Saturday, October 29, 2011

~Tergugat...Perlukah Ada..?!~

Assalammualaikum....

Pernah kah perasaan tergugat menyelubungi diri anda.....??
Perlu kah rasa sebegitu..? 
Ye, aku bukan seorang yang mudah tergugat...
Tidak mudah....
Tapi kali ini aku sedikit goyang..
Kerana lawan ku bukan calang-calang....


Aku bersaing dengan mereka yang hebat..
Mereka ialah Doktor dan Pramugari....
Tahukah mereka, aku tidak sukakan persaingan...
Aku rela mengudur diri andai mereka menjadi pilihan..


Aku hanya seorang pelajar yang sedang meniti alam dewasa...
Aku bukan insan yang hebat, aku hanya insan biasa..
Acap kali aku menyatakan,
Andai benar aku diciptakan dari rusuk kiri nya, 
kami pasti bersatu...
Aku tahu si dia jujur dan ikhlas...
Di angka 26,
 Aku tahu dia mampu membuat keputusan dengan tepat..


 Ingin aku nyatakan disini....
Kekasih lama nya, seorang pramugari ...
Datang kembali menagih simpati...
8 tahun  menyulam kasih,
Semestinya tidak mudah untuk di lupakan...
Ape yang bakal berlaku, 
Aku telah bersedia dari segi mental dan fizikal..
Kekuatan aku kini setanding dengan Supermak..~!!


Istikharah jalan terbaik.. (^___^)
I believe in destiny...
Setiap kejadian ada hikmahnya...
Aku telah berusaha...kini aku berdoa dan tawakal kepada-Mu...


OhMissWhatEver__said : Jangan mencampur adukan urusan peribadi dan belajar/kerja.  Kerana itulah kunci kejayaan... (^^,)


Thursday, October 27, 2011

~RaJa SehaRi.......~

Assalammualaikum.....

Hello readers and viewers..~! Sebelum terlambat, aiNa nak wish Happy deepavali. (^^,) Refer pada previous and previous entry, about my cousin wedding rite..? Alaa, yang dekat perak tuu.! Pengantin lelaki adalah dari pihak keluarga kami. Merupakan anak kepada my aunt. Eh, sekarang aku rajin betul attend wedding orang... sebab ape.? sebab addict gile dengan baju pengantin. Muehehe. Agaknya aku silap course la. Patut dulu amek fashion. yewdok.?

Lain negeri lain adat. Betul tak..? Macam dekat johor, pengantin lelaki akan dikenakan tol. Eh, faham tak tol macma mana..? Maknanya before korang bersanding main-main mata atas pelamin, u all kena la bayar cukai. Cukai pintu. Bayar cukai dekat siapa..? bayar cukai dekat penunggu pintu la wei. Penunggu pintu terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja yang muda belia, dewasa dan termasuk lah emak budak.. (^^,). 

Kalau rumah pengantin ada 10 pintu, maknanya 10 kali la kau kene bagi duit. Ade faham..? Hah, harap maklum. Tol masa ni takde pakai touch n go atau pun smart tag. Semua nya main cash orite. Make sure sapa yang nak kawen dengan gadis johor pastikan poket tebal sehasta during ur wedding day. Abang sedara i ni dapat orang Selama, Perak Darul Ridzuan. Jom tengok pic wedding mereka, mana tau u all dapat ilham untuk tema kawen nanti. =P

I suka la deco pelamin diorang... suka gila..~!! 

Ape pun congratulation to Muhammad Taufiq dan Norshafika... 

Haish..ramai yang dok tanya aiNa..bila ang nak naik pelamin... sabar naa. sabar. Da sepuloh kali aku cakap sabar. Tapi kali ni aku tak boleh sabar. Nak tengok aku naik pelamin sangat kan. Hah, tatap puas-puas gambar i atas pelamin ni okay..


Puas hati..? (^__^), aku ni belajar pun tak habis lagi...aaaawww.! Tak gatal lagi pun nak kawen. Enjoy ur life sebelum terikat dengan komitmen. Dan aku sangat-sangat bahagia dengan life aku sekarang. weeee...~!! Pika ingat pesan i ni...

"....Suami di dahulukan, Pencapaian di utamakan...."

Inspired from

V
V
V
V


Eh u all da tengok belum..? fuh, da best la wa cakap lu. Yana Samsudin, i loike u style. (^^,) u all bertiga memang ada chemistry. Sam n Yana, husband and wife yang romantika de amor. Gangster pun pandai berjiwa-jiwa kan.. I tengok dekat Astro First je. Hah, tengok la sampai muntah hijau pun takde masalah. Even skrin tak sebesar macam dalam wayang, tapi kau boleh lepak-lepak depan tv sambil makan goreng pisang pekena teh o panas. Huh, berbaloi-baloi kan..?


OhMissWhatEver__said : Bila cuti terasa cepat je masa berlalu... esok da khamis.? errrrmmmm. (>_<)


Monday, October 24, 2011

~1000th Follower..!!~

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya mencecah 1K. (^^,) First of all, thanks coz sudi folo molo milo di blog aiNa. Yup, memang menanti kan siapakah gerangan orang yang bertuah itu.. Akhirnya terjawab juga pada hari ini....

V
V
V
V



V
V


Thanks Aien Luvly Collection... Luvlyaien ni home bisnes tau. Bisnes ape.? bisnes Bag...Macam-macam beg ade. Seyes menarik. Tak mau cakap lebih la. Jom terjah blog beliau. (^^,). Rajin-rajin la klik button follow. Kawan la dengan luvlyaien ni. Dia baek tau..~! (^___^). Tambahkan kenalan kita ye. Ayuh kawan...

Ape pun Thanks kepada followers lain juga yang sentiasa memberi sokongan, kritikan atau pun nasihat.. U are rock guys~!! Insyaallah, after this aiNa akan cuba hasilkan entry-entry yang lebih menarik dan berkualiti. Apa yang kurang akan aiNa perbaiki nya. (^^,)

OhMissWhatEver__said : I da tengok page dia. Cantek dan cumel koleksi beg dia.. Sesuai kalau nak bagi present dekat orang dan untuk koleksi sendiri... (~_~)

~KroNologi di Hari Sabtu~

Assalammualaikum....

Salam pagi isNin. weeee..~! Rumahku syurgaku, tiada ungkapan indah selain ini apabila kaki mencecah laman rumah, badan mencecah katil sendiri... fuh, gaya nya macam tak balik 6 tahun. Pada hal baru 6 minggu kowt. Haish...Cuti midsem telah bermula, maka nya bermula lah episod membalas dendam dalam arena blogging (poyo gila ayat aku kaan..~!!). Minggu lepas aku kusut dengan test, minggu ni tiba masanya bersantai-santai pula ye. Dua hari lepas, bersamaan dengan hari sabtu, Setelah settle battle dance kitorang pagi tu..aku pun dengan lincah nya bersiap-siap untuk balik ke perak. Jangan penin noo. Even rumah aku Penang, tapi aku turun perak untuk attend my cousin wedding. So ayah i  pick up di sana.. (^____^).

Let's imagine guys... Aku menempuh banjiran manusia dari KTM untuk ke Pudu. Dengan bawak beg tarik ala-ala nak p overseas (okay, sedikit hyperbolabesbol disini..). Ramainya orang toksah cita laa. Apa yang aku tau, bila komuter sampai aku perlu dan aku kene rempuh untuk masuk dalam perut gerabak yang da sesak barat dengan manusia pelbagai kaum. Kata 1 Malaysia., so faham-faham la macam mana. Pelbagai aroma terapi ado. Dengan badan yang mula sakit-sakit impact tak stretching before dance dan juga impact dari practice sampai pagi yang tak hengat dunia, aku berjalan da macam nak menari sekarang ni. Huh...!

Okay, akhirnya badan aku dapat juga di sumbat kan dalam koc wanita...fuuh, lega nook~! Sampai pudu around 1 lebih. Tiket bus aku pukul 3.. okay fine. Cantek la sangat kan. Menanguk sesorang kat pudu, sambil tengok 1001 ragam manusia dekat sana. Tiba-tiba, datang sorang mamat ni duduk depan aku dan mengadap aku. Sambil cakap....

"Kak...Kak.. tolong saya kak.. saya kena tinggal bas nak balik kampar. Sekarang saya tak ada modal langsung nak balik kak.. tolong la, saya merayu sangat-sangat.. Akak bagi la saya berapa-berapa pun yang kak ada, saya terima...."

Shock tak shock la kan kau kat situ.. i'm alone okay.! Travel a-l-o-n-e...  mak cakap jangan layan atau cakap dengan orang yang kita tak kenal. Tapi dalam situasi macam ni, aku tersepit. Siyes tersepit.. Aku pernah kena tinggal bus. Aku tau dan faham perasaan bila kene tinggal bus. Okay, fine..situation dia sama yang berbeza hanya la tempat dan waktu. Atleast dia kena tinggal dekat Bus-stand. Aku kene tinggal dekat highway dan kawasan R n R yang ciput aje luasnya. Aku simpati..perasaan bercampur baur antara takut, kesian, simpati.. dan macam-macam laa. Aku tak tau la sama ada dia bercakap benar atau dusta semata-mata...

At the end, aku seluk poket than ade beberapa keping not rm 1 dan sekeping not rm 10. Tanpa banyak songeh lagi, aku terus hulur dekat dia. If dia betul-betul susah, aku harap dengan sedikit pertolongan itu mampu meringan kan beban nya. Tapi jika sebaliknya, bia allah sahaja yang membalasnya. Pepatah ada menyatakan buat baik di balas baik, buat jahat buruk padahnya..Tanggungjawab aku sesama manusia sudah selesai dan aku harap lelaki itu selamat sampai ke destinasinya..


OhMissWhatEver__said : tips untuk u all yang merantau.. sediakan duit kecil dalam poket.  Tentang wedding, next entry pulak ye..Okay babai.. 


Friday, October 21, 2011

~Happy Besday Emak n Ayah....!!~

Assalammualaikum....

Hello peeps~!! gud morning.. (^^,). Menarik nafas lega selepas malam tadi berdepan dengan killer paper. Dan terpaksa makan pain killer kerana mengalami headache. Huh...per-setan kan ia. After test, trus call mama mia...

Aku: .....if kita fail test 1 ni, mak marah tak...?
Mak : tak laa...kenapa mak nak marah..mak tau anak mak da wat yang terbaik...
Aku: terima kasih mak...kalau fail macam mana..?
Mak: kalau fail belajar lagi...sampai tak fail..
Aku: Thanks mak..sayang mak~!!

Kata-kata perangsang dari my mum, menguatkan aku untuk terus berada disini. Menempuh hari-hari yang mendatang, yang aku sendiri tidak tahu apekah dugaan yang akan di lalui....hari ni 21 Oktober merupakan hari lahir buat kedua-dua insan tercinta yang amat aku sanjungi dan sayangi. Iaitu, my mum dan juga my dad..~!! Eh unik kan berkongsi tarikh lahir dengan pasangan.. Berkongsi tarikh, tapi berbeza tahun...ayah lahir pada 21 Oktober 1961. My mum pula 21 Oktober 1967....


Happy birthday to both of u..
May ALLAH bless u.....
I wish, semoga panjang umur dan di murah kan rezeki....
Terima kasih kerana melahirkan aiNa ke dunia ini..
Thanks for giving me anything...
U are everything, without u i'm nothing...~!

OhMissWhatEver__said: Ada sesiapa yang berkongsi tarikh lahir dengan pasangan... meh share meh.. (^^,).

Wednesday, October 19, 2011

~Minggu sesak, Jalan sesak.. Otak sesak...~

Assalammualaikum....

Hye peeps...~! i'm speechless.. (>_<). Rasa nak menangis jawab paper kalkulus hari ni. Even baru test satu.. banyak suara-suara sumbang yang berkata...

"ekeleh....relax der, ni baru test satu.....test dua n final nanti kau skor laaa..."

Jadah dia..! test satu da semput-semput kau jawab. Test dua n final tercirit agaknya kalau baru nak skor. Alhamdulillah, dua hari sudah berlalu. Dan dua hari itu aku struggle untuk empat paper... ada lagi dua test. Wish me luck buddies.!

Akhirnya jumpa angle yang nampak keseluruhan KLCC....(^^,)

Ye, aku perlu kan ketenangan. Terasa segala otot dan urat-urat kepala sedang membengkak... Huh, cepat la masa berlalu. Cepat la hari sabtu.. Kenapa sabtu..? arghhh..gara-gara tarian terpaksa gua batalkan hasrat untuk cabut pada hari jumaat. Demmmmm.. >_<

Tengah minggu test, dan-dan je masa ni pesta konvo berlangsung. Habis semua jalan nak di tutup. Bila jalan tutup, faham-faham la jem mengalahkan ada konsert Double_Trouble, tak pun jem macam dekat stadium bukit jalil. Even i da masuk tahun 2, tapi tak berapa nak familiar dengan jalan kat upm ni. Guana..? Balik dari test, kepala tengah senoneng, lepas tu kene tempuh jalan yang jem. Haish, dugaan..dugaan.. menguji kesabaran betol. Tu tak ape juga. Masih ada ampun... Lagi sakit jantung bila foreigner yang drive dalam campus ni. Ingat jalan ni kau punya ke.! main reverse suka hati, main u-turn ikut suka... main break ikut sedap kaki je. Membahayakan orang awam. Baik jalan kaki, tak pun naik bus je wei.


OhMissWhatEver__said : Memang jalan kat U ni ayah aku punya ~! huh...

Sunday, October 16, 2011

~InterNatioNaL Book FaiR~

Assalammualaikum......

Gud morning peeps~!! sekarang pesta buku terbesar sedang berlangsung di maeps.. setelah seminggu dan hari ini 16 oktober merupakan hari terakhir. U all da pergi ke..? (^^,). Bila masuk je dewan dekat maeps tu, kau akan rasa diri ini seolah-olah berada di syurga buku. Owh, suka di ingatkan..agak-agak kalau ada low-blood pressure, sila la cari tempat untuk u all duduk dan merehatkan diri. HoKay..? I takut u all pitam je..

Nama nya pun pesta buku, jadi faham-faham donnk ragam nya bagai mana. Di tambah pula dengan kepadatan pengunjung yang tak putus-putus datang. Selama seminggu pesta ni di buka, 3 kali aku menjejakkan kaki ke sana. Asal pergi je confirm beli. yewdak..? Harga toksah risau naaa.. diskaun 70% and above. Harga runtuh kaauuu... Kelas kan~! pernah nampak ini tak.?


Sangat sesuai bagi mereka yang ghairah membaca untuk borong buku di sini.. If, i beli dengan normal price..keseluruhan buku ini mencecah Rm 289. Tapi di big bad wolf, 7 buku hanya dengan harga Rm 53..~!! (^___^) Jauh beza kan..? kenapa perlu bayar lebih. betoi tak..? Breaking dawn, new moon, and twilight sudah berada dalam koleksi. Malangnya satu siri sahaja lagi tidak di temui... erm..eclipes di mana anda...uhuks*


So, ini lah dia  buku-buku yang i grab....Beli untuk stock setahun terus. (^^,) sangat berpuas hati dengan harga nya. Mana tidak puas, barang baek harga murah. Sayang ni wei...! muah2! =P


Bersama my best buddy....first day masuk sini, rasa nak beli semua buku. Rambang mata betoi. Jika di ikut kan nafsu membaca yang membuak-buak, memang habis gondol dewan ni di kerja kan aku dengan mela's ni, tapi bila mengenangkan poket yang bakal rabak kitorang just grab mengikut kemampuan. Ang tunggu aku kerja naa... mau borong and buat mini library dekat rumah. (^^,) yehaaaa~!


OhMissWhatEver __said : Big Bad Wolf...tahun depan datang lagi ye....~!! (^______^) 

Sunday, October 9, 2011

~Selamat Bergelar..PuaN..!!~

Assalammualaikum....

Selamat malam readers, viewers and stalkers~! (^^,) rindu ke..? thats y stalk i kan. keh3..wei2 jangan melewei. Okay, rasanya belum terlambat lagi nak wish Selamat Pengantin Baru kepada aiDa nurul syahida binti Yen dan pasangannya.. Kerana telah selamat mendirikan mahligai indah bertatahkan permata.... bersama insan tersayang...


Just want to wish....
Semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...
All the best yaw~!
Ku titip kan gambar kawen beliau kepada rakan-rakan yang berada jauh nun di perantauan....
Bukti nya ini dia~! (^^,)

Diantara mereka yang hadir....


Barisan jejaka-jejaka DAS batch 2007-2010
ape motif ini..? perlu kah begini...*_*


aJa my>>aiNa yaZid<<meLawani othMan...


Lepas ni turn sapa pulak naik pelamin.........>>>>?? hah ce jawab.! 

OhMissWhatEver__said : Sedang berada di minggu kritikal...ouh,minggu test~!! doakan i okeh. Luv u all. Nyte. (^^,) Lagi dua minggu je cuti midterm. Hoyeah...!

Wednesday, October 5, 2011

~Improve service korang, boleh..?~

Assalammualaikum....

Selamat sore semua..~! Setelah 5 hari aku melancarkan perang dingin, akhirnya dia mengangkat bendera putih tanda surrender. Hah, padan muka. Nak cari pasal sangat kan. (^^,) huhuhu.. Tak pasal-pasal kene beli 10 guni coklat cadbury. (takdelah sampai pakai guni..). Ini bukan cerita utama okeh. Kisah ni berlaku pada hari semalam.. disebabkan darjah kepanasan yang melampau aku hold dulu untuk update entry. Bagi mata ni tido dulu, bagi otak ni rest dulu, sebab kita kene berfikir sebelum berkata-kata. Even sekrang ni tangan yang berkata tapi ia dicernakan oleh akal...

Semalam petang aku pergi Alamanda dengan aja my tengok wayang cerita Johnny English... Okay, cerita ni memang superb la sampai aku rasa bergegar panggung tu dengan ketawa terbahak-bahak orang-orang sekeliling aku. Intro memang gila la~! hahahaha.. korang da tengok ke..? i baru tengok, dan ini 1st time pergi meronggeng tengok wayang selepas sebulan balik upm. Huh, gile busy kan...


Okay, setelah hampir 2 jam  dalam panggung (sekitar pukul 6.50). perut mula berkeroncong lagu techno. Aku faham tuu si perut da mintak makanan. So, we all decide makan pizza di Pizza Hut. Bayangkan pukul 7.45 pm diorang da take order sampai pukul 8.30 pm pizza tak sampai-sampai lagi... Ow, hangin koot mak masa tu.!! Pada hal, hanya dua tiga table saja yang ada orang. Tup-tup kene tunggu sampai nak dekat sejam hanya untuk pizza regular aje. Orang lain yang datang lambat boleh dapat makan dulu, chances mintak kene palangkung sangat tinggi pada masa kejadian. Staff bukan main ramai aku tengok. Tapi buat ape..? usha-usha orang.. potong stim nak makan betoi.

Bila da jadi macam tu, mula la orang tu salah kan orang ni, orang ni salah kan orang tu. Aku order pizza yang ada cheesy lava, kau kasi pizza biasa. Nasib baik dapat pizza free (rezeki hari semalam, alhamdulillah..) Kalau tau dapat free boleh bawak bala tentera ramai-ramai. (^^,). Aku tengah dalam kesejukkan dan kelaparan masa tu, kau pulak bagi service gred C memang mintak aku jadi penceramah free je. Lagi satu hal.. aku memang tak puas hati  dengan service masa tu. Aku panggil asst. manager tapi dengan kerek dia suruh crew saja yang datang. Untung aku tak isi form customer service tau. Patutnya, kau berkerja di kawasan yang elite kau kene la alert dengan customer. Jadi la profesional walau dalam ape jua preofesion. Setuju..?

Lagi satu, muka jangan nak ketat je. Apa guna pakai batch smile kalau tak boleh jadi kan amalan. Respect others, if u want people to respect u. Hui, macam-macam ragam...

Source: Google search.

OhMissWhatEver__said : Yellow cab pizza best tak.....? nak cuba la nanti.. (^^,)


Sunday, October 2, 2011

~kepercayaan itu......~

Assalammualaikum....

Huh...kenapa dan mengapa..
Mungkin hari ini satu dari hijab aku telah di buka..
Menyedarkan aku dari mimpi di alam nyata...
andai  hawa di cipta dari rusuk adam nya pasti bersatu jua...

 Beberapa tahun ini...
pelbagai suka duka di kongsi bersama...
hari ini, kau telah membuktikan hakikatnya..
membuka pintu hati untuk aku mengakui nya..

kepercayaan yang di pupuk musnah begitu saja...
aku di tuduh sebegitu rupa...
adil kah begitu..?
perasaan bercampur menjadi satu...

berkawan biar beribu...
berkasih biar satu...

kepada yang berkenaan........
thanks memberi pengalaman baru pada hari ini...
kepada yang berkenaan.....
aku minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...
sesungguhnya aku rasa bersalah dan malu...