Saturday, July 20, 2013

~ My Life as a........ Cikgu aiNa ~

Assalammualaikum....

Salam Ramadhan buat semua muslimin dan muslimat sekalian... Dalam sedar mahu pun tidak, sudah 10 hari umat islam berpuasa. Alhamdulillah, masih di beri ruang dan masih bernafas dan di izinkan untuk bertemu bulan mulia ini. (^___^) 

Lama sangat tak menulis... sibuk menghadap final project aje kan. Jadi nak dapat momentum untuk memerah idea dan menulis ni lambat sikit. Huhuhu... So far, alhamdulillah FYP aku da siap.. tinggal report writing sahaja. Tahukah anda sangat bahagia bila tak perlu masuk lab ketika cuti semester. Hewhew.. Okay, cuti sem ini aku tak balik bercuti. Namun begitu sedang gigih mencari rezeki... yeaah~! Aku menjadi seorang guru di sebuah taska di Putrajaya. Atau lebih tepat nama nya Cendekiawan Educare. Mohon google untuk pencerahan. Da hampir masuk minggu yang ketiga aku di sana. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cuma awal-awal masuk, mak demam jugak nokss. Penat barangkali nya. Maklum la jaga belas-belas anak. Ingat senang.. huhu

Mereka penghibur hati..... (^__^)

Memandangkan aku sudah pun melangkah ke tahun terakhir dalam pengajian.. rasa nya sudah tiba masa nya untuk aku membuat persediaan mental dan fizikal untuk melangkah ke alam pekerjaan. Selain pengalaman yang gua cari.. of course la duit tepi jugak, yedak..? Apa pun rezeki Allah itu luas. Pengalaman di Taska sangat-sangat membantu. Especially, to deal with kids emotion. So, dear kiddo.. please don't u ever mess with me. Kikiki....

Nama pun budak-budak.. ragam nya harus la seribu satu macam. Ada yang susah dengar kata.... Anak ini amanah Allah. Jadi kita cuba bentuk mereka dari kecil. Bertegas sekiranya mereka buat salah. Melentur buluh biar lah dari rebungnya... Yang mana suka pukul-pukul, gigit-gigit, gado-gado.. yang tu kena bertegas. Bila jaga diorang ni.. Feeling like a mummy u know. Kahkah...

Furqaan dan Zahra....

Budak dua orang ni... aku da start sayang. Sayang gila bak ang~! Melting bila tengok muka diorang.. Especially Furqaan. I had an awesome feeling bila hari-hari mandi kan, suap makan, tido kan.. pendek kata serba serbi perasaan tu lain tahu. Bila dia demam kau susah hati. Memang di tatang tatang bagai minyak yang penuh. Huhu.. The best moment ever, masa tengah pakai kan dia baju.... he's called me "mama". Wuhuhu... Nampak tak excited.? haha.. Aku di beri tanggungjawab untuk menguruskan n menjaga class bagi mereka yang berusia dalam lingkungan 2 tahun. Mereka masih terlalu kecil dan masih pelat bercakap.. (^^,)  its okay baby, it's a learning process. Semoga anak-anak ini menjadi insan yang soleh, solehah dan berjaya dunia akhirat. Ameen~!


Ya Allah, Ikhlas kan hati ku ini dalam melakukan apa jua pekerjaan...


OhMissWhatEver__Said :  If "plan A" didn't work.. The alphabet still has 25 more letters. Stay cool~! (^^,) Good night other half.~!