Friday, April 22, 2016

~ Resepi : Brownies ~

Assalammualaikum...


Ramai yang terliur dengan Brownies nampak gaya nya... Hihihi. Ada yang nak resepi Yummy Brownies pada entry lepas.... Jadi sis nak share kan resepi nya uols.. (^^,)  Kawan aku pun baru belajar buat... Ilmu tu pun dapat dari sumber seperti google dan FB. Bagus zaman sekarang ni. Semua di hujung jari.. Jadi di blog picisan ni.. sis nak ber kongsi resepi. Atleast ber-manfaat jugak nak pikat hati mak mertua yedok..? Hehehe... 

 Petama nya, harus lah sediakan bahan bahan yang berkaitan...

Bahan A 
85 g butter
17 g coklat masakan (brand Beryl's recommended)

Bahan B
2 biji telur
140 g gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil garam

Bahan C
100g tepung gandum
1/4 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil serbuk koko (di ayak semua)

Coklat chip 45 g.

Bahan da ready..? Okay, here we go..! Langkah nya bermula dari kiri ke kanan... (^__^)


1) Bahan2 untuk brownies yang sudah siap di timbang sukatan. 2) Masukkan butter dan coklat masakan dalam 1 bekas untuk cairkan


3) Bahan yang sudah di cairkan guna kaedah double boiler.. Ketepikan dulu. 4) Guna bekas lain, dan 
masukkan Bahan B. (Telur + gula kastor + esen vanila + garam ) 


5) Kacau semua Bahan B guna whisk. Tak perlu kacau lama sangat. Cukup sekadar sebati.. 6) Masukkan bahan yang sudah di cairkan tadi..


7) Masuk kan tepung gandum + baking powder + serbuk koko yang sudah di ayak. Kacau semua bagi adunan sebati. 8) Masukkan coklat chip.. Tinggalkan sedikit chip untuk di tabur atas brownies. If nak letak almond pun boleh..


9) Ambil loyang, gris kan dengan butter sekeliling loyang (nk bg moist gitu) dan letakkan baking paper. Masukkan bahan adunan tadi. 10) Rata kan adunan dan tabur coklat chip / almond di atas nya. Pastikan oven sudah di panaskan dulu sebelum membakar. Bagi oven suhu bakar 150 selama 30 minit. Bergantung pada oven uols.


11) Selepas siap di bakar jangan terus keluar kan brownies dari oven. Biarkan dalam oven dengan pinti terbuka sedikit selama 10 minit. Sebab masa ni permukaan brownies akan mula berkedut, so jadi la brownies kedut. Huhuhu.. Selepas dah di sejukkan boleh la deco. 12) Taraaaa.... atas ni ikut la nak layer apa.. Nutella ka Caramel ka... Ikut uols. (^^,)


Sumber: FB

OhMissWhatEver__said : Selamat mencuba...! Jangan cakap hakak tak payung okehh... (^__^)





23 comments

April 22, 2016 at 3:04 PM

'Ahkak' yang buat ni ke apa?

Akak bab tengok resepi ni memang excited gila. Rasa macam dan-dan tu nak pergi beli barang (standard ni everytime teringin nak buat sesuatu, mulalah sibuk cari barang lepas tu simpan!) Tapikan, bila tutup aje blog yang 'mengeluarkan' resepi ni, dan-dan itu juga fikiran akak kosong bab nak cuba mencuba ni tau. Beli lagi senang kot ^_^

Dasar pemalas!

Anonymous
April 22, 2016 at 3:23 PM

oK! wajib cuba ni.. tq share

April 22, 2016 at 4:18 PM

RAJIN BUAT BROWNIES SEDAPNYA.

April 22, 2016 at 9:34 PM

Tq dear sng2 boleh buat ni...dh lama juga tak mengekek

April 23, 2016 at 3:22 AM

sukanya tengok retak retak atas brownies tu bila dah masakkk,

April 23, 2016 at 12:53 PM

Assalamualaikum dear aiNa,

Thank you sudi share resepi..
Bila teringin nanti sis boleh cuba buat.. ;-)

April 23, 2016 at 10:32 PM

saya suka! balik ni nak cuba buat. terima kasih sharing resepi^^

April 24, 2016 at 3:35 AM

Kalau MD buat memang tak potong dah.. Ngap satu tu terus.. I was wondering kenapa mahal sangat dekat luar sana..

April 24, 2016 at 8:48 AM

Senang jer resepi .. Tapi malas nak buat hahahaaaa.. Order la ngn jiran sebelah yang suka baking..

April 24, 2016 at 11:32 AM

waaa~ sedapnyaaaa dan rajin nyaaaa.... tq for sharing resepi . Lepas nie boleh cuba =)

April 25, 2016 at 11:44 AM

terliur tengok gambok omjayh kena buat ni xD

April 25, 2016 at 2:44 PM

best bila buat mnjd.. bila tak jd, pastu malas mmg tak buat dh la.. tu yui. hahaha

April 25, 2016 at 2:55 PM

Memang tgh fenomena jugak brownies ni..selalu je nmpk lalu resepinya kt wall fb..tp tu la tak gigih lg nk buat.tunggu la lepas2 bersalin sok klu rajin.hehe

April 25, 2016 at 8:35 PM

Pakar buat brownies rupanya....
Dulu akak masa anak dara jangankan brownies sebijik biskut pun tak tahu buat hihi....

April 25, 2016 at 8:36 PM

Pakar buat brownies rupanya....
Dulu akak masa anak dara jangankan brownies sebijik biskut pun tak tahu buat hihi....

April 26, 2016 at 8:54 AM

yui sggh selasa ya..

April 26, 2016 at 11:35 AM

Pasti ini rasanya mantapss pisan ya mbak :D

April 26, 2016 at 1:46 PM

Pandai buat brownies rupanya. Rasanya mesti tip top! Hii

April 27, 2016 at 4:18 PM

sedapnya tengok :) nampak macam senang je resepi ni. hee nak try nanti. hopefully menjadilah. hihi

April 29, 2016 at 4:32 PM

yum2 dap nye...mlm nie jugak kaija buat..hihihi

May 3, 2016 at 7:40 AM

sedapnyaaaa

May 11, 2016 at 12:56 PM

cantiknyee

May 12, 2016 at 1:29 PM

nampak macam senang. belum berkesempatan nak cuba lagi. yummy

Post a Comment