Friday, July 27, 2018

~ Shapee Disposable Nursing Pad & Nursing Bra ~

Assalammualaikum....


Hai..! Harini nak share sikit tentang Disposal Nursing Pad & Nursing Bra dari Shapee. Selalu mak mak ni asik cari baju nursing friendly je kan.. Haaaa, okay kali ni nak cerita tentang sesuatu yang wajib ada dan keperluan untuk ibu menyusu. Iaitu Bra menyusu atau Nursing Bra.... Sebelum ada anak, tak pernah terfikir eh senang cerita tak pernah tahu pun nursing bra ni penting. Sampai la bila da ada anak, baru la tersedar susah nya pakai bra biasa... Especially working mom yang kena pam susu setiap 3 jam.


Shapee for Nursing Bra & Disposable Nursing Pad

Jadi, buat bakal ibu dan para ibu.. da boleh la masukkan dalam wishlist antara barang yang wajib ada. So, start rasa kesusahan masa nak pam susu.... terus la iols beli nursing bra. Awal awal try hat yang murah je... yela sebab tak tau sizing and cutting dia macam mana.. sesuai ke idok. Ternyata Nursing Bra sangat memudah kan sesi pumping and breastfeed baby, tapi lepas tu tak berapa selesa. Jadi usha punya usha nursing bra yang best dan mampu milik akhirnya di pertemu kan dengan Shapee. 

Selain itu, Disposable Nursing Pad pun penting uols... bertujuan untuk mengelak tompok tompk basah. Biasa nya untuk mak mak yang kerja, terlewat masa pam kadang kadang tu normal. Jadi untuk mengelak kan baju basah boleh pakai Disposable Nursing Pad ni, Senang jenis pakai dan buang. Ada jugak yang material kain di pasaran. Boleh basuh.. tapi kalau aina, i lebih prefer jenis pakai buang. Bukan apa faktor masa... 


Okay, let me share specification Shapee Disposable Nursing Pad as below ;

  • Ultra-Thin design. 1mm thickness for extra comfort.
  • Dry- Comfy Technology. Stay dry for longer hours
  • Ultra-Water Absorber. Absorb up to 55ml breastmilk
  • 3D shaped design. Comfortably and discreet fit even when wet.
  • Leak Proof Coverage. Lock core helps absorb breastmilk for long lasting protection
  • Double Anti-Slip Adhesive strips. Peace of mind when on-the-go.
  • Made in Korea
  • Retail Price Rm 18.90 (introductory price : Rm 13.90)


OhMissBlossom__said : Must try mommy's! and you will love it. (^____^)




Friday, May 11, 2018

~ PRU 14 ; Malaysia Reborn ~

Assalammualaikum.....

Da setengah tahun rupanya tak jumpa jalan balik ke blog... Kekekeke. Okay, first thing first Congrats Tun M.! Welcome back to Putrajaya... (^^,). Siapa pun pentadbir negara, yang penting hak dan kebajikan rakyat terjamin. 

Gigih jugak ibu dukung Zara masa mengundi. Terima kasih pegawai SPR yang bertugas bagi iols masuk dewan dulu. Kemain panjang beratur dekat saluran mengundi iols. Tahniah anak muda, terlaksana sudah tanggungjawab.

Sama sama kita tunggu perubahan dalam pemerintahan kerajaan baru. Sebak tengok Tun M, umur 92 tahun masih gigih memerintah. To my children in future, ibu belum ada lagi masa Malaysia merdeka. Tapi insyaallah ibu boleh cerita macam mana setelah 60 tahun kerajaan bertukar. 





Malaysia need TRUE. HONEST. KIND Leaders. May Allah blessed us.

OhMissBlossom__Said : Husband tanya " Awak undi kerajaan ke bukan kerajaan?" Undi tu kan rahsia.. mana boleh bagi tau =P




Friday, January 12, 2018

~ Permulaan 2018 ~

Assalammualaikum....

Happy new year!
Welcome 2018 (^_^)....... Harap tak lambat wish naa. 




Tahun baru, azam baru, kerja baru.! Eh.?? Alhamdulillah after 3 and half years journey with Petronas Upstream, it's time for me to make a move. Teringat ayat boss masa farewell rabu lepas ;

" We are welcoming you back if you change your mind "

Yessss this is heartbreaking, but for salary jumping and experience growth i have thoooo. Needless to say I'm bidding goodbye to Petrophysics Department. Seriously, I gained wealth of knowledge here which I will treasure forever. Huwaaa mata masuk habuk pulak. Apply kerja masa maternity saja gatal tangan, confinement period kan tak de buat apa sangat selain online shopping. (^_~) Huhuhu.. Seminggu naik kerja dapat interview, 2 minggu naik kerja dapat offer letter, tak sampai sebulan naik da nak resign. Pening bos iols nokkk... =P

Mungkin ni la yang orang cakap rezeki anak. Alhamdulillah, Allah permudah kan. Future company ni dekat sikit dengan rumah. So, quite convenient for me. Baby fully BF, sekarang fasa kuat menyusu.. Tak sampai petang susu da habis bagi 4oz x 5. Boleh bayang.? mana tak ibu makin kering persis ikan kering... hewhew. Bila susu habis, gelabah la nak balik dari KLCC ok travel to Seri Kembangan dengan jammed nya alahai.. tak mau la tua atas jalan je.

Is not easy to made a decision. Sampai demam fikir... lepas istikharah demi istikharah baru buat keputusan. Semoga Allah bantu dan ini yang terbaik, demi anak jugak hehehe. Yela, da jadi mak mak, apa apa hal anak mesti kita fikir dulu yedak mak mak veteran.? hehehe. From oil n gas industry kita lompat pergi medical line... Hopefully i can served people with my best. Amin. Permulaan 2018 yang baik, semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelum nya. Azam uols apa.? Semoga 2018 di murah kan rezeki, di permudah kan segalan urusan & tercapai segala hajat yang belum tercapai.. Paling penting, azam pertingkat kan amal ibadah. Sama sama kita mengingati, tahun depan iols 3 seriess omg I'm getting old ~ ~ ~

Sekian, done update 1st entry 2018. =P


OhMissBlossom__said ; Ibu ibu berjaya BF baby sampai umur berapa..? mind to share with me....? If ada milkbooster atau apa apa amalan banyak kan susu sila kan komen.. Tq~!