Friday, December 30, 2011

~Make me Think....Internal vs External~

Assalammualaikum.....


source: comicstriper

Picture tells......
Kecantikan luaran tidak menggambarkan kecantikan dalaman.. (^___^). 
Bahasa jiwa bangsa..Hancur bahasa Rosaklah bangsa.



OhMissWhatEver__said : enough to make me smile.....muehehehehe. Think..n think.


Wednesday, December 28, 2011

~Wordless Wednesday~

Assalammualaikum.....

source : uncle google

My mood ~> Baskin Robin and Chocolate Indulgence.....
Sumpah gua teringin nak makan!!

OhMissWhatEver__said : Bila study, mesti lapar...argghh. (>_<)


Monday, December 26, 2011

~Mission Impossible 4...~

Assalammualaikum...

Hello darl~!! Merry Xmas bagi yang meraikannya.. o-yeah i'm late sehari. (^^,) Ehem.. weekend lepas  i menghabiskan masa with Mella n Zaihan. Sempena cuti study week, we all attend kenduri, yola..makan free u..!

Even i ni kaki jalan tapi still beringat yang final semakin menghampiri... First paper on 3th January 2012. Woah!!  new year celebrating pakej  dengan final exam. Terbaik meyh. Guys, da tengok Mission Impossible belum..? I cadangkan for those yang kaki wayang, sila lah tengok ini movie. Tengok lah macam mana diorang kendalikan mision yang diberikan. S>M>A>R>T wei.! 


Mission Impossible....ghost protocol ~> super ohsem!!


Jane Carter with Tom Cruise....

Eh... Tom Cruise ni ensem jugak ek. Muahahha.. tang body yang ada ketul-ketul tu yang ensem. =P *gedik nak mampui ayat haku niiiee.*


 Jemput tengok....teruja tak..? ape komen u all. (^_^)

OhMissWhatEver__said : Sumpah best. kawan i sampai masuk 2 kali untuk tengok MI 4.. (^____^) for Degree student, i wish u all the best..good luck for final..

Thursday, December 22, 2011

~LoNg Distance RelatioNship...~

Assalammualaikum....

Hubungan jarak jauh menuntut komitment, kepercayaan, kejujuran serta keikhlasan yang tinggi dari kedua-dua belah pihak. Berapa banyak hubungan jarak jauh yang berjaya..? dan berapa banyak pula hubungan yang gagal..? tepuk dada tanya lah hati... Tidak di nafikan, ada hubungan jarak jauh yang berjaya tetapi biasanya hubungan jarak jauh ini berakhir dengan kegagalan. (~_~)

So, readers.. how about your relationship..? if u all ter-jatuh cinta dekat someOne yang jauh di mata dekat di hati apa yang u all akan buat...just ignore ur relationship..?? huh,fight for it babe.. keep fighting if u really love  & need that person dan nak dia jadi ibu mahupun bapa kepada ur kids in future..Every single things yang kita buat ada kelebihan dan juga kekurangannya.. sama juga dalam hal hubungan jarak jauh.


Di antara kelebihannya ialah tidak cepat bosan dengan bf/gf. If every single day spend too much time dengan pasangan kadang-kadang boleh menyebabkan pergaduhan. Even benda sekecil zarah  boleh menghasilkan kawah sebesar gunung berapi... akhirnya masing-masing balik dengan jiwa dan hati yang bernanah. Bila masa  berjumpa itu terbatas, i am pretty sure that masing-masing akan cuba menghargainya dengan sebaik-baik mungkin.. (^__^) Selain itu, hubungan jarak jauh juga menjimatkan kos perbelanjaan. Cuba korang total bajet  untuk keluar dating. Hah, cer-kira~! Bila dating mesti nak makan kan, pastu mesti nak tengok wayang, pastu beli barang, duit minyak kereta/motor, bayar parking lagi..betol tak..? Dating sekali sekala takpe lagi. Kalau da hari-hari or setiap minggu keluar, mahu papa kedana dibuatnya. Tokeh kayu balak pun gulung tikar wei. Why not spend duit tu..? boleh cepat kahwin. (^^,) kaaaaaaan...?

Semua benda ada pro n cont, hubungan jarak jauh ada juga kekurangannya.... even tak banyak tapi bisa bikin parah donnnk. I proceed... possibility yang tinggi untuk melakukan kecurangan. Lelaki dan wanita dijadikan berpasang-pasangan dengan sifat untuk dicintai dan mencintai, untuk dimiliki dan memiliki. Aku faham, bila jarak jadi penghalang kita pasti akan rasa jeles bila tengok couple lain spend time sama-sama tapi kau hanya mampu tengok dan tersenyum. Macam mana if, ke-jelesan itu tak mampu di bendung dan at the same time datang orang lain menghulurkan salam perkenalan..? For sure tergugat jugak iman yang senipis kulit bawang tuuu kan. Lelaki, pantang jumpa awek gebu berdahi licin mesti nak test market. yedok..? feel tak selamat, yes..sila hapuskan perasaan ini. Mesti bila berjauhan korang akan fikir bad things tentang partner korang.. for example..

"Hah, ni mesti keluar dengan lelaki/ perempuan lain, dari tadi aku call tak angkat-angkat..."

See...cuba fikir positive or yang sweet je macam ni....


"mungkin dia tertido sebab penat baru balik kerja/kelas..kesian dia." 

Bila bad things yang menguasai fikiran maka benda baik pun korang akan mark jadi perkara buruk. Tak lari gunung di kejar... (^^,). So, hapuskan perasaan negative dalam diri okay. LoVe n LiFe... make it simple and sweet.


OhMissWhatEver__said : Life is simple... dont make it complicated.~!

Sunday, December 18, 2011

♥~ CiTra BuDaya ~♥

Assalammualaikum...

Hello readers and viewers...ape celor dengan hujung minggu anda..? yeah hujung minggu i sangat sendat dan padat. I didn't sleep enough until this moment. It was really tired dude. Seriously, kadang-kadang bila terlalu penat sangat..nak tidur pun tak boleh. Sampai i rasa diri ni da tak berapa nak function. So, reduce stress dengan menyengal di blog that's the best way..! (^ o ^)

Syukur alhamdulillah, berakhir suda majlis yang di tunggu-tunggu kan. Selama seminggu we all berhempas pulas berlatih tarian sampai tak hengat dunia hanya untuk menjayakan majlis Citra Budaya pada hari sabtu lepas. Practice make perfect...! Thats the key. (^^,). 

Sumpah stress weih. Nak create bentuk tarian, practice dan segala bagai sangat-sangat penat. Masa ni kerjasama dan semangat kerja berpasukan amat diperlukan. Sila aplikasi kan kemahiran insaniah yang diterapkan dalam diri kalian. Guys, sorry ye if masa latihan akak ni ada ter-marah, ter-hangin,atau ter-kasar dengan u olls. Teguran itu penting supaya we can perform better in front audience. Okay, kumpulan kami menghantar dua jenis tarian. Iaitu tarian Inang dan juga tarian Joget.lai..lai tengok gambar.. 


Okay, gambar atas dari group Inang. Gambar bawah dari group Joget. guess..where am i..?? =p


aiNa with aJa....


Bersama fasi.. cik Lyn yang oVerrrr...!! (^^,)


Bersama adek-adek ahkak yang sporting lagi best... =)


Thanks to M.U.A yang di import dari Damansara. Sentuhan emas dari Sharifah Ainura. Dan disebelah kanan itu ialah fasi kami dengan trademark..... Oveerrrrr~!! (^^,) teheee.. tHanks cik Lyn kerana sudi memberi tunjuk ajar. Pregnant pun sanggup tau der turun lantai tari. Hah korang sanggup ka..?? cer_jawab! Okay, sampai disini sahaja....i perlu neutral kan kesakitan dan kesengalan di anggota badan. Need yoko-yoko immediately. =P

OhMissWhatEver__said : trying to sleep and need to sleep.. (>_<) Nyte dear.!


Wednesday, December 14, 2011

~ Strawberry itu warna Merah ~

Assalammualaikum....



Merah warna nya..
Sehebat rasanya.. 
Thanks kepada yang sudi membawa turun Strawberry ini dari Cameron..!  (^^,)
Indah nya kalau ada strawberry besau macam bantal i tuu...! 
Sure kenyang sebulan. Muehehehe.. 

OhMissWhatEver__said : Okay dude, got to go.. having class tonite. (>_<)


Sunday, December 11, 2011

~Lepaking and Celebrating at Village View, Bangi...~

Assalammualaikum.....

Hey peeps...~! first of all, thanks to miss irda hidayah coz sudi belanja kami makan... (^_^). U know what, best gila bila dapat lecturer sporting habis. Actually, it was a coincident bila besday i dan miss irda jatuh pada bulan yang sama.. yeah it on November~!! November please come again. I miss u. Kehkehkeh...

Setelah ditunda disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, akhirnya dapat juga kami keluar makan-makan di Restoran Village View, Bangi. Alhamdulillah, pada hari kejadian i berpuasa sempena 9 dan 10 muharam. Memang langkah kanan, yewdok.? Village View sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Melayu ado, western pun ado...menu terbaik ialah Chicken chop + air Apple Asam Boi. Memang super duper awesome! Terangkat bro. Harus cuba okay bila makan di sana. Kawasan yang selesa serta strategi, sememangnya menjadi destinasi pilihan setiap orang. Dijamin puas. (^^,) 


Source: Google

Oh, let me introduce...She is miss Irda Hidayah., teaching BBI 2421. BBI 2421 stand for General Writing Skills.senang cerita ajar English la nook! Orang nya konfem la cantik, secantik namanya. (^__^). Dia sangat selamba, gud listener, dan semestinya sangat baik. Tu la, bila kita baik dengan lecturer secara automatik kita akan jadi kawan baik kepada mereka. Ehem, kawan baik thats didn't mean we all kaki kipas. Hei, tak main la kipas-kipas ni.

Kami nak balik sudaa...Muka kekenyangan.!

Gonna miss U miss irda.~! (^__^)

OhMissWhatEver__said: The best lecturer i ever had in Upm. (^^,)

Thursday, December 8, 2011

~Movie's MarathOn....~

Assalammualaikum.....

Ouh, December be nice to me yaw~! Morning readers and viewers... (^__^). Lately ni berpusu -pusu movie baru keluar dekat panggung. Haish, da akhir-akhir sem ni poket bukannya bagai OKB. Tapi da kearah kayap dibuat nya. Even hampir kayap, tapi alhamdulillah masih mampu menonton wayang dan tidak berikat perut. So, minggu lepas i buat 3 marathon movie.. huyoo~! from personal perspective semua cerita yang i tengok memang superb. 

 Twilight : Breaking Dawn 


Adaptasi dari novel twilinght-breaking dawn. 
Edward Cullen and Bella Swan gila romantik,
 Even though i lebih suka Jacob with Bella. Muahahaha..
Jacob, sangat melindungi bella..
yup~! gentleman willing to do anything.... 

Puss In Boot


Cerita ni boleh i katakan more kepada friendship...
Betrayal... revenge...
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat...
Sangat lawak...dan sangat comel ..(^__^).
Dont make the cat angry ~ okeh!!

Ombak Rindu


Dari novel di angkat menjadi filem...
Ombak rindu adalah novel pertama yang aiNa baca. 
Ombak rindu mencetuskan fenomena kaki gila novel dalam diri i.
Even dalam muvi banyak scene yang di potong, tapi still mantap lagi  jalan ceritanya.
 Tengok pelakon la kan.. semua nya hot tuuuu~!!
Bdw, lisa i suka la tengok u marah... cumil je kan mulut tu. hihihi...

U know what, tiga-tiga cerita ni sangat laris di panggung wayang... terutama Ombak Rindu. 3 hari berturut-turut survey dekat GSC alamanda semua habis. Fast selling tu babe.~! Finally, we all dapat juga tengok ombak rindu jumaat lepas.. tu pun tiket pukul 11.55 pm. First time wa masuk midnite movie bersama amiza shayeeda dan juga melawani.. (^^,) Hah, amek kaw~!! Pukul 3 pagi balik upm. Nasib baik brother guard yang in-charge tak banyak kerenah . Kalau kau dapat pakcik-pakcik yang jaga gate memang tidur dalam kereta la gamaknya. huhuhu... 


OhMissWhatEver__said : (^___^) movie apa lagi yang nak keluar sekarang.? come to mama.. i dapat voucher TGV free ni.. yeehaa! have a nice day si cantik dan si kacak...

Saturday, December 3, 2011

~Al-Fatihah....Rara Zikry...~


Assalammualaikum.....


Hye readers and viewers.. story of her was make me repent and think. And after all, it's all Allah's work. Things happen with a reason. The unexpected things that happened to His creatures. Story of this young pretty girl has been spread around us especially at Facebook and Twitter. I'm not provide her picture because of her aurah that i could never exposed. Please people, please remove her picture from your blog...pity for her. 

Zarith Nadhira bt Mohd Zikry or as u known as Rara Zikry. 23 years old, study-Limkokwing University. I admit guys, she's very pretty. Sempurna sungguh makhluk ciptaan tuhan ini. Dia seorang yang peramah dan ceria. Pada hari kejadian on 19 march 2010, rara and her friends spend time together. They choose for cycling... 

Out of sudden masa tengah have fun dia terduduk and sesak nafas. Then her friend took her to the hospital. Sampai di hospital doktor sah kan dia koma, tak boleh bergerak, and bercakap. Serangan asma berkenaan telah menyebabkan Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kesan daripada sesak nafas. Benda jadi tiba-tiba like u snap ur fingers and everything berubah 360 darjah. 

Moral of the story, bersyukur la kawan, even kita sakit...kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Usah mengeluh.. terima qada' dan qadar dengan redha..

OhMissWhatEver__said: Kepada keluarga rara, semoga kalian terus tabah dan redha dengan pemergiannya. Semoga rohnya di cucuri rahmat..

Thursday, December 1, 2011

~Friend in need, is a friend indeed..~

Assalammualaikum....


Happy December...~! Ola readers n viewers.. hari ni 1/12. Ohmaiiii, sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung 2011. Sudah tercapaikah hajat dan impian serta azam tahun ini..? Tepuk dada tanya diri sendiri.. Sekiranya sudah, alhamdulillah dan tahniah i ucapkan. Sekiranya belum, sila cuba lagi di tahun hadapan. Semoga kita sentiasa memperbaiki kekurangan diri dari masa ke semasa. Tidak ada manusia biasa yang sempurna tetapi kita sebagai manusia boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. (^_____^).

Friend in need, is a friend indeed.. People, when we talk about friendship of course it reflect someone that willing to do anything, someone that willing to share her/his sadness and happiness.. In other hand, if the relationship is close enough, even if they were hurt, we will also feels the pain. So, what type of friend are u...? 

Straight to the point, berkawan biarlah ikhlas. Bukan nya, berkawan untuk mengambil kesempatan..! konsep kawan, kau susah aku susah..kau senang aku senang.. Perselisihan faham itu normal. Sedangkan lidah lagi tergigit apetah lagi hubungan sesama manusia yang rambut sama hitam tapi hati lain-lain. So, kalau kita ikhlas berkawan, even kau buruk macam mana pun perangai still boleh diterima seadanya. That's why, manusia ni di jadikan pelbagai ragam. Sebab..? kita dijadikan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Jadi, tanya diri sendiri...layak kah aku di gelar kawan mahupun sahabat....?? Elakkan diri anda dari diselubungi oleh mereka yang jenis talam dua muka, jenis tikam belakang, jenis ular sawa lidah bercabang dan seangkatan dengannya... okay, thats all!



OhMissWhatEver__said :  sumpah Twilight-Breaking Dawn sangat best~! Edward Cullen and Bella Swan.. u are so romantic...auwwww!! (~_~)