Wednesday, August 24, 2016

~ Wordless Wednesday : Pulut Mangga ~

Assalammualaikum




OhMissBlossom__said : Sodaaaaaaaaaaaap aih. Nikmat betul dapat pulut mangga ni. (^^,)

Friday, August 19, 2016

~ Noor Amila Edrus Syurga Buatmu ~

Assalammualaikum....

Salam pagi Jumaat..!

Al-fatihah buat arwah adik Noor Amila Edrus yang di temui semalam. Insyaallah syurga menanti kamu sayang. Aku yakin seluruh rakyat Malaysia terkejut, marah dan sedih dengan apa yang berlaku pada arwah adik edrus. Semoga si pelaku di kenakan balasan yang setimpal..


al-fatihah buat adik Noor Amila Edrus

  • Apa salah budak ni sampai di bunuh..?
Anak kecik yang masih suci bersih,
Anak kecik penguat semangat ayah ibu,
Anak kecik yang rajin ke surau,

Allahu....sebak rasa bagai terkena tempias nya. 

Dunia akhir zaman. Semoga ayah dan ibu beliau tabah hadapi dugaan dan ujian Allah. Sesungguhnya DIA  Maha Mengetahui. Anak anugerah dan pinjaman paling agung yang Allah bagi... Walaupun ramai anak tapi tak kan pernah ada yang sama sebiji sebujur.

Sekian. Thank reading.


OhMissBlossom__said : Buat para ibu bapa semoga lebih ber hati hati... Macam macam dalam dunia sekarang ni. Semoga kita sentiasa dalam lindungan Allah swt. Amin.

Monday, August 15, 2016

~ Aktiviti Hujung Minggu & Cendol Durian ~

Assalammualaikum...

Hai uols.. apa aktiviti weekend yang lepas..? (^^,) Aku rasa setiap minggu ada je benda atau hal yang perlu di selesaikan. Macam da lama tak ber santai santai dekat rumah. Rindu jugak nak golek golek tengok tv sambil goyang kaki macam zaman bujang dulu. Sekarang da ber laki kita ajak laki goyang kaki la sekali..! Hihhihi. 

Sabtu lepas husband ada Event Xtreme day under RHB dekat Shah Alam. Iols tak ikut la. Letih kerja seminggu jadi nak rehat. Hihi lagipun nanti dia pegi berlari iols krik krik pulak. Tapi yang best nya depa ada pesta durian pulak dekat sana. Ish, aku dengan durian ni pantang betul... Kontra dengan husband iols. Dia bukan team durian. Alhamdulillah rezeki aku, dapat jugak husband bawak sebijik durian buat rerasa. Cukup la tu. Benda free memang sedap dia lain machiam. 

Next kita lari sesama ok.. (^^,)

Belanja satu pangsa sikit durian free... Rezeki.

Ni pulak aktiviti iols husband wife. Gigih husband kita tolong me-label shawl. Tq husband. Shawl ni semua dah selamat hantar ke adik ipar di Uitm Raub. Biasa la event budak budak U. Kena jual produk. Markah ni markah. Ada sesiapa ke dari Uitm Raub? Meh support adik ipar kita jual shawl. Macam macam ada, ala ala Karnival Usahawan la gitu berlangsung setiap hari selasa selama 4 minggu. Iols sentiasa support golongan muda yang minat berniaga. If korang nak berniaga dekat U atau memana tp xde modal.. Meh whatsapp, lepas tu kita sembang! 

Lautan shawl (^_^)

Student rate ni kita bagi paling murah. Yela hakak student jugak dulu.. Hihihi. Jadi, pukul 10 pagi semalam bergerak la aku ke Uitm Raub. Tengahari da sampai. Kl-Raub tak jauh mana pun... Jadi lepas da makan tengahari husband bawak weols pekena cendol durian musang king (nama kedai nya). Dekat sini macam macam jenis durian ada.. Boleh pilih. Antara pilihan nya ;

1) Cendol Durian Musang King/cup Rm 30
2) Cendol Durian D24/cup Rm 12
3) Cendol Durian Kampung/cup Rm 10

*banyak lagi pilihan tapi hakak tak ingat... cendol biasa depa tak juai sebab dia charge harga sama tapi durian asing. 

Kitorang pilih Cendol Durian D24 je.. (^^,)

Cawan besar ni kongsi dengan adik ipar.. husband memang out la. Nasib baik hakak mintak asing durian siap siap. Boleh la dia rasa cendol kosong tu. Kalau ada pertandingan makan durian, memang terang terang sis menang tanpa bertanding kalau lawan nya husband sendiri la. =P Okay rasa cendol durian ni, ber-lemak gilos. Haaa boleh bayang tak? Cendol ni da lemak santan. Pastu campur durian... berganda ganda rasa muai lemak semua. Tapi okay puas hati at least da tau macam mana rasa Cendol Durian. Tak terliur sangat la bila tengok orang makan next time. Mueheheh..

Okay belanja selfie satu! 

Masa aku sampai dekat Uitm Raub, tetiba teringat zaman diploma masa tahun 2007 dekat PSIS. Ohmai serius rindu zaman belajar. Zaman Diploma zaman paling enjoy aku belajar. Politeknik area Sabak Bernam ni kawasan yang takde mall besar besar, takde hiburan, takde wayang, takde benda benda lagha. Bila stress buat apa.? Sport je la cara release stress. Jogging dekat pantai, main squash main hoki. Paling kuat pun keluar pergi Sunway Pyramid main Ice Skating. (~_^)

Aku suka bila musim padi, cantik! Rindu sabak bernam. Nanti nak bawak husband melawat kawasan sana la. Boleh pekena Mee Udang dan Soto sedap.!

So, nilah cerita hujung minggu hakak.! 
Sekian, Thanks reading.



OhMissBlossom__said : Gambatte intan! Selamat berniaga.. Hehehe. Pengalaman iols, niaga tudung dekat U sangat laku keras. Lagi lagi kalau murah. Apapun rezeki Allah yang bagi. Yang penting usaha.



Wednesday, August 10, 2016

~ Review : Farm Fresh (Strawberry & Susu Kurma) ~

Assalammualaikum.....


Good Morning! 

Busy sangat kita minggu ni, nak nak lagi kena cover keje member yang on leave seminggu. Haaa merasa uols sis jadi sotong. Letih dia sampai nak masak pun tak larat. Hewhew... Nasib baik husband kita reti masak. Dia la take over masak untuk dinner 2 3 malam ni. (^^,) Tapi kannn air tangan suami ni sedap dia lain machiammm. Hahaha kalau sis yang masak sendiri ciput je sis makan. Terbalik pulak dengan husband sampai bertambah tambah. Gitu la laki bini kena saling tolong menolong kan. 


Yogurt Strawberry & Susu Kurma

Sedap jugak uols. Tu la orang kata, belum cuba belum tau. Selalu beli Yogurt Bliss je. Tekak husband kita lagi suka strawberry. Tekak iols dua dua pun OKje. Hewhewhew. Ni first time aku cuba Farm Fresh. Sebenar nya lama dah nak try Susu Kurma ni. Sebab rare dan banyak khasiat kan.. kalau yogurt biasa banyak la jual dekat supermarket. Alaa sebenarnya boleh buat susu kurma sendiri. Tapi sis malas. Hmm kita jujur je. Hahaha. Okay, Farm Fresh ni ada jual dekat pasaraya. Tapi Susu Kurma ni jarang sangat ada. Atau mungkin cepat habis. Ni pun iols beli masa balik JB dengan agen. Thanks dekat akak tu sebab boleh COD hingga tol Perling. 

Harga ;
700 ml Yogurt Strawberry Rm 6
700 ml Susu Kurma Rm 7.50

Buat warga JB kalau tekak tu rasa nak try Susu Kurma boleh contact akak NorKusziah Aim (016-7420852) Cas penghantaran di kenakan rm 3-rm 5 bergantung pada kawasan. Thanks jugak dekat kawan I E'in ni yang tengah ber pantang. Sebab dia upload gambar la Iols dapat contact hakak Farm Fresh ni, ok balik JB Raya Haji nak order lagi la. Insyaallah. (^__^)

Sekian, Thanks reading.!




OhMissBlossom__said : Agen Farm Fresh area KL ada tak...? Kalau ada boleh drop no phone or email or FB. Senang kita nak carik awak. N tolong business awak jugak. (^^,)




Friday, August 5, 2016

~ Tips : Selamat Kan Tabung Simpanan ~

Assalammualaikum....


Da habis bulan Raya rupa nya.! Sepantans kilat masa berlalu sampai tak perasan lama iols tak update blog, maaf busy sikit uols sampai order shawl partner sis take over kejap. Huhuhhu. Okay.. Setiap orang ada cara saving yang tersendiri.. Izin kan sis berkongsi sedikit tips kewangan dengan uols. Hehehe. Orang kata kalau tak boleh simpan banyak, cukup la kita simpan sedikit dahulu.. Antara cara nya.. simpan 10% dari gaji bulanan... Bagi golongan baru bekerja, macam aku ni baru nak 2 tahun kerja sesuai amalkan. Muda belia remaja lagi. Ahaks. Takde komitmen berat lagi.

Marilah kita saving di usia muda... (^^,) Kadang kadang nak mula saving ni, dia punya godaan memang menguji! Mungkin ada orang akan anggap kita kedekut sebab kia tengah berjimat cermat. Kedekut dengan berjimat ni lain okeh.. Jadi, persetan kan apa orang kata. Yang penting niat kita... Kalau tak ada saving, jom cuba selamat kan tabung simpanan dengan cara ;


1) Kawal nafsu belanja

2) Simpan duit lebih gaji, bukan beli handbag baru, baju baru...

3) Tak perlu hari hari kopi Starbuck... Air bancuh 3 in 1 pun sedap dan jimat.

4) Belanja kurang dari pendapatan.

5) Ubah gaya hidup..! tak perlu dress up artis sgt. Ubah dari cafe hipster ke dapur sendiri.

6) Write down monthly budget

7) Cari hobi yang menambah kan pendapatan.

8) Beli secara tunai dan kawal penggunaan kad kredit

9) Diet dan amalkan makanan sihat.. Fast food hari hari pun tak elok.

10) Melabur di tempat terjamin (Contoh Tabung Haji/ Asb/ Insurance)

11) Tudung.. tak perlu yang branded dan mahal.  Tudung murah pun cantik & berkualiti (macam tudung Aryana Couture...giteww =P)

12) Bawak bekal pergi kerja (if ada kesempatan)

13) Jimat kan penggunaan elektrik di rumah.

14) Beli barangan tempatan dan sokong peniaga kecil.. Beli dekat pasar tani puas hati.

15)  Banyak kan amalan ber sedekah

16) Main undi. Haaa take note sikit pasal main undi ni. Biar lah main dengan orang yang betul betul boleh di percayai! 




Mula lah menyimpan walaupun sedikit. Bukan berapa banyak menyimpan yang penting, konsisten. (^__^). Simpanan hari tua orang kata.. Muda muda kita banting tulang. Da tua nanti tak kuat takde kudrat.. Takde siapa yang boleh ubah nasib kita, kalau kita tak berusaha. 

Kalau orang ada duit banyak dan duit gaji tak pernah habis, itu ikut suka la nak beli apa. Nak travel satu dunia pun tak jadi masalah. Ini, idokkk belum sampai bulan gaji.. gaji da tinggal belas ringit dalam akaun. Takpun bukak dompet serupa tumbuk bawang.. Banyak kertas & resit dari duit. Hewhewhew..... pastu.? Orang keliling jadi mangsa... Hmm. Ubah cara okay.. Matlamat kita Financial freedom.!

So, pada sesiapa yang berminat nak buat side income untuk jadi Dropship/Agent Aryana Couture boleh email atau whatsapp terus 0132523620. Kena lah sahut cabaran menteri kita.. buat 2 - 3 kerja dalam satu masa. (^^,) 


Sekian... Thanks reading! 




OhMissBlossom__said :  Any tips tentang tips saving uols...? Meh la share.. (^___^)