Sunday, August 28, 2011

Aku Anak Malaysia Merdeka

Assalammualaikum....

Sila klik bendera di atas untuk join (^^,)
Closing date : 16 september 2011

Pertama sekali, Terima kasih incik ketam kerana sudi 'tag' aiNa untuk join contest "Aku Anak Malaysia Merdeka". Salam perpaduan dan selamat menyambut hari kemerdekaan. Tunjukkan semangat patriotik  sebagai lambang kesetiaan kepada negara. Bangga kerana dilahirkan sebagai  "Aku Anak Malaysia Merdeka". Tema kemerdekaan tahun ini ialah 1Malaysia : Transformasi berjaya, Rakyat sejahtera menunjukkan pembangunan positif negara setelah usia kemerdekaan menjangkau 54 tahun. 

"Aku Anak Malaysia Merdeka" sememangnya bertuah di lahirkan di bumi yang aman dan makmur. "Aku Anak Malaysia Merdeka" membesar ketika negara membangun dengan pesat. "Aku Anak Malaysia Merdeka" akan berbakti kepada negara. "Aku Anak Malaysia Merdeka" lahir dengan penuh kemewahan dunia, tanpa melalui kekejaman dan segala bentuk penindasan. "Aku Anak Malaysia Merdeka" bertuah kerana dapat menikmati segala kemudahan yang ada. 

Janganlah kita leka kerana di luar sana banyak mata-mata sedang mengintai peluang yang ada. Bersyukur dan hargailah usaha para pejuang yang maut di medan perang bagi menegakkan maruah bangsa dan negara. Tahun ini, kita akan menyambut dan meraikan dua kemenangan dalam 1 masa. Pertama ialah Hari Kemerdekaan dan yang Kedua ialah Hari Raya Aidilfitri. Kemenangan dalam memperjuangkan hak negara dan juga kemenangan melawan nafsu. 

Semangat patriotisme perlu di tanam dalam diri, kibaran Jalur Gemilang adalah simbol kebanggaan sebagai "Aku Anak Malaysia Merdeka". Semangat nya aiNa...~! Haruslah semangat kerana "Aku Anak Malaysia Merdeka". Bayangkan kalau kita berada di Palestin. Hidup dalam ketakutan, hidup sebagai pelarian. Jadi bersyukurlah dengan kehidupan kita yang aman tenteram. Zahirkan semangat cinta terhadap tanah air. Sama-sama mempertahankan negara. Berpegang pada konsep bersatu padu bercerai roboh.

Sebagai tanda sokongan, aiNa join contest "Aku Anak Malaysia Merdeka" ini. Maklumat lanjut "Aku Anak Malaysia Merdeka" anjuran Dezaman, klik Bendera di atas. Jom join ramai-ramai sebelum 16 September 2011. Ada hadiah.. (^^,) Sangat menarik okay.~! Sempat lagi korang nak mengarang ayat sambil makan ketupat rendang (^__^).

aiNa tag mereka yang Awesome.~!

OhMissWhatEver__said : Jerit dalam hati kuat-kuat "Aku Anak Malaysia Merdeka" (^^,). Kalau jerit ikut mulut nanti orang ingat aku mengigau time tido pulak..=P. Selamat Hari Kemerdekaan~! Thank you Malaysia. 


Friday, August 26, 2011

~Selamat Hari Raya Aidilfitri~

Assalammualaikum.....



Selamat pagi ladies n gentleman.. Salam satu Malaysia...
Di kesempatan ini, aiNa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir dan Batin....

Maafkan segala khillaf sepanjang jari melayang melahirkan kata-kata...
Diri ini tidak sempurna, 
hanya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan...

Terima Kasih kawan,
 kerana sudi membaca pelbagai kisah suka duka yang tercoret di sini...
Terima kasih,
 kerana sanggup berkongsi cerita hasil nukilan yang tak seberapa....
Terima kasih,
 di atas nasihat, sokongan, dorongan dan juga kritikan yang di berikan (^^,)...

Buang yang keruh ambil yang jernih....
Akhir kata, sambut lah Lebaran di samping keluarga tercinta dan insan tersayang...
Semoga syawal tahun ini lebih bermakna dan membawa 1001 kenangan buat u all...
Yang baik datangnya dari ALLAH, yang buruk datang dari diri aiNa sendiri...


OhMissWhatEver__said : Kepada yang memandu, berhati-hati dijalan raya..(^^,) ingat lah insan tersayang..kepulangan anda di rai bukan untuk di ratapi...lot of love from me.~!

p/s : raya jemput lah datang rumah...(^__^).

Wednesday, August 24, 2011

~Soalan cePumas...Cepu gangsa~

Assalammualaikum....

Selamat malam semua~! Tinggal seminggu lagi nak menyambut hari raya. Masing-masing nampak excited. Yela, ada yang dok pasang langsir, kemas rumah..alih perabot dan lain-lain.. Okay la..ni nak tanya,  pernah tak  u all berdepan dengan soalan-soalan cepumas, cepu perak atau cepu gangsa.? Pernah tak..? Kalau pernah, we are in the same boat. (^^,) 

Bila da berkumpul ramai-ramai mula la rancak berborak. Tak kira event ape, ade je soalan-soalan yang nak tampar gendang telinga orang. Soalan  mengalahkan mami jarum. Bila ada kenduri kendara atau hari raya, masing-masing sibuk dekat dapur. Satu dapur tu memang riuh. Buat kerja sambil mulut berjalan.. Let say, tengah kau potong bawang..tiba-tiba peha kau kene lepuk....

" Hah, ni bila nak kawen..umur da nak masuk 23 tahun,tak de calon lagi ke...Ingat kita makin tua makin tak laku naaaaa.. Kamu bukan muda lagi, mak kamu umur macam ni da lahir kan kamu..."

Okay, sapa pernah kena soalan laser macam ni.? Isu ni kan tak lapuk dek hujan panas. Sentiasa  evergreen. Ni isu bila single mingle... kalau aku kene macam ni, jawapan standard yang aku bagi.. 

"Buat masa ni kawan-kawan je dulu. Tak fikir lagi bab-bab ni...Insyaallah sampai jodoh kawen laaa.." 

Mesti u all rasa sesak nafas kan..! Agak-agak kalau tengah minum mau tersekat air dekat halkum *sejak bila kau ada halkum labuu*....Bila da kawen, timbul soalan cepumas cepu gangsa berbentuk macam ni.....

"Bila nak ada 'isi'..kawen da nak dekat 7 tahun. Pergi  la check dekat hospital..Tengok Kak Lang kau tu, anak dia boleh buat satu team bola sepak...kau bila lagi..?"

Soalan-soalan macam ini boleh buat orang menangis...boleh down kan orang..boleh buat kan si empunya badan rasa rendah diri. Sebelum berkata-kata, fikir 4 5 step ahead. Jangan da cakap, baru sedar yang u hurt somebody else. Kan..? Kadang-kadang kita kene letakkan diri kita dekat tempat orang lain. Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Bercakap tentang rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut semuanya kuasa Allah. Kita berusaha, berdoa dan tawakal... Manusia hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan..~! 


OhMissWhatEver__said : Kepada yang berdepan dengan situasi macam ni, semoga u all tabah menghadapi dugaan hidup...~! Setiap orang ada rezeki masing-masing..(^^,)

Sunday, August 21, 2011

~Break Fast~

Assalammualaikum.....

Happy suNday..~! Hari ni u all berbuka apa..? Mesti sedap lauk pauk yang terhidang kan. Hari ni aiNa cakap nak buat Pengat Pisang yewdak. Tak kisah la nak cakap Pengat ni pembuka selera ke, pencuci mulut ke..yang penting masuk ke perut. Yup, hari ini menu berbuka puasa kami sekeluarga ialah........


Yeah ini dia....~! Mee Bandung (teringat mee bandung MuaR~! syiok dowh), Nasi goreng Cina dan desert nya ialah...Pengat Pisang campur Keledek. (^_^) Thanks master chef Hamiah Samsuri coz curahkan ilmu during sem break ni..  Korang kenal tak Master chef sorang ni..? Femes koot.. Paling femes dan paling gojes dalam rumah aiNa okay. Sudah semestinya my mum. (^^,). Best jugak cuti lama-lama ni boleh increase skill memasak. 

Semua ni hand made yaw..no beli-beli. Since puasa hari tu, sekali aje kitorang beli dekat bazar...sejak telan kuih karipap takde inti terus taubat nak pergi bazar. Haish..takde inti dok..wa makan tepung je rupanya~! kejam tak kejam la kan...Kakak-kakak, abang-abang, pakcik-pakcik..dan makcik-makcik..kesian la dekat kami para pembeli nih. Punya excited nak makan karipap..sekali dalam tarak inti..Kuih sikit punya mahal seketul enam kupang..covert kepada sen jadi 60 sen. Toksah pening-pening. Aku da tolong tukarkan. Kalau mahal tapi sedap i tak kisah..ikhlas dari hati yang pink lagi suci ni..

So, lupakan kisah sadis yang berlaku...Yang penting i nak melantak pengat lagi...korang nak tak..? Nah silakan menjamu mata...kalau nak jamu selera jemput lah datang ke rumah...(^^,) hehehe....


OhMissWhatEver__said : (^__^)...hobi saya menggemukkan adik2 saya....~! 

Saturday, August 20, 2011

~Mereka di RantauaN~

Assalammualaikum....

First of all, thanks ye incik ketam coz bagi kad raya...aiNa da paste kat entry~!


Debaran hari raya semakin di rasai....bunyi mercun berdentam dentum sana sini. Excited sungguh tengok budak-budak main bunga api. Meriah betul masayarakat kita di sini bila nak beraya.. Macam mana pulak dengan mereka-mereka yang jauh di rantau orang..? mesti rindu dengan suasana yang meriah macam ni kan.?

Kau hengat dapat ke diorang main mercun dekat overseas tuu.. (^^,). Di kesempatan ni aiNa nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidifitri..Maaf zahir dan batin kepada pak uda, mak uda dan juga sepupu aiNa yang berada di perantauan.. Da dua kali raya kita tak jumpa..nak buat macam mana, tuntutan tugas perlu di utamakan..sumpah kangan bangat~!


Thanks for being my silent readers~! pakcik n makcik aiNa.


Okay,cool picture pak Nad.

Boleh bayangkan tak macam mana perasaan diorang bila kita dekat sini makan ketupat, rendang, dodol dan sebagainya...Berkumpul bersama sanak saudara. Bermaaf-maafan sesama ahli keluarga. Tapi mereka cuma sebatang kara. Meraikan hari raya bersama kawan-kawan yang senasib dengannya..Tu la dugaan seorang perantau..

Agak-agak kalau u all kat oversea, menangis tak..?? hah, jangan tipu la kan. Alangkan emak duduk KL anak duduk Melaka pun ada yang melalak nak balik rumah..Kalau campak dekat oversea menangis sampai kejung urat agaknya. Itu yang anak emak laa..yang jenis duduk bawah ketiak je. Cuba campak aku..(^^,) insyaallah aku try survive... Tapi aku yakin, u all pun mampu berdikari kan. 

Bila aku boleh buat salam perantauan ea agaknya..? kepada jpa terima kasih coz sudi taja pengajian saya sekarang. Lepas ni hantar la saya buat master dekat Oversea pulak yee..! Hantar dekat jepun ke korea pun boleh jugaak..Huhuhu..*ingat JPA tu company mak ayah kau punya ke aiNa* =P. 

OhMissWhatEver__said : Sembilan hari lagi menjelang syawal...u all da beli baju raya belum..?persiapan raya tahun ni macam mana..? ape pun elakkan pembaziran okay.~! (^__^)

Friday, August 19, 2011

~10 maLam terakhir Ramadhan.....~

Assalammualaikum....

Selamat pagi Malaysia...da solat subuh belum..? (^^,). Hari ini 19 ogos 2011 bersamaan dengan 19 Ramadhan. Diam tak diam, sedar tak sedar sudah 19 hari umat islam berpuasa.. Ini bermakna kita dah sampai di 10 malam terakhir di bulan Ramadhan.. Kita gembira kerana bakal menyambut Syawal tidak lama lagi. Tapi para malaikat dan ahli kubur menangis kerana Ramadhan beransur pergi.. 

Jangan lupa bahawa 10 malam terakhir, di mana dengan izin Allah mereka yang terpilih akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Kejar lah selagi kita mampu, selagi di kurniakan kesihatan yang baik, selagi masih berpijak di bumi ini. Malam Lailatul Qadar lebih baik dari seribu malam..

Rasulullah s.a.w bersabda, “Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.” Riwayat Bukhari.

Jom baca...~! Sharing is Loving (^^,) 

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1429H/2008M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

"Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukan kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar" (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga, Dakwah dan sebagainya.


OhMissWhatEver__said : Sedikit tazkirah di pagi hari..Di sepuluh malam terakhir, berlumba kita mencari keredhaanNya. Hidupkan malam beribadah dan iktikaf, Berdoa, bertasbih dan memohon keampunan...

Thursday, August 18, 2011

~Ni so-sial ke sosial..?~

Assalammualaikum....

Selamat malam readers and viewers. mungkin agak lambat, tapi aiNa nak ucap juga..salam nuzul al-quran. Maklumlah, 'beruk' band aiNa kene sumpah jadi siput sedut itu yang buatkan segala urusan tergendala..Nak update blog, nak blogwalking pun payah.. sob..sob..sob.Okay2, itu bukan isu nya..

Baru-baru ni, i pergi komtar. Saja jalan-jalan di samping shopping untuk raya..ok takde hal la kan, orang lain pun shopping juga. Yang jadi hal nya bila tengah aku belek-belek handbag, tiba-tiba terdengar pulak suara lebih kurang cenggini bercakap...

Bee, u kat mana ni.. i dekat sini da lama tunggu tau. U janji nak amek i pukul berapa? Sekarang pukul berapa. Da la pagi-pagi lagi i da blah dari rumah tu. Kalau parents i jumpa, memang masak i kene bantai....Ni bukan first time i lari kan. Bee pick up me as soon as possible pliss.. 

Kaku kejap tangan mak neng yang ligat belek handbag. Sempat juga la intai-intai tuan empunya badan yang masih bercakap dengan phone melekat di telinga. Dari firasat dan penilaian aku, gaya nya masih bersekolah lagi. Dengan beg selimpang, dengan sneakers, dengan cermin mata besar ala-ala paris hilton, ditambah lagi dengan pakaian yang tak cukup kain.. rock habis budak ni~! adoi, maksiat mata, maksiat telinga di bulan puasa...korang fikir ape ea kalau dengar apa yang aku dengar..??

Tak sanggup nak stay lama kat situ i pun angkat kaki.. sambil otak ligat berfikir. Mencari jawapan yang tak pasti.. boleh tak aku kelas kan ini sebagai masalah sosial.? Kalau kau nak keluar shopping, ade ke bawak beg selimpang besar ala-ala sumbat anak gajah pun muat.. Pastu pagi-pagi buta da keluar without parents permission... i'm weird + curious.~! 


Alorh, suwit nya flower girl nih...~! gambar hanya sekadar hiasan. i mintak dekat pakcik google.. Sekadar berkongsi cerita dan pengalaman. Setiap orang ada impression masing-masing. So, pandangan u all macam mana pulak..?

OhMissWhatEver__said : Lari rumah dan kawen lari......erm, sama tapi tak serupa.~! (^^,). kpd runners, insaflah..mintak maaf banyak-banyak dekat parents selagi mereka masih ada..


Tuesday, August 16, 2011

Kad Raya + Duit Raya Fairus Ibrahim

Assalammualaikum....

Bulan Ramadhan ni ramai yang bermurah hati buat GA nak bagi duit raya.. Eh terima kasih la, murah rezeki korang.. (^__^). Walau pun belum tentu aiNa dapat, tapi tak salah kalau kita join. Mencuba nasib dan memeriahkan lagi suasana. Ahaks. Ada rezeki tak kemana. Tuah orang tak siapa yang tahu.. kan..? So, jom la join kawan-kawan...

Tarikh tutup : 21 Ogos 2011

Hah.. sapa tak nak barang free.. Sila angkat kaki..! *gurau2 aje*
Habuannya ialah duit raya dan kad raya.. 
GA ni anjuran  F.I dan juga Cikgu Fiqrie
Nak tahu lebih detail, just klik banner dekat atas tu ye...(^_^)
Apa tunggu lagi..? Pergi la buat serbuan dekat blog Fairus Ibrahim...

Sekarang aiNa nak tag mereka yang bertuah

OhMissWhatEver__said :  aiNa di tag oleh =d=. Thanks tau awak..~! (^______^

Monday, August 15, 2011

~Mai deNgar sat~

Assalammualaikum....


Ramadhan yang ke 15. I dedicate to all of beloved readers n viewers...(^_^). Lagi dua minggu meyh nak raya..Hoyeah! Hoy, apesal kau ni excited sgt aiNa.. Takde lah excited..semakin hari semakin rasa debaran syawal. Jadi lagu raya pun da berpusu-pusu kua dekat radio. Haku pun nak lagu raya jugak... lagu ni lagu moden. Later on, i upload lagu tradisi sikit okeh. Macam lagu Uji Rashid, Hail Amir, Saloma, Sharifah aiNa aiNi ke...(^_^). Lagu lama ni tak jemu dengar woo. Evergreen der.!

Eh, aiNa nak tanya.. u olls da bayar zakat fitrah belum.? Erm, kalau belum bayar la cepat-cepat tau. Ingat ye kawan-kawan, ada golongan yang lebih memerlukannya. Ayah aiNa cakap, selagi kita tak selesai kan zakat ni amalan puasa kita tergantung. Tak sampai ke langit... Kalau kita tak bayar sehingga selesai Solat Hari Raya Aidilfitri, amalan puasa kita selama sebulan tak di terima...Waallahu'alam. If i'm wrong please correct me yaw.


OhMissWhatEver__said : Ceriakan hari anda dengan senyuman...senyum membuat kan u olls awet muda gitu. 


Sunday, August 14, 2011

~Kuih raYa Peberet~

Assalammualaikum....

Arini kita cerita tentang kuih raya peberet la ea, memandangkan adik aku yang bongsu ni da merengek-rengek suruh buat conflakes madu. Handmade by aiNa n mama mia. Ni wajib nak ada setiap tahun. Biskut peberet lain Almond London n Rainbow. Selebihnya mama mia cari kuih tunjuk-tunjuk aje laa. U olls suka cornflake madu tak..? Kalau tasuka, hui tak tau la hangpa ni. Sikit punya sedap sampai titisan madu yang terakhir. (^__^). 


U olls boleh buat bisnes juga untuk tambahkan pendapatan keluarga. Yela, nak raya kan. Kau nak macam-macam. Baju raya 10 pasang, kasut berkotak-kotak.. so, lu pikir la sendiri nak cari side income celah mana. Modal untuk buat cornflake madu ni tak la besar sangat. Kita cuma perlukan butter, gula, madu...yang paling penting mesti la Cornflakes.! Simple mimple kan. Hasilnya memang sangat superb dan menjadi kegilaan ramai. *tapi tak sampai histeria lagi la bila nampak cornflakes madu*


Ni pakcik Google da tolong tunjuk gambar. Majoriti suka cornflake madu rite~?. I sekali ngadap pun boleh habis sebalang kuih raya tau. Huhuhu, nak buwek camne dapat awek bela jin Aladdin dalam perut. heeehee. Cornflake madu ni memang simple. Selaju kau kunyah dan telan... paling caukiya la senang cite. Tak leceh. Empingan jagung yang ranggup, di tambah madu yang sememangnya kaya dengan khasiat.  Senang cite selain sedap ia berkhasiat juga tuh.


OhMissWhatEver__said : Cornflakes madu ni tak boleh buat awal-awal. Karang masuk perot aku, tak sempat tunggu raya. (^_~) (~_^).

Friday, August 12, 2011

~KeNangan aKu di PerantauaN~

Assalammualaikum....

Salam Jumaat guys, 17 hari lagi untuk kita menyambut hari raya Aidilfitri. U olls da buat persiapan raya belum..? (^__^). aiNa take time after buat revision kalkulus... kepala mak jemah da nak migrain nih. Di pendek kan cerita, tiba-tiba teringat masa berbuka dekat perantauan dulu. Ececeh, bajet dok oversea nak jadi perantau bagai. Pada hal Selangor je pon. 

Flashback zaman dipLoma, ketika menuntut di Sabak Bernam. Aku tak tahu kenapa zaman dip Lagi Best dari zaman deg sekarang nih. Anybody can tell me why...? why..? uh, mybe burden n pressure to faced tak sama. Kan3..? *facepalm*.  So, ini mereka-mereka yang telah bersusah dan bersenang lenang selama 3 tahun. 

Dip Enviromental Engineering  batch 2007-2010

O-yeah, aiNa mana..? certeka, certeka. Sadis juga tak dapat sambut puasa dengan family. Masa ni la teringat Mee kari, Mee bandung, Mee rebus, Nasi ayam dan segala juadah cap air tangan bonda terchenta. Berpuasa di perantauan, sumpah koboi gile. Ni pengalaman aku lah, sahur makan roti x pun biskot cecah miLo. Sekali sekala je turun cafe. Tu pun lauk, alahai.. macm hidup segan mati tak mahu.  Zaman study u olls cmne pulak..?  

Desert....

Miss this moment... 


Entry aiNa di bulan puasa semua mendamaikan, cuba review sikit. =P. Insyaallah kita elakkan entry yang menyentuh emosi.. (^__^) Don't label aiNa yaZid seorang pemarah or pengganas or penggarang or penyedih, oH tidak! aiNa yaZid seorang yang cool n steady...=P. I'm here not to marah-marah, but want to share something n happy things.

My advice during holy Ramadhan, muhasabah diri wahai awak yang di kelilingi musuh sejagat.. Mesti ada something wrong somewhere yang people doesn't like. Chill bebeh..! pekena Banana Split pun sedap kan...Okeh, sila jangan pandang lama-lama takut nanti korang klimaks sampai terliur kan...

OhMissWhatEver__said : Banyak kenangan indah tercipta ketika ini, mungkin tak ber-komitmen lagi agaknya...(^__^). pssst, korang buka apa today..?

Thursday, August 11, 2011

~Spontaneous Thursday: part 2~



Life is not rehearsal. Each day is a new show, no repeat, no rewind, no retake, so give your BEST shoot in all your acts...!!

Wednesday, August 10, 2011

~Put your self in Their shoes~

Assalammualaikum....

.....KFCM_Elia....

Dear readers n viewers... semakin hari semakin galak aku tengok orang bercerita tentang KFCM dan Elia. First of all, i feel sorry to Elia. Be strong dear, semoga tabah menghadapai dugaan. Alhamdulillah, awak di bukakan "hijab" yang selama ini tertutup. Awal-awal cerita putus tunang antara diorang aku diam kan sahaja. Menjadi pemerhati yang setia, dan hanya mengikut perkembangan dan berita. Tapi sekarang, aku sokong entry si rapunzel. Nak tau sila jengah entry dia. (^_^).

aiNa nak jadi 'ustazah pilihan' kejap di pagi Rabu yang hening ini. People always assume a things without knows the realities. Come on dear, we never knows the truth. Just put your self in their shoes and i wish, none of u have to face this situation in the future. It's hard sayang. Kita yang tak tahu pucuk pangkal, tak payah nak mencelah. Tak payah lantang sangat berkata andai jodoh sendiri masih samar-samar lagi. Apa yang terjadi sudah tersurat di lohmahfuz. Setiap kejadian pasti tertulis hikmahnya.  

Why not, kita sesama manusia ni menadah tangan ke langit dan meminta semoga KFCM dan Elia panjang jodohnya, bahagia hingga ke akhir hayat. Andai hawa di cipta dari rusuk adam nya, pasti bersatu jua. Bukan menangguk di air keruh.! Tabur kata-kata fitnah, sindir, kutuk dan segala bagai. Kalau da macam ni, bukan mulut persis longkang. Tapi da sebijik macam sewage treatment plant. 

When people say bad thing about us, balas lah dengan lafaz "Alhamdulillah". Smile always, because it's the best medicine. Sangat kagum dengan semangat cekal Elia. Kalau u olls follow dari awal blog Elia , sumpah u olls boleh bayangkan bertapa shuwit nya cerita ciNta mereka. How Elia meet MIA....from A to Z. Lengkap.! Biar lah cerita itu, menjadi kenangan indah antara mereka walaupun kadang kala kenangan itu pahit untuk di kenang.

OhMissWhatEver__said :  Syukur lah kerana di bukakan "hijab" seketika. Sesungguhnya manusia mampu menilai yang mana Kaca yang mana Permata. Weeeee...(^_^)

Monday, August 8, 2011

~Coklat ni meMang Nikmat kan~

Assalammualaikum...

Gud Morning readers and viewers.. (^_^). U olls sahur ape hari ni..? Sedar x sedar da masuk hari ke-8 umat islam berpuasa. Alhamdulillah, aiNa masih berpuasa hingga sekarang. Korang pulak macam mana..? Orite, pagi-pagi lagi da menjamu coklat lepas makan nasi. Korang tau tak ape maksud N.I.K.M.A.T..? Erm, macam tu la aku rasa pagi nih.

Coklat baik untuk kesihatan. Especially, dark chocolate. Sebab, coklat nih boleh reduce level stress u olls. Sapa yang agak-agak isi hotak da nak terburai ke, kepala rasa nak pecah ke..buat-buat la bertendang bertenang. Ye, aku dan coklat tak dapat dipisahkan. Sebab tu dulu pakai baju siaz S, sekarang da kene pakai saiz M sikit lagi nak ke saiz L. Bhahaha...

Tapi, bulan puasa nih aku amek kesempatan untuk mengecutkan segala lemak yang telah aku ternak selama 3 bulan lebih ni... da hasilnya, AmaziNg..! =p. Other than that, u olls boleh bagi coklat sebagai present. Macam besday gift ke, time awek gatai merajuk ke. Eh, jangan buat aku merajuk der. Karang tak ter-pujuk..! Aku tak main coklat setakat satu bar or tiga bar. Tapi aku nak coklat satu rak macam kat bawah niee..! buleh dok.?


Bagai berada di alam fantasi bak Charlie and the Chocolate Factory. Eh salah tuh..! aiNa and the Chocolate Cadbury yaw. (^_____^). So, pesanan model Cadbury di atas... although u in luv with chocolate just like me, don't take too much sayang. Bukan coklat aje, senang cite makanan yang manis bangat.. less sugar, less calories..take care of your health!


OhMissWhatEver__said : aiNa da start review note sem depan (>_<). Banyak tak pahaaaamm! uhuks... terpaksa kurangkan aktiviti m'online. Jangan lupa aiNa ye kawan2!


Sunday, August 7, 2011

Contest Blog Aku Kene Gigit by Coklateyes

Assalammualaikum....

Hello peeps! Cik Innanie telah mengingatkan aiNa tentang contest yang dia anjurkan. I lupa lah. So, tanpa membuang masa i pun join la. (^_^)

Klik banner dan jom kita ramai-ramai join contest ini...

Due Date : 15 Ogos 2011

" Saya Suka Geget Blog Hanya Dari Mata kerana...." blog itu berwarna cokelat. Okay, saya sangat fanatik dengan coklat. Blog coklat itu, bikin air liur bisa cair kerana aku bagai berada di alam cokelat Cadbury. Banyak entry yang dapat menambahkan ilmu pengetahuan. Blog yang simple, kreatif  dan paling penting, cepat loading..! Selamat maju Jaya Innanie.


DoNe...! aiNa tag :

OhMissWhatEver__said : Come n join us. Untung badan dapat barang BodyShop tau...! (^_^).

Friday, August 5, 2011

~Bila ada SALE..!!~

Assalammualaikum...

Betul ke kaki shopping sinonim dengan wanita..? tapi, wa respect la dengan kaum adam bila diorang pergi membeli belah. Kene juga mengaku, lelaki sangat simple berbanding wanita yang maha cerewet ketika membeli belah. Almaklumlah... Nafsu sembilan kan. Siapa yang ada ibu, kakak, adik, wife, ade awek ada kawan perempuan konfem faham. 

Bila mega sale, jumbo sale, year end sale...mesti wanita yang leading masuk shopping complex. Korang kene tahu, banyak tau tanggungjawab wanita ni. Kenapa diorang berpusu-pusu g mall time sale..? hah, wanita kan perancang ekonomi keluarga. Kalau tak pergi time sale, kopak la duit korang sebagai lelaki merangkap suami atau ayah atau sugar daddy (eh..tercacul!).

Bagi couple merpati dua sejoli, u olls mesti suka shopping dengan gurl n boy korang kn. Erm, x salah tu, shopping la sama2. Tapi jgn suruh gurl or boy korang yang bayar. Kalau dia yang ikhlas nak belanja takpe. Not sweet la sayang.! Nanti di cop perempuan pisau cukur dan lelaki pisau rainbow. =P. 


Lagi satu, sale ni memang tak pernah lekang. Kalau kita tengok sepanjang masa lah nak sale.. Dari awal tahun sampai akhir tahun. Jadi tak payah ghairah sangat shopping tu. Takut nanti membazir pulak. Membazir tu amalan syaitonirojim. So, dari shopping sakan bagai, baik kita simpan duit untuk masa depan. Kalau agak2 ada baju-baju terpakai yang masih elok tu hantar la ke rumah anak yatim. (^_^). Selain elakkan pembaziran kita boleh buat amal jariah. 

So, aiNa nak ingatkan. Bagi yang belum shopping raya tuh.. berpada-pada ye ketika membeli belah. Elakkan pembaziran. Biasa la, bila dekat mall semua benda kita nampak cantik. (^_^). Amalkan perbelanjaan berhemah dan beli ikut kemampuan anda. Jangan amalkan konsep, bia papa asal bergaya.! 

OhMissWhatEver__said :  Korang pernah shopping malam raya.. betul ke diorang letak harga runtuh...? (~_^) (^_~) 

Thursday, August 4, 2011

~Spontaneous Thursday~




"....Walau setinggi manepon kasih sayang kita pada seseorang, Simpanlah sedikit keraguan di dalam hati, Agar kita tidak mudah rebah, Tetapi masih ada kekuatan untuk bangkit...."


Tuesday, August 2, 2011

~Kak aiNa..! toLong.. (T_T)~

Assalammualaikum....

Dear readers...Hari ini merupakan hari kedua umat islam berpuasa. Semoga Ramadhan tahun ini lebih bermakna dari tahun sebelum nya. (^_^). Okay, actually i dapat email dari someOne. Merupakan seorang blogger juga. Katanya, dia tertekan dan tak tahan untuk face dengan cik aNon, n haters...sedikit petikan dari kata-katanya.

" ....Kak aiNa, saya tak mampu dan tak larat untuk berdepan dengan haters, cik aNon or stalker. Saya da penat la kak aiNa... Kata-kata dan komen diorang sedikit sebanyak memberi kesan terhadap diri ini. Rasa down sangat-sangat. Saya rasa nak berhenti dari dunia blogging..."

Aku terfikir..ai, bulan puasa yang mulia ni pun still ada orang yang nak cari pasal.. nak juga jolok sarang tebuan. Bulan yang penuh keberkatan ni, kalau kita buat amal tapi mulut dan hati persis longkang pun tak guna juga.. Mai sini mak nak kongsi sikit. Satu aib orang kita dedahkan, sepuluh aib kita Allah dedahkan. 

Adik jangan amek serius sangat dengan kata-kata yang di lemparkan oleh cik aNon itu, jawab komen dia dengan penuh positif. Contoh macam ni :

" peh..! gambar nak ala-ala model. Kau ingat lawa noo, bajet comel lotey la tu. Kau sikit pun x lawa doo. G cermin diri dulu. Kalau takde cermin aku boleh bagi..."

"...ah kau, tak payah nak poyo.! Bebual je lah. Apa yang kau tulis takde org nak baca. Org pandang kau pun sebelah mata je lorh..."

Jawapan akak ~> Thanks wahai cik aNon atas komen yang sangat membina ini. Saya sedar diri saya tak lah berapa cantik, tak comel lotey macam cik aNon barangkali. =) Tapi.. saya sangat bersyukur. Sekurang-kurangnya saya cukup sifat. Alhamdulillah. It's okay kalau anda memandang saya sebelah mata. Kerana pandangan anda tidak bermakna melainkan pandangan dari Allah yang satu. Dari memandang orang sebelah mata, alangkah bagus nya jika tidak memandang langsung. (^_^). 


So, sayang..chill okay.! Tak rugi n tak luak pun kata-kata nya. Pahala pun kita dapat. Nak-nak bulan ini bulan puasa. Komen-komen itu adalah kata-kata perangsang dan penguat semangat untuk adik terus berjaya. (^_^). Okies.! 

OhMissWhatEver__said :  U know what dear.. haters make u famous. Haters can up ur traffic =P...okay, tata!