Tuesday, April 26, 2016

~ Penangan Harum Manis ~

Assalammualaikum....


Selamat pagi..! Harum bau nya.. Manis rasa nya. Apakah ia..? 

Sejak 2 tiga menjak bukan main meriah news feed iols dengan gambar Harum Manis. Sebut je Harum Manis, terbayang nun jauh utara tanah air kita.. negeri Perlis. Harum Manis sejenis mangga atau mempelam yang subur di negeri utara tanah air sehingga menimbulkan keghairahan sesiapa sahaja untuk membeli.. termasuk la AKU.! Huaaarghh.. Ini lah dia nama nya Harum Manis.! Femes nokss dengan bau dia.. rasa dia ngancam merecikk bak ang. Huhuhu.... 

Sumber google. Hakak tak sampai hati nak tepek gambar hakak ngap harum manis semalam. =P

Mangga ni memang peberet orang ramai, especially ibu ibu mengandung..kan?  Huhuhu. Aku yang mengandung lemak ni pun boleh ikut mengidam hish... (^_^). Last week bos aku balik utara, rezeki aku dapat jugak merasa Harum Manis. Harga nya pun boleh tahan wei. Bukan macam mangga biasa. Harga sekilo Rm 32 dapat la dalam 3 biji besaq penumbuk aku... Okay la kan..? 

Harum Manis ni memang ada dekat Perlis sahaja nak..... Pastu isi dia walaupun kuning dull tetap manis, kalau kuning pekat oren lagi la manis. Huhuhu. Lagi satu ada musim berbuah.... lebih kurang hujung April, awal Mei - Jun. Ada je yang cuba nak tanam luar dari Perlis. Tapi malang nya tak jadi dari segi rasa tak sama, tak manis dan sebagainya. Mungkin faktor iklim yang mempengaruhi sebab Perlis ni ber iklim Monsun Tropika. (^^,) Okay cukup la untuk cerita hari ni, semalam tak larat nak menaip sangat. Hehehe... Bagi yang tak pernah rasa Harum Manis, cubalah sekali pasti nak lagi. =P 

Sekian.. Thanks reading.! 



OhMissWhatEver__said : Alhamdulillah bersyukur lah dengan rezeki kita, moga Allah permudahkan semua nya. Nikmat apa lagi yang aku mahu dusta kan.? 




Friday, April 22, 2016

~ Resepi : Brownies ~

Assalammualaikum...


Ramai yang terliur dengan Brownies nampak gaya nya... Hihihi. Ada yang nak resepi Yummy Brownies pada entry lepas.... Jadi sis nak share kan resepi nya uols.. (^^,)  Kawan aku pun baru belajar buat... Ilmu tu pun dapat dari sumber seperti google dan FB. Bagus zaman sekarang ni. Semua di hujung jari.. Jadi di blog picisan ni.. sis nak ber kongsi resepi. Atleast ber-manfaat jugak nak pikat hati mak mertua yedok..? Hehehe... 

 Petama nya, harus lah sediakan bahan bahan yang berkaitan...

Bahan A 
85 g butter
17 g coklat masakan (brand Beryl's recommended)

Bahan B
2 biji telur
140 g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam

Bahan C
100g tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil serbuk koko (di ayak semua)

Coklat chip 45 g.

Bahan da ready..? Okay, here we go..! Langkah nya bermula dari kiri ke kanan... (^__^)


1) Bahan2 untuk brownies yang sudah siap di timbang sukatan. 2) Masukkan butter dan coklat masakan dalam 1 bekas untuk cairkan


3) Bahan yang sudah di cairkan guna kaedah double boiler.. Ketepikan dulu. 4) Guna bekas lain, dan 
masukkan Bahan B. (Telur + gula kastor + esen vanila + garam ) 


5) Kacau semua Bahan B guna whisk. Tak perlu kacau lama sangat. Cukup sekadar sebati.. 6) Masukkan bahan yang sudah di cairkan tadi..


7) Masuk kan tepung gandum + baking powder + serbuk koko yang sudah di ayak. Kacau semua bagi adunan sebati. 8) Masukkan coklat chip.. Tinggalkan sedikit chip untuk di tabur atas brownies. If nak letak almond pun boleh..


9) Ambil loyang, gris kan dengan butter sekeliling loyang (nk bg moist gitu) dan letakkan baking paper. Masukkan bahan adunan tadi. 10) Rata kan adunan dan tabur coklat chip / almond di atas nya. Pastikan oven sudah di panaskan dulu sebelum membakar. Bagi oven suhu bakar 150 selama 30 minit. Bergantung pada oven uols.


11) Selepas siap di bakar jangan terus keluar kan brownies dari oven. Biarkan dalam oven dengan pinti terbuka sedikit selama 10 minit. Sebab masa ni permukaan brownies akan mula berkedut, so jadi la brownies kedut. Huhuhu.. Selepas dah di sejukkan boleh la deco. 12) Taraaaa.... atas ni ikut la nak layer apa.. Nutella ka Caramel ka... Ikut uols. (^^,)


Sumber: FB

OhMissWhatEver__said : Selamat mencuba...! Jangan cakap hakak tak payung okehh... (^__^)





Tuesday, April 19, 2016

~ Yummy Brownies ~

Assalammualaikum...


Siapa peminat tegar coklat.? 

hi-5 sikit..! Huhuhu... Budak rumah aku tengah berjinak jinak dengan business kek & cookies ni uols. Yela nak raya.. Hari hari balik kerja ada desert dalam peti ais.. ni cerita last week la... N yang paling best.. Brownies! 

Haish.. tetiba teringat pulak.! 

kenapa seksi sangat ni.?


Jemput tengok.. Sis belanja. (^__^) 



OhMissWhatEver__said :  Uols kalau makan benda manis manis, make sure minum air banyak okay.. =D Jangan makan manis sangat. Uols kan da manis. Hihih




Thursday, April 14, 2016

~ Stock Clearance : Instant Rose, Instant Ivy Kek Nis & Shawl Bubble ~

Assalammualaikum..

Uolsss aryana_couture tengah buat Clearance untuk Shawl Bubble, Instant Roses & Instant Ivy KekNis. Hah Curlasss... Since ramai admin yang terlajak busy.. pihak kami mencapai kata sepakat untuk buat stock clearance. Gitu la semua perempuan kan. Sorang sedang berpantang.. sorang tengah tunggu masa nak beranak, sorang tengah busy jaga peti bank rakyat... Hakak.? Tak cukup tangan handle. Jadi kita clear kan secepat mungkin sebab hakak pun busy diknon, nak travel... Huhuhu. Memandang kan Ramadhan lagi 54 hari, lepas tu tiba bulan raya... hakak rasa sesuai sangat uols beli untuk pakai raya. (^__^)

1) Shawl Bubble 

Tak payah testimoni orang lain. Testimoni hakak cukup. Sebab akak memang akan plih yang terbaik aje. Kikiki.. Okay, I have nothing bad to say. Material memang superb, iron-less uols.. Sebab hakak kalau lambat pergi kerja memang main sauk je shawl tak payah iron. Walaupun lambat, yang penting harus gojes okies.. =P Corak sis pakai ni tinggal 1 sahaja ye. Lai lai.. sapa cepat dia dapat. 

Shawl Bubble. Harga sekarang Rm 18 sahaja..! 

2) Instant Rose

Instant ni sarung sahaja. I bet uols yang bersiap almost 1 hour sampai letih husband menunggu silap boleh hilang mood nak berjalan, boleh siap dalam masa 10 saat.  (^^,)  Boleh jadi uols pulak yang tunggu husband bersiap.. Hikss. Yang penting labuh menutup dada.!

Instant Rose. Clearance Rm 20..!

3) Instant Ivy Kek Nis

Ramai mengeluh tak reti lilit shawl. No worries. Sekarang ada Instant keknis. Sarung, siap dan cantik. Labuh adjustable. Warna ni je kak..? Iye sis semua.... Kita ada 40 helai yang da terjual. Ni je yang tinggal. Harga menangis bucu katil celah katil semua ada. Haha.. 

Price Rm 15... sahaja!

Postage just add Rm 5 untuk Sm. Sabah/ Sarawak Rm 7
Cod...? KLCC/ LRT Wangsa Maju. Selamat menjamu mata! 


OhMissWhatEver_said : Beauty is not in the face, beauty is a light in the heart. (^^,)


Tuesday, April 12, 2016

~ Fresh Care : Minyak Angin Aromatherapy ~

Assalammualaikum....


Kita ni sakit pening sengal sengal bahu, sinonim sangat nak letak minyak angin.. betul ke idok.? Rasa lega sikit bila pekena minyak angin. Tapi aku paling anti bau minyak cap kapak.. Hadoi tajam nya rasa. Lepas tu pijo dia.... tak payah cakap la. 

Sekarang ni macam macam jenis minyak hangin ada di pasaran.. Antara yang aku pakai sekarang ni nama dia Fresh Care. Macam macam bau ada. Paling iols suka bau Citrus dan Lavender. Wahh harum dan berangin.. Terasa pakai minyak wangi pun hado.. (^____^) Kawan aku yang mabuk masa pregnant pun serasi pakai minyak angin ni. 


Fresh Care minyak angin aromatherapy


Bagi mereka yang sama spesies dengan aku, aku rekomen minyak ni 200%. Mohon percaya lah pada pilihan aku. Nyesal kalau tak percaya. Hehehe.. Asal nya aku terjebak dengan Fresh care ni.. Jamuan raya tahun lepas dengan kontraktor, aku makan macam macam di tambah pulak makan durian lepas tu.. Hambik kau.. senak dia sampai nak sandar pun tak boleh..! 

Yela tank perut macam kancil... tak sedo diri. Lepas tu sorang kontraktor dari Indonesia bagi aku minyak ni. Baru la legaaa boleh bernafas.. Blurrrrp! Huhuhu... Jadi sesuai jugak la untuk masalah penghadaman... (^^,) Harga..? lebih kurang dalam rm 7 - rm 10 sebotol. Tengok tempat yang menjual. Selamat mencuba. Da cuba bagitau feedback. Okay.?

Sekian untuk cerita hari ini.. Thanks reading..!



OhMissWhatEver__said :  Nak dating dengan lecturer iols hari ni.... (^__^) Rindu nya zaman study. Master.? Ehem ehemmm..





Friday, April 8, 2016

~ Friendly Reminder : Hati Hati dalam Berkawan ~

Assalammualaikum...


 Manusia memang tak lari dari penyakit hati... 
Dengki, iri hati, sakit hati ibarat wayang harian. 
(^^,) Hati hati lah dalam berkawan.. 
Tak semua nya ikhlas belaka. Jauhi mereka yang menjatuhkan.

Orang yang iri hati dengan kita sebenarnya orang dalam diam ingin jadi seperti kita. 
Jangan ber-dengki dengan rezeki yang di tentukan...
Tepuk dada tanya lah IMAN.
Sejauh mana kita menyerah diri pada Allah..?
Jodoh, pertemuan, ajal maut, rezeki semua sudah di tentukan.
Redha, syukur dan berlapang dada.

Never feel guilty about taking toxic people out of your life. 
It doesn't matter how long you've known them.
If they trying to change, give them a chance. 

But if they continue disrespect you, over step your boundaries, 
they have no place in your life.

Focus on what you have, instead of focusing what missing.
 And... If you wouldn't mind, stop judging me. You should step in my shoes and walk a mile. 
I bet you'll fall on the first step. Because..? 
It wouldn't fit you FOREVER.


Navy blue always be my favorite color instead of pastel.




OhMissWhatEver__said : Stop comparing with others. It's a losing battle. (^_^)




Wednesday, April 6, 2016

~ Wordless Wednesday : Food Make me Happy ~

Assalammualaikum....



Route 66. Johnny Rocket


OhMissWhatEver__said : Dear food, you never fail to amaze me... Apa pun, masakan paling marvelous di dunia... ialah dari air tangan ibu.! (^__^)  

Monday, April 4, 2016

~ Baju Pengantin Anzalna Nasir ~

Assalammualaikum....


Hello monday! Aku teruja tengok Baju pengantin Anzalna Nasir... Serius sis kagum..! Iols sangat susah okay nak minat artis mesia ni. Boleh kira dengan jari, artis yang aku suka.. Antara nya Lisa Surihani & Anzalna Nasir. Diorang ni classy kan. Paling penting tak ada sangat gosip gosip liar dan sopan jugak dalam berpakaian... (^_^)  

Pwincess sangat awak... (^^,)

Awak nampak macam Lavender... la! 

Orang kata, orang cantik pakai apa pun cantik. Yup betul..! Beauty attracts the eye but personality capture the heart. Semoga bahagia till jannah Anzalna. Siapa yang bakal mendirikan rumah tangga, uols boleh la inspirasikan dress Anzalna ni. Sopan dan mengancammm sangat. Dulu fenomena baju pengantin Scha_Awal. Tahun ni fenomena Anzalna pulak..! .(^__^).


 OhMissWhatEver__said :  Okay nak pergi breakfast dulu, sis tak lena tido tengok baju Anzalna ni walaupun sis takde calon yang menanti. Kehkehkeh =P ...!