Monday, May 30, 2011

~Zaman DoLu-doLu~

Assalammualaikum....

Hye. Hari ni aku godek-godek external..tiba-tiba rasa nak tengok gambar pulak. Rindu wook, bila tengok  semua gambar-gambar ni. Sepanjang 3 tahun banyak juga ea kenangan yang tercipta secara tidak sengaja. Thumbs up la...korang memang sempoooiii. huhuhu..okay, diantara sebahagian besar gambar yang dalam simpanan i.

Bob, Farid dan Shawal...

Haja, aku dan Din..

I'm the camphion..yes! hahaha. X percaya? serius okay. No cheat. Lupa ke, sibling i kan lelaki semua. Ni pengaruh adik-adik la sampai power main game. Haha. Banyak kali da aku main racing car ni. Semua aku menang, Tapi dengan myfir je aku kalah. X boleh jadi ni. Ade lagi pro dari aku rupanya! Haish, siap u.. Kita return balik bila i balik johor bulan 6 nih. *wink*

Try n Error....Sifu Din..

Okay, budak baru belajar. Haha..Thanks Aizudin Arif..dont get wrong la weh. Snooker di tempat terbuka...dalam ni semua ade. Bowling ada, karoake ade..Game ade..so sangat ramai people. Okies. Hajat dihati nak main bowling..tapi lane penuh sebab ade tournament. So, dari bowling bertukar jadi snooker..Bantai aje la labu..

Go aJa my....bersama guru nya. Bob. 

Kami budak baru belajar...kalau salah tolong tunjukkan yaw!!.....

EX-classmate..di muzium N9..


Dekat muzium ni, u all akan tahu salasilah dan sejarah serta keturunan yang ada di negeri sembilan. Unik okay. Sebab, negeri ini mengamalkan Adat Perpatih. ^_^. Berbeza dengan negeri lain.. Misalnya Johor mengamalkan Adat Temenggung..Pahang pula adat Bendahara. Bagus juga melawat muzium ni. Menyemarakkan lagi semangat patriotik tau. Cuba bayangkan, kalau kita x kenal negara n negeri kita sendiri, kan malu kalau warga asing tanya. Semua x tahu. Ape yang u tahu? layak kene buang negara nih..huhu. Hantar pergi Seychelles.

Moment.....

Ni lagi satu tempat menarik...Sepang Gold Coast..nice view..layak sangat sapa yang nak buat photoshoot bagai dekat sini..x nyesal woah!.


Gold Coast..

Model gue...haha..

SunSet.....neutral...real pic.

Ecah! suka dekat sini..sebab pokok yang rimbun.

Full with patient....

That's all..aiyoo, sapa candid ini pic? da macam statue of liberty la. 

OhMissWhatEver __said : Wokay dear...end my story. X banyak cerita. Cuma kongsi gambar-gambar dalam simpanan..^_^ Nyte all...


Sunday, May 29, 2011

~Fresh Milk Vs Yogurt~

Assalammualaikum...

Hye..! Awak semua sihat..? kalau sihat, alhamdulillah..bagi yang x sihat awak pergi la jumpa doktor n don't forget ur medecine ^_^. Tau. Kalau demam ke ape ke, jangan pandang sebelah mata aje. Takut-takut demam denggi pulak. Saya serius ni. Alrite dear, since aku balik cuti dan sampai la ni..rumah aku sentiasa di penuhi oleh stock-stock susu yang x pernah habis. Terfikir juga sejak bila rumah ni bertukar jadi kilang susu...Ish, ish,ish. X pun, sejak bila keluarga aku ni ada kandang lembu. Hah, tu la dia. Setahu aku, dulu x macam ni. Mungkin aku da lama x balik kan. Tu yang x perasan kewujudannya. Invisible. Oi, okay aku tipu.!

Ada dua flavor dan ade dua brand. Iaitu Coklat(MariGold) untuk zikri, Strawberi(DutchLady) untuk saufi.  Jadi sapa yang nak minum boleh pilih. Antara makhluk perabih susu ialah Aku, Haziq dan Syafiq. Okay, jangan pelik. Lupa nak mention, sibling aku semuanya lelaki. Tapi, aku pengguna tertiar aje. Pengguna primer n sekunder jatuh pada 2 makhluk tersebut okay. *hehe, Sorry!* Aku lebih suka Yougurt Bliss. Xpun pure yougurt buah-buahan. Sedap woo. Tapi x semua orang boleh telan yougurt ni kan. Ada certain people bila tengok yougurt atau baru rasa sikit da nak vomit. Xpe, i faham tu..kita rambut sama hitam tapi selera lain-lain. Huhuhu.



Lebih kurang macam ni la kalau beli susu. Hengat reti beli sekotak-sekotak ke diorang ni. Sekali beli macam se-bundle aku tengok.. Lepas tu kurang seminggu nak jumpa kotak pun susah. Maknanya da abes lorh!.



Yang ni pun sama, it's not fair kan kalau coklat beli 3 strawberry beli satu. So nak kasi adil dan saksama kita beli 3 Coklat dan 3 Strawberry. Disebabkan masa ni, pirana-pirana sekalian sedang bercuti santai dirumah. Jadi my Mum pun menambah nya lagi sekotak. Lepas ni adik-adik aku semua jadi Mr.Muscle. Woah! terbaik.


Okay, ni pilihan aku. Sempurnakan hari mu dengan Bliss! baik untuk sistem penghadaman dan pencernaan anda. Nyum~! Semua flavor sedap.. Paling suka tropica *buah-buahan campuran*. Minuman ni berkhasiat kan. Kaya dengan vitamin C. ^_^. Bukan setakat C je...Vitamin A n E pun ade.



Okay, yang ni lagi suka...sebab ade buah-buahan. Rasa fresh gitu....Sebenarnya dua-dua pun okeh. Susu bagus, yogurt pun bagus. Ikut la citarasa u all. Sebab yougurt pun ada susu..Kamu prefer yang mana?? Makcik cakap terus terang, i'm not a big fan of Milk Choc. Muak sik. Tapi kalau coklat betul, xpe. *facepalm*. Okay dear, sampai sini aje. Malam ni kita bercerita mengenai minuman berkhasiat. Siapa-siapa yang suka amek minuman ringan, sila kurang kan nya jika anda tidak mahu kaki and di potong pada masa hadapan. Faham x, minuman ringan tu terlalu tinggi kandungan gula dan bahan pewarna yang digunakan. Less sugar..itu yang terbaik. Kawal permakanan anda. Amalkan pemakanan seimbang---> pesanan penaja.

OhMissWhatEver__said : Jom amalkan gaya hidup yang sihat....makan makanan seimbang mengikut piramid makanan. Bye,Gudnyte.Muah..!

Friday, May 27, 2011

~Long Distance~

Assalammualaikum...salam sayang.

Tadi petang aku keluar. Hajat di hati yang menggebu nih nak cari novel Kasih yang Suci. Cari punya cari xde..Penat aku bangun duduk bangun duduk tgk rak tu dari atas sampai bawah, dari kiri ke kanan...semua xde..Oi, aku penat! mana kau menyorok hah. Da bosan cari, aku tanya la sorang akak yang kerja dekat Popular tu..rupanya, stok x sampai lagi la wei..Ades. Akak tu kata ramai jugak yang tanya n tunggu novel tu. Wah, meletop u!. Hampa. Okay readers, kepada u all yang tengah menuggu or mencari novel tu..ia akan sampai dalam masa seminggu..tunggguuu..!^_^

Okay, aku ontheway memujuk Big Boss a.k.a my ayah untuk beli secara Online dekat Mall Karangkraf. Rasenya, in consideration tu. Huhuhu. Aku da malas nak keluar. Drive sesak-sesak ni. Oh, tokseh la ea. Benefit beli online ni start 16-31 mei 2011 karangkraf bagi u olls diskaun 30%. Ta percaya? Klik aje dekat Mall Karangkraf. I da bagi direct link tu. Sila tengok..jangan malu jangan segan okeh.

X lupa juga, di kesempatan ini aku nak ucapkan tahniah kepada Cik Masyitah a.k.a ieta a.k.a Mecy atau Mas pun boleh la. Dia bersama beloved boipren *Zio* tu dapat futher study.. Malangnya kasih diorang terpisah oleh jarak..relax2. Wa pun sentiasa jarak jauh juga. Haha. Okeh saja! Cool yeah bebeh. Seorang stay Uitm Segamat. Yang sorang lagi di Uitm Jengka. Congrate once again. 2 tahun je kan. Bukan lame pun. Okay lagi sayang, kau tu satu negeri. Bila cuti boleh jugak datings2...Xmo sedey2 da. Satu je aku nak cakap, masa ni la korang boleh tgk kuat or rapuh relationship korang. If dalam tempoh 2 tahun ni korang boleh lalui walaupun beribu kali gado, berjota kali perang..insyaallah memang jodoh la tu. 

Siuzly, hubungan jarak jauh memang sangat..sangat..sangat..sangat banyak dugaan. Ni kira cabaran la. Kau kene strong mental  terutamanya. Sebab, bila kau ade masalah, gado n whatever la kan. Effect kau punya study... Aku nasihat kan kau and awak2 semua, jangan campur adukan urusan peribadi dengan pelajaran atau kerja. Ini petua tau. Insyaallah, awak akan berjaya. Memamg susah n x semudah itu, tapi u all kene cuba. I dengar dalam radio, x ingat la channel mana. Tajuk dia, wanita bekerjaya kahwen lambat. Tertarik dengan satu jawapan gurl ni..dia kata "kerjaya x pernah ucapkan selamat tinggal kepada saya, tetapi lelaki boleh ucapkan selamat tinggal pada saya...anytime"..bila fikirkan balik.ianya memang betul. So ladies...sediakan payung sebelum hujan. ^_^

Ade jugak kan happy ending yang pernah kita dengar tentang hubungan jarak jauh..Kesimpulan saya mudah je..Semuanya bergantung pada hati. Jawapan nya ada pada diri kita sendiri. Kalau A yang dipilih, maka A lah jawapannya. Tepuk dada tanya la Hati. Jarak bukan penghalang dan bukan isu atau alasannya. Sebalik nya hati yang bertanggungjawab... *wah..!macam terlebih membebel pulak*

OhMissWhatEver__said : Senyum...x perlu kata apa-ape..Writing with smile. Ape makna nya??



~Wedding Present~

Assalammualaikum....



Gud afternoon n salam hari jumaat... kepada yang lelaki selamat menunaikan solat Jumaat ye. Berbalik pada entry hari ni, hadiah ape ye yang sesuai untuk majlis perkahwinan.?? Den nak keluar arini, soo alang2 da keluar ni kan bia la cari sekali. Xdela keluar 2 3 kali kan. Nak menempuh kesesakan yang amat, malas koott. huhuhu. Baik duduk rumah saje. Tapi disebabkan kebosanan yang semakin hari semakin menggila nih, rasenya patut keluar dari kepompong sudaa.. 

Sebenarnya wedding ni lama lagi. End of June..gile semangat kan haku ni. Bukan ape, aku malas la nak kelam kabut nanti. Lagipun cuti sekolah minggu kedua aku nak balik Johor lagi, takut masa tu pulak yang xde. Ouh, lupa...kepada mereka-mereka atau awak-awak yang masih berada di bangku sekolah tu, selamat bercuti ye! wah suka heh da cuti sekolah.....^_^. Xpe2..akak dulu pun sekolah juga. Memang ni la saat-saat yang dinantikan. Tapi bila da lama nO duduk rumah, da jatuh bosan pulak macam akak sekarang ni...hehe.

Any idea?? biasanya orang baru kahwin ni banyak barang keperluan rumah yang x cukup lagi kan..Macam pinggan mangkuk, iron, kipas, set album...n ape2 la. Muahahaha....Ikut pengalaman aku, my big family..kalau ada wedding, parents aku akan bagi....set corning wear. Tak kan haku nak beli benda alah tu pulak? woi, aku pergi naik bus dol dari Penang ke BP. X buley2..huhu. Takpela, nanti i survey dulu ye.. x kesah la ape pun yang i bagi yang penting ianya ikhlas dari hati..tu lagi penting kan3...^_^


OhMissWhatEver__said : Congratulation Kak Liza....! Selamat mendirikan rumah tangga..semoga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat...

~Followers ke-500~

Assalammualaikum...

Hello readers! First of all, nak ucapkan terima kasih kepada follower blog saya iaitu adik Fatin Fatihah yang cute miut ni. Tq coz sudi jenguk n follow blog akak ni ^_^. Okay, akhirnya blog saya berjaya mencecah 500 orang. Asalnya niat untuk berbloging hanya sekadar suka-suka & berkongsi cerita sahaja. Ape pun alhamdulillah, coz ade jugak yang sudi berkongsi cerita, memberi nasihat dan juga semangat. ^_^

Dear Fatin *sila la klik*....

Ni dia adik Fatin..Okay, sis xde apa2 nak bagi. But, sis tolong promote blog adik ea...okay x?? ^_^ kepada yang baca entry ini,sila la tekan link  *dimana-mana yang u all suka*  dan follow adik fatin beramai-ramai. Mai la kita menambah kenalan dan mengeratkan hubungan dalam dunia maya ini. Jom kita meriahkan lagi dunia bloging.! Feel free, leave ur footprint di laman ini http://chipsmorecandy.blogspot.com TQ! ^_^

OhMissWhatEver__said : Thanks for viewing my blog..really appreciate u all..!


Thursday, May 26, 2011

~Kasih yang Suci~


Assalammualaikum..hye! mesti ramai yang da tau kan,drama Nora Elena di adaptasi dari novel Kasih yang Suci written by Meen Zulaikha. I nak cari novel ni. Sanggup tau download internet semata-mata nak baca. Tapi, uhuk2..x best la baca dalam lappy. Boleh juling dok...so, tunggu ya...Kasih yang Suci, aku akan mencari mu juga! Ape yang pasti, happy ending. Ala-ala novel Bicara Hati by Damya Hana. 

Ape pun sekarang ni Seth Tan dengan secara rasmi nya telah menjadi suami *i loikeeee* kepada Elena setelah Eid mengambil keputusan untuk putus kan pertunangan mereka. Kan da menyesal si Eid ni. So, Eid sila ambil Yvone k. Nampak lebih sesuai gitu....^_^ 

Tahniah Meen Zulaikha, walaupun i x habis baca lagi novel ni...tapi da baca sikit2. Jalan cerita yang menarik. Unsur2 suspen....best2! sekarang banyak cerita yang diterbitkan dari novel kan.. Macam Lagenda Budak Setan by Ahadiat Akasha.. Ombak Rindu by Fauziah Ashari *coming soon* dalam pengembaraan lagi. If x silap yang ni pun Aaron Aziz berlakon + Maya Karin + Lisa Surihani. Mesti mantap kan. Coz novel Ombak Rindu antara novel yang top. Siapa yang da pernah baca mungkin faham. ^_^ So, tonton la Nora Elena sampai habis ye. Sumpah menarik. hohoho..

OhMissWhatEver__said : Seputih harapan kudambakan, memagari Rindu yang membiru (Meen Zulaikha) ^_^

Wednesday, May 25, 2011

~Sayang x Bererti Memiliki~

Assalammualaikum..dan selamat malam...^_^

Agak pelikkan saya x update di siang hari. Tau x? Blog wa xboleh bukak! Damn..Kene tukar email dulu baru nak bagi aku masuk. Hoi..Nasib baik cepat der. Lau x wasalam blog ni. Okay..Hurm..Erm..Sayang x semestinya memiliki, benda alah ni sinonim kita gunakan bagi orang yang bercinta. Aku tegaskan disini, aku bukan seorang pakar cinta, doktor cinta, bius cinta and somenthing yang seangkatan dengannya la. Cukuplah sekadar kita gunakan pemikiran yang rasional n profesional. 

Sebagai manusia biasa yang dilahirkan normal and tidak ada kuasa luar biasa, biasalah tu memiliki keinginan untuk memiliki sesuatu. Kn? Semua orang sama je.Hah! kau jangan nak menipu ye. I'm weird. Terus terang aku cakap, kenapa eak dalam zaman serba moden dan canggih macam ni masih ada orang yang sanggup 'buat orang' kau faham x maksud aku? Cari kamus kalau x faham. 

Kita kene terima takdir. Percaya ape yang telah tertulis. Mungkin itu yang terbaik. Kalau kita sayangkan orang tu..just leave it. Bia kan dia bahagia dengan pilihan dia. Doakan dia. Bukan nya kau guna-guna *blackmagic*  dia la sengal! Aku nak tanya, korang rasa kalau kita dapat memenangi hati seseorang dengan cara kotor, boleh kekal lama ke?? Bahagia ke? I need the answer. Ye, mungkin kau dapat ape yang kau nak. Tapi kau xkan bahagia beb. Sebab, cara kau tu x betul. Kita x boleh paksa orang untuk sayang kita, suka kita. Easy come, easy go....betul x?? ^_^

Kenapa kene buat macam tu wei....Sebab nak tengok orang tu tersungkur depan kau? shit giler reason macam tu. Actually, dia tutup periuk nasi lelaki tu untuk amek gf dia balik. Masalahnya, ex-gf lu tu da bahagia. Kau kene tinggal pun sebab perangai kau tu macam budak umur 2 tahun. Kau x pelik ke kenapa ramai ex-ex-ex-ex-ex-ex-ex kau tu tinggalkan kau...Tanya diri sendiri b4 nak blame orang lain. Cari salah kita dulu. Tengok diri sendiri dulu. Diri sendiri pun x perfect mana, jangan la mimpi nak kawen dengan putri kayangan.*heh? ape kaitan* haha. Lantak. Bia la orang tu terima kita sebab diri sendiri. Ikhlas..tulus...itu lebih penting.

Lagi satu, kita kene ukur baju dibadan sendiri. Muhasabah diri. Tanya diri kita, layak ke aku dengan dia? Mampu ke aku bimbing dia? Boleh ke aku jadi yang terbaik untuk dia? Nilai diri kita sendiri sebelum salahkan orang lain. Kalau tu semua kau x boleh buat, kau x ada, kau x mampu..jadi jangan la mimpi di siang hari. Bila hak kau...err..x kawen lagi x boleh panggil hak! huhuhu. Maksud aku, bila bf atau gf korang tu berpaling tadah, relax jela. Sabar, sabar tu kan sebagaian dari iman..Anggaplah xde jodoh....Mungkin kau bukan yang terbaik untuk dia, n dia pun bukan yang terbaik untuk kau. Lelaki yang baik, untuk wanita yang baik dan begitu la sebaliknya. Doakan kebahagiaan diorang. Kau tengok saja dari jauh. Asalkan dia bahagia, tu da cukup buatkan kita senang hati. Bagi aku, aku lebih penting kan kebahagiaan orang lain. Asalkan dia happy...thats gud enough for me.. hohoho. 

Alangkan kawen pun boleh cerai, apatah lagi baru bercinta kan. Macam-macam boleh jadi. Kita kene terima, kau bercinta bagai nak rak pun, tapi kalau xde jodoh nak buat macam mana. Simple je, memang la kita akan marah, sakit , kecewa...tapi apa yang berlaku tu semua ada hikmahnya. Lebih baik kau kene tinggal sekarang dari kene tinggal lepas kawen. Time tu da beranak pinak. Lagi susah kan.?

Aku x suka orang yang berfikiran singkat, Sebelum buat sesuatu perkara tu tepuk kepala tanya otak x pun, tepuk dada tanya Iman. Bukan tanya selera. Tahu?? Benda ni x jadi pada aku, tapi aku marah bagi pihak dia. Boleh kan? Atas dasar kemanusiaan. Aku pun ada perasaan. Kesian la seyh dekat orang tu...Satu je aku nak pesan...jangan ikutkn hati. Pernah dengan kan ---> ikut hati, mati. jadi ikut la AKAL!

OhMissWhatEver__said : Hasad dengki meruntuhkan Bangsa....suci kan fikiran, suci kan hati. Entry ini ada penambahan sikit...thanks 4 reading dear!

Tuesday, May 24, 2011

~Cup Cakes~

Assalammualaikum..

Firstly, nak ucapkan Thank you kepada mereka yang sudi berkongsi tutorial untuk buat shoutbox.. Sebab akhirnya saya berjaya buat chat box yang saya nak. Tau x? saya jeles laa tengok awak-awak punya shoutbox cantik. Saya pun ada keinginan juga. Boleh kaan...?? Tapi, macam mana ea, nak potong ikut kartun tu? saya fail laa..mintak tunjuk ajar  dr awak-awak yang da power tu..tolong ea..*hehehe*. Okay, Sebut je cup cake, mesti ramai yang terliur...Sapa x suka kek kecik yang comel lote ni kan. Aku yang tua bangka ni pun minat + suka cup cake. Cup cakes ni da jadi trend zaman sekarang. Wedding ada cupcakes, Birthday party pun ada cupcakes. Senang cite, x kesah la even ape pun...Cupcakes memang paling femes la seyh sekarang ni...! hahaha..


 Tasty....^_^


uh...x tahan wa tengok nih!


Coklat......!!


Strawberry.........



Ape rasa dia ni ek?? Hoi! menggoda orang betul la si cupcakes ni!!

OhMissWhatEver__said : Bab makanan ni, kita kene pandang serius sekarang ni. Sebab, banyak sangat mengandungi  benda yang x halal ni. Orang kata kalau kita x tau, xape.Tapi kalau tahu, tapi kita makan juga, Subahah namanya.-->betul x? correct me, if i'm wrong!

Monday, May 23, 2011

~Destinasi DaMai~

Assalammualaikum.....

Hye! Okay, aku sangat-sangat teringin, mengidam dan teruja nak pergi Pulau Sipadan. Kenapa sipadan? Sebab, ia merupakan diantara pulau yang cantik dengan pakej pemandangan yang indah...berserta air laut yang biru..wow! just imagine kalau kau dapat scuba-driving...snorkeling..perghh! mesti best kan. Dari aku poli sampai masuk U. Asik dengar pasal Pulau Sipadan je. Dulu kat poli, team Zaihan present pasal Sipadan Island ni. Tup-tup,  presentation BBI2409 aku pulak yang present tempat nih. Huahua. Mai tengok gambar..


Nice....^_^



Aku nak tengok dalam laut....nak rasa pemandangan macam ni....tau x? dekat sipadan island banyak coral reef cantik-cantik dan unik tau. 


Turtle......^_^


Bila boleh rasa macam ni? Best giler.......


Macam pernah tengok la tempat ni.......


Sapa-sapa yang ada masalah strees di tempat kerja,saya sarankan sila la amek annual leave n pergi bercuti...


Nature...Sipadan Island was formed by undersea volcano...

OhMissWhatEver__said : I Luv Nature! ^_^

~Free Hair & Tudung~

Assalammualaikum...

Free hair Vs Tudung. Saya rasa mungkin ramai orang da pernah baca entry berkenaan. Yang bertajuk, Carutan Untuk Minah  Bertudung Urban yang ditulis oleh dia (tekan link) . Blog yang boleh aku label kan sebagai sangat berani. Kritikan yang keterlaluan dan agak melampau. Senang cite rude la. Wa malas nak tapis2 dengan orang macam ni. Huhu. Hello cik puan oi, Kau pun perempuan. Kenapa harus menjatuhkan martabat kaum sendiri?? Aku x faham. Fine, memang apa yang kau tulis tu, ada betolnya. Aku x salahkan kau 100%. Tapi cara kau tu salah...Yelah, nama pun carutan kan. Aku bukan marah or ape..even aku ade juga terasa. Tapi, wa cakap. Setakat orang macam kau yang kritik, x goyang la seyh. Ahaks! Okay2....Dari entry kau, aku tau kau nak lepas geram dekat orang2 yang kau x puas hati. Tapi perlu ke kau menunding pada semua orang? Xsalah nk berfesyen..ikut trend up to date. Atleast orang lain ada inisaitif untuk tutup aurat.

Bagi yang free hair, mungkin diorang x dapat hidayah lagi. Kita doakan la sama-sama. Kenapa isu tudung perlu berbangkit? memang itu hak masing-masing. Tapi untuk mengkritik di ruang terbuka, think twice b4 u did. Kepada yang bertudung...*including my self*  anyway, thanks la ye kpd blogger tersebut, kitorang akan memperbaiki diri kami sendiri. Blog kau tu, sedikit sebanyak membuka mata kami n pengusaha-pengusaha tudung yang lain. Fitrah manusia untuk mencuba sesuatu yang baru. Kau fikir, kalau xde tudung-tudung ghupe macam tu macam ni, mestila kita, aku n consumer x beli kan.! Nobody is perfect. Kau yang mengkritik.. Aku tengok kau xde la hebat mana pun. Biasa aje...kahkah.. Opps! sorry ea..=P Aku pun ada kawan free hair. Tapi aku x pernah kisah pun. Boleh aje jadi kawan baik. Bertudung atau free hair, kita sama-sama wanita. Baik atau buruk pun kaum kita juga. Malu sikit wei...!


Free Hair

Vs

Bertudung


OhMissWhatEver__said : Free hair ke...bertudung ke...kita sama-sama wanita. Mind ur word please...Jangan jatuhkan martabat kaum sendiri. 


Sunday, May 22, 2011

~Peace~

Ingat-ingat itu, Remember..
Jangan lupa itu, Don't Forget..
Saya sayang awak, I Luv U..
Hanya kamu, Only U..



OhMissWhatEver__said : Sapa tau lagu ini? Ayuh nyanyi bersama saya...haha. ^_^

~ReuniOn~

HeLLo..! Hari ni bersamaan 22 mei 2011. Kau tau x, aku ade reunion? Reunion Kejuruteraan Awam 3 SMTTP batch 2005/2006. Tapi apekan daya. Wa dekat Penang lorrr...Sorry guys. Sumpah aku rindu korang semua. Next time, panjang umur n murah rezeki insyaallah aku datang. Reunion kali ni buat dekat Batu Layar. Best woo. Dekat tepi pantai. Siap buat BBq lagi. Memang mak sentap!. Kalau dulu aku duduk Johor boleh la join. Pernah aku duk BP pun aku join. Sanggup turun JB. Kalau Johor dengan Penang ni duduk sebelah-sebelah x ape la juga. Ni?? huh..Jauh melantun.

Di rumah Nasrul Anuar *gilek nama penuh tuuu, bangga x? hehe*. Jalan Kebun Teh...

Okay..ni gambar raya tahun lepas. Masa ni kitorang konvoi dalam 3_4 Kereta. Tapi x semua ada. Its okay la. Dapat juga jumpa. Lagi-lagi aku ni jauh. Kalau aku balik rumah nenek aku baru la dapat lepak JB. Thanks chuBby, coz sudi amek wa! Hahaha..

Pencarian Gadis Melayu....kahkah..Wei! x aci..aku duduk bersimpuh. Korang duduk bertinggung..*_*
Dari Kiri : Shafiza, Diana, Aku, Masita, Tengku Fara
Lokasi : Rumah Tengku Fara

Waaa...xtahan! jiwa meronta ni nak g jumpa korang. Uhuk2! Xpela, insyaallah balik cuti. Sapa yang free, jom hanging out..^_^ Kuyu..hehe..Cam bese larh. Amek haku dekat Kulai tau! Tau! Tapi kalau kau kerja xape. Aku faham tuu.

Ni gambar kelas aku. KA3 Batch 2005/2006 SMTTP....
Lokasi : Depan Bangunan Voke

Gambar ni...ada yang x cukup.Ada sorang x datang. Dan ada sorang meninggal. ~AL-FATIHAH~ kepada arwah Raizuhin Aswad. Da 5 tahun arwah meninggal kan kitorang. Tapi, pahit manis, buruk baik, kitorang tetap bersama.. Insyaallah...x akan terpisah bersama Ibu kami, Cikgu Nurbaya a.k.a Cikgu Naya. Keep in touch. Wokay, errr..haha. Comot x aku?? hee..nak gelak pun ada la tgk zaman muda-muda ni. Zaman otai-otai ni. Wakakaka..! Ni semua budak kelas aku. Still contatct sampai sekarang _Alhamdulillah_ ^_^. Next time buat lagi yew.

OhMissWhatEver__said : I luv all oF youuu....! Enjoy ur day...Have a Fun. Upload picture reunion. Aku nak tengok....^_^

Saturday, May 21, 2011

~Menu haRi iNi~

Hye...^_^ assalammualaikum. Dan selamat sejahtera, wah macam nak bagi ceramah free pulak. Haha, ish aku kalau nak ceramahkan orang xde nya mukadimah. Terus masuk isi dan penutup. Kan senang. Okay, sepanjang berada di rumah, macam biasa la aku akan menjadi tukang masak harian. Haha. Kira junior chef la ni. X boleh lawan master chef a.k.a my mum..^_^. Tunjuk ajar ku sifu.! 

Hari ini, nenek aku dari kampung datang. Kenapa? ala, suka la dia nak datang..*busy body heh*. Actually, dia antar pakcik aku masuk Uitm dekat Permatang Pauh, dekat je dengan rumah cheq. Tapi xla dekat sejengkal. Hoho, kene jugak keluar Penang Bridge nih. So, disebabkan ada tetamu special..jadi hidangan yang disediakan perlu lah special juga. Orang jauh. Johor import nih. Tetamu kene diraikan. Betul x? ^_^

Menu hari ini, dari air tangan saya. X boley blah ni...okay2. Lauk hari ini ialah Kari Daging.. Sayur Campur dan Sotong masak sambal. *eleh biasa je* haha. Aku bukak peti ais, ada ni je. Kalau ada siakap ke..boleh la buat siakap 3 rasa. Kalau ada ketam boleh la masak lemak. Tapi nenek aku okay aje. X banyak bunyi. Hihi. Xde complaint. Kira pass la tuh!.


Kari Daging.....utara panggil gulai..so kari a.k.a gulai daging...^_^


Sambal Sotong


Sayur campur....*carrot, bunga kobes, jagung dan kacang peas*

Ini menu untuk tengahari tadi....^_^. Disebabkan dalam rumah ni semua hantu sambal kecuali aku, mama mia n zikri. Zikri ni pun kecik lagi. Cuba kalau da besar macam abang-abang dia. Entah-entah jadi ketua hantu sambal....Benda pertama yang aku belajar masa awal-awal masak dulu ialah masak sambal. X kesah la sambal ape..sambal sardin ke, sambal tumis ikan bilis ke, sambal udang, sambal sotong..and ape-ape laa...sebab, diorang ni nak kene cili hari-hari..korang faham x nak kene cili macam mane?? Ouh, jangan salah sangka. Aku bukan Hitler. X sekejam itu. Aku x melada orang. Haha. Maksud aku, aku kena buat masakan yang pedas...hari-hari. Tapi kan, u all tau x? makan pedas selalu x bagus. Boleh kene buasir der...Oleh kerana aku, kakak yang sayangkan adik-adik nya. Aku akan meng-adjust sambal itu supaya ---> ada rasa pedas tapi tidak keterlaluan. Sekarang, makcik da hebat masak sambal dan memegang sudip. *Facepalm*

Sejak my mum sakit, dia pun makan berpantang.. yang bersantan n pedas-pedas ni x boleh da..jamah pun x boleh. Kesian kan my mum. Ouh, doa kan my mum sihat tau. Aku nak sangat g bercuti dengan family macam dulu-dulu. Time mak aku sihat...^_^ *nampak ni, muka mengharap*. So, bila dia x sihat, dia cuma makan sup2..atau masak bening. Kau tau x masak bening tu macam mana ghupe dia? Hah, yang ternganga tu mesti x tau!. Masak air tau?? Lauk masak air..yang kuah putih jernih tu. Lebih kurang lauk orang bersalin la yunk oi. Ades.! Err...okay la, rasa da banyak cerita nih..

OhMissWhatEver__said : Kata nak keluar g Padang Kota Lama. Tapi dok depan Tv lagi...haish.!


Friday, May 20, 2011

~ScHooL Vs University~

Ape beza nye.....

School_pagi2 buta pukul 6 a.m da kene bangun siap2 + breakfast...pukul 7.30 a.m perhimpunan pulak...

University_ lepas subuh leh sambung tido balik..ala, kelas pukul 8..relax-relax dulu kan..pukul 7 baru la mandi..

School_ time rehat, kene makan..yela nanti lapar tu time belajar. Da x bermaya.

University_time rehat----->  tido, ye, aku perlukan tido. x makan pun xpe. Yang penting mata kasik rehat. Masa makan adalah lepas kelas petang merangkap lunch + dinner.

School_ malam kene buat homework yang cikgu bagi dalam kelas. Esok da kene hantar. X siap nanti kene rotan.

University_ bila ada assignment..ala, relax2 dulu...sebulan lagi baru nak submit. Nanti-nanti boleh buat. Ada banyak masa ni.

School_weekand kene g KOKO, kelas tambahan. Xde life langsung...sibuk sentiasa.

University_ weekand g ukur jalan. Makan-makan buat kenduri. Wayang, Karok n sebagainya..haha. Enjoy sakan.

School_ nak dekat exam, baca buku..baca buku..baca buku...konon!

University_ nak dekat exam, tunggu la study week baru study. Kata study week. Masa tu la bru pulun...study week pukul 3 pagi sanggup bangun nak study. Hah, baru rasa!

School_ malam exam kene tido awal. Aku kene buat betul-betul ni. X lulus masak la aku, kene jumpa cikgu tu la, cikgu ni la...last sekali cikgu md yazid (ayah aku la!) hihi..

University_ malam exam, tido bangun tido bangun...Bila nak pagi nih...nak tido pun note dekat sebelah.

School_masa exam, ish susah nya soalan. Tak pernah ajar pun! Mati la aku..mati la..

University_masa exam, termenung kejap. Soalan ape nih? relax la...Pb kan ada..insyaallah lulus. Nak dapat A je yang susah. Haha..

School_tiap-tiap hari nak kene iron baju sekolah..

University_kalau da lambat, pakai jeans aje..!tudung pulak? pakai tudung ekspres. Tak yah nak pakai selendang lilit2. Karang ada yang terbelit pulak..


School_dresscode, macam biasa la. Sekolah rendah baju putih kain blue black. Sekolah menengah baju putih kain biru..

University_dresscode, ikut suka aku!haha..bila rajin----> selendang lilit-lilit, touch-up skit2 + contact lens. ^_^

Tau x? aku rindukan zaman sekolah....rindu sangaaaaaaaaaaaaaaaatttt! Betul orang kata, zaman sekolah masa yang paling seronok..paling enjoy..sebab? Masa tu kau x kenal lagi erti MASALAH....^_^. Kau x berdepan dengan masalah kewangan..Masalah kawan-kawan...Masalah cinta...haha..Am i rite? peace!

OhMissWhatEver__said : itu je kot..huhuhu. Ade lagi nanti i tambah...=)

Thursday, May 19, 2011

~Sekitar Tahun Satu~

Aku rindu kan saat-saat dahulu...masa kita masih bersatu. Sentiasa bersama susah dan senang. Dalam kepayahan, banyak juga kenangan yang tersimpan rapi. Ape yang berlaku, semuanya da di tentukan.... Terus terang, secara jujur. Pernah satu masa dulu, aku putus asa. Putus harapan. Sebab? masa tu aku rasa susah nya...banyak nya kena buat. Banyaknya aktiviti...Sikit-sikit meeting, sikit-sikit perjumpaan. Mestila kau budak baru, kau kene buat. Yang da jadi senior, super duper senior da malas nak involve akitiviti.. Tapi aku xde pilihan. Aku kene. Dulu asik pk merit je. Kalau aku x buat,, aku xde merit. Kalau merit aku xcukup, aku x boleh stay kolej. So...buatlah, aku xrela dok luar. Cari rumah sewa ke ape ke. Oh tidak la, baik aku kumpul merit. Jimat duit...^_^.


Sem satu...haha. Rajin lepak foyer dekat fak kitorang. Tahu? sem satu agak mencabar. Awal-awal dulu, time management aku sangant terabur. Memang lintang pukang.. Bila ada kelas pagi sampai petang, lepas kelas petang baru balik bilik. Even ada gab 2 jam pun, sanggup stay bilik komputer, library..xpun surau. Sebab tu, bila aku balik petang, memang aku akan tido awal. Mula-mula masuk U aku busy dengan Palapes. Seriously, sampai mengamuk myfir. Kau tau? kitorang bergayut n aku boleh tertidur masa tengah cakap. Xpernah macam tu seyh. Banyak kali aku demam masa awal-awal sem. Sebab doktor kata x cukup rehat! haha. Ape daa...Tapi akhirnya..aku keluar Palapes. Sebab? concrete reason. Test satu aku untuk ujian Prinsip Kesihatan aku dapat D. Korang rasa kenapa? Sebab, aku penat. X cukup tido. Bila aku penat, mesti la aku topup tido. Than aku x study. Perjumpaan Palapes setiap hari rabu. Masa tu memang dugaan. Class aku paling pack ari rabu. Pukul 8 pagi sampai 7 malam. perjumpaan palapes pukul 6 pagi, kadet da kene turun sebelum senior yang lain turun. Kau bayangkan pulu 5 pagi aku da bangun siap-siap untuk muster. 6 pagi sampai 7 malam. Penat la giler! masa ni berat aku turun mendadak. Jarang makan sebab, aku banyakan tido. Physical training lagi setiap 2 minggu, sabtu n ahad menyebabkan lemak aku pecah dan seluar aku longgar la! 

Kitorang nasib baik keluar b4 angkat sumpah. Walaupun masa tu aku da cop sepuluh jari dengan?? err.x ingat. Tapi bahagian tentera. Masa tu, tengah dalam orientasi lagi. Aku rasa nak bahagi 2 badan aku ni. Satu g perjumpaan palapes. Satu lagi pergi latihan tarian. Disebabkan aku join rotu. Jadi diorang terpaksa batalkan penyertaan aku dalam tarian. Sebab, kitorang join dengan kolej KMR. Dan aku banyak tertinggal step. So..? Sedey wooo...X ape, insyaallah ada peluang aku join lagi event under kolej. 


Okay, dekat Fak pulak..aku join green scout...kitorang promote tupperwear and jangan gunakan polisterin. Ouh, awak-awak semua, jangan guna polisterin ye. Kesian bumi kita ni, polisterin tu susah nak terurai tau. Tau x? polisterin ade bahan kimia yang boleh menyebabkan kita mandul. Lankah terbaik, bawak tupperwear. Atau makan je dekat restoran tu. 


Rindu...bila aku tengok gambar ni...huh, Kau tau. Mula-mula ape yang berlaku antara kita berempat. Aku marah sangat. Sebab.. kita berlima semua kenal lebih dari tiga tahun. Kenapa ada masalah kita x boleh bincang? kenapa? Kau terutamanya... Da la malas nak sambung. So, boleh tak nanti kita makan sushi lagi....heeee *^_^* so, metafora di sini, nanti naik cuti g sushi okay!.

OhMissWhatEver__said :  Aku tak suka kan persaingan. Itu aku, Kalau korang suka bersaing..cari orang lain. Jangan cari aku... Tapi kalau nak juga..boleh aje.! 

~Si CoMeL da Kenal Orang~


Nama Panggilan : Kaira

Hye...Tiba-tiba rindu pulak dengan ini budak kecik yang montel lagi comel. Huahuahua..Kaira nama panggilan dia. Nama penuh panjang sangat... Ingat lagi, first time aku jumpa kaira masa dia baru lahir. Merah lagi, tapak kaki pun besar 2 jari aku. Masa tu mak dia a.k.a Kak Ayu masih dalam pantang. Kali kedua aku jumpa dia, masa tu bulan 2 tahun ni. Masa tu aku g Johor. Kaira da besar..da boleh main-main. Da pandai meniarap. Masa tu aku dukung dia okay je. Siap boleh senyum-senyum, ketawa-ketawa bila orang agah. Sekarang bila aku jumpa dia, first tengok aku dia senyap...dia tengok je aku. Aku peluk-peluk si Umi Umaira n si Fasha Natasha siap gomol2 n peluk cium..lepas tu aku nak amek dia, dia teus nangis! waaa.....hahaha.. 

Ibu dia kata dia da kenal orang. Tu aku tau. Tengok cara pun macam nampak alien. Adui! Kesian dia, nangis teresak-esak. Tapi untuk malam tu je. Esoknya bila jumpa aku sekali lagi, dia malu-malu kucing..haha. Mau tapi malu la tu. Tapi at the end, dia datang jugak dekat aku. Hihihi..psikologi kena betul. Baru boleh tackle budak. Mak dia kata, dia nak dekat laki je. Wah demand ea sayang. Masa aku nak keluar jalan2 pusing taman dengan Umi n Fasha, dia pun lari kedek-kedek menghala pintu sambil tangan hulur dekat aku mintak dukung. Owkay, macam tu ea baru nak datang. Disebabkan dia agak semangat, aku mampu pusing separuh taman sambil dukung dia. Lepas tu balik rumah amek nih......................


Kereta sorong laaaaa...


Akhirnya setelah beberapa jam, kaira da boleh ketawa-ketawa. Ajak main-main.. siap mintak didukung lagi, sebab penat duduk agaknya.. ^_^ 

OhMissWhatEver__said : Kaira bulan 6 kita jumpa lagi ye...Kak aiNa nak balik Johor. Nak attend wedding kak liza..hehehe..

~Apa Hal~

Hahaha...kau terasa ke? nampak sangat kau buat kan...Huh! Aku x faham. Stop it babe! Barang yang lepas usah di kenang. Aku da buang segala-gala nya. Aku da mula kan life baru. So ape yang kau x puas hati? Betul kata ieta, perempuan tu x boleh tgk kau senang... Aku x pernah membezakan taraf manusia. Aku x pernah membeza-bezakan orang. Sebab..kau tau kenapa?? Sebab, di sisi tuhan Kau dengan Aku sama aje. Xde bezanya.. Kau x heran? Aku lagi x heran...sekarang ape masalah kau?? 

Setiap manusia ade rezeki masing-masing..aku selalu pesan, jangan membangga diri. Once rezeki di tarik balik..xade ape yang tinggal babe. Jangan riak...takbur. Aku x suka! Sampai bila dow nak hidup macam ni. Life aku da bahagia..lengkap. Cukup..life kau pun sama kan?? Soo..? Aku x pernah kacau orang. Even dengan orang-orang yang pernah menyakitkan hati pun, aku still mendoakan diorang supaya dibukakan hati.. X buta hati. pandai menilai... Mudah2an di beri taufik dan hidayah. 

Aku x suka, bila idea yang kita buat orang ciplak. Cammon, crack ur head. Think about the new ideas.... X rasa bersalah ke? usaha la...jangan asik nak senang je... external mungkin aku ketawa..aku happy. But intetrnal...nobody's know... Kau da dapat ape yang kau nak, da senang kan. So, blah la! No need nak stalker orang.. No need nak amek tau perkembangan diri dia..X perlu susah kan diri kau. X perlu. Sebab, orang macam kau merimaskan,!

Kau selalu cakap, buat sesuatu bia ikhlas. Kau selalu cakap orang nak menunjuk. Bukan orang tu nak menunjuk. Tapi think positive, yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan. Tu la melayu, Bila orang kita buat sikit mula lah dengki..cakap nak menunjuk lah, bangga diri, sombong..ape sal kau x jadikan ape yang dia ada, yang dia dapat sebagai pembakar semangat untuk berjaya?? jadikan role model. Even x layak. Atleast dia ade sesuatu yang kita boleh contoh. Could u see that??! I respect cara cina bekerja..sebab?  dia xakan jatuhkan orang lain. Sebaliknya dia akan berusaha untuk jadi sama level dengan orang yang berjaya. Itu bezanya mental kita. Bukak mata kau..bukak hati..bukak fikiran kau. Fikir n renungkan. Kalau kau marah, makna nya kau memang jenis yang x boleh terima teguran..

OhMissWhatEver__said : Aku tak suka cakap macam ni dengan orang..tapi sebab kau, aku nak bagitau..Confront me bila kau da sama level dengan aku. Stop being like childish.


~HandMade~


Pencil Case...yang siap ada nama. Nice! cOOL! haha..ape motif? saja je buat.. gedik. Tengok macam cantik je..so amek la satu. Bagi support dekat member i yang jual ni. Tapi, x guna lagi sampai skrg...heee. Sayang koott nak pakai. Tunggu la lama skit, simpan wat pekasam baru pakai okay.. Kadang-kadang, terfikir..creative la diorang nih..pandai buat duit. Memang otak bisnes. I beli harga rm10 je. Kira boleh la..kalau dekat luar belas2 woo..! Jimat duit mak. Pandai memilih, bijak membeli kan? *muka comel ckit*


Ini owner dia....nama ku?? yup! Berminat?? sila order ----------------> pada teman ku. heee.. not sure available or not..tp kena order..ala, x pun u all buat sendiri. Search internet saja...=)

OhMissWhatEver__said : I hate stalker yang asik nak tiru ape yg org lain buat! Tolong la, kau xde idea lain ke?? tapi xpela, hak masing2..cuma i harap x terlalu over okay. Dunia bloging, pusing2 situ juga.