Friday, February 10, 2017

~ Resepi : Ayam Lemon Inspired Pak Li Kopitiam ~

Assalammualaikum....

Hi uols, harini hakak nak share resepi Ayam Lemon inspired dari PakLi Kopitiam Shah Alam, Sapa pernah rasa Nasi Ayam Lemon Pak Li..? Signature dish orang kata.. Iols rekomen sangat kalau tak pernah cuba. Sedapp! Jadi ini lah ghupa hasil percubaan pertama hakak untuk resepi Ayam Lemon. 

Ayam Lemon

Tapi akak ngelat sikit la ayam ni pakai ayam frozen jewwww. Itu aje yang ada dalam peti ais masa tu. Jadi lah Ayam Lemon Segera. Tak kisah la kan yang penting sedap dan kenyang... (^^,)
So kalau uols nak buat ayam goreng sendiri ini resepinya.. selamat membaca & jangan lupa cuba!

Bahan-Bahan yang di perlukan untuk 2-3 orang makan ;

Ayam ;

  • 2 keping peha / dada Ayam
  • Breadcrump/Tepung salut
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Minyak Masak
Untuk penyediaan Ayam Goreng; 
  • Pecah kan telur, kacau & masukkan secubit garam dalam telur.
  • Celup ayam dalam telur, salut dengan breadcrump/ tepung salut
  • Panas kan minyak. Kemudia bila dah panas, masukkan ayam tadi.
*Tips ; api sederhana semasa panaskan minyak

Sos ;
  • Setengah biji lemon ( biji buang terus)
  • 1 cawan air
  • 1 senduk gula
  • setengah sudu tepung jagung

Cara buat sos Lemon ;

  • Masukkan air dalam periuk, api sederhana, perah jus lemon sikit dan masukkan lemon dalam periuk sekali.
  • Biji lemon terus buang, jangan masuk sekali untuk elakkan sos rasa pahit.
  • Bila dah mendidih, slow kan api. Masukkan gula. Ikut citarasa if nak tambah lemon atau gula lagi.
  • Kemudian akhir sekali, masuk kan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.. ikut suka angpa nak pekat mana.
Nahhhh.. da siap akhir nya. Bila ayam da siap goreng, curah kan sos lemon atasnya. Letak la hirisan lemon sebagai hiasan.. gitu.



OhMissBlossom__said : Akhir kata, selamat mencuba! Esok weekend kan, boleh la masak untuk anak anak hihihi.. (^_^)





13 comments

February 10, 2017 at 4:09 PM

SEDAP TU XRUGI MENCUBA

February 10, 2017 at 4:18 PM

Hi Aina :) Siqah tak pernah makan di Pak Li Kopitiam walaupun stay kat Shah Alam. Hihi. Nanti siqah cuba makan ayam lemon kat sana. Nampak mudah resepinya tu :) Esok weekend tapi siqah kena kerja pulok. Hee

February 10, 2017 at 4:20 PM

pernah makan...sedappp.

haa dah ada resepi tu bolehlah cuba buat sendiri nanti

February 10, 2017 at 5:18 PM

Menarik ni...hehehe..

February 10, 2017 at 8:31 PM

wah ayam! sedap sedap! kena cuba nie haha. thanks for sharing :*

February 10, 2017 at 9:22 PM

craving nasi ayam lemonn. fav giler masa study kat uthm dulu. lom pernah lagi buat sendiri kat rumah. takut nanti makan sorang sorang je hahaha

February 11, 2017 at 12:50 AM

Pak Li Kopitiam nasi ayam lemon dia mmg terbaik .Dulu masa zaman degree slalu mcm situ.

nie aina dah share resepi kena cuba nie . Tq dear share resepi =)

February 11, 2017 at 4:37 AM

ahh nampak sedappp :D but i'm not a fan of lemon chicken though hihihi

February 13, 2017 at 5:19 PM

Wahhh.. sedapnya. Teringin nak mencuba. Tengkiu for recipe sis :)

February 16, 2017 at 3:27 PM

Assalamualaikum aiNa,

Lama x singgah blog aiNa tapi kita kerap bersua di IG.. feel free to visit blog baru akak..

February 21, 2017 at 10:51 AM

saya pun suka makan ayam lemon ni :)

February 24, 2017 at 5:26 PM

Ohhh simple betul tu. Tak de guna langsung cili bawang tu semua yeh Aina....kacang bangetlah kalau cenggitu ek.
Ayam ni makan dengan nasi sedap tak ek?

February 25, 2017 at 4:49 PM

senang nie.. nanti aku boleh cube buat.. kekadang kat tempat keja dah pk nak masak ape untuk makan malam.. haishhhhh dilema wanita yang dah berkahwin betul laa.. haha

Post a Comment