Wednesday, June 29, 2016

~ Dairy Ramadhan : Tahun Pertama Sebagai Isteri ~

Assalammualaikum.....


Salam Ramadhan ke 24..! (^_^) 

Sekejap masa berlalu. Ramadhan sudah pun memasuki fasa ke 3. Alhamdulillah. Ehem, macam mana persiapan uols tahun ni..? Persiapan hakak biasa biasa aje.. sederhana. Persiapan kuih raya.? Baru nak bakar kuih Sabtu Ahad ni Insyaallah. Ada la  4 - 5 jenis kuih raya yang di sponsor mak sendiri. Thank you mak! Huhu power jugak mak aku ni, pertengahan puasa da siap 4 jenis kuih. Masa balik JB aritu sempat la hakak bawak balik tart nenas legend beliau. Tapiii sekarang ni Tart nya da tinggal separuh balang dek bantai nya iols laki bini buat kunyah kunya sambil tengok tv! Mak kata balik raya nanti ambik lagi sebalang. Hati berbunga terus jadi taman botani. Muahaha.


Tart tradisi takde gulung-gulung okeeh..

Ramadhan tahun ni opkos la hakak teruja.. Alhamdulillah Ramadhan pertama sebagai isteri. (^^,) Culture shock jugak la kena bersilat dekat dapur seawal 4.30 pagi. Letih pun ada, yela tak biasa. Dulu zaman bujang sahur koboi je.. Buat air makan roti lepas subuh tido balik. Pkul 7 siap siap pergi kerja. Sekarang tak boleh la selfish. Kesian husband kita. (~_^) Buka puasa pun sama, rushing balik keje nak kejar waktu buka. Awal awal dulu hakak masak sahur - buka, terasa tak cukup nafas pun ada. Laa ni cheq tak tahan letih. Memang prefer beli wei. Nasib baik husband jenis tak cerewet. Jadi, kitorang balik kerja sesama singgah la param. Sepanjang puasa ni kami buka makan kurma, air n kuih sesikit lepas solat maghrib berjemaah baru la kitorang makan nasi. Jadi tak la hakak mengah nak solat. Hehehe.. 

Menu sahur pagi tadi sempat la iols masak lauk Sotong Telur Masin. Kalau bangun awal lauk memang bombastik sikit laa. Kalau lambat hakak goreng telur dadar aje diknon.! Tu untung la husband da tolong masak nasi malam, kalau tak makan lauk ajela. Hewhew. 

Nak resepi ke..? (^__^)

Pengalaman tak sempat bersahur tu belum lagi. Mudah-mudahan dapat la bersahur hingga ramadhan terakhir untuk mendapat keberkatan.  Pernah aku n husband terjaga 5.40 pagi mak aiii memang bantai apa yang ada  atas meja. Sempat makan kurma dengan air pun jadik. Ni kes terlambat bangun sebab letih membetis dekat Mood Republik ah ni! Huhuhu tapi tak ape. Pengalaman.

Uols pulak cemana..? Pernah ke terlepas waktu sahur..? Huhuhu.. Okay la nak apply cuti raya ni. Kang tak approve haru jugak husband beraya sensorang! Raya tahun ni sis balik kampung husband. Dia guna kuasa veto dia jadi kena lah hakak ikut. Yela tempat isteri kan di sisi suami. Eceh! Next year turn iols pulak. Kena tolak ansur tak gitu..? Hihihi 

Thanks reading..!


OhMissWhatEver__said : Ada 2 orang lain ni pemenang GA tak send details... Tak dapat pos hari ni lepas raya la ye hakak pos.! Sapa yg da sampai hadiah tu nanti roger roger okeee.. 



Monday, June 27, 2016

~ Pemenang Bertuah GA Raya by Aryana Couture ~

Assalammualaikum.....



Syukur alhamdulillah tamat sudah Giweaway Shawl Raya by Aryana Couture pada hari ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua.. 1st GA ni sis tak expect lebih pun. Dapat 10 orang yang join, sis da bersyukur sampai langit ke tujuh uols. (^^,)  Terima kasih!! Okay di sini ada berita baik.. Pada awal nya hadiah untuk yang bertuah ada 5 sahaja. Tapi di saat akhir ada penambahan hadiah sponsor dari team Terengganu. Rezeki awak awak semua.! 

Mesti berdebar nak tahu siapa yang bertuah kan.? Sabar sabar.. sis yang menaip ni pun terketar ketar (wahhh gituu) Pemilihan pememenang di buat dengan kaedah cabut nama yang bertuah dari 46 orang yang mengambil bahagian. Insyaallah kita akan buat next GA. Mungkin Raya Haji..! Okay jom teruskan dengan misi utama hari ini.! Seminggu sisturrr tak update blog yang pertama busy, yang kedua bagi laluan dekat GA ni sikti.. hehehe..Tanpa membuang kita nak umum kan insan bertuah yang berjaya memiliki shawl dari Aryana Couture ;



♥  Nadhie Wueen

♥  Mummy Dearie

  Rara Aihara


♥  Cik Yanie

♥  Nisha

♥  Cik Hayati

♥  Umie Yana

♥  Akif Imtiya



Mohon email kan details ; 

Nama ;
Alamat ;
No Telefon ;

ke ainayazidwrites@gmail.com / whats app 013 2523620


Take note sikit pada yang bertuah, selewat lewat nya hari esok ye. Sebab last postage 29/6/2016..! Kalau boleh nak la hadiah uols sampai before raya. Baru la boleh selfie selfie dengan shawl gojes raya. (~_^) hehehe. Jadi pada yang tak berjaya kali ini, cuba next GA ye. Tahniah semua..! 

Thanks reading! 


OhMissBlossom__said :  Pada uols yang join, terima kasih atas penyertaan dan sokongan. Insyaallah ada rezeki lain kali kita bersua lagi. (^_^) 




Friday, June 17, 2016

~ Giveaway Shawl Raya by Aryana Couture ~

Assalammualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim.... (^^,) 

Alhamdulillah, sudah 12 hari kita berpuasa. Okay okay. Hakak tak nak cite panjang panjang. Team Aryana Couture nak bagi Shawl Raya buat yang bertuah.. Boleh la uols melaram sambil flip shawl raya nanti.! Iols cuma iklan kan saje. Yang memilih pemenang nya admin lain. 1st time ni buat giveaway.. Neves mak! Penyertaan terbuka kepada semua blogger. Jemput join uols.


5 Syarat penyertaan yang mudah ;

1) Buat entry bertajuk " Giveway Shawl Raya by Aryana Couture " dan tepek banner ni sekali 

2) Follow blog Cherry Blossom n Google+ (Jika ada)

3) LIKE page FB Aryana Couture (optional)

4) Tag Kawan Kawan Blogger yang uols nak melaram bersama (~_^)

5) Tinggalkan link entry anda di komen. 

Due date : 26 June 2016 (Ahad)

Jom laa Join ramai -ramai..!!

Okay sila jamu mata dulu. Sebahagian Hadiah buat insan yang bertuah. Kita nak bagi je ni! Rugi tak join. Mana tahu rezeki Ramadhan untung untung bertambah koleksi tudung raya kaaann.  (^^,)

Dull Satin Hot selling. Instant Sarahana n Instant Royal Lace


GA di mulakan dengan meng tag mereka yang terpilih tanpa sengaja ;

Dear Nadhie
Siqah Hussin
JunnHaraa
Kak Zakie
Sis BP
♥ Dear The Athra ♥


Thanks uols! Really appreciate for your support (^^,)



OhMissBlossom__said : Jom join! Meriah kan GA raya kitaaa... 



Monday, June 13, 2016

~ Kejang kaki : Simpul Biawak atau Simpul Mengkarung ~

Assalammualaikum...


Salam Ramadhan Ke 8 uols..!

Macam mana seminggu puasa ni..? Hah ada yang da prepare baju raya macam Mak angry bird kah ...? Atau ada yang da siap buat kuih raya machiaam kawan kita ni Cik Yui Glowing ..? Hihihi.. Kita tahun ni recycle baju nikah je...! Hah gituw. (^^,) Nikah nak nak puasa memang orang kata ekonomi sangat pakej baju nikah bawak ke raya. Jimat kenn.. Nak jimat uols tahun depan boleh tiru machiam hakak. Kohkoh.

Actually, iols busy sikit. Maklom la tengah prepare budget untuk tahun 2017 - 2021. Berpinar jugak buat bajet ni mung tau dop. *nanges* Nak p toilet pun tak sempat apatah lagi hakak nak update blog. Hewhewhew.. Ni baru reda sikit tau Mummy cute n sado ! hahaha. Minggu lepas sampai iols rasa nak taip pakai jari kaki sekali. Mimpi ngeri betul. Hahaha.. Stress sangat sampai kena simpul biawak hari khamis lepas. Hmmm ada kaitan ke stress dengan simpul biawak.?

Layan aje la yek. =P

Tang tu la yang cramp! 


Da lama tak kena simpul biawak ni. Maklomlah aku allergic dengan suhu sesejuk ni kebetulan hari hujan pulak.. Hah pastu tido lupa pakai stokin. Mendapat la simpul biawak Khamis lepas cita dia. Dulu masa bujang kalau kena simpul biawak perit betul nak urut sendiri. Sekarang ni, kita gerak orang sebelah tolong urut kan. (~_^)  Tenkiu husband. Siapa pernah kena simpul biawak ni..? Kesan dia nak jalan sakit oo terasa dua tiga hari.

So, kalau u guys kena gini boleh cuba rawatan alternatif untuk elak kejang kaki ;

1) Rendam kaki di dalam air suam yang di campur garam

2) Minum air secukupnya setiap hari

3) Pakai stokin tebal sewaktu tidur bagi mengelakkan kaki dari sejuk. Kaki yang sejuk mudah mengalami kekejangan

4) Pakai seluar panjang waktu tidur

5) Sapukan minyak panas pada betis untuk elak angin sejuk masuk

6) Lapik bantal di bawah/ hujung kaki



Okay sekian untuk hari ini.. Jangan panik ok kalau cramp.!
Thanks reading.


OhMissBlossom__said : Sambil jari menaip.. otak ligat memikir menu buka puasa petang ni.. Menu apa yg best ek.? 




Tuesday, June 7, 2016

~ Cameron Highland : Museum3D, Steamboat & S'berry ~

Assalammualaikum....


Baru teringat ada sebahagian cerita CH yang tak habis di kongsi kan... Bukan apa boleh jadi guideline gituu kalau pergi. Semoga secebis pengalaman yang iols kongsikan ini bermanfaat pada masa hadapan.. (^^,) Salam Ramadhan Kareem buat semua umat islam seluruh dunia. Okay hakak terus kan cerita.. Jom layannnn. 

1) Nova Museum 3D

Aku ni salah sorang peminat seni.. walaupun kurang seni dalam bab bab melukis. Maklum lah hakak belajo Lukisan Kejuruteraan.. Jangan mintak hakak lukis bunga. Tak pasal pasal hakak lukis bunga bentuk petak nanti. Mintak lukisan oblik n isometrik iols tau la (^^,) Muehehe.. Lukisan 3D dekat sini seakan-akan hidup. Kreatif kan.. kagum hakak. Nak masuk boleh dapat kan tiket berharga Rm 18/dewasa dan Rm 10/kanak-kanak. Lagi satu, kena bukak kasut bila nak masuk sini. Take note okay! (^__^)

Teringat pulak manusia bersayap dalam X-men!

 
Kena pandai cari angle, baru nampak 3D.. Hewhew Berani la pulak hakak nak seberang jambatan lagu nii.. memang taklerr. 

Fefeeling naik gondola.. 

Lukisan 3D ni da banyak ada serata negeri... tahu atau tak je. Macam Nova ni.. bila review baru tahu dekat CH ada Museum 3D.. kan..? Yang aku pernah pergi Laman seni seksyen 7, Shah Alam. Dekat Penang pun ada. Tapi tak sempat sampai sana, family da pindah JB. Hehehe.. Bagus mermartabatkan lukisan di jalanan.. dari lukisan yang mengarut n mencarut kan..? Terjaga jugak nilai estetika. Gituuu. 

2) Abang Steamboat and Grill

Terletak di Tanah Rata, Harga Rm 25/seorang.. Pada pandangan peribadi, keseluruhan nya not bad. Puas hati... Jangan bandingkan dengan Seoul Garden n Red Wok.. Bukan tandingan nya. (^^,) Senang cite sesuai dengan harga! Lauk boleh tahan banyak.. ada ikan, ayam, daging. Sayur pun pelbagai. Aku jenis tak cerewet makan.. jadi kalau ikut tekak aku ni payah nau nak jumpa makanan tak sedap. Huhuhu... 

Ni baru 1st round.. 2nd round n final round meja sepah da.. ~_^

Jangan lupa cuba sambal bilis tempe stroberi.. Unik.

Siapa yang bercita cita nak ke CH lepas raya.. boleh la cuba. Banyak je tempat makan jenis steamboat n grill ni.. Tapi Abang steamboat ni paling dekat dengan hotel iols. 

3) Strawberry

Strawberry ni benda wajib uols bawak turun dari CH. Ni kalau tak bawak confirm ada yang muncong panjang sedepa... " Pergi CH takkan tak beli Strawberry " gituu.. haha. Aku bawak balik kampung satu bekas, pilih yang muda muda sikit. Tahan la seminggu, sampai JB ngam ngam je masak ranum. Mak ayah n adik adik pun happy.! hihih...

Merasa la petik Strawberry sendiri. Excited. 

Strawberry cecah coklat memang sedap boh.! Boleh cover masam masam strawberry tu.. Balik dari CH Seminggu aku ngadap strawberry rasa nak pitam pun ada.. Huhuhu... (@_@)

Must try. Scone with teh tarik n teh O madu... great combination.!

Tamat la entry throwback travel ke CH...! Alhamdulillah. (^__^) Yang datang jejauh macam aku ni, memang harus pulun semua benda yang kena cuba dekat CH. *tu pun ada tempat tak sempat pegi* (!_!). 

Thanks reading uols.! 



OhMissWhatEver__said :  Selamat Berpuasa uols..! Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum nya... Amin.






Thursday, June 2, 2016

~ Resepi : Udang Lemak Cili Padi ~

Assalammualaikum....


Okay hari ni rasa nak share resepi ringkas.... yang di beri nama Udang Lemak Cili Padi. Memandangkan bulan puasa tak lama lagi, boleh la uols try. Puasa kan sebulan. Jadi menu ni boleh masuk dalam wishlist uols. Mudah sahaja.. bahan-bahan pun sonang. Ni kira 1st time hakak masak lomak.. Dekat rumah sewa memang tak ler masak lomak ke kari ke sup ke.. paling kuat rajin pun masak Spaghetti je. Muehehehe... Sekarang ni bukan jaga perut iols sendiri. Kena jaga perut anak orang jugak khaann. (^^,) 


Udang lemak + telur dadar + kobis goreng = Happy tummy.!

Lauk makan berdua. Licin! Senang basuh pinggan. (^___^). Okay bahan yang di perlukan ;

1) Cili Padi (7-10 batang) ikut suka nak pedas kaw ke idok
2) Kunyit hidup besar ibu jari / 2 inch
3) Serai sebatang (jangan lupa ketuk!)
4) Garam
5) Udang (anggaran 500g)


Cara - cara :

1) Tumbuk/blend cili padi + kunyit hidup 

2) Panas kan minyak dalam kuali.. Tumis kan bahan (cili padi + kunyit yang siap di tumbuk/blend)

3) Aroma tumis da bau satu rumah, Masukkan santan 1 cawan. (hakak guna santan kotak saje. Tak dan nak peperah santan sekarang ni) =P

4) Kemudian tambah air.

5)Bila da mendidih,Masukkan serai yang sudah di ketuk tadi. (sayur kacang panjang/tomato/kentang)

6) Masukkan garam secukup rasa

7) Lastly masukkan udang.

8) Bila udang sudah bertukar warna merah, boleh la kita padam kan api..


Taraaaaa.. siap sudah menu makan malam hakak semalam. (^^,) Thanks reading! Moga membatu dan bermanfaat buat kalian...





OhMissBlossom__said : Anyone yang da pergi Floria 2016 dekat Putrajaya..? Cer komen sikit cun ke idok.?