Thursday, May 12, 2011

~EL NiNO~

Selamat Malam. El nino? ye, macam yang kita tengah alami sekarang. Cuaca panas yang amat. Suhu sekitar 34-36 darjah celcius. Malaysia pernah mencatat kan suhu paling tinggi iaitu 40.8 darjah celcius. Kalau demam, suhu badan cecah 40 boleh mati woo..! Awak-awak semua, sekarang musim panas kene banyakkan minum air masak tau. Jangan makan DURIAN....Elakkan makan makanan pedas...Khabarnya faktor yang menyebabkan kepanasan melampau adalah disebabkan kebakaran dari negara jiran.. Indeks pencemaran udara (IPU) di Tanjung Malim,  Perak telah mencatatkan udara di kawasan tersebut tidak sihat iaitu > 100. Kandungan lembapan dalam udara, kekurangan taburan hujan pada masa ini menyebabkan berlakunya peningkatan suhu.

Beware okay,..Jerebu merupakan fenomena atmosfera yang berlaku apabila debu, asap dan zarah pencemaran lain mengaburi kejelasan langit. Fenomena ini biasanya terjadi jika zarah, debu dan asap berkumpul pada hari yang kering. Zarah-zarah kecil ini berkumpul di paras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan dan mungkin menyebabkan masalah pernafasan. Jerebu tebal juga dikenali sebagai asbut.

Nilai IPU Kualiti udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak sihat
201 - 300 Sangat tidak sihat
301 - 400 Berbahaya
401 - 500 Sangat berbahaya
Lebih 501 Darurat

Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Pesakit lelah dan penyakit pernafasan lain
  • Perokok
Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah:
  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  • Iritasi di mata serta mata yang merah
  • Kulit terasa gatal
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah:
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  • Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  • Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; mandi
  • Selalu minum air
  • Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan





OhMissWhatEver__said : Okay, jaga kesihatan....jaga diri elok2...banyak kan minum air masak. Sediakan air masak dekat sebelah b4 tidur..sebab, kalau terjaga n terasa dahaga, boleh la minum...













2 comments

May 12, 2011 at 2:59 AM

thanks for the info si akak cantek ;')

May 12, 2011 at 3:17 PM

hahaha...welcome. Sharing is caring adik manis...^_^

Post a Comment