Saturday, April 30, 2011

~Prince William_Kate Middleton~

Macam mana agaknya feeling orang kebanyakan bila berkahwin dengan anak raja?? Kau memang superb kan. Hahaha.. Bukan calang-calang orang wei yang bertuah mendampingi anak-anak raja ni. Mai tengok gambar insan yang berjaya bertakhta dalam hati Prince William. Kate ni berasal dari keluarga bangsawan yang berasal dar i Afrika. Seorang rupawan yang berpendidikan tinggi, kira bijak la kan dan berfikiran terbuka.


Okay, Congratulation William_kate! Sama cantik dan sesuai sangat.. Automatically, kehidupan Kate akan berubah selepas ini. Sentiasa menjadi topik hangat untuk diperkatakan, sentiasa menjadi buruan media dan lensa kamera. Glamour kamu ye.! Almaklumlah, dia menjadi seorang isteri kepada putera yang bakal mewarisi  takhta dalam monarki pemerintahan di Britain. Dengan menggunakan gelaran Her Royal Highness The Princess of Wales, seperti mana yang pernah digunakan oleh mendiang puteri Diana. Istiadat perkahwinan di Gereja Westminster Abbey  menjadi tempat rasmi majlis perkahwinan mereka. Sebagaimana gereja berkenaan telah menjadi saksi perkahwinan Puteri Diana_Putera Charles dahulu.

  
Puteri berjiwa rakyat. Sehingga hari ini puteri Diana masih di ingati. Fakta menarik tentang Kate_William, William telah melamar Kate menggunakan cincin milik ibunya. Katanya, ingin mediang ibunya turut menyaksikan  hari bahagia dan detik bersejarah dalam hidup beliau. Ape pun, semoga berbahagia ye kalian. huhu...Majls gilang gemilang ini mendapat liputan meluas di seluruh dunia. Turut hadir memeriahkan lagi wedding diorang ini ialah Sultan Brunei dan Permaisuri nya. _the End_




OhMissWhatEver__said : Sila la layan ye. Saya di sini mampu tgk dekat Youtube saja...huhu..^_^

~oH_cHemistRy >_<~

Assalammualaikum...da petang rupanya. Pagi tadi rasanya baru lepas jawab kimia..lepas tu balik terus tumbang. Gile sumbak palo! haha. *ayat sapo la nih* serius pening. Sedar-sedar da kol 3. Nasib terjaga. Untung jugak kan bilik dekat dengan tangga. Dengar orang borak macam tertelan mic ibarat macam jam loceng kejut kan kita bangun. Macam tu la kesimpulannya. So macam mana exam td..?Sat la..nak cecita la ni. Macam mana heh? Macam yang dijangka kan. Sangat mantap! Hingga x terkata dan hampir ternganga. Total, cuma ade 3 question saja....3 question for 3 chapter. Lumayan? Memang pun! Soalan first solubility, boleh la. No komen. Soalan 2 Ksp n Qsp, yang ni insyaallah confrim betul. Soalan 3, ICE table. Yang ni buat kan aku pening.. 

Kenapa susah2 nak cari pH guna kaedah manual. Ish..ish...sekarang kan da moden. pH meter kan ade. Senang je kot pakai. Amek pH meter masuk kan dalam solution. Than tunggu sampai bacaan stable, pastu amek la reading. Tengok...arghhh.! Make me dizzy. Suka buat orang pening, jalan terhuyung hayang macam mabuks todi pastu mata berpinar2 keluar chemical equation. Semalam study dengan budak kimia, diorang pun surrender bila buat ICE table. Hello budak major KIMIA pun tercangak2, apetah lagi i yang basic kimia ni low class...>_< sedeynya x teror kimia.

Apelah nasib diriku di semesta ini? huhu.. Ape pun, i da cuba yang terbaik..da usaha..doa, at the end tawakal saja.  So, da selesai one of the killer paper. Next, Biology menanti hari selasa ini...well, let see. Macam mana soalan nya. If sama macam chemistry, alamatnya memang bertendang dalam blog juga la...For those yang tengah exam sekarang ni, gudluck ye. Lepas ni kita cuti 4 bulan.Huhuhu....refresh mental n fizikal sem baru n tahun baru. 

OhMissWhatEver__said : Okay, selesai suda bercerita...need some strength. Release tension, main game Virtual Villagers. Yok join yok.....

Wednesday, April 27, 2011

~Tetap_wangi okeh~

Hye...selamat malam...u all da dinner? jom dinner sama mau x...huhu. Hari ni kita sentuh tentang perfume...saya tau, saya yakin dan saya pasti ramai orang dekat luar sana tu ade favourite perfume kan. So do i..^_^. So, bagi sesiapa yang ada bad odor jangan la segan. Boleh usaha untuk hilangkannya. Jangan putus asa tau. Ni penting untuk keyakinan diri kita. Bila kita berdepan dengan orang kita akan sentiasa confident. Nak2 bila nak interview kerja, first impression interviewer pada kita kena jaga tu. Kena amek berat jangan pandang remeh okay. Saya faham, metabolisma setiap orang berbeza. Ada yang cepat berpeluh..ada yang tidak mudah berpeluh. Jadi kita tau diri kita macam mana kan. Jaga la diri kita, sayang diri kita...sape lagi nak sayang kan kalau bukan diri sendiri. Saya tau, semua orang sibuk..sibuk kerja, sibuk belajar. Saya pun sama...tp walaupun busy, mak tetap wangi okay! 

Kadang-kadang saya x faham, ade sesetengah mereka yang x berapa nk endah kan sangat tentang isu ini. Hello, i x kesah okay diri u. Lantak u la kan. Tapi pk orang sekeliling laa... For example, time i naik train..pernah dulu balik dr midValey, da la kau (guy)  masuk ladies coach than dengan bau berkepam nya...adoii. Pening tau orang dalam tu. Dengan keadaan macam sardin cap ayam jangan cita la. Sesak bangat deh! So xde ruang udara xde oxygen... Boleh mabuks.

Tiru macam saya.. kita standby la mini perfume dalam bag. Macam onedrop perfume tuu...Alah, bukan onedrop pun xpe. Asalkan perfume..Kadang-kadang kita ni kan pelupa. Biasa la tu, lupa tu nikmat tau Kata timbalan dekan saya. Kalau lupa, bila teringat 'eh lupa la pakai perfume' jadi time kecemasan ni la guna nya mini perfume tu. See...see...

Sekarang ni macam2 boleh buat untuk hilang kan bad odor tu. Ade sabun anti-bacteria.. Ada bedak....tp jangan silap pilih perfume ok. X semua perfume serasi dgn kita. Mungkin perfume tu wangi di badan awak, Tapi x kene dengan diri saya. Mungkin juga serasi dengan saya, tapi x serasi dengan awak, Watch out that! Bagi yang aktif, pilih la perfume yang tahan lama...yang dok ofis je no need to worried la. U all dok dalam air-cond saja so x berpeluh. Pakai bau yang lembut2 pun sudah memadai. Kalau pakai bau yang kuat sangat, sakit pulak hidung orang lain. Sapa nak bertanggungjawab tu? Erm...okay, saya da xde ide...huhu. Rasenye cukup smpai sni..kamu ada nak cakap? Sila pos kan surat layang di bawah ok. *membebel tp ada input kan*



Abaikan saja, i tidak berapa penting. Gambar hanya sebagai hiasan a.k.a contoh

OhMissWhatEver__said : I'm so sorry if isu ini sentuh sensitiviti atau hak asasi manusia. But deep in my heart, i didn't mean anything.. just want to share from my experience. Bubye dude.!

~Ex_BF...TaHniaH!!~

Assalammualaikum...first of all, i would like to wish...CoNgratulation Ashraf Muslim n his partner Noor Dayana Lokman. Sempena engagement mereka. Tahniah! tahniah! Kami semua doakan kebahagiaan u all. Ni picture mereka....Tajuk entry sangat perasan kan...Ashraf, i let u go! hahaha....^_^


Khabarnya tarikh pernikahan mereka akan berlangsung pada 30 ogos 2011 sempena Hari Raya Puasa di Mekah. Anyway, mak sentap tau....haha, i minat gile u! Lagi2 time tengok cerita Aku Masih Dara. Wah, sangat berketrampilan. Saya percaya, lelaki yang baik di cipta kan untuk wanita yang baik. So, both of u semoga kekal hingga ke akhir hayat.. sama cantik dan sama padan rite??.


Terpancar wajah kebahagiaan mereka....^_^

OhMissWhatEver__said : Dayana, u memang anggun. Nampak ayu saja n lemah lembut...opps, bakal doktor kan..mestila lemah lembut! hehehe....Congrate once again. For the news n picture, credit to Mstar. TenKiu ^_^

Tuesday, April 26, 2011

~STARBUCKS --> HaRam!!~

Assalammualaikum....heLLo readers! Terkejut x dengan tajuk entry saya?? Saya x pasti kebenarannya sejauh mana. Tapi ini maklumat yang dapat dari my friend dalam facebook....


"STARBUCKS telah disahkan haram oleh JAKIM. Berikut adalah penjelasannya, Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefides which is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM. Please pass this message to our muslim friends. Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more info"




How come.....? DAMN!!! Rase boleh muntah darah bila baca statement ni.. Saya akui, merupakan peminat setia starbucks. Vanilla latte memang sangat2 nice..tp..tp..bila jadi macam ni arghhh..! I'm speechless. Istighfar banyak2....Marila kita sama2 boikot Starbucks n yang seangkatan dengan nya...Old Town White Coffee. Anyway, Thanks for information YAN...

OhMissWhatEver__said : Menganggu concentration study.! Malam ni saya ada paper ESC 3001  Kaedah dan Teknik Pengukuran Alam Sekitar pukul 8.30 untill 10.30 malam di Kompleks Akademik A. Pray for me...n wish me luck dear...Hug n Kisses from me..Mmmmuuaahh!! Tenkiu.

Sunday, April 24, 2011

~KawasaN LaranGan~

Assalammualaikum....Gud Morning! Tajuk entry hari ini kawasan larangan..dekat mane tuu? Kawasan larangan yang di maksdukan saya mestila Asrama Perempuan. Ni kawasan larangan bagi lelaki kan? betul x?? Okay, Semalam akhirnya jadi juga dekat aku. Memang wakena beb! selama ni kalau ada lelaki masuk aku xde dekat bilik. Biasanya kelas la kan... kdg2 ade dlm bilik tp da tau laki masuk xde la aku dok gatal nak kua bilik selagi x terdesak....

Sape expect lelaki masuk pkul 10 lbh n MALAM okay kejadian ini....Time tu saya ni baru je balik dari toilet, baru lepas basuh cawan, cuci muka semua la siap2 nak tido da ni. So, Ontheway nak ke bilik tiba2 ade orang sedang naik tangga, 2 lelaki n seorang wanita. Dia ialah ayahanda n bonda...sorang lagi x dapat dikenal pasti senang cita x kenal. Walawei, malu kot!! Floor bawah tolong la bagi signal if ade lelaki masuk...Memang x se seksi mana pun. Tp seksi la juga dengan towel n t-shirt lengan pendek. Cepat2 aku sembunyi belakang tembok even tembok dgn tangga tu sejengkal saja.Nasib la slim kan, boleh jugak menyorok. Bonda nasib baik paham...sempat dia ckp sorry...and what should i said?? no words! diam jela macam ayam berak kapur.

Kenapa x masuk siang2 hari....erm..nak masuk malam pun boleh. Tapi bagi la signal, inform la macam biasa..."lelaki masuk" xla aku keluar...Mybe budak-budak floor bawah pun x perasan kan ade lelaki masuk. Tu yang senyap je masing2....Hope benda ni x berulang lagi...warga-warga blok, sila la amek berat..amek perhatian. Buat nya yang lalu tu cuma pakai baju spageti n short pants kan lagi haru jadinya... Tapi yang pakai singlet n short pants keluar bilik tu memang cari pasal la kan..Nak keluar bilik tutup2 la skit kan. Dlam blik nak seksi macam mana bagai pun xde orang kesah. Tu pun kalau dapat roomate yang sama pesen la. Cuba kalau dapat roomate yang bertudung litup, berjubah sentiasa n berpudah lagi...kan segan! Aduhai....

OhMissWhatEver__said : Yes! dekat blok da ade mesin basuh baru....huahuahau....Da nak abes sem baru dapat kan...xpela, rezeki untuk budak baru sem depan...

Saturday, April 23, 2011

~KaLau Berpacaran~

Just Enjoy babe.....in loVe with this song...sangat mendaLam. ^_^




OhMissWhatEver__said : stay cute Ana Raffali...

~Jom...painting~

Assalammualaikum...hey! Sebenarnya x banyak nak ckp. Cume teringat saja..ade somenthing yang lupa nk upload. I da janji dgn cik Melawani nak update. Lupe sik! hehehe....So, memang seronok sangat bila dapat painting.....release segala bapak tension, dewa2 tension...picture ni da lama.. yang penting kitorang painting dgn Ainul n Taha...*err..lupa la snap pic diorang* hehehe...


Dia ni mengimpikan rumah batu ada cendawan yang sama besar dgn rumah...lepas tu ade bukit seketul. Kiranya adventure gitu...untuk dapatkan makanan kita perlukan cabaran...walawei! hahaha..


Mengimpikan kawasan di taman bunga..Mela kata aku jiwang! how dare u...haha..Wei wa x jiwang key. Cuma naluri kewanitaan saja yang menebal. Kalau kau x jiwang, bunga Ros time konvo kau pun merah juga okay...ni bunga kau la yang aku lukis nih..^_^


Okay, ni lukisan Ainuk Bariyyah n Muhammad Taha...see...macam2 ade. Bukit warna warni pun die kidnap...bunga ros i yang seketul pun die di ciplak oleh mereka...So, kalau tension2 tu mai la kita painting same2...best wooo...Kreatif or tidak itu belakang cerita..huhu. Kalau saya seorang yang kreatif da lama saya amik seni bina, senik reka...seni kecantikan...haha..

OhMissWhatEver__said : Sape ada berus, water colour n drawaing paper...i need it now! yuhuuuu.....

Thursday, April 21, 2011

~Aku dan Kaca Mata~

Assalammualaikum dan selamat tgh malam readers! huhuhu..okay, actually i da nak tidur. Tp b4 tidur on9 kejap. And i'm interested nk join contest aku dan kaca mata. Wow, this is my first time join contest..terkejut x?? haha..jarang k makcik ni nak join contest. By the way saya telah di tag oleh Jue. Thanks ye cutie..Serba sedikit tentang contest ni. Ia di anjurkan oleh FaRa VaVaVoom...


Ni la dia Cik Fara kita....^_^. Agak2 boleh lawan spek cik fara ni x?? hahaha...


Okay...Credit to khairol nadiah. Ini di antara gambar yang menjadi sebahagian dr memori saya. Seronok sgt cz travel with my friend.. Location...Langkawi Cable car. So, kenapa i suka spec ni?? SEBAB... ia merupakan spec pertama yang i beli.. Kita akan lebih menghargai barang yang kita beli dengan hasil usaha sendiri right? Made in Vincci. Okay brand biasa saja, kelebihan nya tahan lama, tahan lasak dan sangat selesa..Thats all. ^_^. Sehingga sekarang, i still guna lagi spec ni even da ada spec2 lain...

OhMissWhatEver__said : Okay setel sudaa...sekarang perlu tag orang pula ye...gudluck ye semua...hehe.

Tag mereka yang goJes :
* Effa *

Mai la kita join ramai-ramai.....just for fun...^_^
Click sini....Contest ---> "aku dan kaca mata"

Sunday, April 17, 2011

~Malam sejamBak Budi~

Salam...gudmorning Malaysia... Arini saya nk follow aja balik rumah nya di gombak. Boring la duk sorang2..*konon la kan..* Okay, semalam berjalan macam biasa. Dengan jayanya malam sejambak budi dijalankan. So, selamat bergraduate ye senior2 sekalian. Saya pun da grad jugak..hihi tapi untuk diploma. So,, mari kite lihat. Tema malam semalam adalah..Glamour n Elegant. Tapi saya x la melaram sakan. Kita pakai ape yang ade je la kan. Huhhu, sebab bukan kitorang yang diraikan..so kita bg diorang pakai vogue2 k. Queen n King akan dipilih dikalangan third year shj.. yg lain tu nak glamour tunggu la bile sampai third year tau..tau!


Simple shj...Batik almost suitable 4 event rasmi..betul x??


Okay, aja my!....^_^ kalau i pakai jubah, da same la kita...


Kami x gemok kan?...kan?


da bosan nih.....Patut die ni dok dekat table 30. jauh jugaj dgn table saya. tapi disebabkan ade sorang boy ni x dpt dtg, so i panggil la die dok dengan kitorang. kesian musyuk2 ni kan...kalau se table dgn i, boleh la kite bantai gelak same2 kan Mon!


kami gadis2 dan bunga...suda bosan time nih walaupun kami da kenyang...nak balik! tgk muka tuh..mcam ape?

with cepah stand for.... *sharifah nurul izzati*


Senget...haha. So, komen tentang makanan..erm..noT bad! sedap jugak la...kenyang x?? erm..okay la. Tank i kan comel.


Kami da nak balik....^_^ yeah!


Saya merangkap bidan terjun, menjalan kan tugas untuk make up kan beberapa orang 2nd year...hahaha. Touch up blusher je....ow, gambar ni b4 makan lagi k...muka lapar reti?

OhMissWhatEver__ said : Okay, thats all.. saya nak bersiap2 ni...mau ikut? bubye...^_^

Saturday, April 16, 2011

~Padan Muka aku~

Assalammualaikum...Hye! Today, i got nothing to do.. so ape kata kite merepek. Owh, malam ni ade dinner dekat NouveLLe Hotel... yUmmy! Tibe2 teringat cite tentang die.. eh! bukan..tentang saya laa.. Benda ni jadi dalam bulan 2 macm tu la. Time tu kitorang nak test pertama BIo ..saya ni memang lemah sikit pasal Bio-Bio ni. Huahuahua.sebab saintifik bebeno! *reason untuk yang malas membaca* Okay i proceed, nak dijadikan cerita kitorang test malam. Almaklum la, saya ni x boleh study last minute. Short-term memory lost kot.

Erm, tu la kan.. da la baca last minute. Than baca note pun x masuk la. Minggu tu semua nak test. Mane x pening kepala den nih. Malam exam pun tibe. Exam pukul 8 pm ni, sempat lagi bergurau..amek gambar... Pastu masuk class. Da dapat kertas..amek kau! ternganga aku di buek nya. Essay kot!! Argghh..ape aku nak bantai, ape yang aku nak tibai..ape yang nak digoreng ni wei...mak toloonggg! Lama gak aku termenung..aku tengok aja, aja tengok aku sambil angkat2 bahu..Memang de boom kan. Dr. kata soalan struktur..aku ingt kan isi tempat kosng n what so ever la kan...huhuhu. Memang kosong otak aku masa tu. Semuanya ade 7 soalan. Tujuh2 tu aku main bantai je, salah satu soalan ni mintak lukis gambar rajah ecosystem atau carbon cycle.. x ingt la. Yang pnting die suwo kitorang wat gambar rajah. Ni entah ape2 la aku bg..bia pening Dr yang check tu. Sape swo gatal minx gambar rajah...

Alhamdulillah...minggu test, di harungi dgn jayanya. So secara keselurahannya test ari tu subjek lain smuanya okay above eighty smthing. except Bio...Okay, untuk test 1 Bio saya hanya dapat 53%sahaja. gred C tau x! Paling rendah antara subjek lain..sedey x? x sangat la..sebab baru test satu kan....tp risau tu adalah...U know what? sebab i x expect soalan die macam tu...critical thingking punya question... 4 the second test, alhamdulillah i dapat 70 % untuk Bio.Okay ape dapat gred B+ nilai mata gred 3.500 .huhu, hebat ke? x la..biasa je.. saya percaya pada usaha, doa dan tawakal..insyaallah kita mampu capai apa yang kita nak..

Malam exam.....

OhMissWhatEver__said : Kesimpulannya...jangan study last minit..huhuhu. Ni peringatan untuk diri sendiri. So, makeup your mind...! peace..luv u all..^_^

Thursday, April 14, 2011

~Where my strengh??~

Assalammualaikum....Serious talk, minggu ini saya rasa terlalu lemah....lemah sangat-sangat. I need some strengh. i'm not strong enough..kenapa lately ni aku tiba-tiba menjadi penderma air mata yang setia..kenapa? ya Allah berikan lah hamba mu ini kekuatan, kesabaran yang tinggi. Sabar aina..lagi 3 minggu je. 3 minggu tu lama wei..!! da berbulan saya x balik ni tau x. Homesick tahap gaban ni. Miss mama mia soo much..kenapa touching ni malam ni. X tau la, tengok pic mama mia...tiba-tiba.......!_!.. errrmmmm....no words, pk la sendiri.

Macam mana nak study ni. Final da dekat gile..satu subjek pun x start lagi...!_!. Ape la yg merasuk fikiran aku ni. Tolong benda-benda yang x patut nyah kau dari fikiran ku sekarang. Jangan ganggu tumpuan beta untuk 3 minggu ni. please...please...ni lagi satu, time macam ni la rasa x sihat la, nak demam la..nasib baik la ubat sentiasa standby di sisi..hurmm, ubat dgn aku memang da sebati. lagi satu minyak..minyak dgn aku pun da macam kawan baik. Perut kembung cari minyak, selsema cari minyak...

Esok...pagi ada oral presentation. Petang ada Lab.. still ade lab lagi. Da time critical ni semuanya terabur. Ni lagi satu hal. "Die" ni cari pasal pulak skrg ni. Arghh..ikut aku malas nak layan. tunggu pas exam baru pk la kan..karang kalau result aku lingkup sape yang nak jawab?? aku jugak yang kene jawab.."die" tau ape?? ~lantak kamu la~

OhMissWhatEver__said : Sape ade tips untuk hilangkan tekanan?? boleh kita kongsi x?? Sharing is caring rite? Saya sgt perlukannya...tolong bagi sy sedikit kekuatan dan semangat untuk saya abiskan saki baki untuk sem ini....Thank You...

Tuesday, April 12, 2011

~FestiVaL KasuT 2011~

Assalammualaikum...hye! lama kan x besua kat blog...^_^. Lately ni busy yang amat..we all da nak final. Tinggal lagi 2 minggu je di bumi upm. Minggu dpan, da start study weak. Minggu ni i rase macam x cukup kaki dan tangan. Semua report, assignment, presentation semua kena buat minggu ni..yang paling buat kitorang skit jiwa, Oral Presentation..okay, fine da nak last2 baru nk cari class nak ganti n ape2 jela..pastu nak tension2 pulak. Tau x kitorang lagi tension bile kerja bawah tekanan....arggghhhh..nasib baik benda alah ni carry markah..kalau x wa buat dUnnO je..k la, tutup mimpi ngeri ni.

Minggu lepas ade festival kasut antarabangsa di PWTC....sape yg pergi?? agak2 kita ade terserempak x?? hehehe..Best sangat. Rambang mata seyh. Tp kene la beringat kan..i ni student aje. X berkemampuan nak beli banyak2 atau mahal2 huhuhu..kalau dlm purse duit berkepok2 x pela jugak..^_^. 



Superb la kan....huhu, ow yang di atas ni rekaan semata2 untuk competition..jangan teruja sgt ye! Memang nice laa..harga pun lagi la nice..

Banyak sangat kasut2 yang menarik. Tak kesah la kan samada untuk dijual atau hanya sekadar pameran.. mai la kite tengok k..

Rekaan Zang Toi....



 
Kasut merah kat tengah2 ni same kumpulan dengan kasut yang ade mata ni...Rm 3000 ye makcik-makcik sekalian..n dia x jual pun.. sape yang kepingin sila la order..huhu. Mak x rela nooo..terseksa diri.



Okay yang ni semua adalah hasil seni tangan...tengok la..halus kan? yang di atas ni dr batik tau..harga nya mak oii..Beratusan jugak ye..^_^

I suka design yang tengah tu..comel giler! jap ea, upload lagi..


Funky wei...!

Ini adalah mereka2 yang menggila sewaktu berada di festival ini....antaranya...

Haja n Buda...
Me...a.k.a my Self...^_^


NyonYa Shoe yang dibuat menggunakan coklat..memang harum semerbak bau die...rase nak makan aje..n da dicatat dalam Malaysian Books of Record...x ingat la bape kg coklat yang digunakan...*_*

Antara yang mencuit hati keperempuanan i....



Hanya pameran aje...kasut-kasut cilik ini..


Saje je...*owh gedix betul kan...*


Footwear competition...

Okay kami da nak blik, sticker di lengan adalah bukti ye......dan hasil tangkapan kami....

Okay babai!!...Next year jumpa lagi ye festival kasut....festival buku...festival makanan...^_^

OhMissWhatEver__said : My dad ckap, ingat berkenan dgn kasut Jimmy Choo...wahahaha...aiyok ayah!! mahal wook kasut nye..tunggu la chek ni jadi jutawan ka..baru la sepadan pakai kasut Jimmy Choo..._bye semua._LuV u._muuaahhh!!

Thursday, April 7, 2011

~YumMy~


ThanK yOu, pizza Hut crew Jusco BalaKong....we luv it *melebih lak aku nih =P*


Besday GuRL...aJa mY.. *nak cite jugak walaupun da lepas*


Huahuahuahua...padan muka! time ni kami buat rules..kitorang semua kene suap si aja ni..^_^ nasib die leh telan.kalau x kecik ati mak noo..!

Assalammualaikum...selamat malam semua..time ni kitorang sambut besday aja..n time ni ibu dia tengah sakit. Sekarang alhamdulillah ibu da sihat ckit...^_^ so, kitorang ni yang berapa kerat ni hanging out sesama... kek di atas tu dari i n cik melawani..made from Secret Recipe...Seyes sedap, try la! nama dia Butterscotch.

Picture kat atas tu, crew pizza hut yang bagi..




Siap nyanyi lagi tau..cmne diorang tau?? Starting nye kitorang minter lighter nak nyalakan lilin..alih-alih x sampai 10 minit diorang dtg ramai-ramai sambil menyayi. Ingat ade orang lain celebrate besday sekali. Rupanya diorang dtg tempat kami. Time ni kenyang tersangat-sangat! Da makan macam-macam. N thanks once again aJa my coz belanja kami semua..next time belanja lagi tau...^_^ hahahha...


Okay, Ahmad Farid n kami semua da pening..macam mana nak abeskan benda ni..ape pun rezeki usah di tolak ye...kami pun dengan rase senang hati, cube push untuk makan, yelah nak jaga hati crew yang terlibat.. orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kite merasa. betol x kawan-kawan? ceewaahh..

The End.......


Berangan sik! Kalau la aku muat....*_*


Sorang lagi mak Enon berangan...huhuhu