Wednesday, December 20, 2017

~ End of 2017 : My Bundle of Joy ~

Assalammualaikum.....

Salam penghujung 2017 uols! Oh yaaa sorry lama tak update. Fuh fuh.. tiup sawang dekat blog. Maklom la baru keluar gua. Kikikiki... Jiran jiran blog I sihat sihat dak.? (^_^) Ada saki baki sebelum 2017 melabuh kan tirai nya, boleh la noo sis nak ber celoteh sikit. 

September 2017
Pengalaman yang memang sampai bila bila tak akan lupa. Alhamdulillah, 38 minggu 2 hari Iols selamat deliver baby girl seberat 3.15kg secara normal di Hospital Putrajaya. Sekarang da nak masuk 3 bulan usia puteri ibu & ayah ni.. Hehehe. Nama di beri Zara Medina binti Muhammad Haniff. (^^,) 

Ibu tau, Zara scan muka ibu =P

Nak di jadi kan cerita, adik iols kawen bulan 9 haritu.. padahal kalau ikut due date nak beranak 6 Oktober 2017. Kira ada 2 minggu lagi la.. jadi aku dengan senang hati balik la Johor. Elok je majlis habis, malam tu da start sakit. Makan pun tak selera. Kita ni takde pengalaman mana laaaa tau tu contraction. Hewhewhew... Ingat false alarm. Tak tau pulak 2 hari lepas tu beranak betul chuolss.. nasib baik tak terberanak dalam kereta masa otw balik KL. Hahaha. 

Elok je sampai KL, pagi Isnin pukul 3-4 pagi sakit tu da kerap datang. Boleh kata kan 15 minit sekali, masa tu husband suruh siap-siap nak p hospital.. Sampai hospital pukul 6.45 pagi, tudiaa Doktor check jalan da 5 cm. Terus masuk labour room. Kalau tunggu lagi dekat rumah tak tau la jadi apa nonnn. 

Pengalaman sepanjang preggy..? Fuhhhhhhh sungguh mencabar, kalau ingat balik bleeding 4 kali sampai kandungan 20 weeks, morning sickness sampai 6 bulan, macam taubat nak ngandung lagi... hahaha. Tapi, Allah maha adil, maha penyayang...maha pengasih. Proses melahir kan Zara Medina sangat mudah & di permudah kan. Sakit contraction jelaa mak menangung 48 jam. Gunting & jahit semua da tak rasa lepas tu.. iols siap boleh tertido pulak masa jahit. Wkwkwkw...

Masa os 7 cm onwards masa ni paling kritikal.. huhuhu sebab sakit da kerap, setiap kali sakit je genggam tangan laki... laki iols cakap nasib baik tangan dia tak patah. Kahhhh, masa dalam LR  support dari husband sangat membantu (for me laa). Last check bukaan dalam 12 lebih, diorang akan check OS selang 2 jam. Pukul 1 lebih memang sakit tak boleh nak tahan, suruh husband panggil nurse. Nurse pulak keje nya asik laa nak keluar kan air kencing pakai tiub. Sampai naik bengang jugak la masa tu. 

Boleh nurse cakap " oh 7 cm lama lagi ni..." iols da rasa nak terberak ni nurse sapa yang nak beranak sekarang ni. Huhuhu.. lepas tu baru la check jalan. Baru nak check, tengok tengok kepala baby da nampak.. Siap panggil husband suruh tengok. Masa tu husband terus cakap " Sikit lagi B, rambut dia da nampak..."

Keluar je Zara Medina, segala sakit semua hilang ni serius.... Yang ada satu perasaan lega dan syukur semua nya da selamat. Semoga Zara Medina membesar dengan baik & sihat serta di sayangi semua orang. Sekarang ni kesayangan sebab cucu tunggal dua belah keluarga hehe. Tak lama lagi Zara dapat kawan. Tahun depan sepupu Zara Insyaallah lahir. Semoga adik ipar & kandungan nya selamat hingga bersalin nanti. 

Sekian, Thanks reading..! (^_^)



OhMissBlossom__said : My dear Zara Medina, If satu hari nanti Zara baca blog ibu.. yang baik jadi kan panduan hidup ye sayang.. love you forever.





Wednesday, May 31, 2017

~ Cara Control Nafsu di PARAM ~

Assalammualaikum...


Hi uols.! 

Salam Ramadhan ke-5 buat semua muslimin & muslimat di seluruh dunia... Alhamdulillah, di panjang kan umur untuk menyambut Ramadhan Qareem tahun ini. Da ada yang raya kee..? hihihi. Okay la, bulan puasa ni selalu nya ramai yang akan singgah ke Pasar Ramadhan or PARAM for short form hehehe or Bazar Ramadhan, ikut mu la nak panggil apa kan. Ikut nafsu mesti macam macam nak beli. Biasa la tu, sebelum berbuka memang semua nya nampak sedap! Tapi ingat, kalau ikut nafsu sangat nanti takut membazir pulak. So, apa cara nak control nafsu di PARAM ye...??


Tetap kan Bajet - Bawak la RM 10 or RM 20 je contoh nya. Confirm takkan overbudget...! hewhewhew
Fikir nak makan apa - Da plan sesiap nak beli nasi campur ke, murtabak ke roti john ke.. jadi bila da plan, kita akan fokus pada apa yang kita nak cari.

Elakkan beli terlalu banyak kuih muih - If kita buka puasa dengan kuih muih atau kudap kudap, perut akan cepat kenyang & cepat jugak lapar balik. Di saran kan beli la kuih campur 2-3 ringgit, boleh rasa banyak jenis. Pastikan beli jugak makanan berat. 

Berkunjung lewat ke PARAM - Waktu berbuka tak lama lagi, jadi pilihan makanan pun limited. Mesti uols akan beli je apa apa juadah yang sempat atau yang tinggal. Untung nasib, ada peniaga bagi diskaun untuk habis kan jualan mereka..(^^,) 


Tak salah pun nak berbelanja di Bulan Ramadhan ni, tapi kena beringat sikit. Tujuan kita berpuasa sebab nak kawal nafsu kan..? Yang ampa balik dengan 10 beg plastik di tangan lepas tu semua tak habis pasaipa..? Tak pasal pasal makanan lebih di simpan dalam peti buat pekasam. Huhuhu.. lebih sadis kalau di buang terus ke tong sampah. (>_<) 



OhMissBlossom__said ; Peringatan buat diri sendiri jugak.... Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik & lebih bermakna buat anda. 

Friday, May 12, 2017

~ I'm Back.... (^_^) ~

Assalammualaikum...


Hi uols! Good morning. (^__^)




Salam Jumaat & Salam Nisfu Syaaban. 
Alhamdulillah, buku catatan amalan kita telah di ganti dengan buku amalan yang baru. Semoga, tercatat kebaikan di halaman pertama. Aminn! Lama sungguh tak update blog. Maaf ada masalah kesihatan sikit. Alhamdulillah I'm getting better. Thank you buat kawan kawan yang mendoakan kesihatan sis. Hehehhe..

Insyaallah, entry mukadimah ni pendek saja... Kejap lagi kita blogwalking noh. Di kesempatan ini, iols doakan semoga anda berjaya dunia & akhirat dalam apa jua yang anda lakukan. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendak nya. Pejam celik pejam celik dan nak puasaaaa! Cepat nya masa berlalu. Haih, seller kuih raya sekarang ni mesti tengah busy buat tester & promot kuih kan. Tak kurang jugak tukang jahit... Selamat menjana pendapatan buat sahabat yang terlibat. Semoga di murah kan rezeki. 

Okay cukup la ni, nak ziarah jiran sebelah blog kejap.. hehehe


OhMissBlossom__said : Bulan May ni bulan cinta buat iolss.. hehehe. Ulang tahun perkahwinan yang pertama gitu.! Let's grow old together husband.