Wednesday, October 19, 2016

~ Nostalgia : Permainan Dulu Kala ~

Assalammualaikum.....


Hi uols! selamat pagi. Hari ni sis scroll scroll FB. Terjumpa la satu permainan ni. Bila tengok tetiba teringat memori lama. Ouch. Rindu nya zaman hingusan dulu pakai bedak pun capuk lagi agak  nya la! (^^,) Tapi apa pun, bagi aku kenangan tu memang legend. Haish panjang pulak. Apa bondo nya la tu kenn...

Taraaaaaaa....!

Comel..! Hakak memang suka main dengan cushion ni dulu diknon.
sumber : FB

Tak tau la idea susun cushion tu mai dari mana. Tapi enjoy & rasa puas tau dapat buat 'kubu' perang sendiri. Mungkin la jiwa hakak ni ada gaya askar masa kecik. Kekekee. Lepas da main tu nak kemas punya la malas. Sampai mak hakak jadi tarzan tau.! Hehehehe... 

Penah main sampai tertido dalam ni. Kadang kadang buat kubu, kadang kadang buat rumah, cewah siap ada dapur bagai semua. Kemain kuat berangan sampai bawak ke besar ni hah. =P Tapi zaman sekarang sis tak pasti.. ada lagi ke yang merasa main menda ni? mungkin ada tapi tak ramai. Maklom la banyak kerusi kayu jati & sofa hempuk tercipta.. Jadi kerusi kayu zaman dulu yang ber cushion ni tak banyak kita jumpa bila berkunjung ke rumah orang. Zaman da berubah kan.. Transformasi la kata kau. 

Zaman dulu tak da gadget bagai. Selain cushion ni, permainan hakak panjat pokok ciku bila balik kampung, siap ajak kekazen panjat sekali. Lepas tu berangan lumba motor atas pokok ciku. Kah kah kah... Ni lawak. Tapi tu la kenagan pahit atau manis, bila ingat sekarang ni memang senyum sendiri. Alhamdulillah. (^^,) Nasib baik jadi orang jugak akhirnya. Hehehe.

  


OhMissBlossom__said : I miss my childhood life. Alhamdulillah,  Mari lah kita fokus dengan hidup kita dan orang orang yang tersayang. Xoxo! (^___^)




18 comments

October 19, 2016 at 12:31 PM

ahh I miss my childhood tooooo T_T

I main jugak macam ni, tapi main sorang sorang. sedih betoi. Lepas tu hari tu I ada ajr my kids main macam ni, tapi ngamuk Nanny dia sebab bersepah rumah. hahaha

October 19, 2016 at 2:26 PM

MUJUR MASIH ADA KERUSI BERKUSYEN DPT JUGA ANAK2 MAIN2

October 19, 2016 at 3:17 PM

Bukan kita aje main Aina
Balik kg kakak tengok anak-buah kakak punya anak pun masih main kusyen gini tau.. Rumah pusaka kat kg kakak masih ada lagi kusyen gini.

October 19, 2016 at 8:44 PM

Hahaa rindu kan zaman kanak2.. Waktu tu hanya fikir main, makan, tidur, skolah, main lagi.. Makan lagi.. Dan seterusnya. :D

October 20, 2016 at 11:17 AM

hehe rindu zaman kanak kanak..

October 21, 2016 at 3:44 PM

@Mommy Cici hahaha samaaa kn rindu! kekeke mmg ler ngamuk nanny dia. buat ni gian. da buat sekali rasa nak buat lg. =P

October 21, 2016 at 3:44 PM

@paridah waah seronok nya kak PI!! untung kann skrg susah nak jmpa. best best =)

October 21, 2016 at 3:45 PM

@Kakzakie Purvit hihihi seronok kak zakie.. rasa macam kreatif pulak susun kusyen ni. sel sel otak berkembang gituu =D

October 21, 2016 at 3:45 PM

@Reen Johari betul! bahagiaaa je kan . xde pk komitmen la masalah la.. =)

October 21, 2016 at 3:46 PM

@nuyui a.k.a miss YUI hi-5 skit! kann rinduu =)

October 23, 2016 at 10:39 AM

Rindunya main susun kusyen.

October 23, 2016 at 9:35 PM

Haahahahahaha I miss my childhood frienddddds

October 26, 2016 at 8:27 AM

hihi....alaaaa teringat dulu dulu.....mmg inilah benda yg di buat mainnya. Lepas tu kena marah sebab bersepah. Tapi hakak masa kecik tak de kawan Aina, sebab bongsukan.... jadi mungkin jarang main ni kot. Main pondok pondok bawah pokok.... selalulah...

October 27, 2016 at 10:34 AM

Siapa yang tak rindu zaman kanak-kanak, Aina? Akak pun rindu juga!

Tapi tak ingatlah pernah ke tidak main dengan cushion ni! Akak dulu-dulu biasanya main tali skipping dengan getah, main galah panjang, main tengteng, naik basikal keliling compound sambil berangan tengah travel ke KL (padahal masa tu manalah ada highway, nak ke KL 5,6 jam tahu ikut trunk road. Makanya lama jugalah akak berangan tengah travel sorang-sorang kat depan compound rumah tu...)

Paling akak ingat of course buat rumah beratapkan daun pisang atau kertas suratkhabar, bertiangkan kayu buat cucuk atap rumbia tu sambil-sambil goreng daun dalam minyak panas yang diisi dalam tempurung kelapa. Nasib baiklah tak terbakar!

Main lari-lari atas biji pokok sagu pun best weyh!

Aduhai kenangan! Kasihan anak-anak akak sekarang ni tak dapat merasa tu semua!

October 31, 2016 at 10:24 AM

salam..kenal & follow... jemput la jengah my blog : http://sumysya.blogspot.my/

November 3, 2016 at 3:10 PM

I miss my childhood memories too :( Senangnya tak payah fikir banyak2, suka ria je. Hee

November 13, 2016 at 3:57 AM

Uishhh, pernah main jugak susun susun kusyen jadikan kubu...pastu smp tertido2 lah...good old days

November 17, 2016 at 4:42 PM

mmg legend main susun kusyen buat kubu ni, mn nak dpt dah sekarang..
smpi abah blik keje pun suruh langkah, kang roboh kubu anak2 ni..hahah

Post a Comment