Friday, November 30, 2012

~ Life.. Health and Test ~


Assalammualaikum...

Hye dude, hye babe..! U olls sihat kah..? Hopefully semua nya sihat wal-afiat. So, sepanjang mode silent aku di alam maya ni, banyak perkara yang terjadi. Banyak juga okay.! 2 minggu ni fokus aku pada test sahaja. Sebab tu la orang lain da sepuluh kali pergi MAHA 2012, aku baru terkedek-kedek nak pergi. (>_<). Pada hal MAHA sebelah upm je. huhuhuhu... Settle test baru boleh enjoy yedak. Baru tenang nak berjimba. 

Test. Okay, bercerita tentang test aku so far Alhamdulillah. Sepatutnya hanya ada satu paper untuk next week. Tu pun di sebabkan prof aku pergi Jepun. So, terpaksa la extend test untuk subjek dia. Isnin lepas, we have done our GIS test. Agak susah la bagi orang ber IQ normal macam aku ni. Tiba-tiba Selasa petang masa lab GIS Dr. F buat announcement dengan muka yang agak serius.....

"Okay class, saya ada berita yang mendukacitakan.... Isnin depan kita akan buat Re-Test pada masa yang sama.. Soalan semua subjektif. Only short or long answer.. No objective.."


Eh korang faham tak perasaan orang yang kena re-test ni macam mana..? penat test semalam pun tak hilang lagi tau. Sekali kena re-test~! peh.. agak bengang di sini. Kitorang kena re-test sebab ada makhluk dari planet mana entah, hantar emel dekat Dr.F dan bagitahu ada soalan test bocor. WTFish. If betul ada soalan bocor, aku yang tak dapat soalan bocor ni relax je. Huh, stress je kan. On the side of devil, memang rasa nak debik je sapa yang buat keje ni. But on the side of angle, ermmmm tak pe lah maybe markah re-test ni akan lebih cemerlang dari test ari tu. Hah nampak tak konflik dalaman dia..? Huhuhuhu. Apa pun, kami semua redha saja. Aku pun tak tahu sapa punya keja. Coz, dalam class aku ni 1 Malaysia. Karang cerita lebih-lebih boleh mencetuskan isu perkauman pulak. Apa pun, kuasa terletak di tangan lecturer. Kita ikut kan aje laa.. 

Health. Selesai isu test.. Lega bila perasaan yang berbuku itu terluah akhirnya. Alhamdulillah. Mengenai kesihatan pulak. Lately ni aku memang busy. Sampai tak sedar, yang aku kekurangan gula dalam darah. Huhuhu... Patut lah aku rasa macam nak pitam sampai tak boleh nak drive, pening, penat yang luar biasa. Even aku da tidur pun, still penat. Da la jadi masa minggu test. Nak study pun tak larat. Tapi bernasib baik juga sebab aku da start review note dari minggu lepas. Untung juga study awal-awal ni. Sebab kita tak tahu apa akan berlaku hari esok, lusa dan macam kes aku ni.. Bab-bab kesihatan, memang aku risau banyak. Huhuhu... sakit sikit-sikit tu u olls pergi lah check okay. In case apa-apa hal, mungkin masih mampu di cegah pada peringkat awal...

Jadi, itu lah sedikit sebanyak perkembangan life aku, tentang kesihatan aku. InsyaALLAH nanti aku balas jejak u olls k. Bagi cek lepaskan test dulu naaa. Selagi mampu buat yang terbaik kita berjuang habis-habisan.. betoi tak..? ^^ That's all.

Thanks reading and Happy blogging...! Gudnite.. (^^,)



OhMissWhatEver__said : Terima kasih kepada mereka yang tak putus-putus memberi sokongan dan mendoakan kejayaan buat diri ini. InysaAllah, i do my best.~!


Saturday, November 24, 2012

~ LoVe is Infinity ~

Assalammualaikum...

Hello dearies~! First of all, thank you so much to all of u who's wish my Birthday... Tenkiu, tenkiu. Hehehe. terasa supermodel pulak, pemes amous seharian u olls bila I pergi Fakulti semua wish....

"aiNa happy besday.... "
"Dear, Happy Besday...."
"Besday akak ye hari ni.. Selamat hari jadi...."
"Besday aiNa ea hari ni..Patutlah berseri-seri...." *malu mak tauuuu*

Okay, terasa macam retis i uolls.~! Hewhewhehw.. =P Well, sejak umur menginjak ke alam veteran ni... aku cuba untuk memperbaiki diri, mohon banyakkan bersabar walaupun aku memang seorang yang penyabar ^^, increase level rational and professional, dan semoga ALLAH tetapkan iman buat diri ini.. AMIN. Aku banyak muhasabah diri sempena dengan hari aku menerjah bumi. hehehe.. Yela kita kena sedar semakin meningkat usia semakin dekat kematian itu. Yedak..? Apa pun, semoga penghijrahan dalam diri ini akan berterusan. InsyaALLAH. Azam tu tahuk..! (^^,)


Haish, panjang pulak mukadimah aku kali ni kaaaannn.. hehehe. Okay, love is infinity because we can't count love right....? but we can feel it. This strange feeling comes deeply inside our Heart. So guys, clash/break tu resam dalam sesuatu hubungan. Hubungan mana yang tidak di lambung ombak.. cer-cita..? Kalau takut di lambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Ada faham..? Apa yang aku boleh cakap... We may love the wrong person, cry for the wrong person but one thing is for sure, mistakes help us find the right person..... Kepada wanita di luar sana yang sedang berduka lara.... please  make up your mind. =) Life is too short to be depress and unhappy. 


Wanita saya faham perasaan anda bila putus cinta, ia memang sesuatu yang menyakitkan. Kerana pastinya cinta nya itu sepenuh hati. Tetapi, perlu di ingat sebenarnya ALLAH sayangkan diri kita. DIA nak yang terbaik, yang mampu menjadi IMAM kita, yang mampu menggalas tanggungjawab untuk MEMIMPIN kita, yang mampu menjadi AYAH yang terbaik buat anak-anak kita kelak. Jadi biarlah perasaan sayang dan cinta itu di tarik saat si Dia bukan sesiapa buat kita, sebab ALLAH nak selamatkan kita dari menggegarkan tiang Arash......


Jadi bersabarlah wahai hati wanita di luar sana yang sedang berduka... ALLAH pasti ada rancangan yang terbaik untuk kamu semua... InsyaALLAH. Sesungguhnya wanita ciptaan ALLAH yang paling indah.. (^___^) Dah tamo sesedih lagi awak-awak sekalian, Senyum sikit~! Kuatkan semangat, cekal kan hati dan tetapkan iman.... insyaALLAH semuanya mampu di atasi.


Incik V... bila anda nak bertukar jadi Mazda 2.... huhuhu... =P


That's all peeps~! Good Night...

Tangan yang mengayun buaian, mampu menggongcang dunia...
(^^,)



OhMissWhatEver__said :  Lepas test nak pergi MAHA 2012, Movie marathon Twilight : Breaking Dawn part II and Lagenda Budak Setan 2...~!  ada 2 tiket TGV free.. 



Wednesday, November 21, 2012

~ Silence Day of Wednesday ~

Assalammualaikum....



v
v
v
v
v

(\^____________________^/)

An ice-cream cake cheer up my day...
Thanks (^^,) ~!


OhMissWhatEver__said : Happy Birthday to ME...~!!! (^^,)  Thanks for the all lovely wishes dearies friend. I'm turning 23 y/o... and i feel great. May ALLAH Bless. Amin.



Saturday, November 17, 2012

~ Simple Pavlova ~

Assalammualaikum....

Hello beautiful, Hello handsome boy's and girl's~! Habis sudaaa cuti mid-sem aku. Siyes tak puas. Rasa taknak balik U je. Boleh cenggitu..? huhuhu. Tanggungjawab tetap tanggungjawab rite. So, suka atau tak we need to carry on. Previous entry aku ada cakap tentang projek mega rite..? Hah ni la projek mega aku. Making PAVLOVA... Buat dia tak la sesusah mana. Bila da minat kan. Apa pun boleh. Hewhewhew... (^^,) Apa pun, thanks to my parents and siblings and my cousin. Walau pun komen nak ala-ala chef Jo. hahaha Tapi semua cakap... 

Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaapppp...~!!
*shy-shy kitty * 

Amaran keras~! Sila take note. Pavlova sangat lah tidak sesuai bagi mereka yang menghidap kencing manis. Rasa nya memang sangat manis. Tapi antara Pavlova dengan Macaroons, manis lagi Macaroons. Jadi, untuk seimbang kan rasa manis dalam pavlova, aku sarankan u olls guna buah-buahan yang masam. So, baru kena masam lawan nya manis.!! Tuu aku punya combination la. Tapi lain orang lain cita rasa. Kalau u olls rasa nak letak buah-buahan lain pun tarahal punya.

From the upside view... (^^,)

Makan sekali sekala takpe.. makan selalu, takut kena potong kaki jee... 

Bahan asas Pavlova hanya putih telur, gula castor, cuka dan esen vanila. See..see, buat pavlova hanya perlukan putih telur sahaha. So opkos kurang kolestrol kan.. Namun begitu *keluar ayat karangan pulok daa* kandungan gula nya tinggi. Jadi rasanya harusla sangat manis. ^^ Sama jugak macam Macaroons. Okay, rasa pavlova ni ala-ala marshmallow~! Tapi pavlova lagi sedap. Siyes i tak tipu. Kalau beli dekat luar, harga nya quite expensive uolls. It's better do it by ur self. Puas hati dan lebih ekonomi...  

Aku cakap terus terang, kalau di beri pilihan masak lauk pauk dengan buat kek, cookies, muffin and etc.. aku lebih rela buat kek.. tak pun buat cookies.! yeeeha. Sebab minat aku lebih cenderung ke arah bakery. Agak-agak boleh tak bukak kedai eh nanti..? Pastu letak nama kedai aku.. Aina's Coffee & Cake House. Pergggghh..! Tengok.. tengok. Fikiran aku da melayang-layang bagai layang-layang terputus tali nya. Eh! Hehehe..

So u olls yang berminat untuk buat Pavlova boleh la mencuba... Tapi acana nak buat..? Okay, di sini aku attached sekali resipi Pavlova. Bdw, aku dapat resipi ni dari seorang blogger jugak.. one of my Bestie. Miss Bluewendy. *sila terjah beliau, maceh* (^^,)

Pavlova

Bahan-bahan Asas
4 biji telur putih
3/4 cawan gula kastor
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh cuka makan
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan-bahan topping :
250 ml whipping cream

Hiasan : depend on your favor. (^^,)

Cara-Cara
  • Sebelum menyiapkan adunan, sila panaskan oven terlebih dengan kadar kepanasan 140 darjah celcius. Guna api bawah.
  • Bila nak start masak baru turunkan suhu antara antara 120-100 darjah celcius. (110 degree recommended)
  • Mula-mula, asingkan dulu putih telur dengan kuning telur. Amek putih telur sahaja.
  • Kemudian, putar putih telur pada kelajuan yang tinggi dan pukul sampai putih telur gebu. (nak tahu soft peaks ke tak, bila korang telungkup kan mangkuk tu, putih telur takkan jatuh.)
  • Langkah seterusnya, dengan kelajuan tinggi juga, masukkan gula kastor sedikir demi sedikit. Jangan berhenti putar okay. Sambil masuk gula, sambil putar. Putar biar rata.
  • Putar sampai kental, dan dalam keadaan mixer masih berputar masukkan 1 sudu besar tepung jagung tadi ke dalam adunan. Putar 3 minit. Hasil adunan atau lebih di kenali dengan "meringue"
  • Gunakan sudu teh, masukkan cuka dan esen vanila tadi. Pastikan kaup balik meringue tersebut hingga adunan sebati. Kaup perlahan dan pusing satu arah sahaja.
  • Seterusnya, sediakan dulang pembakar, lapikkan dengan kertas minyak dan tuang adunan tadi ke atas nya.
  • Make sure, bentuk adunan tidak terlalu nipis dan jangan terlalu tebal. Bakar selama 1 jam 15 minit. (bergantung pada jenis oven jugak)
  • Bila da cukup 1 jam 15 minit, jangan keluarkan pavlova dari oven. Biar sejuk sekejap dalam oven dengan keadaan pintu oven sedikit renggang bagi elakkan pavlova merekah.


Topping : Putar whipping cream dengan kelajuan tinggi. Putar sehingga kental. Topping kan krim di atas Pavlova dan hiaslah dengan buah-buahan kegemaran u olls.

That's all readers... Selamat Mencuba~!! (^_____^)


OhMissWhatEver__said :  What a supprised day~!..... Tenkiu for the Ice-Cream Cake.! I'm lovin it. Gudnite peeps.



Thursday, November 15, 2012

~ Movie : Istanbul Aku Datang ~

Assalammualaikum....

Hello everyOne~! Okay.. semalam aku bawak cousin aku tengok wayang. 3 minggu cousin aku ada dekat sini so sebagai sepupu yang mithali hewhewhew.. haruslah aku meng-enjoy kan dia sebelum balik ke Johor. Dia da balik pun tadi. Klimaks nya, semalam aku bawak dia tengok wayang dan shopping. Okeh full stop! Eh, lama dowh aku tak tengok wayang. Sejak-sejak busy ni.... huhu. 

So hampir seminggu aku cuti, seminggu jugak aku tak lekat dekat rumah. Mak aku memang tunggu aku balik untuk ajak jalan. Saje je tau. Mak tau x, anak mak ni ada test naik cuti.! Huhuhu. So, esok aku balik KL. Duduk rumah memang tak belajau la haku.. Xpe, study bia lepak.. result bia cool. teheee. Actually, kitorang memang da aim cerita Skyfall dan Istanbul Aku Datang. Atas faktor masa, kitorang pilih Istanbul Aku Datang. Agak rushing jugak keluar semalam. Sebab, aku nak balik buat project mega pulak..!! *bakal update project itu.. tunggu!*  (^^,) 


Ini dia pelakon utama... Beto, Lisa dan Tomok.~!

Guys, cerita ni memang ohsem gila bapak. Hahaha, bayangkan cana tu..? Memang tak rugi tengok. 5 hari tayangan kutipan nya da mencecah 1 juta. Syabas Bernard. Comel je Lisa dalam cerita ni. I loike u Dian~! Cerita ini memang kelakar.. Memang enjoy. Aku tak suka tengok cerita seram a.k.a cerita hantu dekat panggung. Merugi kan dan rasa stress je tengok cerita yang menakutkan ni. huhu. Baik la aku tengok cerita yang happening. Bantai gelak dalam wayang. Keluar wayang relax sikit otak aku. (^____^) Korang suka tengok cerita seram kah..? 

I adore her.. damn much~! 

*owh, tipu sunat ye... aku sunnnnnat kan kau sekali lagi baru tau* - by Dian huhuhu ^^

Siapa BF Lisa sebenarnya......? =P

Sinopsis

        Dian (Lisa) merupakan seorang blogger, gadis yang periang dan manja, . Keinginannya cuma satu, untuk berkahwin dengan teman lelaki nya Azad (Tomok). Azad, sedang mengikuti kursus perubatan di Istanbul dalam jangka masa 6 tahun. Tempoh itu terlalu lama. Dian berazam untuk ke Istanbul dan menunggu lamaran perkahwinan dari Azad. Malang sekali, kehadiran di Istanbul di sambut hambar oleh Azad. Azad risau, kehadiran Dian akan menganggu tumpuan nya. Azad juga keberatan untuk menumpang kan Dian di rumah nya yang dikongsi bersama lagi 2 orang kawan nya. 

           Dian terpaksa mencari rumah lain. Malangnya, Dian telah di tipu setelah dia membayar sewa tiga bulan untuk pangsapuri pilihan nya. Rumah tersebut rupa nya telah di duduki oleh seorang lelaki Melayu bernama Harris (Beto). Oleh kerana tuan rumah sebenar, sedang bercuti, terpaksa lah mereka tinggal sebumbung untuk sementara. Dari hari pertama mereka serumah, bermula lah perang dingin antara Dian dan Harris. 

          Perasaan menjengkelkan antara Dian dan Harris ketika bertentang mata. Dalam masa yang sama, Dian terpaksa merahsiakan situasi sebenar dari pengetahuan Azad.  Azad pasti mengamuk bila tahu dia tinggal serumah dengan lelaki. Jadi, bagaimana kesudahannya perang antara Dian dan Azad?? Agak-agak berjaya kah Dian kembali ke Malaysia dengan lamaran Azad..? 



So macam mana...? teruja ke.? hehehe.. Jom serbu panggung.! Lawak memang lawak. Tapi tengok masa lisa menangis, sebak woo. The true enough. Istanbul Aku Datang is a good urban romantic movie. For those, who thinks Malay movie more sombre and conservative, i'm pretty sure this movie will shock u... Muehehe.~! The story is not cliche. So that's all peeps. U olls terjah wayang dan tengok sendiri keh.. (^^,) gudnite~!


OhMissWhatEver__said :   Have a long journey tomorrow... please pray for me. Hopefully, i will arrived safely. InsyaALLAH.~! (^^,)



Wednesday, November 14, 2012

~ Penang : Tempat Perlancongan ~

Assalammualaikum....

Olla..~! Salam Maalhijrah 1434 H buat semua muslimin dan muslimat seantero dunia. Alhamdulillah ramai kawan-kawan, sahabat handai sudah mula berhijrah ke arah kebaikan. (^^,) hijrah paling besar ialah hijrah ke atas diri sendiri. Suka dengan perubahan mereka... So readers, rasa nya belum terlambat lagi untuk mengucapkan Happy Holiday kepada adik-adik yang masih bersekolah. Waaah~! seronok ea kome bercuti. Jeles tau ahkak di sini. Hehehe. Apa pun, isi masa cuti dan masa terluang ini dengan perkara yang berfaedah hokeh... 

Sempena dengan musim cuti sekolah dan musim kenduri kawen... aku nak cerita sedikit sebanyak tentang Pulau Pinang, Pulau Mutiara.  Kot-kot yang "Just Married" masih terpinga-pinga nak kemana, boleh la datang sini berbulan madu. Nak bercuti dengan keluarga tersayam pun boleh la mai sini. Aku, bukan lah anak jati negeri ini. Tapi kena lah berlagak macam orang penang nooo. Huhuhu. Penang, merupakan Bandar Warisan Unesco.. senang cita tempat perlancongan yang top. Antara tempat-tempat menarik ialah....

Fort Cornwallis, Padang Kota Lama



Padang Kota Lama, selain tempat melepak,tempat berlakon dan juga ber-photoshoot, ia juga merupakan tempat makan di tepi laut yang sangat fofular. Antara makanan yang fofular ialah.. Pasembok, Char Kuew Teow.. Nasi Kandar. Senang cite datang Penang tak singgah Padang Kota Lama memang tak sah.

Semalam baru je makan Pasembok~!! Sedap wook. (^^,) Omnonom... 

Batu Feringhi (Feringhi Beach)


Penang ni memang di kelilingi air. Nama pun pulau kan. Tapi tempat paling cantik ialah Batu Feringhi. Antara kawasan yang mahal u olls. Tempat omputih lepak. Huhuhu... Ala-ala Hawaii gituw. (^__^)

Bukit Bendera (Penang Hill)


Dari atas Bukit Bendera, u olls boleh nampak pemandangan P.Pinang.  Nampak komtar, penang Brigde dan macam-macam. Memang cantik uolls. Tak dapat mendaki gunung Everest dapat naik Bukit Bendera pun cukup laa. Yedak..?? 


Okay u olls, yang atas ini keretapi lama yang di gunakan untuk naik Bukit Bendera. Lama keretapi  ini berkhidmat. Tapi sekarang ia telah di gantikan dengan keretapi yang baru. Yang lagi besau, selesa dan ber-aircond. Aku tak merasa lagi naik keretapi baru. Yang lama ni penah la naik. Peh, sesak barat. Tak bernafas haku. Terasa macam duduk dalam tin sardin noks~! Keretapi lama ni tak de aircond. Hanya ada kipas. Tapi, u olls dapat menghirup udara yang segar, sejuk dan nyaman sepanjang mendaki bukit ini. Fresh tahuk!. 


Okay.. ini lah keretapi baru yang menggantikan keretapi merah atas tu. Ayah aku cakap, keretapi cenggini  (sama tapi x serupa) cuma ada 3 tempat je kalau dia tak silap. Tempat nya ialah Malaysia, Swiss dan Hong Kong... We should proud rite..? (^^,)

Rumah P.Ramlee


Hah, ni la kawasan rumah kelahiran P.Ramlee. Reka bentuk nya masih dalam keadaan asal. Dalam rumah ni banyak barang yang di gunakan oleh beliau. Antara yang aku ingat. Cermin solek kegemaran nya. Beliau mengambil masa 30-45 minit untuk menghadap cermin sahaja. Hebak.. hebak.. Nak tau lagi..? Mai la datang penang! (\^__^/) muehehehe....


Actually, gambar banyak pinjam uncle Google. Camera lama udah rosak. Jadi gambar tak sempat transfer. Sedeyh. Tapi xpe, gambar pasembok dan rumah P.Ramlee tu real pixca okay. So guys..acana.? teruja tak. Hehehe. Just sharing uolls. Banyak lagi tempat-tempat menarik di Malaysia ni setaraf obesi. Sebagai contoh...? Bukit Tinggi. Rekabentuk dan senibina bangunan ala-ala di Perancis. Cantik! InsyaAllah ada masa boleh la ke sana. Den sedang berkira-kira nak ke sana... if tak de aral melintang mahupun menegak. (^^,) Okay readers.. that's all.~! Good night..


OhMissWhatEver__said :  Jauh perjalanan...Luas pemandangan~!! (^^,)  Pavlova in the making. Sempat lagi aku hupdate blog. Hewhewhew...




Monday, November 12, 2012

~ Orang Baling Taik, Kita Bagi Bunga ~

Assalammualaikum....

Hello peeps~! Do you mish me..? hewhewhew. Actually, last week i'm really.. really.. really busy with my work, assignment, lab report and whatsoever. Need to submit every single thing before midterm break~hoyeah! (^^,) Then, i have to print out all my note konon-konon cuti nak setadi. Bcoz naik cuti terus test 2. Yuhuu....it's ohsem bebeh~!! Cuti pun i need to detim dengan buku and note tau. Ini tidak adil. tidak adil bagi ku... uwaaa~!! 

Uh apa taik-taik ni. It's disgusting okeh... muehehe. Actually, "Orang baling taik.. Kita bagi bunga" salah satu ayat yang terselit dan di sebutkan oleh Dato' Fazilah Kamsah dalam ceramah nya. Siapa yang tak kenal beliau..? *oi korang duduk gua mana heh* Pakar motivasi yang sangat di kagumi ni. Wa cakap terus terang, wa memang big fan dia la. Jangan memain. Hehehe. Cara dia motivate orang memang sangat berkesan dan terkesan jauh di dasar hati. Kira apa yang di sampai kan memang menusuk qalbu~! Well, aku rasa majoriti pernah rasa keadaan apabila ditikam, tertikam, dikhianati, ditipu, dimalukan dan seangkatan dengannya oleh seorang yang di gelar kawan. Sabar ye semua...~! Aku berpegang dengan kata-kata ini...


Satu aib orang kita tutup.. InsyaAllah sepuluh aib kita ALLAH akan tutup di akhirat kelak....

Kita kena ingat, hidup di dunia ni hanya sementara. Tak kekal abadi pun. Jadi jaga lah hubungan sesama manusia. Setiap perkara yang kita buat, semua nya bakal di hitung nanti. Orang buat taik dekat kita just ignore. Jauhkan diri, buat hal sendiri. Jangan korang pulak sama-sama buat taik. Sebab, makin di layan makin menjadi. Jangan pilih untuk membalas dendam. Ia akan menjadikan hati anda busuk dan hitam. Bersabar dan banyakkan berdoa agar kita di beri kekuatan dan ketenangan jiwa. Doa merupakan senjata umat islam dan doa orang teraniaya insyaAllah di makbulkan. Kalau kita di pihak yang benar, kita relax saja. Be cool okay. Sebab.... 


Orang yang cepat melenting ni, boleh di kategorikan orang yang buat salah... kalau kita x bersalah, tak payah nak melenting sangat...

Life is a learning process. What goes around comes around. Bila kita berada dalam situasi yang di sebutkan, kita mesti la akan berasa marah. Dari sudut positif, alhamdulillah Allah telah membuka satu dari hijab kita. Dia da tunjuk kan rupa sebenar kawan korang. Jadi pandai-pandai la menilai. So people, i think u are matured enough to give forgiveness, but u are not dumb enough to trust them again. Am i rite..? Hati-hati dalam bercerita. Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain warna nya. Ini kerana hati aku kaler pink. Huhuhu.. 


Hijrah yang paling indah dan paling besar adalah..... Hijrah ke atas diri sendiri... (^^,)


Aku tidak semulia Khadijah, tidak juga setaqwa Fatimah dan tidak lah sehebat Sumayyah... Aku cuma seorang wanita akhir zaman yang bercita-cita untuk menjadi wanita Solehah, hidup bahagia di dunia dan akhirat. InsyaAllah. Trying to be best in the best. What's u need to motivate your self are... Positive thinking and just mind your own business. Create friends as much as u can. That's all peeps. Tenkiu~~ ^^



OhMissWhatEver__said :  Life is full of Challenge. Wise people choose to meet them... (^^,) Gudnite readers~! Sweet dream.



Friday, November 2, 2012

~Night Marathon Putrajaya~

Assalammualaikum...


Hello November! May this month more brighter then October. InsyaAllah. (^^,) Okay peeps! Actually event ni diadakan pada 20 October 2012. Walaupun da lapuk tapi rasa nya tak basi lagi. Hewhew. Baru berkesempatan nak cerita. =.= Nama pun night marathon putrajaya kan, jadi tempat nya opkos la di Putrajaya.  This is the second larger event that i and my buddy involve after Himpunan Sejuta Belia . So, rasa teruja u olls. International Event, harus la teruja. Sebab di sini kita akan bekerja dengan ramai orang. Dan ia merangkumi pelbagai lapisan masyarakat, peringkat umur dan disertai pelbagai kaum dari seluruh negara. Well, BSN selaku penaja rasmi. Tq BSN

Ada masalah..? Kami sedia membantu... *poyo nye!* =P

Owh, aku bukan runners. Tapi aku selaku volunteer yang di beri tanggungjawab dan amanah untuk menjaga, mengisi dan mengagihkan Goodie Bag kepada para pelari. Agihkan goodie bag kepada lebih 10 +++ orang. Thats amazing rite.? hehehe. Tapi bukan la aku sorang. Ramai lagi volunteers lain yang terdiri daripada pelajar UPM, UITM dan staff dari BSN sendiri. Selaku volunteer... Aku rasa masa terluang dapat di isi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah, dapat berinteraksi dengan orang ramai yang secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri, selain itu dapat menambah rakan dan kenalan. Sebelum melangkah ke alam kerja, aku cuba kumpulkan sebanyak pengalaman yang mungkin sebagai bekalan di masa hadapan. 

Well pengalaman so ia sangat berharga. Mungkin aku tak kan dapat rasa event and whatsoever bila da kerja nanti. Masa tu busy dengan bla..blaa..blaa. Sementara masih ada masa, masih tiada komitmen baik laa aku join aktiviti-aktiviti sihat ni. (^^,) Banyak juga pekdah nya yang aku dapat dan aku belajar. Selain itu ia menjadi side income kami sebagai student ini. ($__$) Nama pun volunteer, jadi tiada paksaan. Kau free.. Kau pergi. Tak free.. duduk diam-diam dan siapkan kerja. Senang bukan. 

Running Route Map

sumber : incik google

Keadaan sebenar... Pengagihan goodie bag bermula...

Bersama staff BSN. Miss Farahana Hor Abdullah. Sangat riuh dan peramah..! 

Boleh di katakan seharian suntuk kitorang dekat putrajaya. Penat..? penat la jugak. Tapi penat-penat kitorang, ucapan tahniah dan senyuman x pernah lekang dari bibir kami kepada para-para pe-lari. Hah, apa yang kitorang dapat sebagai volunteer..? Good question. Firstly, makanan disediakan, baju free, dapat allowance... dan paling bernilai dapat pengalaman la.!  Last week ada event juga. Under Nestle. Tapi harap maap. Chek di kampung masa tu. Masih berkepit bawah ketiak mak lagi, jadi x dapat nak join.. Hewhewhew..  InsyaAllah event yang berikut nya we olls akan join dan takkan lepas kan peluang yang ada. 

Last but not least... Kami yang terlibat~!

My roommate n my buddy.... (^^,)



OhMissWhatEver__said : Siapa yang berminat, boleh la join as a volunteer. (^^,) Well, dari dulu aku memang bercita-cita nak masuk Mercy. Sekarang Volunteer under U pun okay.