Wednesday, October 31, 2012

~...Contact Lens vs Specky...~

Assalammualaikum....

Hye peep's.! Lab hidrologi di batal kan untuk 2 minggu berturut-turut. Dan akan di gantikan dengan field trip pada 24 November nanti. Hoyeah! melompat kegirangan semua classmate aku. Huhuhu. Lab memang penat kan. (>_<). Nanti kalau keja tak nak masuk lab boleh x..? *puppy eye*

Contact lens..? Specky..? apakah itu..?! Okay guys, aku bukan nak berjual beli. Apa yang aku nak cakap arini adalah berkaitan mata. Kedua-dua nya untuk mata, untuk penglihatan yang jelas dan nyata. Aku da lama meninggalkan contact lens. Huhuhu. Atas kerelaan sendiri dan tiada paksaan. Cewah! Aku da puas da pakai mata pelsu pelbagai warna ni..puas sangat-sangat.! kelabu, coklat, purple tu antara kaler peberet. Zaman melaram da lama aku babai. Hehehe. Sekarang melaram juga. Tapi tak pakai lens. Natural gituww... 

Grey eye's..  love this color. (^^,).. kenangan suda. Babai contact lens. hehehe.

Lately ni banyak beno aku dengar cerita orang buta di sebabkan penggunaan contact lens. Ermm.. takut kan. Sebab mata kita hanya sepasang. Bukan ada spare part pun. Mesti ada yang ckp cenggini kaaan...


Ala beli dekat pasar malam memang la buta, xde kualiti...~! Jenama cap ayam.

Tu kes pasar malam kan. Mybe laa xde cop sirim. Tu yang di ragui. Habis yang beli dekat kedai cermin mata pulak macam mana. *tak semua kedai cermin mata okaaay* ? Yang orang kedai suggest macam mana..?. Ada je kan masuk surat khabar. Nak beli lens bagi aku takde masalah. Tapi kita jangan la main beli. Tengok expired date lens tersebut. Jangan tengok murah, u olls main sauk je. (^^,) Semua orang nak cantik. Tapi jangan terlalu obses okay. Eh tapi jangan la korang band terus contact lens lepas ni. Ada je yang pakai contact lens alhamdulillah mata dia okay kan..

Sem ni aku banyak menghadap laptop... Subjek GIS sangat stress bagi aku. Ala, dia lebih kurang macam Autocad la. Tapi lagi mencabar kesabaran, huhuhhuhu. Hampir membuat kan aku juling-juling itik (*_*) dan selalu bikin kepala wa pening. Aku rasa kornea mata aku semakin kelabu bila tiap-tiap minggu kena mengadap GIS. Sehingga kan aku pernah pakai cermin mata hitam bila buat natang ni. huhuhu. Bayang kan bertapa kritikal nya. Sebab, bila lama sangat tengok peta tu.. aku pening! Korang nak tgk..? jap heh...


Ni la benda yang perlu kitorang ngadap.. huhuhu. Ni baru satu!... (T____T)

Aku rindu nak pakai lens. Tapi, keadaan di sini x mengizinkan aku ber-lens-lens. Buat leceh je. Aku kan merempit pergi class. Eh silap.! Aku kan awek skut. So, zarah-zarah halus dan asap-asap dan radikal bebas kat luar sana akan melekat dekat contact lens bila aku merempit nanti. Lagi satu, aku banyak masuk LAB. Well, dalam lab mana boleh pakai lens bro!. Banyak main bahan kimia kan, takut chemical reaction. Contact lens not allowed in laboratory. Vogue mana pun dia, cun melecun mana pun orang tu.,bila masuk lab tanggal jugak wei lens dia. Sapa tak sayang mata oi..!! huhuhu. So, kesimpulannya pakai la speck untuk keselamatan dan kesihatan mata yang lebih terjamin. mudah, cepat & panats. chooiii.! ^^,


Am i Nerd....?? hahaha.



OhMissWhatEver__said :  Cuaca hujan.. sodap nya kalau zzzzZzzzz.. hewhewhew. That's all bebeh~!! Enjoy your day. Nak rehat b4 class pukul 3pm. (^___^).  






Sunday, October 28, 2012

~...Cantik, Menarik itu Subjektif (^^,)...~


Assalammualaikum...

Hye readers, hye viewers! How about yours Aidiladha.? Happy and hilarious enough right. Seronok dapat berkumpul anak, cucu cicit, sedara mara dan juga sepupu sepapat sepipit. eh! hehehe. Rata-rata masih dalam mood raya dan juga mood cuti bukan. Masih terasa ketupat rendang di kampung halaman..? oh heaven! So, selamat memulakan hari esok. No monday blues! Life back to normal peeps! (^^,)

Kecantik-kan. Itulah perkara yang selalu diperkatakan, perkara yang sering menjadi kayu ukuran. Well, cantik itu subjektif kan. Kalau objektif macam mane pulak gaya-nya..? Okay, cantik nya seseorang bukan setakat bergantung pada paras rupa tapi depends pada kesucian hati, perangai dan juga personaliti nya. Kalau setakat muka saje ada market, macho, cun, cantik tapi hati hitam dan perangai  tak seindah rupa, tak guna juga. Sebab, kebahagiaan tidak terletak pada muka. Tapi pilih la mereka yang berpegang teguh pada agama nya dan iman-nya. InsyaAllah bahagia. Rupa tu hanya bonus sahaja. Pinjaman duniawi dan tak kekal abadi. Nanti tua berkedut jugak, yedak..?

So, guys.. kecantikan seseorang terletak pada mata yang menilai. Pandangan setiap orang ada lah berbeza.. (~______~) 1001 macam ragam kan. Sometimes, orang yang tak da paras rupa ni perangai dia lebih cantik berbanding dengan mereka yang ada rupa. Kenapa ek? Kita selalu dengar orang cakap,


Biar muka TAK lawa asal kan perangai  tu cantik.....

Harap muka je cantik.... Tapi perangai TAK semegah....!


Tapi tak semua yang indah, yang cantik berperangai buruk. Ada je yang cun yang hensem tapi perangai Tip top..! Pada aku laa. Aku lebih prefer perangai seseorang berbanding rupanya. Muka cun tapi mulut longkang tak guna jugak. Asik bikin orang sakit hati je nak watpe. Cuba muka tak cun tapi mulut tu baik je.. tak jahat. Orang dengar pun sedap je walaupun hati tengah panas kan..? So, biarlah rupa dan perangai tu seiring dan sejalan. Paras rupa yang ALLAH jadikan, da cukup sempurna dan cukup cantik. Jadi cantik kan lah perangai dan adab kita pulak. Manusia boleh berubah. Tak semestinya yang jahat akan kekal jahat. Yang mulut longkang akan tetap jadi longkang. Eh.? hehe.. Kita yang bentuk diri kita kan. Apa pun buat yang terbaik. Berubah dari masa ke semasa. (^^,)

Dari pengalaman aku....

Lelaki akan reject bila perempuan yang dia kenal itu tak cukup cantik persis Izara Aishah. Bukan setakat reject jadi awek bro tapi reject untuk jadi kawan terus. Awesome right..! Ni laa dia jenis-jenis lelaki yang mintak kene hentak pala dia dengan lesung batu. Hihihi... fikir perasaan orang sikit der. Andai nya la satu hari nanti accident, muka pecah sebelah kan sia-sia. Haish tu baru balasan dunia. Tak kurang juga wanita. Senang cite sama jela. Yang penting kecantikan datang dari hati yang suci. Cantik dalaman, maka cantik lah luaran nya. That's all peeps! 



OhMissWhatEver__said :  Good life is having a calm heart by having a GOOD relationship with ALLAH and PEOPLE around.... Have a bless! (^^,) Gudnite.



Wednesday, October 24, 2012

~Man vs Woman... Sapa lagi Gangster..?~


Assalammualaikum...

Hello readers~!! Tajuk entry nak ala-ala Man vs Food kan. Kelaaas kau jah.! huhuhu. Sebelum terus membaca, cer-tarik nafas dalam-dalam dulu. Sedalam yang mungkin yew!. Bertenang semua.. Ini bukan, entry kondem mengondem atau pun diskriminasi terhadap jantina a.k.a SEX BIAS. No.No.No. (^^,) I profesional uolls! Aku bukan apa, cuma kadang-kadang ada la ter-fikir dan ter-musykil kenapa orang beranggapan wanita ni lemah dalam pemanduan.. Errr lemah ke..? *don't ever underestimated us*! Hehehe. Okay, i just want to know. Just curios hokay.! Betul ke lelaki lebih advance di jalan raya..? Hah.. cecita sikit. Berdasarkan kajian MIROS, punca accident selalunya lebih di pertanggungjawab kan terhadap lelaki. Fakta ke Ota ni..? wa konpius meyh. Tapi apa pun, bagi aku.. attitude pemandu memainkan peranan yang besar dan antara penyumbang utama kemalangan. Tak kira lelaki atau pun perempuan.. So behave ur self..! Hak pengguna Hak bersama kan. *fair & square*

Sebagai contoh dalam kes ni :

Awek's, memandu secara berhemah mengikut kelajuan yang ditetapkan dikawasan lebuhraya utara-selatan. Beliau mengambil middle lane. Which is, lorong untuk average speed. Tiba-tiba, datang si mamat hensem follow dari belakang. Dok cucuk-cucuk kete si awek ni *u know what i mean right..?*. Sambil membebel-bebel dalam kereta ala-ala  cenggini lebih kurang.... 


" Apahal kete Depan nie! Lambat gile drive. Macam mana boleh dapat lesen ni. Owh patutlaaa~!! Perempuan rupanya... "


" Adoi,  main masuk je. Bagi signal la doh. Kalau wa kiss da tentu2 wa kene pay.. Ish, awek siiooooot. "


Than, bila mamat hensem tu da tak sabar sangat nak potong, da fed up follow si awek dari belakang dan nak tunjukkan muka ego dan lagak aku la hero Malaya pada si awek, tanpa berfikir panjang dia pun terus meluru dengan selamba nya masuk ke right lane *speed lane* tanpa sebarang isyarat mahupun signal. Alih-alih je dengar "bang bang booooom ke ba boom" *Eiii over betul sound effect aku* huhuhu. Dengar bunyi tu terus si awek toleh sikit, tengok-tengok kereta mamat hensem terpelanting ke arah bertentangan. Ayoyo.. Kesian mamat hensem. Tak sempat kita nak berkenalan. (>_<)


So, moral of the story... Kalau rasa nak drive secara sentimental, stay la dekat lane kiri. Kalau rasa nak laju, bawak kereta mengalahkan Michael Schumacher stick with the right lane bro. Rules are Rules. Sila ketepikan kan itu andai nyawa menjadi taruhan. Jangan main-main, kita hidup sekali sahaja. Life is too short bebeh..! Appreciate sikit kehidupan kita yang serba lengkap dan penuh kegembiraan ini. Ingat insan tersayang dan insan yang di sayanagi.. Eh! hehe.. Tak dinafikan, lelaki u all memang terror, memang excellent, memang hebat.. memang gangster! di jalan raya. Ape pun, We need to follow the rules. So, tak salahkan jikalau wanita lebih skema mengikut peraturan jalan raya..? Pandu cermat jiwa selamat tau..! Pesanan penaja sempena balik Raya Haji. (|^_^| ).



Jom balik kampung! (^___^)  




OhMissWhatEver__said :   Kalau mengantuk ketika memandu, sila lah park kereta anda di kawasan R&R. Erm... demm, Upm takde air..!! Jangan buat lawak ke-der oiiii..




Monday, October 22, 2012

~...When we Need to Present...~

Assalammualaikum.....

Hello Monday~! Mulakan hari anda dengan Bismillahirrahmannirrahim. Yesterday (21st october), was my mum n my ayah besday. Rasa belum terlambat lagi nak wish HAPPY BIRTHDAY! May ALLAH bless both of them. They're sharing the date. But was born in different year. Betul-betul sharing is loving nih. InsyaAllah. So, readers and viewers, u olls sama besday dengan ur partner ke..? Seronok kan if sama, boleh celebrate sekali. Pasti meriah! (\^__^/)

Valuable moment... (^^,) Touched moment! Hari Raya 2012

Okay, cerita besday mak n ayah aku ni hanya cerita sampingan. Ala-ala perencah Maggi cukup rasa gituuu..! hewhewhew. I proceed, aku rasa *rasa je laaa* ramai di antara kita yang pernah buat presentation kan.. Eh, presentation tu apa bro..? Presentation is a Communication Skills. Which is, we need to present or talk in front of audience. Tak kisah la apa benda yang nak di bentangkan nya pun. Presentation ni agak sebati la dengan diri aku bahkan bukan aku sahaja, termasuk rakan seperjuangan dan juga mereka yang berkerjaya. Well, that's a part of our real life. 

Entry ni terlintas dalam fikiran, di sebabkan sekarang ni adalah minggu presentation. Dan aku, dalam senarai menunggu untuk membebel di hadapan audience. Hewhewhew... Okay, di sini ada beberapa perkara yang perlu kita tahu sebelum presentation. Yang baru nak berjinak-jinak merpati dengan presentation boleh la take note. (^__^)


Formal Attire

First thing first, pakaian. Wajib formal.! Nama pun present kan. Bukan nak pergi pasar malam atau shopping kompleks kan. Jadi pakaian perlu la formal. Tak kan la kita nak present depan CEO, depan lecturer depan si polan dan si polan dengan pakai selipar jepun je. Tak kan nak pakai selekeh-selekeh. Tak kaaaan la kot! First impression itu penting. Mestilah pakai kasut ber-tutup, menutup aurat dan mematuhi etika berpakaian. Ala-ala nak pergi interview la noks! Nak kena tunjuk jugak ke pakaian formal macam mana..? Heheheh 


Eye Contacts

Kalau boleh, mata tu jangan la dok fokus dekat screen je. Cuba pandang audience dekat depan. Sebab u olls present dengan orang ramai. Bukan present dengan screen tersebut. Panel u olls, mestilah akan duduk di depan. Tak kan korang tunjuk punggung dekat dia pulak. Itu kurang sopan hokay! Aku faham, tak smua  word dalam slide tu kita ingat. Kita memang tak mungkin hafal slide. Penyelesaiannya, bawak short note. Tulis point sahaja. Jangan tulis ayat penuh pulak. Tu umpama kau da baca skrip macam pembaca berita TV3. Tapi kalau rasa nak jadi pembaca berita, boleh la baca skrip dalam studio. (~__~)


Q & A Session 

Bila ada perbentangan, perlu lah ada Q&A kan. Actually, based on my observation. Panel or judges bukan nak tahu jawapan u olls tu betul atau salah. Diorang nak tengok skills u olls jawab soalan. Yakin ke ragu-ragu atau tidak pasti dengan jawapan korang. So,kau goreng jela dengan muka confident dan suci tu.. kau gebang apa yang perlu. Asal kan logik! Jangan kau cerita macam dekat alam fantasi pulak. Goreng, goreng jugak asalkan jangan sampai rentung apa yang kau goreng. Tahuk..? Kau cerita jela sampai dia diam. Kira diam tu puas hati laa. huhuhu..  (^^,) 


Final Project Presentation on May 2010 (PSIS)...It always in my mind. (^^,)

Rasa di kritik, di hentam, dan di puji oleh juri..? always~! hahahaha. Rasa da sampai tahap saturated pun ada. Biasanya presentation bukan nya di buat serta merta. Specific time will be given to prepared. So, be prepared.! Nervous..? Biasa la tu. Peluh jantan keluar..? Biasa la tu. Huhuhu. Yang penting mental kena kuat, kerjasama perlu ada. Dan paling-paling penting keyakinan diri perlu 100%. Jangan bila kena hentam sikit da rasa down, da pressure. No..no..no. Jangan mudah mengalah. U have to fight. Kalau x fight..? Your mark will deducted. Simple je jadi judges ni. Team members *kalau grouping laa* pun perlu ada ada sefahaman. Jangan yang sorang jawab A, sorang lagi jawab B. Hah, tu memang x dapat nak tolong. Bukan senang nak yakin kan golongan profesional ni. Stress after present tu normal la, tapi kalau stress sampai nak bunuh diri tu memang x normal. hehehe.. Okay, that's all.~! Wish u all the best presenter. =)



OhMissWhatEveer__said : Okay, ada 2 journal yang perlu di baca & di fahami. Need to present on week 7 and week 11.  Wish me luck bebeh! (^^,)





Thursday, October 18, 2012

~...IKEA & Meatballs-Nya...~

Assalammualaikum.....

Apa khabar iman hari ini..? Semoga dalam keadaan sihat dan cukup zat nya. (^^,)  So, readers - viewers and stalkers u olls sihat ke tidak..? Hopefully sihat-sihat belaka. Actually i'm not feeling very well. Uhukuhuk... Little bit tired and stress. But, it will recover soon. InsyaAllah. Having too much test, need to read every single note.. it really make me sick. So far, i done my test 1 dengan jaya nya. Tapi bersyukur jugak sebab markah untuk test 1 subjek Emergency Response, it based on presentation and report. Alhamdulillah our group gets (A-) for this subject. Permulaan yang baik kaaan. Hehehe. Bdw, Thank you so much Prof Pauzi!!


Table for Two..... 

Thanks coz bring me here myfir!! Makan pun satu terapi kan..? ^^ Last week, we went to IKEA. Alaaa tempat yang pemes dengan meatballs tu, tau x..? Alaa yang tempat banyak perabot cantik-cantik tuu. Well, bawak perempuan pergi tengok perabot kan.. memang syurga duniaa la wei. Lagi satu, barang-barang dekat IKEA ni unik-unik belaka. Sediakan fulus nya saja. Makin membara naluri keperempuanan aku untuk decorate rumah. Huhuhu... Mula lah terbayang alangkah indah nya ruang tamu rumah aku nanti di lengkapi hamparan permaidani di sertakan dengan set sofa yang empuk lagi gebu. Bertema kan English style.... Cewah~!! Hahaha... Nampak tak pemikiran dia da jauh melayang..? Hah, excited tau! 

Aku lebih suka English style yang simple but nice. (^^,) Kito buek dio. Boleh je kan nak adjust jadi simple. Bagus nya di sini, diorang ada sedia kan showroom yang boleh kita jadi kan sumber inspirasi untuk menghias rumah. Boleh je u olls nak amik gambar dekat showroom ni. Nak feeling bagai dekat rumah sendiri pun bereh... Tade hal pon! Okay, jom tengokk gambar pulak. Asik bebel je karang lupa tunjuk gambar. Muehehehe...

Dapur idaman.... (^__^).. Nice right.?

Dining-Room...... 


I'm the BOSS too!! huhuhu..

Okay sudah cukup sudah...!! nak masuk semua gambar tak dapat la der. Hihihi.. Well, addicted gila dengan bilik di atas. Sebab dia kaler purple.!! Purple Okay! Bilik tidur opkos la tempat favorite semua orang. Haruslah selesa kaaaan... Nak rehat kan diri pun terasa aman, damai dan tenteram. (^^,) Baru nak feeling macam dekat bilik sendiri. Sekali ada price tag bergantungan pulak.. Bikin spoil~! =P. If korang nak hias rumah, nak makan meatballs, nak cari hadiah ke apa ke, nak cari soft toy ke.. datang la ke IKEA. Peh promote baek punya kan. Hehehe.. Okay, thats all! 


OhMissWhatEver__said : Need to settle down my work before Saturday.... Need to rest. Gudnyte peeps. (^o^)





Monday, October 15, 2012

~...Tips Study yang Efektif...~

Assalammualaikum.....


Hello peeps~!! Seminggu x update nih. Al-maklum laa sedang berada dalam minggu test *student life*. Well, minggu test & majlis konvokesyen adalah pada minggu yang sama. Sangat strategi masa nya bukan. Stress jawap exam boleh la beronggeng rokiah sebentar di pesta konvo. Hari ni, little bit messy for me. Tak tau laa apa yang tak kena. Hewhewhew.. Aku order makan Char Kuew Teow kerang, akak tu bagi Char Kuew Teow udang.. Aku order Lai Chi Kang, brader tu bagi ABC. Haish!! Nasib la aku jenis tak kisah. Lapar punya pasal, aku bedal saja apa yang ada. (^^,)

So, di sini aku nak kongsi kan sedikit tips-tips belajar yang berkesan *bagi aku laaa...* It may reduce our pressure level. Perhaps. Terlampau stress akan menyebabkan tekanan darah anda naik. Dan possibility untuk dapat sakit Jantung sangat tinggi ye kawan-kawan. Sila take note~!! Nampak tak entry ilmiah aku ni.? Kau hado-?! kuikuikui... =P Okay, pernah tak kita rasa malas atau banyak sangat gangguan bila kita tengah study.? penah tak.? Kalau pernah cuba praktik kan tips di bawah...


Keep your Phone in a Silent Mode



Where's mine..? Opkos la yang paling menyerlah warna Keperempuannan-nya! (^^,) Hewhewhew.

Ini memang super duper penting. Bila kita nak study masa tu laaa berduyun-duyun panggilan hangit, atau sms atau PING!!! yang kita dapat. Eh..? hehehe.. Yang nak ajak makan laa, nak tanya assignment laa, yang nak berkongsi cerita la, yang nak mengadu masalah laaa, yang nak duduk mengacau pun ada.. hah semua nya ada. So, penyelesaian nya.? Sila letakkan phone anda dalam mode "silent". Then put in your drawer. Set up masa, berapa lama u olls nak bertapa di meja study. Based on my experience laa kan, masa yang efektif dan produktif untuk study hanya lebih kurang 2 jam saja. Jadi gunakan 2 jam yang korang set tuu sebaik-baik nya. Lebih 2 jam....? Apa yang korang study mybe otak da x boleh terima. Well, otak pun perlu berehat jugak.


Amalkan Pemakanan Sihat


No maggi. No cekedis. No,no,no. Katakan TIDAK!! Makanan yang banyak kandungan MSG akan melembab kan otak. Jadi itu akan menyebabkan anda blur-blur sotong ketika study. Jadi dari makan cekedis, maggi dan seangkatan dengan nya.. Baik lah anda makan kimis, madu, cereal (bijirin), susu, coklat atau pun buah-buahan. (^___^). Sila elakkan makanan yang mengandungi kafein, kerana anda mungkin akan sukar tidur dan hilang tumpuan. Da macam pakar nutrisi pulok da aku ni.. huhuhu. Alternatif lain, u olls juga boleh beli minuman segera 3in1 seperti ini.....


Pelbagai rasa dan berkhasiat... (^^,)

I nak promote sikit... Ketiga-tiga jenis minuman instant di atas mengandungi khasiat yang tersendiri. Apa yang penting. Ia nya melancarkan digestion system kita. So, jom amalkan pemakanan sihat mulai hari ni .!


Mengajar Orang Lain


Bila minggu test/exam makin dekat, maka sangat penting untuk kita mengulang kaji pelajaran dengan lebih pantas tetapi berkesan seperti larian Usain Bolt. Membuat ulangkaji pantas ini boleh di lakukan dengan membuat short note, formula and whatsoever. Selain itu, cara lain untuk menguat kan daya ingatan normal manusia sila  lah jangan kedekut ilmu untuk mengajar orang lain. Sebab, bila kita ajar orang lain kadar tempoh mengingat akan menjadi lebih tinggi. Mengajar orang lain memaksa otak bekerja lebih untuk faham kan sesuatu benda. Kan..? kan...? Bila kita ajar orang, rasa macam nak pecah kepala pun ada. Hah macam tu la gaya lecturer yang sakit kepala fikirkan cara nak faham kan student.



Banyakkan Berdoa 


Kita da berusaha sedaya upaya dan sehabis kudrat yang ada..  Sebagai makhluk yang lemah kita hendak la  berdoa dan mintak kepada ALLAH s.w.t supaya di permudah kan segala urusan, di beri daya ingatan yang kuat ketika test/exam nanti. Banyakkan solat Hajat. Mintak di kurniakan keputusan yang cemerlang, mintak terang kan hati yang hitam lagi berkarat mahu pun bernanah tuuuu.. Eh..? *over tauu..* Hewhew.. dan akhir sekali mintak keampunan dan keredhaan dari ibu bapa.. mintak doa dari mereka. Kerana Doa Ibu & Bapa sangat Mustajab. (^___^) InsyaAllah.!


Last but not least..................


Pastikan Katil anda Sentiasa Kemas!!!!

Ye 'string' atau tegang kan kain cadar anda... Siapa yang pernah sekolah asrama dulu, mesti tahu string cadar tu macam mana kan.? Berani la kau x string cadar time pergi sekolah.. memang nak tengok katil kau rupa tongkang pecah la jawab nya. Bila katil anda dalam keadaan kemas, perasaan untuk tidur atau main golek-golek atas katil bagai bergolek di banjaran Andes automatik akan terbantut. Maka secara tidak sengaja kaki anda akan melangkah ke meja study. Hah, nampak tak kuasa psikik yang ada dari katil..? Sila perangi nafsu tidur anda yang kuat mengalahkan bayi baru lahir.  


Untung la kau chipmunk...! Masa wa test memang wa jeles dgn lu.... 



OhMissWhatEver__said : Don't make a permanent decision for your temporary emotion.... Professional or Pro-Action..?? (^^,)  Gudnite readers. Have a GoooooD Dream.~!




Saturday, October 6, 2012

~.... LoVe the way You are....~

Assalammualaikum.....


Hello Saturday (^__^)~!! First of all thanks to my buddy, because invite us *classmate* having makan-makan di rumah nya. Alhamdulillah syukur kekenyangan! So, readers how about your weekend.? Hopefully, you all enjoy it.  I love weekend b'coz, this is the perfect time i have to calm my mind, searching for serenity. Hilang sekejap segala kusut masai di fikiran. Ngeh3.. Pejam celik pejam celik sudah Oktober rupanya, sudah menghampiri penghujung 2012. We never feel how's the time flies so fast... I'm pretty sure, this year leaving something different and meaningful for us that we never had before and it's beyond expectation.  


Love your self 1st....... (\^o^/) ~!!

Kadang-kadang apa yang kita kata tidak selari dengan perlakuan.... well manusia. Sometime ter-hipokrit. Takpe, saya faham tuu.  Apa yang baik kita amek, simpan n sematkan dalam ingatan.. yang buruk jadikan pengajaran. Buang yang keruh ambil yang jernih. Hidup ni memang penuh suka dan duka... if x pernah berduka x thrill la kan hidup ni. Dari sebuah pengalaman kita belajar erti kehidupan... 

Kadang-kadang mulut cakap DONT CARE...
Tapi pada hal kisah....
Kadang-kadang mulut cakapWHATEVER...
Tapi pada hal amek berat jugak...
Kadang-kadang mulut cakap IGNORE..
Tapi nak amek tahu jugak...
If betul tak kisah, benci and whatsoever... 
Then prove it..~!! (^^,)

I still standing on my feet and never give up. Alhamdulillah....   (^^,) Drive my life with full of passion to reach all my wish. Positive my mind and believe all those thing happen with a reason.  (^____^).  Clean our heart to make all the problem disappear. God Willing, Everything gonna be alright ~! So, readers and viewers... be confident and be yourself. I love the way I am and always be the best to achieve my goals. Okay, that's all.... i just want to spread it out. Something come deeply inside my heart.. Good Night~!!



OhMissWhatEver__said : Don't make decisions when you are angry, and don't make promises when you are happy.....~!



Monday, October 1, 2012

~....When we Talk about Financial....~

Assalammualaikum...

Hello handsome Hye gorgeous... *lambai tangan gaya miss Universe* lama rasa nya aku meng-hide kan diri. Busy beno u olls. Maklonglah da jadi SU sekarang. So x sempat nak berblogging, ber-gosip.. ber-outing..  Masa itu emas, jadi aku gunakan untuk ber-kuliah, ber-meeting dan berdating... Eh~! Hehehe. Okay peeps, lets talk about money. Woah.. looks like hot issue. Ehem, of course lorh. That's why we have to berjimat cermat. U know what i mean..? Avoid from wasting our money. Normally, when u have money *no matter where's the money come from, as long as halal* what would u do? Meh kita share story sikit..hopefully ada input yang boleh u all renung-renungkan...


Whatever i said, it's based on fact..reality..experience. Okeh? i tak maen reka-reka cita ni. Reka cipta i tau la...hohoho. Bermula la cerita sebenar.. Aku tau dan percaya korang yang pernah bergelar student  *aku tekankan terutamanya* mesti la pernah pegang duit sendiri kan? Lebih tepat lagi duit pinjaman atau duit kerajaan atau  Pa n Ma sdn bhd. ^_^ Tu bukan masalah nya. Yang jadi masalah bila lemah matematik, ilmu hisab dan segala bagai. Belanja x ingat dunia. Kenapa ye ada orang suka mengamalkan konsep "bia papa asal bergaya". Sanggup skip meal untuk beli shawl..baju..beg..kasut.. Ini bukan dongeng si luncai dengan labu-labunya okeh. 

Andai nya aku JutaWang.... ^^

Fine, memang ada segelintir golongan manusia ni life diorang di kongkong family sangat-sangat. So, bila dapat keluar dari kepompong atau tembok besi, tu yang mental expired sekejap. Lupa diri, ingat kau tinggal dekat bulan yang xde tarikan graviti ke? Hidup di awangan. Bila jumpa golongan yang sakit macam ni, orang sihat pun boleh nazak brader.  Time awal sem, aku tahu duit masing-masing ibarat pasir pantai. But the end of semester, kais pagi makan pagi kais petang tak terkais. Hah, macam mana tuh? masa tu la kau dok bantai megi berkampit-kampit. Tengah menghitung hari nak final kau batai megi. Bagus sangat la macam tu kan. 


Member aku sempat bergosip tentang roomate die.. alah, aku bukan kenal pun roomate dia. Cuba bayangkan, kuliah lagi 3 bulan... tapi dalam account ade 30 hengget. Macam mana kau nak survive? Ni nama nya cari penyakit. Tu la, orang pesan "berpada-pada ketika senang..beringat ketika susah". Bukan aku nak tunjuk bagus or berlagak baik. Tapi memang aku bagus pun. Wakakaka... sila muntah hijau kalau da tak tahan sangat. Weekk.=P please la, buat budget.. X salah kalau korang nak shopping sampai lebam. Aku faham nafsu perempuan ni ada 9. Tapi money management tu kenala dengan title korang yang x bekerja lagi. Eh, even orang da bekerjaya pun x melaram sakan sangat lah. Life as simple as u can.  Nak melaram boleh, tapi jangan susah kan orang lain sudaa.

Nak Interprem sekejap...^^

Bila da terdesak hujung-hujung sapa yang jadi mangsa? sudah semestinya orang yang kau gelar bestie.. Bff..blah..blah..blah. Xde hal, kalau diorang tu anak tokeh balak, tokeh kitar semula... tapi kau kene faham, situasi kita mungkin sama dan mungkin berbeza.. kau terdesak orang lain pun terdesak jugak. Jangan nak enjoy sangat. Eh, silap.. enjoy tu boleh tapi jangan nak ber-soping sakan. Window shopping sudaa.. =P Kalau betul korang tu best_pren sangat, eh why not u remind each other.? weee... (",) kesian tau dekat mereka-mereka ni. Sebab? xde duit nak makan. Terpaksa berikat perut.. Jangan lah buat macam ni k. Mak ayah dekat kampung dekat rumah yang jauh di mata tu bukan senang sangat. Jadi jangan la nak dok perabih duit je tau. Berjimat cermat hokay. Kad Siswa 1 Malaysia kan ada. Hehehe.. =D



OhMissWhatEver__said :  Life is too short to be unhappy.... let's create the happiness and spread it out... be rational during manage your financial. Think for the Future...~! (^_____^)