Friday, August 5, 2016

~ Tips : Selamat Kan Tabung Simpanan ~

Assalammualaikum....


Da habis bulan Raya rupa nya.! Sepantans kilat masa berlalu sampai tak perasan lama iols tak update blog, maaf busy sikit uols sampai order shawl partner sis take over kejap. Huhuhhu. Okay.. Setiap orang ada cara saving yang tersendiri.. Izin kan sis berkongsi sedikit tips kewangan dengan uols. Hehehe. Orang kata kalau tak boleh simpan banyak, cukup la kita simpan sedikit dahulu.. Antara cara nya.. simpan 10% dari gaji bulanan... Bagi golongan baru bekerja, macam aku ni baru nak 2 tahun kerja sesuai amalkan. Muda belia remaja lagi. Ahaks. Takde komitmen berat lagi.

Marilah kita saving di usia muda... (^^,) Kadang kadang nak mula saving ni, dia punya godaan memang menguji! Mungkin ada orang akan anggap kita kedekut sebab kia tengah berjimat cermat. Kedekut dengan berjimat ni lain okeh.. Jadi, persetan kan apa orang kata. Yang penting niat kita... Kalau tak ada saving, jom cuba selamat kan tabung simpanan dengan cara ;


1) Kawal nafsu belanja

2) Simpan duit lebih gaji, bukan beli handbag baru, baju baru...

3) Tak perlu hari hari kopi Starbuck... Air bancuh 3 in 1 pun sedap dan jimat.

4) Belanja kurang dari pendapatan.

5) Ubah gaya hidup..! tak perlu dress up artis sgt. Ubah dari cafe hipster ke dapur sendiri.

6) Write down monthly budget

7) Cari hobi yang menambah kan pendapatan.

8) Beli secara tunai dan kawal penggunaan kad kredit

9) Diet dan amalkan makanan sihat.. Fast food hari hari pun tak elok.

10) Melabur di tempat terjamin (Contoh Tabung Haji/ Asb/ Insurance)

11) Tudung.. tak perlu yang branded dan mahal.  Tudung murah pun cantik & berkualiti (macam tudung Aryana Couture...giteww =P)

12) Bawak bekal pergi kerja (if ada kesempatan)

13) Jimat kan penggunaan elektrik di rumah.

14) Beli barangan tempatan dan sokong peniaga kecil.. Beli dekat pasar tani puas hati.

15)  Banyak kan amalan ber sedekah

16) Main undi. Haaa take note sikit pasal main undi ni. Biar lah main dengan orang yang betul betul boleh di percayai! 




Mula lah menyimpan walaupun sedikit. Bukan berapa banyak menyimpan yang penting, konsisten. (^__^). Simpanan hari tua orang kata.. Muda muda kita banting tulang. Da tua nanti tak kuat takde kudrat.. Takde siapa yang boleh ubah nasib kita, kalau kita tak berusaha. 

Kalau orang ada duit banyak dan duit gaji tak pernah habis, itu ikut suka la nak beli apa. Nak travel satu dunia pun tak jadi masalah. Ini, idokkk belum sampai bulan gaji.. gaji da tinggal belas ringit dalam akaun. Takpun bukak dompet serupa tumbuk bawang.. Banyak kertas & resit dari duit. Hewhewhew..... pastu.? Orang keliling jadi mangsa... Hmm. Ubah cara okay.. Matlamat kita Financial freedom.!

So, pada sesiapa yang berminat nak buat side income untuk jadi Dropship/Agent Aryana Couture boleh email atau whatsapp terus 0132523620. Kena lah sahut cabaran menteri kita.. buat 2 - 3 kerja dalam satu masa. (^^,) 


Sekian... Thanks reading! 




OhMissBlossom__said :  Any tips tentang tips saving uols...? Meh la share.. (^___^)






23 comments

August 5, 2016 at 10:18 AM

perkongsian yg bagus..tq dear :)

August 5, 2016 at 10:19 AM

bgs ni.. hehe

August 5, 2016 at 10:33 AM

List yg cantik utk direnungkan bersama
Tapi bila asyik nak menabung jgn lupa sedekah betul tu Aina.

Tudung mahal tu yg buat kakak senyum sendiri. Oh... wanita!

August 5, 2016 at 11:22 AM

Wah bguihnya..
Tq dik
Lma tak berksmptn jenguk sini..

August 6, 2016 at 3:41 PM

Nice sharing dear ... =D ... Lama tak nampak Aina di blog =)

August 8, 2016 at 8:59 AM

Azlinda Azman : welcome sis =) hehehe...

August 8, 2016 at 9:00 AM

nuyui a.k.a miss YUI : tq yui.. share yg mampu =) hehe

August 8, 2016 at 9:00 AM

Kakzakie Purvit : Betul kak... lg satu kena ikut kemampuan diri. kan kak. =)

August 8, 2016 at 9:06 AM

Kayu Manis : busy kann x smpt nak bW. Sesama kak.. hehe saja berkongsi tips dlm kegawatan ekonomi skrg =)

August 8, 2016 at 9:06 AM

nadiah izzaty : Thank you Nia syg.. tu laaa busy sokmo. hehehe insyaallah nanti aina singgah blog nia =)

August 8, 2016 at 12:48 PM

Setuju sangat ni, Aina. Mula menabung masa muda belia remaja dan kurang komitmen. Nanti bila dah beranak-pinak dan usia makin meningkat, komitmen pun lagi banyak.

Biar takda handbag berjenama, kasut berpuluh pasang asalkan by 30 tahun dah ada rumah sebiji. Kereta pun pakailah jenama yang mampu milik. Nak pergi balik kerja aje pun. Nanti-nanti bila duit dah menciak biak dalam akaun simpanan, time tu bolehlah lontar-lontar kat mana hendak tapi kena juga hati-hati, jangan sampai habis. Penat simpan sampai setinggi Everest tau-tau dah habis kena tarah dek nafsu serakah. Hahaha!

August 9, 2016 at 1:08 AM

Perkongsian yang bagus sis aina. yup! memang ikutkan byk benda xpenting kena cut cost! Lagi2 part makan tu!hihi. kita selalu sangat abes duit utk makan! kadang grab fast foods, restaurant mahai dan sebagainya. Memang kena ubah tebiat ni ;D

August 9, 2016 at 9:23 AM

Wah....... semangat nak simpan duit nampak hihi.... Betul sangatlah tips tu Aina, jangan ikut nafsu asyik nak membeli aje kan. Tapi tulah kadang kadang terbabas jugak hihi....

Mak tak de tips sebab mak ni kira kategori membazir jugak hoho

August 10, 2016 at 11:42 AM

Mummydearie : Betul tu kak.. Hihihi. Muda belia remaja ni la keje kaw kaw. Nanti ada anak pk anak pulak kan. Yg penting ukur baju di badan sendiri =) tau takpe! jenuh simpan tinnggi gunung everest, kalau ikut napsu serakah boleh licin duit di keje kan. huhu

August 10, 2016 at 11:44 AM

nadhie wueen : Tq dear.. peringatan buat sis juga. hehehe. Bab makan tu blh je tp x blh la selalu kan. Kadang kadang sebulan sekali mmg teringin nak reward diri. Yela penat keje. Betul tak? hehehe

August 10, 2016 at 11:45 AM

hainom OKje : hihi tu la mak! Start keje da menyimpan utk kawen sesikit. ni kita teruskan. Hehehe... btul mak. iols pun terbabas jugak kekadang. Tp skrg behave sikit sbb nak beli apa2 kena consult dgn laki.. =P

August 10, 2016 at 2:52 PM

I selalu failed kalau menabung ni hahaha

August 11, 2016 at 5:11 AM

Hehe betullah waktu muda banting tulang dh tua nti bley rest pergi balik masjid buat ibadah je tak nak dh fikir bab nk carik duit ni.huhu

Nice sharing..sikit byk tak penting..yg penting konsisten simpan kan pastu ada usaha nk tmbhkan simpanan

August 11, 2016 at 11:54 PM

Nice sharing aina =) bab berbelanja dan wanita sukar dipisahkan. Hehe. Macam dah lama tak singgah sini. Ke aina yang baru update blog balik? Hee..

August 17, 2016 at 12:56 PM

MJ punya tabungan melalui si hijau
http://normj1001.blogspot.my/2014/11/menabung-dengan-si-hijau.html

dan juga duit syiling :)

August 19, 2016 at 3:05 PM

Wahhhh peekongsian yg menarik ni...

August 19, 2016 at 3:05 PM

Wahhhh peekongsian yg menarik ni...

December 11, 2016 at 3:58 PM

Sis dh start menabung tp bila terdesak korek cane huhhuhu

Post a Comment