Monday, September 5, 2016

~ Resepi : Patin Tempoyak (Versi MIL) ~

Assalammualaikum....

Hello Monday!

Okay tengah ligat memikirkan menu makan malam, tetiba teringat pulak dekat Patin Tempoyak. Fuhhh mabeles sangat kan. Nak nak lagi kalau balik rumah MIL, dapat la merasa Patin Tempoyak yang ibu buat. Dap dap dap. Hihihi.. Ni percubaan yang kedua. Sebab pecubaan kali pertama dia tak jadi Patin Tempoyak sebab tak de tempoyak. Dia jadi Patin Masak Asam je.! Masak Asam pun boleh laa macam lauk orang pantang gituuu yang beza ikan nya sajaa.. (^^,)

So, masa balik Temerloh haritu, iols sempat la singgah ke Pekansari. Serius laaa sana banyak gila ikan sungai, sayur ulam ulam segar dari ladang. Perasaan happy tak tergambar, gituuu kau. Baru tau, cenggitu rupa nya perasaan isteri2 bila ke pasar. Muehehe. Masa dekat pekansari ni la iols beli bahan. Semangat bak ang.!

Hasil nyaaaa, taraaaa.......

Ulam cecah tempoyak + Patin tempoyak. 

Sis nak kena menuntut lagi ni... Huhuhu. Tak boleh lawak MIL punya Patin Tempoyak la. Tapi takpe, practice make perfect. (^^,) Kalau ikut tekak husband, apa yang kita masak semua sedap. Yela kang kalau cakap tak sedap seminggu kita gantung kuali... Haa. =P Okay nak resepi ke.? kita share la resepi, ,mungkin berjasa buat uols dekat luar sana nak pikat hati suami, mak dan pak mertua... hihi. Masak Patin Tempoyak rare kot!

Bahan bahan ;

1) 1 ekor ikan patin sederhana besar

2) Cili padi (ikut suka nak berapa batang)

3) Lada besar (ikut suka nak berapa batang)

4) Kunyit hidup 1 inch

5) Tempoyak 3 sudu (atau secukup rasa)

6) 4 cawan air (ikut la nak pekat likat ke idok)

7) Daun kesum

Blend (Cili padi, Lada besar, Kunyit hidup dan tempoyak )

Langkah-langkah ;

1) Masukkan bahan yang sudah di blend ke dalam periuk yang berisi air. Masak dengan api yang perlahan (slow cook) sehingga ianya merenih dan menggelegak

2) Setelah menggelegak, masuk kan  Ikan Patin, daun kesum dan asam keping (buat rasa masam masam sikit) 

3) Agak - agak da masak, boleh la tutup api.!

Nota ; untuk hilang bau hanyir ikan boleh cuci dengan tepung gandum/asam keping/limau nipis


Sekian sahaja untuk entry hari ni. Hehehe... Okay nak sambung fikir menu untuk makan malam. 

Thanks reading!


OhMissBlossom__said ; Seronok pergi Matta Fair. Harga pun berbaloi. Jeng jeng.. nak ke manakah kita.? Tungguuu. 






23 comments

September 5, 2016 at 4:00 PM

Sedapnya...

September 5, 2016 at 5:56 PM

sedapnya sis. time-time macam ni lapar dibuatnya :)

September 5, 2016 at 6:17 PM

Patin tempoyak sedap! Sambal tempoyak tak suka. Hehe. Boleh cuba masak lagi aina. Praktice make perfect kan 😊

September 5, 2016 at 9:52 PM

MASAK TEMPOYAK PATIN SG.PHG MMG MAVELES...

September 6, 2016 at 9:13 AM

sdpnya... yui suka menu gini..

September 6, 2016 at 9:51 AM

@CikLa Shahril sabar2.. hehe org pantang nnti habis pantang blh makan puas2.. =)

September 6, 2016 at 9:52 AM

@nadhie wueen kan dear... sedappp. tgh lapar nampak gambar makanan lagi la lapar kann =D

September 6, 2016 at 9:52 AM

@Siqah Hussin Yesss practice make perfect. kena menuntut lg.. sedap patin tempoyak!

September 6, 2016 at 9:54 AM

@paridah betul kak PI. Sangat mabelesss.. lain machiam pegi dia. hehehe isi sedapp!

September 6, 2016 at 9:55 AM

@nuyui a.k.a miss YUI sama la kita yui.. beregu dgn ulam ulaman pun da ckup =)

September 6, 2016 at 8:09 PM

nampak sedap, kena try ni

September 7, 2016 at 2:21 AM

perghhhh..!! teringinnya..

nmpk mcm beli ja ni.. hehehe.. sodap2 nmpk

September 7, 2016 at 11:29 AM

Nasib baiklah akak tak makan patin tempoyak ni, Aina. Kalau tidak, meleleh air liur dibuatnya setakat baca resepi aje!

Akak kaki durian tegar tapi tak makan tempoyak. Ikan sungai pun tak makan tapi dek kerana banyak tak tahu, pernah juga termakan. Kalau tak tahu termakan, takpa. Tapi kalau tau, boleh muntah dibuatnya! Ngengadalah tu kononnya ^_^

September 7, 2016 at 2:48 PM

Suka tempoyak tapi tak berapa suka ikan sungai

September 8, 2016 at 1:45 PM

weyyyyyyyyyy.. aku tak penah mkn pun lauk nie.. tak tahu nape tak nak try lgsg.. hahahaha..

pssstttt.. dh boleh tolong edit blog aku.. cantik sgt weyy ghupe blog yg baru nie haaaa..

September 15, 2016 at 10:13 AM

Lya Amie : hehe mesti try dear =)

September 15, 2016 at 10:13 AM

ZULHILMI TEMPOYAK : hahaha msaaak tau! blh lawan gobang ni. kekeke..

September 15, 2016 at 10:14 AM

Mummydearie : hahaha eeeii MD ni.. kalau termakan takpe eh! aina dlu x makan gak, sekali pekena baung.. sedap pulak. isi lembut. ikan sungai ni mmg klu hanyir aina pun trauma nk makan.. huhuhu

September 15, 2016 at 10:15 AM

Mrs. A : makan tempoyak dengan ulam jee mrs.A pun sodaap! =)

September 15, 2016 at 10:16 AM

E'in : hahaha haku edit blog ang.? adududu kang tak tau ghupa apa.. aku pn mntak tlg org.=P rekomen babe! weii dap dap la lauk ni... aku sejak kawe dgn org temelohni jd gian patin tempoyak pulak.. gonee ni? =P

September 24, 2016 at 10:26 PM

Memang rare..akak pun tak oernah masak patin tempoyak..sbb tak suka tempoyak la kot bukan tak reti masak.hahaha

October 11, 2016 at 4:38 PM

Uiiii feveret mak ni Aina.....sedapnya. Hakak kalau makan tempoyak mmg kasi banjir tau. Pas tu hirup kuah dia. Pergh.
Ohh tak payah kasi bawang ye Aina...

October 11, 2016 at 4:41 PM

Uiiii feveret mak ni Aina.....sedapnya. Hakak kalau makan tempoyak mmg kasi banjir tau. Pas tu hirup kuah dia. Pergh.
Ohh tak payah kasi bawang ye Aina...

Post a Comment