Tuesday, May 10, 2011

~KemaNa Lepas SpM~

SPM...Sijil Pelajaran Malaysia. Yeah, mesti ramai yang berdebar-debar masa nak menduduki exam yang paling besar dalam life korang kan. Mana tidaknya...keluar saja keputusan SPM, secara tidak langsung ia menentukan masa depan korang.. cerah ke, mendung ke..terang ke atau pun kelam. Semua ni adik-adik, bergantung pada diri kamu.. usaha kamu sendiri. Jadi yang x amek SPM lagi, belajar bersunggug-sungguh jangan menyesal kemudian hari...Okay, sekarang ni result matrik da keluar...result upu da keluar..tinggal result politeknik n program luar negara je yang x tau lagi kan... Kepada yang dapat upu, dapat matrik...tahniah ye akak ucapkan.

Perjalanan kita jauh lagi adik2..jauh sangat. Akak pun pernah menghadapinya..bukan akak je. Tapi orang lain pun kan..Keputusan akak xdela cemerlang. Senang cite memang x cemerlang la...huhu. Tapi yang penting kredit, kecuali fizik n kimia. Serius, x tipu ni...Mai kita kongsi cerita okay.. Dulu masa zaman persekolahan, akak cuma masuk sekolah harian biasa je..Tak dapat masuk sekolah asrama penuh ke, ape ke...than naik form 4 n 5 akak masuk SM Teknik Tanjung Puteri. Terus terang, akak bukan nya seorang yang top dalam pelajaran ni. No,no,no...antara akak dengan adik-beradik yang lain, diorang sangat menonjol. Adik akak no 2 tu, dari kecik-kecik memang da nampak kepandaian nya.. Dia dapat anugerah akademik..dapat terbaik aliran, dapat terbaik matematik. Than dapat masuk sekolah Sains Bandar Penawar, Kota Tinggi..yang no 3 pulak dapat masuk MRSM dekat Muar..tp akak?? Akak xde tu semua dik...Akak cuma wakil sekolah dalam sport.Olahraga n Hoki...hehehe.

Yeah2...tu je..Lepas form 5, da keluar result...result yang sangat x memberangsangkan.. Time tu semua apply kecualii matrik, akak sedar akak x layak untuk apply matrik. Apply U untuk diploma, x dapat. Kecewa wok. Tunggu keputusan poli pulak..tu pun x dapat. Time tu rasa macam nak pengsan...nak pitam. Gelap rasa dunia aku. Ape nak jadi ni kalau x dapat sambung study?? time tu sedey sangat. I didn't have any choice. Yang ade cuma...FORM 6. Ye, itu je...Nak x nak *berat hati nak g, tau x?* akak masuk jugak...Tp, cuma 2 minggu je. X lama lepas tu, rayuan poli keluar..Alhamdulillah akak dapat masuk Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Dapat course Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar. Err...ape ni alam sekitar?? aku apply kejuruteraan awam n ukur bahan. Mentang-mentang la rayuan dia campak aku ikut suka-suka je...*sedey lagi* Tapi lepas tuu..baru akak tau, rupanya course alam sekitar ni cuma ada dekat 1 tempat sahaja..iaitu Sabak Bernam. Poli lain semua xde. And untuk masuk course ni, dia cuma pilih best in the best. Faham x?? Senang cite, dia x amek ramai-ramai...course lain semua ada 2 kelas. Tapi kiotang cuma ade 1 kelas je..Setelah kepoh-kepoh, diorang ni pun dapat lepas rayuan..

I admit, diorang ni semua power la beb. Mana x nya, result spm diorang semua 4, 5A ke atas. Di bandingkan dengan akak yang cuma dapat 2A je. Rasa sangat kerdil tau...Tp, akak percaya selagi kita berusaha insyaallah kejayaan itu sentiasa ada. Bayangkan, akak xde basic Fizik yang kuat...first sem amek sains juruteknik..menangis-nangis belajar benda alah ni. Susah macam mana bagai pun, akak kene jugak buat kan. Time tu cuma kawan-kawan je ada, kawan-kawan je support.. Asal susah belajar je, ingat mak ayah..ingat pesan diorang. Akak x nak diorang kecewa lagi. Dan akak akan buktikan, even i poli pun one day akan masuk U jugak. Frankly speaking, i did it! ^_^ Pengalaman  manis sepanjang 3 tahun dekat poli, pointer akak x pernah bawah 3.5...and  my CGPA at the end of semester  3.64 (walaupun x tinggi mana, tapi dengan usaha sendri kita akan rasa puas hati). Akak mampu beat mereka-mereka yang lain...so, adik-adik..akak tidak cukup bagus. Dan akak bukan dikalangan yang terbaik..Cuma, ape yang akak cuma nak sampaikan, jangan putus asa walaupun SPM u all x cemerlang..Akak bukan nak menunjuk. Bukan..akak cuma nak u all nilai, rasa sendiri macam mana life akak. Akak cuma nak bagitau..result spm akak yang x cemerlang dulu, mampu ubah life akak sekarang. Ape tah lagi result spm kamu semua. Akak yakin mesti lebih cemerlang dari akak kan..

Dengan keputusan diploma sem 5, akak apply UPU..masa ni akak redha. Kalau ditakdrikan aku dapat, insyaallah akak sambung, If xdapat, memang balik  minx kerja. U know, akak di offer kerja masa  x abis study lagi. Akak boleh pilih nak masuk Lab atau Safety..Jadi safety officer, gaji lumayan okay...Diploma pun gaji da cecah RM 3+++....kalau degree?? Mesti la double kn? Tapi, akak dapat tawaran sambung belajar...so, i proceed. Itu impian dan cita-cita yang akak idamkan..Harapan emak dan ayah akak. Lagipun, makcik2 semua cakap...muda lagi nak kerja..Belajar la, nnti senang...Yeah, betul juga. Saya pun x ready nak kerja lagi..hehehe. Zaman belajar sangat enjoy. Ye, x payah nak pk mengadap boss, untung rugi syarikat...yang penting assignment, jaga pointer, g kelas..da setel kan?

Finally, keputusan UPU keluar..so, akak diterima masuk ke UPM..and adik akak dapat masuk UTHM. Actually, bangga juga kerana menjadi sebahagian warga upm. Sebab ia diantara research universiti and merupakan u yang ramai foreigner student. So, rasa macam kat oversea laa...hahaha. Selain itu, UPM juga berada kedudukan yang selesa dalam senarai universiti di seluruh dunia. Jangan bandingkan dengan Harvard ke Cambridge ke..diorang memang la top.  Masuk U mental kene kuat, Kalau x kuat, tu yang berhenti, di buang U...and whatever. Lagi satu adik-adik, akak nak nasihatkan.. Kalau betul nak study, apply. Kalau rase saja gatal-gatal apply baik x payah. Sebab nak amik adik sorang diorang terpaksa tolak permohonan orang lain. Jangan main-main dengan future orang lain.. ingat pesan akak ni k.

Akhir kata, adik-adik luar sana, sambung la belajar selagi anda mampu. Jangan jadikan alasan masalah kewangan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Skrg ni macam-macam institusi, badan-badan yang tawarkan biasiswa and bantuan2. Even PTPTN pun da luluskan drpd pinjaman kpd biasiswa sekiranya u all dapat ijazah kelas pertama. Sasaran negara kita untuk jadi sebuah negara maju menjelang 2020 ialah, masyarakat yang berasaskan pengetahuan dan berpendidikan tinggi. Jadi adik-adik, zaman akak da lepas...sekarang zaman adik-adik pulak. U all semua bakal pelapis negara. Bakal pemimpin negara...Pilih jalan yang betul..jangan rosakkan masa depan dengan perkara yang x berfaedah. Okay?

My konvokesyen...time ni nampak berisi kan? huhuhu...>bahagia<

OhMissWhatEver__said: Gudluck dear! Akak doakan yang terbaik untuk adik-adik semua....^_^

1 comment

June 14, 2015 at 8:09 PM

Salam hai kak aina, best blog akak. Saya ada bnyk soalan nk tanya akak berkaitan masa depan. Tak ramai pun orang bercerita tentang environmental eng. Boleh akak bg saya email atau id wechat yg mne sng untuk contact ? Ini id wechat saya: ainruslyy. Hope akak sudi bantu

ain,17, cheras.

Post a Comment