Saturday, September 19, 2020

~ Melaka City : Travel with Aina Haniff Junior ~

 Assalammualaikum....

Hai semua! Happy 2020.. sikit lagi nak masuk 2021. Hehehe.. lama sangat tak update kehidupan dekat sini, mak busy la uols. So, diam tak diam sepanjang "kehilangan" iols di dunia maya ni, banyak yang da berubah. Dan tahun ni kita berdepan dengan Pandemik Covid' 19. Semoga diri kita dan keluarga yang tersayang sentiasa dalam lindungan. Yang penting jaga jarak & pakai face mask bila kita keluar ye.

My small family (^^,)

Minggu merdeka haritu berkesempatan bawak anak anak berjalan ke Melaka. Yela lepas da boleh rentas negeri haritu pertama sekali kami balik kampung. Kemudian Raya Haji balik Johor. Kesian jugak anak anak ibu ayah asik kerja je selalu balik lambat. Jadi ni la masa kita tebus masa masa lepas. Ibu Ayah sorry ya anak anak. 

Budak pun excited nak berjalan. Anak suka Ibu lagi suka hehehe. ❤ Di Melaka ni we ols tido di Moty Hotel. Such as good and nice Hotel. Paling penting bersih. Dalam tempoh PKP ni boleh saja berjalan yang penting follow SOP. 

Actually, ni 1st time travel dengan anak kecik sendiri. Tahun lepas kita ke Penang & Ipoh, tapi yang bongsu kecik lagi masa tu baru 9 bulan. Takde banyak kerenah. Sekarang da banyak akal. Stamina ibu ayah kena kuat nak mengejar anak. Hewhewhew... Alhamdulillah, anak anak behave je sepanjang berjalan dekat Melaka ni. ✌


The coolness of our eyes.

Melaka ni banyak sangat tempat menarik, tapi kita dengan anak kecik ni tak larat jugak nak pergi semua tempat. Kita bercuti santai santai, dan paling penting  makanan Viral di Melaka dapat jugak kita try. Oh ya, uols kalau ke Melaka, jangan lupa naik Melaka Cruise. Best tau & cantik sangat. Sambil sambil tu diorang akan terangkan sejarah tempat tempat di Melaka. Kiranya belajar sambil melancong laa githuuu.


❤ Melaka Cruise ❤

Untuk Melaka River Cruise ni, uols beli online saja.. murah sikit berbanding beli dekat kaunter (^^,). Ni pun husband yang bagitau beli online. Nanti sampai kaunter dia akan bagi resit. Masa ni weols naik pukul 5pm tau. Matahari on point lagi... Kalau naik malam lagi cantik sebenarnya sebab banyak lampu. Tapi memikir kan kita bawak budak, so memang elakkan pergi malam. Lagi satu, anak anak i ni jenis tido awal, pukul 8 pm da tido. Tak syiiiook kan kalau kita naik Cruise diorang tido, mesti tak selesa. Kita berjalan nak anak happy & merasa pengalaman berjalan... yedak.? 🥰



OhMissBlossom__said :Sis cubaaa.. Lama sangat tak menaip ni, kasik can laa lepas gian! hihihi. Okay la cerita pendek dari ibu. Intro tak boleh panjang panjang. Ada masa nanti sis update naa.