Selamat petang semua..(^^,) wish kalian sihat-sihat hendaknya. Beberapa hari ni aku mendiamkan diri bukan bermakna aku pergi melantak limau secara sakan sampai pengsan. Dok laaa.! Nak kata pergi rumah terbuka dekat Penang Times Square pun tak juga.. Diam merehatkan minda...membantai movie, membaca novel 7 Hari MencintaiKu yang tebal teramat karya Siti Rosmizah (SR). Novel ni super ohsem dude!.
Sejak dua menjak ni, isu baucar memang hangat diperkatakan... i admit, setiap orang ada pandangan peribadi masing-masing. As a student i have my own side of view... Sorry to say kepada yang merasa pedas nya. Perlakuan sesetengah pelajar yang sanggup menggadai, menjual mahupun melelong baucar itu memang satu tindakan refleks yang tak bertanggungjawab. Senang cita, kau tak tahu bersyukur la! Der, orang bagi baucar tuu untuk ringan kan bebanan kewangan kau.
Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga, tindakan golongan yang tak bertanggungjawab sedikit sebanyak mencalarkan imej pelajar lain yang turut mendapat tempiasnya. Kau merungut-rungut ptptn tak cukup..yuran melambung tinggi.. nak sara hidup pun sampai berikat perut.. tapi bila dapat bantuan kenapa tak hargai...?? Oh well...manusia kan. Jangan salah gunakan apa yang kita terima ni kawan. Apa yang kita buat sekarang, generasi adik-adik kau, generasi akan datang juga yang merasa bahana nya. Cuba kita ikut logik algoritma.. ikut rasional bukan keuntungan semata..
Hidup biarlah berlandas kan etika dan tanggunggjawab... dari menyalah gunakan benda tu, apa kata kau beli alat tulis se-kodi sekurang-kurang nya cukup sampai kau grad. Tak pun, kau faraid kan kat adik-adik ke, kat kawan-kawan yang susah ke.. sekurang-kurang nya kau da buat amal jariah dari melanggar syarat dan peraturan. Secara tak langsung juga, da terselamat dari tindakan undang-undang kementerian pengajian tinggi...kannn.?
OhMissWhatEver__said: Benar lah kata orang...kerana duit manusia gelap mata...
35 comments
serius. orang bagi baucer tu tentu2 lah nak suruh beli buku. bukan menyumbang kepada benda yg lain. haishhhh!!!
p/s : gila teringin nak baca 7 hari mencintaiku
huhu..bru habiskan rm50 utk alat tulis..itupon puas pkir nak beli apa..haha..
siti rosmizah mmg terbaikk!! ^^
mcm2 hal budak2 sekarang ni hehe..anak2 org kaya kot yg x nk baucer tu
stuju :)
cik kiwi's: betul.. tu laa kalau tak sedar dek untung..baca la kiwi, best sgt!
fatin amalina husna: yup SR antara yg terbaik! same with me.. =) da abs kan 50 rgt beli alat tulis. muehehe..
Phat : mybe laa phat. tu yg tgk baucar mcm takde nilai je.. huhuhu..
Dhia BellamiZam: thanks dear~! :)
org yg x reti nak bersyukur mmg gitu gayanya..*geleng2
beruntungnyee dapat boucer...jimat dah 200 hengget..:)
untung r dpt..klu eyda..eyda akan hargai voucher 2...tp zaman study eyda da abs..xdpt r..=(..
ain pun suke bacer novel jugak..
p lani da jarang da...
sibuk stdy...konon lar...heee
lw dapat baucar 2 konpem bli buku banyak2.....:D..baru semangat nak stdy..heee..p ain xdpt lar..sbb dak maktab da dpt elaun...sob3
p xpe..rezeki masing2 kan...tuah ayam nampak d kaki..tuah manusia kita xtw
~SaL IjOu~: hurm..kalau macm ni la gayanya....memang sush la generasi akan dtg nak terima bantuan.. =(
Ungu Violet : yup ungu! aiNa hargai sgt.. =) blh saving2 skit duit biasiswa.. hehehe..
Eyda Dania: kaan..! hargai dan berterima kash sgt2 =). its okay dear.. mungkin eyda ada rezeki yang lain.
::WafaIrdina::betul..=)! tuah ayam nampak di kaki..tuah manusia tak siapa tahu..
bakal cikgu la ni ye.. hehehe. elaun maktab pun mantap kaan. (^___^)
novel tu memg best sgt, kena beli ni...
sebelum ni pinjam je :D
LaLa mhdnor : betul! mmmg best gila..hehehe. =)
itu pelajar yg pro pembangkang kot? yer laa dia org ni mana suka dgn pemberian kerajaan...ermmm
Saya tunggu baucar repair rumah hehe ada ke?
itu lerrrr.manusia tak reti bsyukur..kalau taknak sedekah jek kat org lainnnn.haihhh
Ayie Abas: blh jadi..kdg2 fikir..bila tkde bantuan merungut..bila ada bantuan tak hargai..kan..?
EmpayarUtama: mybe dalam proses tuu..heheh. =P
Sarah Mohd Saleh: kalau taknak belanja buku ke..bagi hadiah alat tulis dekat org lain.yedok.? =)
macam2 cerita dengar ttg voucher neh kan..
ial dah habis stdy pun guna beli buku ilmiah & novel..optsss..heheheh
ILA HonEyBuNNy : betul..betul..haha, yg penting tak salah guna kan its okay dear. =)
follow you :)
baucer......masih di dalam walet. :)
hoho. tak leh masuk campur hal2 student ni.. mereka lagi advance
seharusnye bersyukurlahkan..
Beruntunglah skrg ni dapat voucher RM200..banyak tu.. :)
haram jual..riba..kate ustaz..
Mr.Poyos: thanks u~!! aiNa baru guna sekeping baucar tuu. =)
syahirooAhmad : =) beb, pandangan org pun i nak tau gak.. blh share2..
LiLy @ MumMyQiStInA: btul kak.. :) bersyukur sgt.. skurg2nya ringan sikit tangungan. :)
AzwanRamli : kata ustaz tu...sy setuju.! =)
baucar tu pun sanggup dijual semata2 nak wang tunai huhu
tu laa.. hargai lah pemberiaan itu. kita pun bukan selalu dapat bantuan macam ni..kan.. =)