Friday, February 12, 2016

~ Saving ikut Warna : Simpanan Hijau ~

Assalammualaikum...


Aku sangat tak percaya Skim Cepat Kaya atau program MLM. Bak kata ayah aku, tak ada makna nya orang nak bagi duit suka suka atau dengan mudah. Nipuuu je tu semua. Pelbagai cara yang boleh kita buat untuk simpanan masa depan. Antara yang perlu ada, akaun pelaburan paling paling pun ASB dan Tabung Haji.. Dividen tabung haji untuk tahun ni 8% (x silap).. Sis tak update lagi untuk tabung haji. Uols jangan lupa update ye. (^^,)

Selain akaun pelaburan, TREND saving ikut warna duit. Menarik kan.? Aku pun terjebak sama. Hahaha. Simpanan Hijau, simpanan Merah dan simpanan Oren tidak asing lagi. Ni cheq habaq sikit noooh. Saving ikut warna duit ni memerlukan kekentalan dan disiplin yang tinggi, wajib qada' double kalau terpakai.. Aku memulakan saving simpanan hijau a.k.a simpan duit Rm 5 bulan 11 tahun 2014. Kenapa hijau.? Semangat cintakan alam sekitar kuat sangat agaknya. Hijau melambangkan pokok, pokok sumber oksigen. Kahkah... Boleh tahan sains tak ayat hakak..? 


Simpanan hijoo saiaaa...

Hasil terkumpul sepanjang November 2014 - Januari 2016 adalah lebih kurang 1.5K. Separuh da di lebur dalam ASB. (^^,). Guys, bukan tujuan nak riak ke apa ke. Mohon #jangankencamsaya... Sekadar berkongsi minat, berkongsi tips saving, and  share a good deeds =).  At least if terdesak kita ada sumber nak korek. Hehehe... Untuk syiling aku kumpul 50 sen & 20 sen. Once korang start kumpul ikut warna ni, uols rasa gian pulak.. Hahaha Kadang kadang aku saja pecah duit 10 hinggit, pecah 50 hinggit bila beli makan. Sebab nak dapat duit Hijoo. 

First, set warna apa yang korang suka untuk simpan. Second, dapat je duit tu.. Cepat cepat asing or bawak keluar dari wallet. Macam aku cepat cepat keluar kan n masuk box khas. Huhuhu.. Third, set kan tempat simpan khas dan tulis la tabung tersebut untuk tujuan apa contoh untuk kahwin, travel, makan, shopping, emergency, service kereta etc etc. Macam aku, target simpanan hijau ni untuk travel/kereta/emergency. Buat masa sekarang ni tak usik lagi. Jadi kita kumpul dulu sampai menggunung. Kikiki..

Macam adik aku dia buat simpanan hijau & simpanan oren. Respect bak ang. Dia lagi disiplin dari aku. Hihihi. Biasa lah, lelaki lebih jimat dari perempuan kan. (~_^) Oh, btw.. Cara uols saving macam mana..? Meh share sikit.!




OhMissWhatEver__said : Saving a small amount soon builds up to a large amount...Kindly try, trust me it's worth it. (^_^) 




28 comments

February 12, 2016 at 3:15 PM

yui bru dgn smpanan hijau.. heee, dh kmpul..pastu bli brg kemas.. snng takde duit, gadai. hahah

Anonymous
February 12, 2016 at 4:36 PM

Great ideas dear! Sangat bermanfaat. Saving tu mmg wajib ada.

February 15, 2016 at 8:22 AM

nuyui a.k.a miss YUI : btul gak tu. simpan beli emas.. Bernilai n berbaloi. hihi

February 15, 2016 at 8:22 AM

Anonymous: true. hehehehe... =)

February 15, 2016 at 10:24 AM

Menarik.
Akak pulak kaler hijau, biru dan merah tak sempat nak kumpul, buat duit poket anak ke sekolah.

February 15, 2016 at 12:57 PM

yui sggh isnin ya..

February 15, 2016 at 1:30 PM

waaa..byk tu dpt...kena start gak ni..huhu

February 15, 2016 at 3:44 PM

Amy Hilmirda Daud: hihi... duit poket anak xpe kak. kalau aina kang ke lain. Hehehe... =P sementara bujang ni blh la simpan hijau merah kuning hah jd trafik light.. hehe

February 15, 2016 at 3:45 PM

nuyui a.k.a miss YUI : thanks singgah yui! =)

February 15, 2016 at 3:46 PM

Yana Libra : Alhamdulillah. Bila simpan baru tahu blh kumpul byk tu.. hehe.. tu la sis, blh cuba. nk p melancong ke apa ke da cukup blh pecah tabung. ^_^

February 15, 2016 at 7:02 PM

Selalu buat tapi selalu terpakai he...23x

February 15, 2016 at 9:20 PM

menarik cara ni.. banyak kali dah baca pasal ni. Tapi kali ni rase bersemangat sikit.

February 16, 2016 at 9:59 AM

Bro Framestone: Hihihi... Xpe pakai untuk benda penting ^^ berfungsi jgak saving gini. hehe

February 16, 2016 at 10:00 AM

Khamsi Abdullah: ganbatte! hehehe..

February 16, 2016 at 3:42 PM

Salam Aina...best tu dah byk simpanan ijo dia..hihi.Klu kak atie lak minat kumpul syiling 50sen...entah bila nak penuh tak tau lerrrrrr

February 16, 2016 at 4:51 PM

wasalam kak.. hehehe..alhamdulillah nampak hasil. selama ni main guna je kan. 50 sen pun best kumpul. hihi aina siap buat lagi duit emas = duit baru n duit perak = duit lama. ^^ syiling selalu pakai bayar parking. kiki

February 17, 2016 at 10:06 AM

p/s; Yana, pasal pad sophie tu, leh dptkan dari agen sophie.. tp kalau xde kenalan, boleh bgth yui. sbb akak umh sewa yui agen. ni no yui 019 2331810

February 17, 2016 at 10:42 AM

memang menarik bila dh gian saving..makin bertambah n menggununglah duitnya..kami simpan sehari RM10..bila terguna topup balik..nmpk sgt tak disiplin.hahaha..

February 17, 2016 at 11:52 AM

Akak dulu simpanan oren tapi asyiklah terambil bila takda duit kecil. Sekarang ni simpanan oren dah takda, kita turun level jadi simpanan hijau. Kotnyalah sebab sayangkan alam sekitar, sayanglah juga nak guna duit ni. Alhamdullillah, belum terpakai lagi cuma masa nak raya tahun lepas, tak sempat nak tukar duit rasa macam nak kaut aje semua masuk dalam sampul raya. Hahaha!

Akak pun suka simpan syiling. Akak asingkan ikut nilailah - 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Paling akak suka of courselah syiling emas 50 sen tu. Memancar warna sampaikan tak sampai hati nak guna! Selain syiling 50 sen yang lain tu bila penuh tabung, akak pergi tukar dengan my sister sebab dia orang berniaga. Pastu kita masuk tabung anak-anak!

February 18, 2016 at 11:34 AM

kita ada simpanan syiling jer..tu pun husband yg punya kkiki

February 18, 2016 at 1:06 PM

nuyui a.k.a miss YUI : Haaaa beres. Thanks yui! apa apa aina wasap.=)

February 18, 2016 at 1:08 PM

Puan Kutu: hihihi sama la kita kak.. Kadang kadang terguna jgak bila lupa withdraw.. =P

February 18, 2016 at 1:11 PM

Mummydearie : Simpan syiling plg byk... tp akk sng sebab sister berniaga blh tukar. Org niaga ni mmg suka duit kecik. Mcm aina buat parking or skrg ada mesin syiling nnti igt nak masukkan syiling pulak. Btw, aina terpk jugak.. tahun ni kalau x smpt tukar duit, kita pakai jela simpanan hijau hihihi.. senang tak payah beratur dkt bank! yedak kak? =)

February 18, 2016 at 1:12 PM

Nabila Syifa: Simpan syiling pun berguna tu kak. Senang nak byr sen sen nnti. hehehe

February 18, 2016 at 2:09 PM

Banyak jugak tu Aina weyh....lepas duit mekap kawen hehe....

Macam mak ni nak simpan ikut apa ek? Gaji pun tarak huhu...

February 19, 2016 at 10:15 AM

Hihihi.. Mak takpe pak jilap da tlg saving kan.
Alhamdulillah kak. ada sikit ni buat topup tok kawen. hehe

February 21, 2016 at 7:08 PM

Mak juga tu terkumpul duit hijau. Kita kumpul2 pun xbanyak tu lagi. Hihihi

February 23, 2016 at 9:24 AM

azizah green line: hehehe.. kumpul sikit sikit lelama nnti jd bukit. =) nnti lama jijah nampak hasilnya. Cayok!

Post a Comment