Thursday, November 17, 2016

Shanghai Fridge Magnet GA by Jari Manis&Scdha Sein Travel

Assalammualaikum....


Selamat pagi! Thanks Nia tag iols untuk join GA ni. Hehehe. Okay hari ni mood update blog mencanak naik. Lambat sikit buat entry, maklom la hujung tahun ni busy sokmo. Okay tak dapat nak bebel panjang panjang, I just try my luck.

Sapa tau rezeki.. (^^,) 

Sis memang pemgumpul tegar FM!


Moh la kita ber-GA bersama.! Syarat penyertaan pun mudah dan sudah iols turuti. Yang penting WAJIB follow owner GA  Jari Manis  & Scdha Sein 

Nak tag jiran sebelah menyebelah ;



 OhMissBlossom__said : Good luck buddy! Jom kumpul FM berjemaah. hehehe


Thursday, November 3, 2016

~ Kula Cakes : Manggo CheeseCake Popular ~

Assalammualaikum.....

Hi uols. Banyak sangat sis nak bercerita.. tapi kita cerita sesatu la ye.. Minggu lepas iols berada di pantai timur bersama #teamaryanacouture dengan tujuan menghantar stock stock tudung di 2 buah butik di Kuala Terengganu. Jadi orang orang Kuala Terengganu boleh la serbu butik @gadiskooky & @gulaguliart.store (search Instagram pun boleh). Later kita bercerita lebih lanjut pasal Kuala Terengganu. Sekarang bagi laluan pada Mango Cheesecake dulu ye! (^^,)

So, jumaat lepas otw ke Terengganu sempat la kami singgah Kula Cakes (kedai comel lotey) yang terletak di tengah tengah bandar Kuantan. Parking area ni memang limited. Tapi tu tak menjadi masalah, peta kuantan ada dalam kepala husband *yela tempat belajar takkan lupa*. Hewhew.. Jadi pandai lah dia pusing mencarik parking. Nak ke sini, uols waze je. Sure sampai. Alang alang ada Kuantan, sempat lah lepak sekali dengan cousins. Maklomlah raya haritu balik kampung husband. Jadi tak dan jumpa. Huhuhu.

Pelbagai jenis kek yang di jual di sini, antara nya Pavlova, Red Velvet, Cheesecake Toblerone, dan pelbagai lagi. Tapi wajib cuba Signature dish Kula Cakes iaitu Mango cheesecake


Menu Yang Di Pilih! Red velvet & Mango cheesecake.

Craving!

Orang Tanya Sedap Tak?

Sedap. Especially buat peminat cheese like meee.
Sampai sekarang teringat & masih terasa keenakan cheesecake nya. Kekekeke. If uols bukan peminat cheesecake, boleh je pilih kek lain.. Banyak tau!. Sampai tak terpilih.  

Review Peribadi

I cannot stop nak compliment Mango Cheesecake ni. Memang terbaik. Tapi tula taste-bud lain lain kan. Kalau nak tahu, kena cuba sendiri. Sebab, masa I order ni memang near to perfect. Mango fresh, cheesecake smooth tak beku sangat dia dok elok je melted dalam mulut. Tak manis sangat rasa light je (husband kata).. Husband Iols ni anti-manis. Hahaha.

Harga.?

Tak mahal sangat. (^^,) Berbaloi. Sekali sekala tak terasa lah. Nak melantak hari hari pun tak boleh kang kencing manis pulak yang dapat. Sis nasihat je. Ahaks.


Cousins are BFF

Main attraction, Kula cakes ni tempat makan outdoor berbumbung kan langit (^^,) dan di hiasi arca basikal dan lukisan mural, hipster gitu jah. Lepak petang petang best la. Lepak tengah hari panas berdenting Cheesecake bukan cair di mulut, tapi cair di pinggan pulok. Btw, jangan lupa cuba try test Air Pandan Cooler okiesss.! 

Thanks reading! 


OhMissBlossom__said : Seronok membedal keropok lekor minggu ni..... Isi ikan penuh!