Thursday, December 31, 2015

~ Welcome 2016 ~

Assalammualaikum.


Goodbye 2015. Welcome 2016.
Selamat menempuhi tahun baru gaisss. Semoga kita di beri kekuatan dalam menempuh apa jua dugaan dan cabaran. Alhamdulillah 2015 banyak meninggalkan kenangan manis buat diri ini. Thank you Allah for the fantastic journey...=) 

2016. Semoga lembaran baru lebih bermakna buat anda semua. Dan insyaallah buat aku juga. 
2016. Semoga kalian lebih bahagia dari tahun sebelum nya.
2016. Semoga kita berubah untuk jadi yang lebih baik dan terbaik dalam memperbaiki diri dan terus istiqomah
2016. Semoga di murah kan rezeki, sihat tubuh badan dan di berikan kesihatan yang baik.
2016. Semoga ikatan silaturrahim antara kita sesama manusia, keluarga dan sahabat handai, kekal hingga syurga. Amin.

Minta la yang baik baik. Nescaya Allah kurniakan kebaikan untuk kita semua. Okay, ni antara kenangan sepanjang 2015. Nak cerita satu satu jenuh la chek oii... Jadi iols compile dalam satu gambar.

2015 in memory.

2016 bermula la perjalan hidup aku dan keluarga di tempat asal kami. Johor Darul Takzim. Alhamdulillah family selamat pindah ke Johor semalam, lepas 6 tahun menetap di Penang. Explore johor la kita lepas ni. Kahhh.. Dulu before pindah..johor macam biasa je. Sekarang ni iols tengok da maju. Terlebih maju dari Keyell hagak nya. Hiksss.

Tapi Ibu haniff kata, johor or penang sama jauh dengan Temerloh. Hihihi. Chill ibu. =) Apa pun penang tetap dalam ingatan, Yela, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pulak tempat bertunang. Gituuuu. Kekeke. Di sebabkan hari ni last day keje, jadi sis nak kemas kemas ni. Nak balik satgi. Papai uols. Jumpa tahun depan nooh. (^___^) 




OhMissWhatever__said : Salam Tahun Baru. May Allah ease everything. Amin.


Wednesday, December 23, 2015

~ Zalora : Fesyen Baju Terkini Untuk Remaja ~

Assalammualaikum.


Khas buat anda yang mengikuti perkembangan fesyen semasa, (^__^) hari ini aku nak kongsi sikit tentang fesyen baju terkini untuk remaja di Zalora. Sebut sahaja Zalora apa yang uols terbayang.? Zalora antara gedung fesyen beli belah online terbesar di Malaysia. Aku percaya ramai di kalangan kita pada hari ni prefer online shopping kan.? Click, payment dan tunggu abang posmen hantar barang sampai depan rumah. Settle. 

Okay, ketibaan tahun baru tidak lama lagi pasti di sambut meriah dan bagi Fashionista they are looking forward saat ini. Tahun baru menandakan lebih banyak kemunculan koleksi fesyen baju terkini untuk remaja dengan pelbagai gaya baru. Aku sendiri tak sabar nak tunggu koleksi pakaian tahun 2016. Maklumlah peminat baju dan kasut la kata kan uolss. 

Due to respond and increase demands, fashion world is introducing new look and collection almost every day, that's another good news for fashion lovers out there. With the help of social media fashion trends and news spread quickly than ever. Even fashion designer are taking advantage of this new technology to promote their latest fashion collection further through social media. Okay, let's see two 2015 most wearable fashion trends among teenagers in Malaysia for this year.!

Long dress/ Maxi dress. One of the most favorite outfit for ladies nowadays. 

Nice wuhuuu..

Rambang mata kan..? Huhu.. Jom serbu Zalora

Dress labuh merupakan pakaian yang menjadi pilihan ramai. Tak kira golongan remaja, dewasa mahupun veteran, ia menjadi pilihan sesuai dengan imej muslimah masa kini dan kelihatan lebih ayu, sopan dengan gaya feminine. Dan aku pasti korang mesti ada satu koleksi dress labuh, maxi atau jubah kan. =)

Midi skirt 

Untuk muslimah, boleh la kita menggayakan Long skirt dengan blouse. Sesuai kan dengan imej ye sayang.

Btw, Skirt tengah ni Sis da grab da. Cantik & selesa sangat uols..!

Bagi yang bekerjaya, Midi skirt atau Long skirt sesuai digaya kan untuk ke pejabat. Persekitaran kerja harian menjadi kan aku seorang observer yang berjaya.. For me, No matter whether you have a great body with sexy long legs or you are a plus-size lady equipped with a fantastic curvy shape, you would totally in love with this fashion. Why? Because skirts are just versatile as you can wear them with almost anything. On top of that, they are comfortable enough to be worn all day long and ideal for hot, warm even chill days like we always here in Malaysia.

Jadi, apa tunggu lagi..? Buka setakat fesyen baju terkini untuk remaja sahaja yang ada, pelbagai  jenis fesyen dari head to toe anda boleh dapat kan di sini. Jom shopping! Boleh click gambar di bawah untuk ke website Zalora. Selamat menjamu mata.(♡__♡)



Jadi yang mana satu citarasa korang.? Skirt atau dress..? (^^,)  Boleh layari laman web Zalora Malaysia  hari ini. Jangan risau, Zalora menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda dan juga pemulangan juga secara percuma dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pembelian.




OhMissWhatEver__said : Mood shopping hakak turn on. Jom serbu Zalora.! 





Tuesday, December 15, 2015

~ Tips Merancang Perkahwinan (#TabungKawin) ~

Assalammualaikum....


Hi uolsss.! Ada sesiapa yang bakal kahwin.? Nak kahwin? Sedang merancang nak kahwin? Semoga di permudahkan. (^^,) Sedikit tips, berbincang lah dengan pasangan. Okay? jangan gegado. Hihihi.

Gambar sekadar hiasan. Simple but nice, and its capture my eyes. 

Semua orang nak kahwin di atas kayangan. Ala ala fairy tale gituu.. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kawin itu lebih berkat. Sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. You know what i mean right.. Panduan buat bakal pengantin yang nak beli rumah awal selepas kawin. Sampai bila nak menyewa kan..? Nak decorate rumah pun terbatas. Nak paku sana sini pun pikir 10 kali. I pasti ramai yang teringin beli rumah sendiri. Hidup pun tenang, tenteram tak ada la susah hati kena halau ye dak.? =)  Uols setuju tak dengan tips ni ;

1) Kad kahwin jangan tempah yang mahal, kita je yang syok sendiri nak kad kawen 3D bagai siap ada lagu la hape la. Lepas kenduri semua orang buang ketepi je kad uols. Bukan depa frame kan pun.

2) Kalau uols rumah dekat selang sebijik ke, selang satu taman ke, parents duduk satu negeri ke, boleh la sekalikan majlis. Jimat. Cut cost.

3) Baju kawen lebih murah sewa dari tempah.. Pakai sekali je diknon. Bukan boleh buat keje baju kembang meleret tu. Baju nikah, pilih la yang boleh ulang pakai. Atleast nak pakai kenduri kengkawan or sedara mara tak de hal. =)

4) Tak payah lumba hantaran siapa lagi banyak. Iols dengan tunang pakat 7 balas 9 je. Tu pun da minimum & barang yang memang akan pakai. Pasni tak shopping 10 tahung laa. Kahhh.

5) Target/ tetapkan jumlah tetamu. Sedara mara, kawan office, kawan belajar la kawan sekolah la.. kawan mak ayah kita pun penting jugak tu. Buat senarai. Tu pun da memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Lembu 5 ekor pun tak cukup.

6) Tarikh. Tetap kan tarikh, biasa nya waktu paling hot majlis kahwin ni time cuti sekolah. Masa tu semua mahal. Service mak andam semua penuh. Jadi tempah awal. Boleh la kekenyit mata dengan mak andam.. haha

7) Bunga Tangan. Fresh flower memang cantik. Sumpah nampak hidup di hari bahagia uols. Buat yang mampu takde hal. Ni kan tips bajet, jadi iols bagi tips pakai bunga plastik uols still vogue, still pengantin lagi. Tak yah nak bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan pon.

8) Bajet. Buat bajet untuk Catering. Survey. Food testing. Hewhew. Kalau tak survey nanti diorang cadang makanan paling mahal dan acah acah grand.

9) Door gift. Ikut citarasa dan bajet uols. Tak perlu botol kaca ada ikan dalam nya kot. Zaman dulu orang bagi telur rebus dalam kotak je. 

10) Hantaran. Buat origami expert takkan hantaran nak mintak orang gubah. (masa bertunang mak iols je tolong gubah, sentuhan mak super power).

11) Saving. Sekarang ni aku gian buat simpanan hijau. Saving gaji lain. Simpanan hijau lain. Dana khas orang kata gitu. (travel/shopping/service kereta/emergency/etc etc)

12) Jangan buat pinjaman peribadi. Nyesal tak sudah nanti diknon. Kumpul duit sendiri ye. Insyaallah Allah permudah kan niat baik. Niat nak kawen ni Allah akan bagi jalan. (^_^) Biar majlis sederhana asalkan meriah. Majlis grand grand nk ke mana.. bukan kita nk lumba dengan anak kak Mah. Eh?

#Belirumahsebelumkawenbarurare . Sekian, coretan waktu senggang.


OhMissWhatEver__said : Grudges are a waste of perfect happiness. Laugh when you can, apologize when you should, and let go of what you can't change. 





Monday, December 14, 2015

~ Vietnam (Ho Chi Minh City) Part-1 : Sweet Escape ~

Assalammualaikum...

Just nak share my short experience dekat negara bintang tiga... ecehwah. Hihi.. Okay, alhamdulillah bulan Ogos haritu dapat la kejap bercuti dengan kengkawan tenang kan fikiran. Hahaha sempat engko tenang kan fikiran iyeeekk padahal masa tu lagi 2 minggu majlis bertunang iols. Tapi alhamdulillah semua nya berjalan lancar. (^^,) Tapi serius laa takde tempat yang paling best melainkan negara sendiri... cayalaaa Malaysia!. Before cerita lebih melalut, okay meh la aku tunjuk sikit aktiviti, tempat shopping, restoran Halal food, hotel, public transport dan sebagainya buat rujukan awk di luar sana. Mana tau tiba tiba nk ke Vietnam, berfaedah jugak untuk jadi reference uols. Sharing is caring kaaaann.

Buku Merah jangan lupa bawak / renew/ etc etc....
First thing first, jaga lah passport uols sebagaimana uols jaga diri sendiri. Dekat oversea kad pengenalan da tak lakuu da. Hah, first day aku menggelupur laa sebab lepas check in hotel diorang ambik passport kitorang. Tapi tu one of procedure je untuk daftar hotel. Chill je, pegi minum minum kopi dulu (kopi susu moto diorg sedaaappp!), shopping dulu pun takpe. Takde hal. Orang vietnam ramah ramah. Tapi hati hati yee dalam ramah tamah tu kang dia hulur engko kacang sebakul.. hah jenuh nak bayar nok.

Travel Partner.. yuhuuu!
Hah ni kami bertiga, Hahah tengok muka engkorang ni rasa nak gelak je! hadoiii.... Kanan sekali ex-rumate masa dekat UPM nama dia Intan, yang tengah Ella kawan sekolah n satu hostel masa teknik dulu. Walau pun bertiga je tapi meriah macam seploh orang haaahh.. Ni second day dekat vietnam, sempat la hambik gambar dekat area hotel. Before shopping punya lah segak bergaya.. hang tunggu sat g tengok muka lepas nyopping cemana.. Macam makcik pun ado. Okay jom cuci mata apa yg besst bagi perempuann huhu..


Cantik dan murah okay. Price Below rm 100

Rambang mata hakakkk!! wuuuuhuuu

Okay serius, kain cotton dekat sini memang murah *compare dgn malaysia laa.. Hihihi. Masa aku pergi sini, currency kita da drop. So, ringgit memang tak berapa nak laku. Tak tau la sekarang ni. Masa aku pergi 1 juta dong = rm 168. Last tukar 1 juta dong = Rm 178. Bajet ke sana? korang bajet la sendiri.. Tapi serius bajet aku bertiga sorang lebih kurang 1K above. Balik mesia.. habuk je tinggal. Kahhhhhhh.. Tak la, aku okay sikit la tinggal doploh hinggit. Kaah Kahhh,, nasib baik masa balik en. tunang jemput dekat airport. (^^,) Okay, bab nego harga ni memang kau kena power. Bertekak sampai penat. wuhuuuu sebab, harga diorang offer mahal of course. Anggaran diorg bukak harga Rm 35 - Rm 45. Kau memang kena power tawar menawar. Rekod terbaik tawar menawar aku masa dekat sini pernah dapat cotton viscose & english cotton Rm 18-Rm 22.. Hah!! Tak baik tau nak makap harga dengan foreigner. Huhuhu...

Okay uols, Sambung next entry yaaw.. don't expect to high esok i update yang baru noo (if ada masa insyaallah) haha sebab bila teringat eh i ada cerita la nak share baru la i update. Thanks for reading. 


OhMissWhatEver__said : Next kita cerita pasal Chu Chi Tunnel, Muzium Perang, Vietnamese food dan sebagai nya.. (^_^)