Assalammualaikum....
Sebagai manusia kita memang takkan lari dari perasaan kecewa a.k.a di kecewakan dan sebagainya. Sukar untuk kita cari ketenangan dan kebahagiaan perasaan. Kebahagiaan tak datang bergolek, ia perlu di cari dan di usahakan. Kecewa ni tak semestinya bila putus cinta saja.. boleh jadi kecewa sebab perniagaan kurang memberangsangkan, kecewa bila tak dapat naik pangkat, kecewa dengan keputusan exam dan sebagainya.
Bila kita kecewa, ingatlah bahawa kita sedang diuji. Jangan amek jalan pintas untuk selesai kan masalah dengan cara minum racun, bunuh diri, terjun bangunan dan lain-lain. Banyak-banyak kan lah ber-istighfar... Pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk tewaskan kekecewaan dan undang kebahagiaan... (^____^). Hindari kekecewaan dengan....
Bersihkan pemikiran
Cara kita berfikir terbahagi kepada dua iaitu positif atau negatif... fikiran positif seperti melihat kebaikan di dalam diri, persekitaran dan orang lain. Sentiasa muhasabah kekurangan diri.. kerana kita manusia dan kita tidak sempurna. Tidak mudah putus asa. Anggap kegagalan sebagai pembakar semangat.
Lakukan sesuatu
Yup..lakukan sesuatu.~! Bila tak ada benda nak buat, perasaan kecewa itu sentiasa menghantui diri kita. Buat apa semua tak kene. Sekejap termenung, kejap menangis dan ini akan membuatkan u olls jadi pemurung. So, sampai bila nak takut dengan bayang-bayang sendiri..? Busy kan diri anda dengan kerja, habiskan masa dengan kawan-kawan. Shopping, vocation and what so ever. Lagi satu, banyak kan berdoa, mohon petunjuk dari ALLAH, perbanyakan amalan dan jangan tinggal solat. Elakkan duduk sorang-sorang. Kalau rasa nak makan, makan sampai lebam pun tak ape.. huhuhu.. (~____~)
Cari kegembiraan
Cari kegembiraan biar betul pada jalannya... bukan dengan cara meneguk todi. Itu cari bala dan dosa ye kawan-kawan. First thing first, kita kena gembira kan diri sendiri dulu. Jangan harapkan orang lain untuk happy kan kita. Buat something yang u olls enjoy... Bila kita ceria, secara tidak langsung kekecewaan itu akan terkikis sedikit demi sedikit..
Jauhkan rasa kecewa
Setiap manusia melakukan kesilapan. Well, itu normal okay~!! Manusia yang sempurna ialah mereka yang menyesali kesilapan yang di lakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya, sanggup maaf dan melupakan apa yang berlaku. Hapuskan rasa bersalah dalam diri kerana perasaan bersalah itu akan membuat kan anda semakin stress...
Rendahkan harapan
Yup...last but not least. Harapan boleh memberi tekanan. Semua orang mempunyai matlamat, impian, cita-cita dan juga keinginan. So, untuk mencapai semua perkara yang di hajati ia perlulah seiring dengan usaha, tenaga dan juga keupayaan seseorang individu. Kalau cakap berkobar-kobar tapi tiada usaha, tak guna juga. Rezeki tak kan datang bergolek. Tapi tuah manusia kita tak nampak. (^^,) Rezeki ALLAH ini luas. Dimana ada kemahuan di situ lah terbentang laluan-nya.
OhMissWhatEver__said : Kekecewaan itu merupakan satu daripada ujian ALLAH. Peringatan agar manusia lebih berhati-hati di masa hadapan... (^____^)