Assalammualaikum......
Hello uols!
Nak tanya sikit ni, selalu korang beli handbag bajet berapa..?
Lepas tu korang ada berapa ketul handbag dalam simpanan.?
Mahal ke idok.? Teeettt.. (^^,)
Tak kisah la mahal atau tidak. Poket memasing kan. Ada few brand jugak yang pernah jadi koleksi aku antara nya Sembonia, Carlo Rino, Guess, Coach, sis petik few brand je. Ada jugak yang cap ayam-brand. Tak kesah pun handbag apa, kalau sis da berkenan kita grab sajaa. Huhuhu... Okay pengalaman pakai Guess ni rasa nightmare sikit la. Sebab Mudah mengelupas. Kau beli mahal mahal of course la rasa quality best kan tahan sampai beranak pinak nanti. Tapi tu la bila pakai lepas tu peram walaupun siap dalam dusty bag lagi, alih alih kulit handbag da peeling.
Frust woi!
Bila kulit da start peeling time tu aku bantai pakai sampai rabak la biar puas hati hujan panas pun lenjan. Alang alang da peeling ni hah. Sakit hati pun berbaloi. Hewhewhew.. Kalau setakat handle yang defect tak pe lagi. Ni defect dekat body bag. Obviously la nampak bag sopak. Lepas tu insaf tak beli Guess lagi. Then try others brand. Carlo Rino & Sembonia antara handbag yang lasak. Iols puas hati dengan condition dan harga nya pun affordable. Ala kalau SOGO tu buat sale uols rembat jela nyah seketul dua. Harga offer bawah Rm 100 pun ado & boleh borong kenn. Iols penah beli handbag Sembonia masa happy hour Rm 99 aje. Tahan la dekat dua tahun lebih. Berbaloi kan? (^__^)
Coach. Okay... ni pulak masalah handle. Tak tau la apa masalah. Mungkin ganaih sangat kot si pemakai ni sampai terkopak tang handle. Tapi tak jadi masalah. Sebab handle ni iols boleh settle kan. Bukan hantar spa bag bukan pegi betul kan.. Cara jimat super hebat. Macam mana cara nya..?
Ni la handle yang terkopak tu hah.. dua dua belah kopak. Body semua okay
Transformasi. Handbag lama kembali baru. (^^,) tertutup cacat cela.
Cost twilly ni hanya Rm 6/pcs. For me berbaloi la dari nak hantar repair. Berapa pulak kena charge kan.? jadi kita beli twilly ni. Di mata aku kira ok la. Tak tau la di mata uols. Hehehe. So, tak payah beli handbag baru. Cuma kena kreatif je. Yeay! Selamat duit titew. Boleh makan Manggo cheesecake lepas ni. =P
Dekat mana nak beli twilly murah.? Okay, kita rekomen seller ni... sangat friendly dan service pun boekk.
Handbag ni standard la.. sampai satu jangka masa akan rosak jugak. Kalau rosak sesikit tu pejam mata jela. Kau pakai rosak, tak pakai pun rosak. (^^,) jadi baik pakai je la kenn.. tu la iols belajar dari pengalaman. Hihihi.. Untuk mengelakkan handbag rosak pakai la gilir gilir. Gituu..
Macam mana uols jaga handbag.? share sikit.
Thanks reading! =)
OhMissBlossom__said : Sapa suka handbag besar besar..? iols prefer handbag medium or small je. Kalau boleh nak jalan berlenggang je. Senang!.