Friday, December 30, 2011

~Make me Think....Internal vs External~

Assalammualaikum.....


source: comicstriper

Picture tells......
Kecantikan luaran tidak menggambarkan kecantikan dalaman.. (^___^). 
Bahasa jiwa bangsa..Hancur bahasa Rosaklah bangsa.



OhMissWhatEver__said : enough to make me smile.....muehehehehe. Think..n think.


Wednesday, December 28, 2011

~Wordless Wednesday~

Assalammualaikum.....

source : uncle google

My mood ~> Baskin Robin and Chocolate Indulgence.....
Sumpah gua teringin nak makan!!

OhMissWhatEver__said : Bila study, mesti lapar...argghh. (>_<)


Monday, December 26, 2011

~Mission Impossible 4...~

Assalammualaikum...

Hello darl~!! Merry Xmas bagi yang meraikannya.. o-yeah i'm late sehari. (^^,) Ehem.. weekend lepas  i menghabiskan masa with Mella n Zaihan. Sempena cuti study week, we all attend kenduri, yola..makan free u..!

Even i ni kaki jalan tapi still beringat yang final semakin menghampiri... First paper on 3th January 2012. Woah!!  new year celebrating pakej  dengan final exam. Terbaik meyh. Guys, da tengok Mission Impossible belum..? I cadangkan for those yang kaki wayang, sila lah tengok ini movie. Tengok lah macam mana diorang kendalikan mision yang diberikan. S>M>A>R>T wei.! 


Mission Impossible....ghost protocol ~> super ohsem!!


Jane Carter with Tom Cruise....

Eh... Tom Cruise ni ensem jugak ek. Muahahha.. tang body yang ada ketul-ketul tu yang ensem. =P *gedik nak mampui ayat haku niiiee.*


 Jemput tengok....teruja tak..? ape komen u all. (^_^)

OhMissWhatEver__said : Sumpah best. kawan i sampai masuk 2 kali untuk tengok MI 4.. (^____^) for Degree student, i wish u all the best..good luck for final..

Thursday, December 22, 2011

~LoNg Distance RelatioNship...~

Assalammualaikum....

Hubungan jarak jauh menuntut komitment, kepercayaan, kejujuran serta keikhlasan yang tinggi dari kedua-dua belah pihak. Berapa banyak hubungan jarak jauh yang berjaya..? dan berapa banyak pula hubungan yang gagal..? tepuk dada tanya lah hati... Tidak di nafikan, ada hubungan jarak jauh yang berjaya tetapi biasanya hubungan jarak jauh ini berakhir dengan kegagalan. (~_~)

So, readers.. how about your relationship..? if u all ter-jatuh cinta dekat someOne yang jauh di mata dekat di hati apa yang u all akan buat...just ignore ur relationship..?? huh,fight for it babe.. keep fighting if u really love  & need that person dan nak dia jadi ibu mahupun bapa kepada ur kids in future..Every single things yang kita buat ada kelebihan dan juga kekurangannya.. sama juga dalam hal hubungan jarak jauh.


Di antara kelebihannya ialah tidak cepat bosan dengan bf/gf. If every single day spend too much time dengan pasangan kadang-kadang boleh menyebabkan pergaduhan. Even benda sekecil zarah  boleh menghasilkan kawah sebesar gunung berapi... akhirnya masing-masing balik dengan jiwa dan hati yang bernanah. Bila masa  berjumpa itu terbatas, i am pretty sure that masing-masing akan cuba menghargainya dengan sebaik-baik mungkin.. (^__^) Selain itu, hubungan jarak jauh juga menjimatkan kos perbelanjaan. Cuba korang total bajet  untuk keluar dating. Hah, cer-kira~! Bila dating mesti nak makan kan, pastu mesti nak tengok wayang, pastu beli barang, duit minyak kereta/motor, bayar parking lagi..betol tak..? Dating sekali sekala takpe lagi. Kalau da hari-hari or setiap minggu keluar, mahu papa kedana dibuatnya. Tokeh kayu balak pun gulung tikar wei. Why not spend duit tu..? boleh cepat kahwin. (^^,) kaaaaaaan...?

Semua benda ada pro n cont, hubungan jarak jauh ada juga kekurangannya.... even tak banyak tapi bisa bikin parah donnnk. I proceed... possibility yang tinggi untuk melakukan kecurangan. Lelaki dan wanita dijadikan berpasang-pasangan dengan sifat untuk dicintai dan mencintai, untuk dimiliki dan memiliki. Aku faham, bila jarak jadi penghalang kita pasti akan rasa jeles bila tengok couple lain spend time sama-sama tapi kau hanya mampu tengok dan tersenyum. Macam mana if, ke-jelesan itu tak mampu di bendung dan at the same time datang orang lain menghulurkan salam perkenalan..? For sure tergugat jugak iman yang senipis kulit bawang tuuu kan. Lelaki, pantang jumpa awek gebu berdahi licin mesti nak test market. yedok..? feel tak selamat, yes..sila hapuskan perasaan ini. Mesti bila berjauhan korang akan fikir bad things tentang partner korang.. for example..

"Hah, ni mesti keluar dengan lelaki/ perempuan lain, dari tadi aku call tak angkat-angkat..."

See...cuba fikir positive or yang sweet je macam ni....


"mungkin dia tertido sebab penat baru balik kerja/kelas..kesian dia." 

Bila bad things yang menguasai fikiran maka benda baik pun korang akan mark jadi perkara buruk. Tak lari gunung di kejar... (^^,). So, hapuskan perasaan negative dalam diri okay. LoVe n LiFe... make it simple and sweet.


OhMissWhatEver__said : Life is simple... dont make it complicated.~!

Sunday, December 18, 2011

♥~ CiTra BuDaya ~♥

Assalammualaikum...

Hello readers and viewers...ape celor dengan hujung minggu anda..? yeah hujung minggu i sangat sendat dan padat. I didn't sleep enough until this moment. It was really tired dude. Seriously, kadang-kadang bila terlalu penat sangat..nak tidur pun tak boleh. Sampai i rasa diri ni da tak berapa nak function. So, reduce stress dengan menyengal di blog that's the best way..! (^ o ^)

Syukur alhamdulillah, berakhir suda majlis yang di tunggu-tunggu kan. Selama seminggu we all berhempas pulas berlatih tarian sampai tak hengat dunia hanya untuk menjayakan majlis Citra Budaya pada hari sabtu lepas. Practice make perfect...! Thats the key. (^^,). 

Sumpah stress weih. Nak create bentuk tarian, practice dan segala bagai sangat-sangat penat. Masa ni kerjasama dan semangat kerja berpasukan amat diperlukan. Sila aplikasi kan kemahiran insaniah yang diterapkan dalam diri kalian. Guys, sorry ye if masa latihan akak ni ada ter-marah, ter-hangin,atau ter-kasar dengan u olls. Teguran itu penting supaya we can perform better in front audience. Okay, kumpulan kami menghantar dua jenis tarian. Iaitu tarian Inang dan juga tarian Joget.lai..lai tengok gambar.. 


Okay, gambar atas dari group Inang. Gambar bawah dari group Joget. guess..where am i..?? =p


aiNa with aJa....


Bersama fasi.. cik Lyn yang oVerrrr...!! (^^,)


Bersama adek-adek ahkak yang sporting lagi best... =)


Thanks to M.U.A yang di import dari Damansara. Sentuhan emas dari Sharifah Ainura. Dan disebelah kanan itu ialah fasi kami dengan trademark..... Oveerrrrr~!! (^^,) teheee.. tHanks cik Lyn kerana sudi memberi tunjuk ajar. Pregnant pun sanggup tau der turun lantai tari. Hah korang sanggup ka..?? cer_jawab! Okay, sampai disini sahaja....i perlu neutral kan kesakitan dan kesengalan di anggota badan. Need yoko-yoko immediately. =P

OhMissWhatEver__said : trying to sleep and need to sleep.. (>_<) Nyte dear.!


Wednesday, December 14, 2011

~ Strawberry itu warna Merah ~

Assalammualaikum....



Merah warna nya..
Sehebat rasanya.. 
Thanks kepada yang sudi membawa turun Strawberry ini dari Cameron..!  (^^,)
Indah nya kalau ada strawberry besau macam bantal i tuu...! 
Sure kenyang sebulan. Muehehehe.. 

OhMissWhatEver__said : Okay dude, got to go.. having class tonite. (>_<)


Sunday, December 11, 2011

~Lepaking and Celebrating at Village View, Bangi...~

Assalammualaikum.....

Hey peeps...~! first of all, thanks to miss irda hidayah coz sudi belanja kami makan... (^_^). U know what, best gila bila dapat lecturer sporting habis. Actually, it was a coincident bila besday i dan miss irda jatuh pada bulan yang sama.. yeah it on November~!! November please come again. I miss u. Kehkehkeh...

Setelah ditunda disebabkan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan, akhirnya dapat juga kami keluar makan-makan di Restoran Village View, Bangi. Alhamdulillah, pada hari kejadian i berpuasa sempena 9 dan 10 muharam. Memang langkah kanan, yewdok.? Village View sebuah restoran yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Melayu ado, western pun ado...menu terbaik ialah Chicken chop + air Apple Asam Boi. Memang super duper awesome! Terangkat bro. Harus cuba okay bila makan di sana. Kawasan yang selesa serta strategi, sememangnya menjadi destinasi pilihan setiap orang. Dijamin puas. (^^,) 


Source: Google

Oh, let me introduce...She is miss Irda Hidayah., teaching BBI 2421. BBI 2421 stand for General Writing Skills.senang cerita ajar English la nook! Orang nya konfem la cantik, secantik namanya. (^__^). Dia sangat selamba, gud listener, dan semestinya sangat baik. Tu la, bila kita baik dengan lecturer secara automatik kita akan jadi kawan baik kepada mereka. Ehem, kawan baik thats didn't mean we all kaki kipas. Hei, tak main la kipas-kipas ni.

Kami nak balik sudaa...Muka kekenyangan.!

Gonna miss U miss irda.~! (^__^)

OhMissWhatEver__said: The best lecturer i ever had in Upm. (^^,)

Thursday, December 8, 2011

~Movie's MarathOn....~

Assalammualaikum.....

Ouh, December be nice to me yaw~! Morning readers and viewers... (^__^). Lately ni berpusu -pusu movie baru keluar dekat panggung. Haish, da akhir-akhir sem ni poket bukannya bagai OKB. Tapi da kearah kayap dibuat nya. Even hampir kayap, tapi alhamdulillah masih mampu menonton wayang dan tidak berikat perut. So, minggu lepas i buat 3 marathon movie.. huyoo~! from personal perspective semua cerita yang i tengok memang superb. 

 Twilight : Breaking Dawn 


Adaptasi dari novel twilinght-breaking dawn. 
Edward Cullen and Bella Swan gila romantik,
 Even though i lebih suka Jacob with Bella. Muahahaha..
Jacob, sangat melindungi bella..
yup~! gentleman willing to do anything.... 

Puss In Boot


Cerita ni boleh i katakan more kepada friendship...
Betrayal... revenge...
Sesuai untuk semua lapisan masyarakat...
Sangat lawak...dan sangat comel ..(^__^).
Dont make the cat angry ~ okeh!!

Ombak Rindu


Dari novel di angkat menjadi filem...
Ombak rindu adalah novel pertama yang aiNa baca. 
Ombak rindu mencetuskan fenomena kaki gila novel dalam diri i.
Even dalam muvi banyak scene yang di potong, tapi still mantap lagi  jalan ceritanya.
 Tengok pelakon la kan.. semua nya hot tuuuu~!!
Bdw, lisa i suka la tengok u marah... cumil je kan mulut tu. hihihi...

U know what, tiga-tiga cerita ni sangat laris di panggung wayang... terutama Ombak Rindu. 3 hari berturut-turut survey dekat GSC alamanda semua habis. Fast selling tu babe.~! Finally, we all dapat juga tengok ombak rindu jumaat lepas.. tu pun tiket pukul 11.55 pm. First time wa masuk midnite movie bersama amiza shayeeda dan juga melawani.. (^^,) Hah, amek kaw~!! Pukul 3 pagi balik upm. Nasib baik brother guard yang in-charge tak banyak kerenah . Kalau kau dapat pakcik-pakcik yang jaga gate memang tidur dalam kereta la gamaknya. huhuhu... 


OhMissWhatEver__said : (^___^) movie apa lagi yang nak keluar sekarang.? come to mama.. i dapat voucher TGV free ni.. yeehaa! have a nice day si cantik dan si kacak...

Saturday, December 3, 2011

~Al-Fatihah....Rara Zikry...~


Assalammualaikum.....


Hye readers and viewers.. story of her was make me repent and think. And after all, it's all Allah's work. Things happen with a reason. The unexpected things that happened to His creatures. Story of this young pretty girl has been spread around us especially at Facebook and Twitter. I'm not provide her picture because of her aurah that i could never exposed. Please people, please remove her picture from your blog...pity for her. 

Zarith Nadhira bt Mohd Zikry or as u known as Rara Zikry. 23 years old, study-Limkokwing University. I admit guys, she's very pretty. Sempurna sungguh makhluk ciptaan tuhan ini. Dia seorang yang peramah dan ceria. Pada hari kejadian on 19 march 2010, rara and her friends spend time together. They choose for cycling... 

Out of sudden masa tengah have fun dia terduduk and sesak nafas. Then her friend took her to the hospital. Sampai di hospital doktor sah kan dia koma, tak boleh bergerak, and bercakap. Serangan asma berkenaan telah menyebabkan Hypoxic Ischaemic Encephalopath iaitu kecederaan otak disebabkan kekurangan oksigen kesan daripada sesak nafas. Benda jadi tiba-tiba like u snap ur fingers and everything berubah 360 darjah. 

Moral of the story, bersyukur la kawan, even kita sakit...kita masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Usah mengeluh.. terima qada' dan qadar dengan redha..

OhMissWhatEver__said: Kepada keluarga rara, semoga kalian terus tabah dan redha dengan pemergiannya. Semoga rohnya di cucuri rahmat..

Thursday, December 1, 2011

~Friend in need, is a friend indeed..~

Assalammualaikum....


Happy December...~! Ola readers n viewers.. hari ni 1/12. Ohmaiiii, sedar tak sedar kita sudah pun berada di penghujung 2011. Sudah tercapaikah hajat dan impian serta azam tahun ini..? Tepuk dada tanya diri sendiri.. Sekiranya sudah, alhamdulillah dan tahniah i ucapkan. Sekiranya belum, sila cuba lagi di tahun hadapan. Semoga kita sentiasa memperbaiki kekurangan diri dari masa ke semasa. Tidak ada manusia biasa yang sempurna tetapi kita sebagai manusia boleh berusaha untuk menjadi yang terbaik. (^_____^).

Friend in need, is a friend indeed.. People, when we talk about friendship of course it reflect someone that willing to do anything, someone that willing to share her/his sadness and happiness.. In other hand, if the relationship is close enough, even if they were hurt, we will also feels the pain. So, what type of friend are u...? 

Straight to the point, berkawan biarlah ikhlas. Bukan nya, berkawan untuk mengambil kesempatan..! konsep kawan, kau susah aku susah..kau senang aku senang.. Perselisihan faham itu normal. Sedangkan lidah lagi tergigit apetah lagi hubungan sesama manusia yang rambut sama hitam tapi hati lain-lain. So, kalau kita ikhlas berkawan, even kau buruk macam mana pun perangai still boleh diterima seadanya. That's why, manusia ni di jadikan pelbagai ragam. Sebab..? kita dijadikan untuk saling melengkapi antara satu sama lain.

Jadi, tanya diri sendiri...layak kah aku di gelar kawan mahupun sahabat....?? Elakkan diri anda dari diselubungi oleh mereka yang jenis talam dua muka, jenis tikam belakang, jenis ular sawa lidah bercabang dan seangkatan dengannya... okay, thats all!



OhMissWhatEver__said :  sumpah Twilight-Breaking Dawn sangat best~! Edward Cullen and Bella Swan.. u are so romantic...auwwww!! (~_~)

Wednesday, November 23, 2011

~i'm turning 22 years oLd, hoyeah..!~

Assalammualaikum.....


hello readers n viewers....pada 21 november 1989 lahirlah seorang puteri kepada pasangan Md Yazid bin Aris dan Hamiah binti Samsuri. Puteri itu di beri nama aiNatuL aQilah.. teeehee.. First of all thanks for those yang wish besday i..ape perasaan bila usia menerjah angka 22? huhu.. i feel great. Unbelievable. (^__^) banyak kenangan yang tak mampu nak aku luahkan bila sampai tarikh besday..member buat surprise, buat-buat lupa besday i.. kene prank dan seangkatan dengannya...Paling tak boleh lupa, ketika celebrate besday i dekat poli. 3 kali i dapat cake.Memang impian korang untuk men-chubby kan aku telah terlaksana.. muehehehe.. Thanks yaw kepada yang terlibat. sumpah rindu korang..

Wa da pernah rasa kena prank. Sesiapa yang kene tu confirm marah, tapi sekarang kenangan tuuu la yang buat kan kita tersenyum sorang-sorang. Ingat lagi masa kat poli, kene siram dengan air tu la air ni laa air sabun laa... da pernah rasa kene kejar keliling blok sampai rasa tak cukup kaki nak lari. yang best nye kene prank berjemaah tu der.. 1 lawan 15 orang memang kalah ye dok..? Memang rock kapak betul la budak perempuan engineering ni. Hakhakhak.. Masa tu usia belasan tahun lagi. Semuanya tengah menggila mencari identiti dan perngalaman.. 

But now, bila continue my study its so difference. Yo lah, tak kan umur da tua bangka still nak main siram-siram kan.. Dari main siram-siram, baling tepung or telur baik study takpun stado.! lagi baik. (^^,) Kat sini, busy nak mampoi, Hanya tuhan saja yang tau bertapa sesak nya nafas aku sepanjang di sini. Tak sempat tarikh nafas lega, tak sempat nak clear kan meja.. datang satu lagi segerombolan kerja....Hui, betul la orang kata, kalau iman tak kuat..kalau mental dan fizikal tak kuat, confirm da lama bungkus kain baju balik kampung tanam jagung hoi..! Jom makan cake.. ni la cake yang pernah di hadiahkan kepada i, dan ini lah punca nya kenapa mak makin gumuk sampai sekarang.. =P=P.

21/11/2007

21/11/2008

Tahun 2009...lupa la nak amik gambar.. huhuhu.. yang penting dapat cheeseCake. Thanks to aJa my... (^__^) kerana sudi men-sponsor cake tersebut. 

Okay, di kesempatan ini i nak wish juga.. happy birthday to my lil brother.. besday dia sebelah besday i.. iaitu on 22 November.... ni dia budak nya da genap 9 tahun da. Besar suda adik akak ni.. =)

  zikri and me...kami seiras tak..?? 

Okay darl...gudnyte.. lama tak blogwalking... (>_<) bersawang blog i ni hah.. hihihhi.. have a sweet dream guys.!

OhMissWhatEver__said: Thanks so much for showering me with the lovely wishes dears! It feels great turning 22. Blessed. ♥♥♥♥♥ yeay~!!


Friday, November 18, 2011

~TahNiah Buat mereKa...~

Assalammualaikum....

Salam jumaat reader n viewers... Buat blog rempit sekejap before ke kelas. Insyaallah, today i will spend my whole day at library..(^____^). Okay-okay, first of all... Result UPSR telah selamat diumumkan pada hari semalam. Congrate kepada mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dan gemilnag. Congratulation for my brother yang telah mendapat keputusan 3A 2B dalam UPSR nya. Ehem, dia agak kuciwa ye.. tapi semuanya da berlalu..

Agak-agak dia kene brainwash dengan i tak...?? hihihi.. belum sempat nak brainwash. Almaklumlah i busy. Thats didn't mean i'm not concern about him. Relax dulu. Bagi dia bertenang.. Lepas tu akan mula sesi memberi kesedaran kepada diri nya. Haish, betul ke budak lelaki ni suka main-main..? Walaupun baru UPSR, but i really care.! so what..? =P

I faham mama mia n ayah mesti nak dia masuk ke sekolah yang baik dan bagus. Seperti dua adik i yang lain. Tapi i percaya rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Even i pun, bukan la gempak mana keputusan upsr, pmr n spm.. tapi zaman-zaman tok kaduk dulu persaingan tak sehebat macam sekarang. Hey guys, i'm talking about future bebeh...! For my brother, jangan putus asa.. perjalanan kamu masih jauh. Belajar dari kesilapan... Buat yang terbaik di masa akan datang. Takmo malas-malas, takmo main game saja, takmo merajuk-merajuk. Kamu tu lelaki.!! Okay la, terlebih membebel.. bye-bye! (^_^)



OhMissWhatEver__said : Tahniah MALAYSIA~!!! Keep it up... (^^,)

Wednesday, November 16, 2011

~Test..........agaiN..?!~

Assalammualaikum....

Salam 1 malaysia. (^^,). huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhh! sedar tak sedar sekarang da minggu ke-9. Than minggu 10. Minggu untuk ujian 2. Sem ni aku rasa fobia gila dengan test. Mungkin disebabkan keputusan test 1 yang sangat cemerlang, gemilang dan terbilang..(sangat dalam sejarah). Rasa macam baru semalam test 1. Tiba-tiba dengar da nak test 2. Ouhhh damn!

Sem ni gila heavy...could not express by word. Frankly speaking, sampai satu level aku rasa nak drop subjek Calculus. It's really killing me..! (!____!)  Tapi, bak kata roomate i and others friend...fail itu normal. Wah, normal ka..? fail during test, maybe it still be consider. Tapi fail time final memang cari mampos la gamaknya. Thanks ayah coz give me some motivation.. Insyaallah i do my best. Kalau ayah boleh, i'm sure that i can do it well like you did.

Benjamin Franklin ~ Jalan kejayaan terletak kepada dua khalimah, kerja kuat dan berhemat....


OhMissWhatEver__said :  Cabaran untuk diri sendiri.. pantang berundur sebelum berjuang~!! (^_^)

Monday, November 14, 2011

~ToKyo wiTh GirLFrienD's~

Assalammualaikum.....

Morning guys! Hey what's up..?? Rasa nya da lama i tak keluar pergi dating, berjimba-jimba mahupun bersuka ria. Haish...akhirnya terlaksana juga hajat nak bersuka ria di Tokyo. Jauh tak..?? Now every one can fly...(^__^).huhuhu. Best gile.. jom layan gambar..~!

Photoshoot di tengah road... 

Abadikan kesan tapak kaki di sini...

Tokyo street saja... teeheee..

Toy Garden... 


Kalau u oll peminat barang-barang cumel, sila lah datang je sini... semua nya best dan harga nya pun best. Miahihihiihi.. 

With ZaiHan....

Penat berjalan sakan, tiba lah waktu maaaaaaakaaann~!! (^_______^) kami yang cool. Even lapar pun, gambar tetap gambar.

Muka terliur....haish anak sapo la nih...!

Friends forever till the last breath.... Luv u bebeh! (^^,)

Cara cakap bajet pergi jepun betol-betol la kan. Pada hal dekat Pavilion je wei! Nak g Jepun tunggu honeymoon nanti buleh la... future husband sila bekerja keras dari sekarang ye. Huahuahuah...


OhMissWhatEver__said: Happy Monday~! (^_____^).


Friday, November 11, 2011

~SEGMEN FATHIAH TAK JUMPA BLOG~

Assalammualaikum....

Morning loVely doVely...(^^,). 
Wah berlove-love di pagi hari ye. Salam Jumaat guys.! 
First of all, thanks to cik Violet for tagging me...terharu mak nyah! 
Want to join me..? oh its really ohsem. 
Just click the banner...and follow the rules. 
Thats all! simple like ABC. =D


Jom join, tarikh tutup nye pada 11/11/11 sebelum pukul 12 malam.
Mari terjah blog cik fathiah beramai-ramai...!!


aiNa tag mereka :


OhMissWhatEver__said : Having oat for my breakfast.... (^^,)

Tuesday, November 8, 2011

~Macam ni Ke trend couple zaman sekarang..?~

Assalammualaikum...

Selamat malam malaysia~! (^_^). Masih terdengar lagi takbir raya di kawasan kolej aku pada hari ini. Alhamdulillah... kita doakan semoga jemaah-jemaah Haji yang menjadi tetamu allah pada tahun ini selamat berangkat ke tanah suci dan selamat kembali ke tanah air. Semoga anda mendapat Haji yang Mabrur.. U olls apa bikin..? masih makan rendang selama 3 hari 3 malam lagi ke..? den tau la banyak daging korban yang ekau dapat.. meh hulur sikit tulang, boleh buat sup tulang gear box.~!! huhuhu.. Okay..okay, i pendek kan cerita.. sila faham kan situasi di bawah dan anda nilai sendiri.. Betul ke, pow-mengepow trend couple zaman sekarang..?

Situasi I

Pakwe : Baby, nanti topup kan i ea.. jangan lupa tau.! Lepas tu hantar kan kain baju i dekat dobi. Boleh kan baby..?

Awek : Okay, boleh aje sayang..

Pakwe : Weekend nanti belanja i tengok wayang dengan makan sekali tau baby... 

Awek : Tiap-tiap minggu, i je yang kene belanja.. U ni memang taik idung masin betul la..! 

Pakwe: eh, i pernah belanja u tau baby...

Awek: Alah, setakat belanja choki-choki sebatang pun kecoh ke...!


Situasi II

Awek : Yang... i nak beli kasut Jimmy Choo la. U sayang kat i kan sayang....

Pakwe : Boleh sayang... kasut je..?

Awek : Dengan handbag sekali la yang.. i nak sepasang.. Baru macam diva.

Pakwe : Oooooww..untuk sayang, i makan pasir pun tak ape~!. Tapi jangan tanya kenapa la i terpaksa pinang u masa u da takde gigi nanti.....


Semakin hari semakin advance ye pasangan merpati tak berapa nak sejoli sekarang ni. Baru dok bercintan cintun sudah menampakkan ciri-ciri wanita atau lelaki yang mata duitan. Hui.. i ingat pisau cukur ni sinonim dengan perempuan aje. Tapi rupanya zaman millennium ni tak kira laki atau perempuan.. dua-dua sama naik je weih... Bagus sangat ke macam ni..? tak usah la nak mintak-mintak pada pasangan yang belum tentu jadi tuu.. usaha sendiri untuk memenuhi hasrat diri. Itu lah kepuasan untuk diri sendiri..

I tuju kan kepada yang berkenaan. Berubah la wei, hang ingat yang hang dok kikis sana kikis sini tu jutawan ka..? Even dia anak datuk datin, anak tan sri or puan sri atau anak puteri atau putera raja sekali pun, yang kaya adalah mak bapak dia. Ada faham..?(^_^) takmo cukur-cukur la yunk. Salah cukur parah nanti... Kita amalkan konsep give and take.. adil kan..? 


Source: Google

OhMissWhatEver__said: Apa yang penting....? Kerjasama..~!! (^__^)Biar lah sesuatu pemberian itu datang dari hati yang ikhlas... Okay, gudnyte! 

Thursday, November 3, 2011

~Gua Kene Tag der....!!~

Assalammualaikum....

Olaa guys! Salam november...sudah tiga hari rupanya kita masuk bulan baru. Rasanya macam aku ni baru tersedar dari alam mimpi. Huh, pantasnya masa berlari. Kalah Watson Nyambek...Firstly, sebelum aku menjawab soalan-soalan yang membuat kan ketiak boleh berlengas bagai kan berlari sepoloh kali pusingan padang.. Aku nak ucap kan puluhan, ribuan dan jotaan terima kasih kepada nana rahmanaiNaa kHoDori, nanasuicide dan juga Fatin Fadhilah. I really appreciate what u have done. Tapi sorry guys, aiNa tak mampu nak menjawab semua soalan u alls kerana ketidakcukupan masa...harap kalian mengerti. 

Dengan ini, saya dengan sukacita-nya ingin menjawab soalan yang di ajukan oleh...... nanasuicide~! (^^,)

1. Dalam banyak-banyak hati, hati apa anda makan ?
Hati berulam jantung.! muahaha...eh, i tak makan hati. Tak kira hati ape sekali pun. (^_^)

2. Kalau terjumpa maknyah , anda ?
Tak ada perasaan. Sebab..? diorang wanita jadian. Tak ORI macam i..!! kahkahkah..

3. Kalau anda tersesat dalam hutan tebal setebal 4 inci , anda ?
Guna GPS untuk cari jalan keluar... (~_~)

4. Ada seekor katak boleh bercakap, dan meminta anda menyiumnya , anda ?
Cium saja..!! inspirasi dari cerita Putera Katak. 

5. Kalau diberi pilihan, mana satu anda pilih ? camera DSLR, laptop atau hp blackberry ?
Nak bagi free heh..? opkos camera DSLR. huhuhu...

6. Kalau anda cirit birit di offis , anda ?
confirm amek MC weih.. tak kira..!

7. Sedang asyik makan , tetibe anda terkentot , anda ?
Wat selamba aje. kentut itu normal...! hohohoho...

8. Kalau ada jejaka/wanita masuk minang anda , apa reaksi anda ?
Errrr....tak terkata, teruja gituuuw nyah..! =P =P

9. Kalau anda gagap, anda ?
Terima ketentuan-Nya dengan redha...

10 . Antara duit , handphone , kereta, rumah dan pasangan , mana lebih penting ? pilih satu!
Pasangan. Duit boleh cari selagi ada usaha.... (^_^)

11 . Kalau saya di depan mata ANDA , anda ?
Mintak belanja aiskrim Baskin Robin.. yeeehaa!!

Settle suda..!! aiNa nak tag 



Soalan aiNa untuk mereka yang di tag....

1.    Anda peminat Coklat...?
2.    Nyatakan coklat kegemaran anda...
3.    Kereta apa yang menjadi idaman kalbu...?
4.    Kaki shopping atau tidak..? 
5.    Pandangan mengenai contact lens atau kanta lekap..? kalau ada orang bagi free anda nak tak..?
6.    Antara Yana Samsudin dengan Intan Ladyana siapa lagi cuN..??
7.    Kalau jumpa Farid Kamil depan mata...apa perasaan..?
8.    Cara anda menangani stress....?
9.    Suka bercuti..? 
10. Dimana destinasi pilihan untuk anda melancong. ?
11. Nyatakan kan kenangan manis atau kenangan pahit anda.....



OhMisWhatEver__said : Thats all peeps.... Salam Hari Raya Aidiladha..LOL~!! aiNa wish dulu, esok nak balik Johor. (^^,)

Saturday, October 29, 2011

~Tergugat...Perlukah Ada..?!~

Assalammualaikum....

Pernah kah perasaan tergugat menyelubungi diri anda.....??
Perlu kah rasa sebegitu..? 
Ye, aku bukan seorang yang mudah tergugat...
Tidak mudah....
Tapi kali ini aku sedikit goyang..
Kerana lawan ku bukan calang-calang....


Aku bersaing dengan mereka yang hebat..
Mereka ialah Doktor dan Pramugari....
Tahukah mereka, aku tidak sukakan persaingan...
Aku rela mengudur diri andai mereka menjadi pilihan..


Aku hanya seorang pelajar yang sedang meniti alam dewasa...
Aku bukan insan yang hebat, aku hanya insan biasa..
Acap kali aku menyatakan,
Andai benar aku diciptakan dari rusuk kiri nya, 
kami pasti bersatu...
Aku tahu si dia jujur dan ikhlas...
Di angka 26,
 Aku tahu dia mampu membuat keputusan dengan tepat..


 Ingin aku nyatakan disini....
Kekasih lama nya, seorang pramugari ...
Datang kembali menagih simpati...
8 tahun  menyulam kasih,
Semestinya tidak mudah untuk di lupakan...
Ape yang bakal berlaku, 
Aku telah bersedia dari segi mental dan fizikal..
Kekuatan aku kini setanding dengan Supermak..~!!


Istikharah jalan terbaik.. (^___^)
I believe in destiny...
Setiap kejadian ada hikmahnya...
Aku telah berusaha...kini aku berdoa dan tawakal kepada-Mu...


OhMissWhatEver__said : Jangan mencampur adukan urusan peribadi dan belajar/kerja.  Kerana itulah kunci kejayaan... (^^,)


Thursday, October 27, 2011

~RaJa SehaRi.......~

Assalammualaikum.....

Hello readers and viewers..~! Sebelum terlambat, aiNa nak wish Happy deepavali. (^^,) Refer pada previous and previous entry, about my cousin wedding rite..? Alaa, yang dekat perak tuu.! Pengantin lelaki adalah dari pihak keluarga kami. Merupakan anak kepada my aunt. Eh, sekarang aku rajin betul attend wedding orang... sebab ape.? sebab addict gile dengan baju pengantin. Muehehe. Agaknya aku silap course la. Patut dulu amek fashion. yewdok.?

Lain negeri lain adat. Betul tak..? Macam dekat johor, pengantin lelaki akan dikenakan tol. Eh, faham tak tol macma mana..? Maknanya before korang bersanding main-main mata atas pelamin, u all kena la bayar cukai. Cukai pintu. Bayar cukai dekat siapa..? bayar cukai dekat penunggu pintu la wei. Penunggu pintu terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja yang muda belia, dewasa dan termasuk lah emak budak.. (^^,). 

Kalau rumah pengantin ada 10 pintu, maknanya 10 kali la kau kene bagi duit. Ade faham..? Hah, harap maklum. Tol masa ni takde pakai touch n go atau pun smart tag. Semua nya main cash orite. Make sure sapa yang nak kawen dengan gadis johor pastikan poket tebal sehasta during ur wedding day. Abang sedara i ni dapat orang Selama, Perak Darul Ridzuan. Jom tengok pic wedding mereka, mana tau u all dapat ilham untuk tema kawen nanti. =P

I suka la deco pelamin diorang... suka gila..~!! 

Ape pun congratulation to Muhammad Taufiq dan Norshafika... 

Haish..ramai yang dok tanya aiNa..bila ang nak naik pelamin... sabar naa. sabar. Da sepuloh kali aku cakap sabar. Tapi kali ni aku tak boleh sabar. Nak tengok aku naik pelamin sangat kan. Hah, tatap puas-puas gambar i atas pelamin ni okay..


Puas hati..? (^__^), aku ni belajar pun tak habis lagi...aaaawww.! Tak gatal lagi pun nak kawen. Enjoy ur life sebelum terikat dengan komitmen. Dan aku sangat-sangat bahagia dengan life aku sekarang. weeee...~!! Pika ingat pesan i ni...

"....Suami di dahulukan, Pencapaian di utamakan...."

Inspired from

V
V
V
V


Eh u all da tengok belum..? fuh, da best la wa cakap lu. Yana Samsudin, i loike u style. (^^,) u all bertiga memang ada chemistry. Sam n Yana, husband and wife yang romantika de amor. Gangster pun pandai berjiwa-jiwa kan.. I tengok dekat Astro First je. Hah, tengok la sampai muntah hijau pun takde masalah. Even skrin tak sebesar macam dalam wayang, tapi kau boleh lepak-lepak depan tv sambil makan goreng pisang pekena teh o panas. Huh, berbaloi-baloi kan..?


OhMissWhatEver__said : Bila cuti terasa cepat je masa berlalu... esok da khamis.? errrrmmmm. (>_<)


Monday, October 24, 2011

~1000th Follower..!!~

Assalammualaikum....

Alhamdulillah, akhirnya mencecah 1K. (^^,) First of all, thanks coz sudi folo molo milo di blog aiNa. Yup, memang menanti kan siapakah gerangan orang yang bertuah itu.. Akhirnya terjawab juga pada hari ini....

V
V
V
V



V
V


Thanks Aien Luvly Collection... Luvlyaien ni home bisnes tau. Bisnes ape.? bisnes Bag...Macam-macam beg ade. Seyes menarik. Tak mau cakap lebih la. Jom terjah blog beliau. (^^,). Rajin-rajin la klik button follow. Kawan la dengan luvlyaien ni. Dia baek tau..~! (^___^). Tambahkan kenalan kita ye. Ayuh kawan...

Ape pun Thanks kepada followers lain juga yang sentiasa memberi sokongan, kritikan atau pun nasihat.. U are rock guys~!! Insyaallah, after this aiNa akan cuba hasilkan entry-entry yang lebih menarik dan berkualiti. Apa yang kurang akan aiNa perbaiki nya. (^^,)

OhMissWhatEver__said : I da tengok page dia. Cantek dan cumel koleksi beg dia.. Sesuai kalau nak bagi present dekat orang dan untuk koleksi sendiri... (~_~)

~KroNologi di Hari Sabtu~

Assalammualaikum....

Salam pagi isNin. weeee..~! Rumahku syurgaku, tiada ungkapan indah selain ini apabila kaki mencecah laman rumah, badan mencecah katil sendiri... fuh, gaya nya macam tak balik 6 tahun. Pada hal baru 6 minggu kowt. Haish...Cuti midsem telah bermula, maka nya bermula lah episod membalas dendam dalam arena blogging (poyo gila ayat aku kaan..~!!). Minggu lepas aku kusut dengan test, minggu ni tiba masanya bersantai-santai pula ye. Dua hari lepas, bersamaan dengan hari sabtu, Setelah settle battle dance kitorang pagi tu..aku pun dengan lincah nya bersiap-siap untuk balik ke perak. Jangan penin noo. Even rumah aku Penang, tapi aku turun perak untuk attend my cousin wedding. So ayah i  pick up di sana.. (^____^).

Let's imagine guys... Aku menempuh banjiran manusia dari KTM untuk ke Pudu. Dengan bawak beg tarik ala-ala nak p overseas (okay, sedikit hyperbolabesbol disini..). Ramainya orang toksah cita laa. Apa yang aku tau, bila komuter sampai aku perlu dan aku kene rempuh untuk masuk dalam perut gerabak yang da sesak barat dengan manusia pelbagai kaum. Kata 1 Malaysia., so faham-faham la macam mana. Pelbagai aroma terapi ado. Dengan badan yang mula sakit-sakit impact tak stretching before dance dan juga impact dari practice sampai pagi yang tak hengat dunia, aku berjalan da macam nak menari sekarang ni. Huh...!

Okay, akhirnya badan aku dapat juga di sumbat kan dalam koc wanita...fuuh, lega nook~! Sampai pudu around 1 lebih. Tiket bus aku pukul 3.. okay fine. Cantek la sangat kan. Menanguk sesorang kat pudu, sambil tengok 1001 ragam manusia dekat sana. Tiba-tiba, datang sorang mamat ni duduk depan aku dan mengadap aku. Sambil cakap....

"Kak...Kak.. tolong saya kak.. saya kena tinggal bas nak balik kampar. Sekarang saya tak ada modal langsung nak balik kak.. tolong la, saya merayu sangat-sangat.. Akak bagi la saya berapa-berapa pun yang kak ada, saya terima...."

Shock tak shock la kan kau kat situ.. i'm alone okay.! Travel a-l-o-n-e...  mak cakap jangan layan atau cakap dengan orang yang kita tak kenal. Tapi dalam situasi macam ni, aku tersepit. Siyes tersepit.. Aku pernah kena tinggal bus. Aku tau dan faham perasaan bila kene tinggal bus. Okay, fine..situation dia sama yang berbeza hanya la tempat dan waktu. Atleast dia kena tinggal dekat Bus-stand. Aku kene tinggal dekat highway dan kawasan R n R yang ciput aje luasnya. Aku simpati..perasaan bercampur baur antara takut, kesian, simpati.. dan macam-macam laa. Aku tak tau la sama ada dia bercakap benar atau dusta semata-mata...

At the end, aku seluk poket than ade beberapa keping not rm 1 dan sekeping not rm 10. Tanpa banyak songeh lagi, aku terus hulur dekat dia. If dia betul-betul susah, aku harap dengan sedikit pertolongan itu mampu meringan kan beban nya. Tapi jika sebaliknya, bia allah sahaja yang membalasnya. Pepatah ada menyatakan buat baik di balas baik, buat jahat buruk padahnya..Tanggungjawab aku sesama manusia sudah selesai dan aku harap lelaki itu selamat sampai ke destinasinya..


OhMissWhatEver__said : tips untuk u all yang merantau.. sediakan duit kecil dalam poket.  Tentang wedding, next entry pulak ye..Okay babai..