Tuesday, March 15, 2016

~ Untuk apa ujian ini..? ~

Assalammualaikum...


Aku bukan lah seorang kaunselor yang bertauliah. Tapi, inshaAllah dengan buah fikiran rasional dan profesional aku cuba motivate insan yang memerlukan  (^^,). Ada seorang hamba Allah datang sembang.... Dari air muka aku tahu sarat dengan pertanyaan demi pertanyaan, sarat dengan beban yang mungkin tidak mampu di tanggung sendiri. Sesi mukadimah di mulakan dengan deraian air mata. Sebak jugak dada ni..  

Tertarik dengan soalan... Untuk apa ujian ini.? Okay...Allah tak pernah cakap setiap perjalanan hidup itu mudah. Tapi Allah ada cakap " Aku akan bersama dengan orang orang yang sabar.." Ini janji Allah. Sebagai orang islam, kita wajib meyakini nya. Sebab Allah sayang hamba nya. Dia nak kita lebih kuat. Allah tak uji orang yang Dia tak sayang. (^_^) Dia nak tengok sejauh mana kesanggupan kita untuk terima ujian ini. Adakah kita akan menyalahkan takdir.? 


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." [2:286]


Manusia memang macam tu. Lagha. Macam aku.. bila susah baru ingat Allah. Aku mengaku itu kelemahan manusia. Sebab tu Allah datang kan ujian tanda Dia sayang kita. Aku percaya, setiap ujian dan dugaan ada hikmah. terpulang pada cara kita terima ujian. If kita redha, inshaAllah kita akan lebih dekat denganNya.. if kita tak dapat terima ujian itu dan mengeluh... maka ia punca kita menyalahkan takdir, rasa hilang percaya kepada Allah dan terpengaruh dengan hasutan syaitan untuk buat kita jauh denganNya... Nauzubillah.

Setiap orang ada cerita yang tersendiri...termasuk lah aku. (^__^). Ujian dan dugaan insan yang ingin mendirikan masjid memang sangat kuat. Nasihat aku agar dia tak mudah patah semangat.. Aku percaya dia seorang yang kuat... Sempat juga aku berkata sebelum kami bersurai " Awak da terima ujian yang hebat sebelum kahwin. Inshaallah bila awak kahwin, datang ujian ujian lain, awak da tak hairan... petik jari je sebab awak pernah hadapi uijan dan saat genting yang lebih kuat..."

Redha. Ia membantu menyinari hari hari kita yang mendatang, didik jiwa kita dan yakin lah perancangan Allah itu yang terbaik. Ambil iktibar dari apa yang berlaku.. Sakit, perit, terluka..? memang pedih... Inshaallah time will heals everything. Luka dalam macam mana pun dengan izin Allah pasti terubat.. Parut.? itulah yang mengajar kita erti kehidupan. 



"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah maha Mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui..." [ 2:216]


Sekian Wasalam...Thanks reading..~! =)

38 comments

March 15, 2016 at 1:00 PM

stiap ujian psti ada hikmahnya..

ALLAH sedang uji adakah kt mampu tangani.

Anonymous
March 15, 2016 at 3:20 PM

There is no doubt in Allah promise. Keep faith. =)

March 15, 2016 at 4:02 PM

nuyui a.k.a miss YUI: Betul tu yui.. =) percaya apa yg berlaku ada hikmah. Insyaallah.

March 15, 2016 at 4:03 PM

Anonymous: true...! keep faith. Because HE knows the best.

March 15, 2016 at 4:25 PM

InshaAllah setiap hamba Allah mampu menangani setiap ujian sebab Allah tidak akan beri ujian kalau manusia itu tidak mampu :) Allah maha Penyayang lagi maha Mengetahui..

sabar, yes! redha dan usaha untuk menyelesaikan masalah hihi bykkan doa!

March 15, 2016 at 4:37 PM

Benar bagai dikata apabila ujian itu dtg menjenguk kita sepatutnya kena ada rasa syukur juga sebab Allah masih nampak kita. Daripada dpt-dpt-dpt semua yg baik belaka bimbang ianya istidraj - itu lagi takut.

March 15, 2016 at 8:29 PM

Ujian tu ibarat rempah ratus kehidupan..cuma kita ni mcm mna nk hadap ujian redha kah kita..hai mcm2 dtg yg bkn2 dtg nti..Allah uji yg mmpu kita tgung jer..Allah Maha Mengetahui setiap hmba2nya

March 15, 2016 at 10:54 PM

Insyallah, kita boleh menangani segala ujian yang diturunkan dengan baik. Allah Maha Mengetahui keindahan di sebalik ujian yang diturunkan..

March 16, 2016 at 1:31 AM

dulu slalu stress...bila kita redha smua jd mudah

March 16, 2016 at 9:38 AM

biasalah dugaan nak dirikan masjid..banyakkan bersabar..

saya dulu pun byk gak, bleh tgk post 2012,2013 dulu..hehe :p

March 16, 2016 at 9:49 AM

286, buat sy lg kuat. thanks akak for sharing! :)

March 16, 2016 at 10:05 AM

Kita merancang dan Allah juga punya perancangan buat kita. Yakinlah bahawa perancangan Allah itu adalah yang terbaik... :)

March 16, 2016 at 11:15 AM

Nazihah@Jiha : Setuju... Ujian Allah sesuai dengan kemampuan hamba nya. =) ikhlas n banyakkan berdoa.. smua ujian jd mudah. hehe

March 16, 2016 at 11:19 AM

Kakzakie Purvit : Betul kak. Tanda Allah sayang...syukur alhamdulillah buat mereka yg di uji. =)

March 16, 2016 at 11:20 AM

Kayu Manis : Betul.. Allah Maha mengetahui.. Dan perancangan adalah yg terbaik =)

March 16, 2016 at 11:20 AM

Siqah Hussin : Setuju tu siqah. Insyaallah dan sentiasa bersangka baik dengan Nya =)

March 16, 2016 at 11:21 AM

Qhaifa Nur :Betul tu dear.. Allah permudah kan bila kita redha n ikhlas. =)

March 16, 2016 at 11:23 AM

Yana Libra : Haha betul tu Yana.. mmg mencabar. Pada hal tak ada apa pun. smga beliau terus kuat. =) nnti sy terjah entry lama tu =)

March 16, 2016 at 11:24 AM

Suhaiza Suki : Most welcome dear.. Be strong! Allah always with u.. Have faith. =)

March 16, 2016 at 11:25 AM

Kakcik Nur : Setuju kakcik Nur.. =) Allah sebaik baik perancang.

Anonymous
March 16, 2016 at 12:34 PM

Dlm tempuh ujian kita kena redha dan berfikiran terbuka. Anggap ujian kifarah dosa. Good advice kak.. thank you =)

March 16, 2016 at 2:55 PM

yui sggh rabu ya..

March 16, 2016 at 10:06 PM

Eh sma lak entry

March 17, 2016 at 12:10 AM

Allah tak bagi kita ujian untuk suka-suka. :)

March 17, 2016 at 6:48 AM

Urmm..betoi.bersangka Baik dengan Allah ,ITU lebih menyenangkan. Bila kita rasa nak jatuh terduduk, dari layan rasa sedih tu cakap pada hati "Allah Ada!"

March 17, 2016 at 6:48 AM

Urmm..betoi.bersangka Baik dengan Allah ,ITU lebih menyenangkan. Bila kita rasa nak jatuh terduduk, dari layan rasa sedih tu cakap pada hati "Allah Ada!"

March 17, 2016 at 8:43 AM

Anonymous : Betul.. kifarah dosa. tq dear. Let's try our best to be a good muslims. Amin. =)

March 17, 2016 at 8:43 AM

nuyui a.k.a miss YUI : thanks yui =) =)

March 17, 2016 at 8:45 AM

Nabila Syifa : hihihi Allah gerakkan hati dan jari kita untuk share entry ni =) kan? nnti aina terjah blog awk pulak.

March 17, 2016 at 8:45 AM

انيس ادنن : setuju dear.. =) Ada hikmah di sebalik ujian beliau.

March 17, 2016 at 8:47 AM

ct cheery : betul.. Inshaallah. Allah always with us. =) Satu ujian yang datang, terselit 1001 kemanisan yang DIA bagi. Inshaallah kita kuat hadapi ujian Nya. Amin..

March 17, 2016 at 7:28 PM

Sesungguhnya betul apa yg aina tulis.. Perkongsian yg sangat bermanfaat.. Keep it up dear.. :-)

March 18, 2016 at 8:53 AM

LZ - The Blog Owner : Insyaallah... thank you sis LZ =)

March 19, 2016 at 3:43 PM

betul tu setiap ujian tanda Allah sayamg.
supaya kita lebih dekat kepadaNYA..sebab lumrah manusia ni mudah lupa..lebih2 lagi bila tengah senang.hihi

March 22, 2016 at 10:35 AM

Puan Kutu : betul tu PK... alhamdulillah Allah masih nak bg ujian pd hamba nya.. =)

March 22, 2016 at 4:22 PM

Itulah namanya hidup Aina. Tanpa ujian dan dugaan kita tak akan belajar untuk mengharungi hidup yg penuh ranjau cenggini.

Tp stress jugaklah nak menghada ujian ni Sabo dan tawakkal ajelah

March 22, 2016 at 4:52 PM

Itulah namanya hidup Aina. Tanpa ujian dan dugaan kita tak akan belajar untuk mengharungi hidup yg penuh ranjau cenggini.

Tp stress jugaklah nak menghada ujian ni Sabo dan tawakkal ajelah

March 23, 2016 at 10:53 AM

hainom OKje : betul tu maaakkk.. huhu. Iman kena kuat. Insyaallah kita mampu harungi ujian dan dugaan yg Allah bagi.

Post a Comment