Thursday, September 8, 2016

~ Ratusan Pengguna LRT Terkandas Semalam ~

Assalammualaikum...

Sistem pengangkutan LRT sangat lah penting buat warga kota yang menggunakan pengangkutan awam untuk ke tempat kerja. Sepanjang hakak naik train,  semalam 7/9/2016 sejarah paling teruk diknon, LRT Kelana Jaya line mengalami kerosakan teknikal. Aku lah salah sorang yang terkandas ! Traumaaa. 

Kl Sentral

Pagi semalam hujan memang lebat, sebelum keluar rumah dapat whatsapp dari colleague bagi tahu LRT problem dekat KL Sentral and stuck. Siapa lagi yang terkandas.? Yang naik kereta pun tak kurang jugak jammed nya.. Huhuhuhu. Husband kita tak dapat nak hantar sampai KLCC sebab kena jumpa customer, so dengan tabah dan redha sis naik la train dari Gombak. Sampai platform dia punya ramai SubhanaAllah. Pukul 9 am dapat naik train, tarik nafas lega sempat wasap boss bagi tahu masuk lambat sebab train problem. 11.30 baru sampai stesen Sri Rampai dengan berdiri pakai kasut tinggi, sakit kaki woii. Mood nak pergi keje memang da ke laut da ni. Inform colleague, any urgent matter esok (harini) settle. Surrender nak sampai KLCC lagi 6 stesen. Pukul berapa nak sampai kalau 2 jam stuck.?

Give up terus keluar dari train, whatsapp bos mintak EL.! (~_^)

Keadaan dalam train tak payah cakap.. macam macam irama dan kerenah ada. Yang berdiri da duduk atas lantai. Yang celik da start tido. Budak kecik / baby da menangis. Kesian dengan pengguna yang terkandas. Tapi apa kita boleh buat, masalah teknikal ni unexpected thing.. Semoga pihak Rapid sentiasa sabar dalam melayan kerenah pengguna dan mempertingkat kan perkhidmataan dari masa ke semasa. Tambang naik, servis pun harus boekkk.!


Sekian, thanks reading.!


OhMissBlossom__said : Syok laa ada dua public holiday minggu ni.! Selamat Hari Raya Aidiladha & Selamat Hari Malaysia. 




13 comments

September 8, 2016 at 6:54 PM

Benda cenggini memang unexpected langsung kan..tapi pihak yang berwajib kena ambik langkah alternatif dengan segera supaya orang yang terkandas tu takder la sampai terpaksa ambik cuti

September 9, 2016 at 7:18 AM

Ni LRT atau Putra? Kalau berhenti kat KLCC means Putra kan? Setahu Reen, Putra memang kerap problem. Ada masa lewat.. Ada masa pula stuck.. Dalam setahun tu agak banyak kali problem.

September 9, 2016 at 10:04 AM

bila jd mcm tu ,, mmg rasa tak sggup hadap..

September 9, 2016 at 10:30 AM

sy pun pengguna lrt kelana jaya ni. Kebetulan rabu tu gerak hati rasa tak nak naik train, paksa husband htr ke opis jg wpn kena redah hujan. yelah, km naik motor je. Bila dpt tau LRT problem, rasa lega pula wpn baju dh basah2 sikit. hehe. yelah, lrt tu kan selalu je ada problem, blh kata dlm sebulan sy mesti lewat masuk opis. Sy punya train LRT setiawangsa--> lrt asia jaya. jauh kott T_T

September 10, 2016 at 1:42 AM

ada baca jugak LRT problem Hari Jumaat . Kesian jugak kepada siapa yang naik LRT hari nie .

September 10, 2016 at 1:43 AM

ainaaaa...sihat ? lama tak terjah sini ... hihihi

September 10, 2016 at 12:29 PM

Tak boleh nak buat apa la kalau dh ada masalah teknikal macam ni. Lagi kesian yg dah beli tiket balik ke kampung, x dapat balik sbb terlepas bas kat tbs.

September 14, 2016 at 8:02 PM

Alaaaaa takut pulak nak naik LRT TT__TT

September 14, 2016 at 11:59 PM

takutnya bila tgk video tu.. huhu

September 15, 2016 at 9:46 PM

tak dpt bayang kalau ada dkt tempat kejadian,hilang sabar confirm

September 24, 2016 at 10:24 PM

Bendanya tak diduga..tp kesian la kan..lebih2 lagi dekat baby..ibu mengandung ke..boleh mengundang stress.huhu

September 26, 2016 at 10:40 AM

Perkara bukan boleh diduga tapi pihak pengurusan kenalah secepat mungkin rectify masalah yang timbul dan ambil langkah sewajarnya. Tak sangka Aina pun salah seorang yang terkandas ya.

My colleague pun sangkut juga. Pukul 10 lebih sampai pejabat sebab dia terus keluar train dan jalan kaki ke pejabat. Jauh juga nak menapak. Kalau akak pun dah tentu buat macam Aina juga, EL terus! Malas dah nak fikir panjang!

Errr... lepas EL tu pi mana? Shopping kah?

Hehehe!

October 11, 2016 at 4:36 PM

Kesiannya....tp nak buat mcm mana kan. Mcm yg Aina cakaplah, benda tak dpt nak jangkakan...

Post a Comment