Wednesday, May 31, 2017

~ Cara Control Nafsu di PARAM ~

Assalammualaikum...


Hi uols.! 

Salam Ramadhan ke-5 buat semua muslimin & muslimat di seluruh dunia... Alhamdulillah, di panjang kan umur untuk menyambut Ramadhan Qareem tahun ini. Da ada yang raya kee..? hihihi. Okay la, bulan puasa ni selalu nya ramai yang akan singgah ke Pasar Ramadhan or PARAM for short form hehehe or Bazar Ramadhan, ikut mu la nak panggil apa kan. Ikut nafsu mesti macam macam nak beli. Biasa la tu, sebelum berbuka memang semua nya nampak sedap! Tapi ingat, kalau ikut nafsu sangat nanti takut membazir pulak. So, apa cara nak control nafsu di PARAM ye...??


Tetap kan Bajet - Bawak la RM 10 or RM 20 je contoh nya. Confirm takkan overbudget...! hewhewhew
Fikir nak makan apa - Da plan sesiap nak beli nasi campur ke, murtabak ke roti john ke.. jadi bila da plan, kita akan fokus pada apa yang kita nak cari.

Elakkan beli terlalu banyak kuih muih - If kita buka puasa dengan kuih muih atau kudap kudap, perut akan cepat kenyang & cepat jugak lapar balik. Di saran kan beli la kuih campur 2-3 ringgit, boleh rasa banyak jenis. Pastikan beli jugak makanan berat. 

Berkunjung lewat ke PARAM - Waktu berbuka tak lama lagi, jadi pilihan makanan pun limited. Mesti uols akan beli je apa apa juadah yang sempat atau yang tinggal. Untung nasib, ada peniaga bagi diskaun untuk habis kan jualan mereka..(^^,) 


Tak salah pun nak berbelanja di Bulan Ramadhan ni, tapi kena beringat sikit. Tujuan kita berpuasa sebab nak kawal nafsu kan..? Yang ampa balik dengan 10 beg plastik di tangan lepas tu semua tak habis pasaipa..? Tak pasal pasal makanan lebih di simpan dalam peti buat pekasam. Huhuhu.. lebih sadis kalau di buang terus ke tong sampah. (>_<) 



OhMissBlossom__said ; Peringatan buat diri sendiri jugak.... Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik & lebih bermakna buat anda. 

Friday, May 12, 2017

~ I'm Back.... (^_^) ~

Assalammualaikum...


Hi uols! Good morning. (^__^)




Salam Jumaat & Salam Nisfu Syaaban. 
Alhamdulillah, buku catatan amalan kita telah di ganti dengan buku amalan yang baru. Semoga, tercatat kebaikan di halaman pertama. Aminn! Lama sungguh tak update blog. Maaf ada masalah kesihatan sikit. Alhamdulillah I'm getting better. Thank you buat kawan kawan yang mendoakan kesihatan sis. Hehehhe..

Insyaallah, entry mukadimah ni pendek saja... Kejap lagi kita blogwalking noh. Di kesempatan ini, iols doakan semoga anda berjaya dunia & akhirat dalam apa jua yang anda lakukan. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah hendak nya. Pejam celik pejam celik dan nak puasaaaa! Cepat nya masa berlalu. Haih, seller kuih raya sekarang ni mesti tengah busy buat tester & promot kuih kan. Tak kurang jugak tukang jahit... Selamat menjana pendapatan buat sahabat yang terlibat. Semoga di murah kan rezeki. 

Okay cukup la ni, nak ziarah jiran sebelah blog kejap.. hehehe


OhMissBlossom__said : Bulan May ni bulan cinta buat iolss.. hehehe. Ulang tahun perkahwinan yang pertama gitu.! Let's grow old together husband.