celup kaki je.. abam banker kita kemain seronok berendam. 

Sis tak sempat nak explore. Tapi tak silap banyak kolam air panas dan berbeza tahap kepanasan. Ada kolam yang khas siap boleh rebus telur lagi chuols. Masa sis pun limited. Jadi tak banyak yang boleh sis review. Lagi satu, kawasan ni memang tempat beriadah. Jadi boleh sewa basikal dengan kadar Rm 30/hour.

Breakfast for two di Meranti Coffee House (^__^)

Makanan semua superb dan tak mengecewa kan..! Ikut scale tahap puas hati iols 9/10. Insyaallah ada masa cheq mai lagi noh.

Sekian, Thanks reading.!


OhMissBlossom__said : Next plan....? Insyaallah nanti kita share.. (^_^)