Friday, September 30, 2011

~Picture tell u, that's......~

Assalammualaikum...

Morning malaysia~! i got a calculus class at 10 pm.. i'm in rush seriously. Tapi..pagi-pagi lagi mata aiNa da tertancap pada sekeping potret yang sangat-sangat awesome.. she's cute~! mia, u make my heart melted. woaaah... (^^,) 

Indah dan sempurna sungguh makhluk ciptaan tuhan ini....


OhMissWhatEver__said : mia ada pakej lengkap..dan angerah dari tuhan yang tak ternilai....okay guys. tata. Take care yaw~!

Tuesday, September 27, 2011

~Aku di stuDio RTM AngkasaPuri..!~

Assalammualaikum....

Salam sayang kepada readers and viewers. Ye, aku menghitung hari bila agaknya ada waktu-waktu sengang untuk aku merehatkan diri, merebahkan badan di katil yang empuk tapi tidak se-empuk katil di rumah.. menghadap blog kesayangan, dan melakukan aktiviti-aktiviti sosial seperti menonton wayang, berkaroake dan..... shopping~!! Shopping itu salah satu terapi yang ideal. Setuju atau tidak.? I'm little bit stress actually. So, sorry bebeh, if i cerita-cerita and tiba satu part i ter-mengarut pulak. Almaklumlah baru balik kelas noooo.. 

Hari jumaat malam yang lepas bersamaan dengan 23 september 2011, satu pengalaman yang aku sendiri tak pernah imagine..tak pernah terlintas dan tak pernah terniat untuk merasa kan nya. Pengalaman berada di studio dan bersiaran secara langsung selama 1 jam dalam slot Bicara Rakyat yang di tayangkan pada pukul 10 p.m waktu tempatan... tv berapa..? semestinya TV 1. Isu yang di bicarakan ialah berkaitan dengan pejuang. If u all ikut perkembangan semasa mesti da tahu kan, isu ini sering berbangkit dan hangat di perkatakan dalam arena politik negara masa ini. 

Seronok tak pergi studio..?? okeh, seronok itu sudah tentu. Kepada yang suka kan dunia glamour memang best bila muka kita terpampang dekat dada tv. Walau hanya untuk 3 minit pun jadi laa. Kan..? (^__^). Bila da dalam studio, beringat-ingat sikit.. behave your self. Turn off your handphone... bagi melancarkan majlis. Yang penting, jaNgan Tido..jaNgan Menguap.~! Dalam studio tu bukan 1 camera saja..tapi ada 5 okey. So, anytime muka kau boleh masuk bila-bila masa. Satu malaysia pulak tu yang nampak nak-nak lagi time tengah menguap.. hah, sapa yang malu..? cer jawab, ce jawab... 

Rasa nya jari jemari pun da lenguh.. mai kita layan gambar pulak....

Kami wakil dari kosass...( i sorang saja 2nd year di sini heehee) 

Bersama host...Sayed Munawar.

Fazrina ismail with aiNa yaZid.. (she's my roomate guys..~!) cumel kan die..? (^^,)

Keadaan di studio.. 

Begini la keadaan di studio.sesak? erm,boleh tahan. Gabungan dari tiga Universiti.. iaitu Unitar, UPSI dan UPM. (^^,). i admit, brother-brother dalam ni hensem-hensem, macho-macho dan kacak-kacak wei...~! Kah3.. single or not, yang tu den tak tau. Tak sompat nak interview..=P. Sesi bergambar, menandakan siaran suda tamat. Satu jam dalam studio, bapak ngantuk.~! Ngantuk tapi ku gagahi juga kerana ini pengalaman yang sangat berharga..

Bicara rakYat.. ouh, yang cumel2 ni Fatin namanya. Blogger juga.. jom serbu blog dia.. (^_^).

Orite..doNe. i got to go dear.. next time kite dating dalam blog lagi ye.. Tata~!! 

OhMissWhatEver__said :  myfir kata i semakin mengecil..uh, no wonder dear.. my babat it's already burn. Makan tak teratur, tidur yang tak berapa nak cukup, stress level yang kian meningkat. That makes me lost my appetite.

Friday, September 23, 2011

~KeKasiH baRU I:JgN Jeles Okeh...!!~

Assalammualaikum.....

Hello beloved readers and viewers...Cuaca dekat upm ala-ala dekat overseas u.. Terasa setiap helaan nafas berasap-asap. Menunjukkan takat beKu di sini yang tenat. (^^,). Ouh, lupa pulak, beberapa hari yang lepas upm takde air. Sebab..? kabel kene curik. Cilakak betul kan penjenayah terbabit..tu la dulu mak ayah antar p sekolah suwo belajar pandai-pandai hangpa p jadi gengster pasal ape..Haish, hari tu nasib kau baek.. mungkin lain kali tak sempat mencuri da kene sumbat dalam lokap~!

Ye, pengakuan kamikaze..i ada kekasih baru..~! Walaupun skin dia hitam tapi i sayang's gila dekat dia. Hitam-hitam sitampuk manggis, makin di pandang semakin manis. kan, kan, kan.. (^__^). Sorry guys, entry hari ni mungkin entry super gedik yang julung kali nya aiNa buat. U all tak kesah kan..? ahaks. Bdw, sila baca sampai habes. Dont judge this entry by the title.. Cewaaaahh.

Kisah nya, kekasih i ni sampai hari isnin ari tu. Tapi disebabkan jadual kuliah yang padat dan mampat, terpaksa postpone untuk pick up kekasih i yang tunggu dekat Bandar Baru Bangi pada hari Rabu. Kesian dia.. Eh, malas nak rasia-rasia la.. kekasih yang i maksudkan tu ialah..............
v
v
v
v
v
v
v
v



my LoVe yang kedua..~!

Ye, dia laaa~! hurm..so, sekarang ni mudah la untuk i ke mana-mana. Especially ke kelas okeh. I da jadi awek skut. Bhaahahaha.. Erm, thanks a lot kepada yang membawa moto gue hingga selamat dari Bangi ke Serdang. Sebenarnya, i serba salah dan kesian. Masa amek moto i tuu ada masalah yang berlaku. Masalah,  tayar depan kurang angin dan di tambah pula dengan cuaca hujan renyai-renyai. Walaupun hampir 8 stesyen minyak yang kitorang jumpa semua tak membantu untuk menambahkan angin dalam tayar tu. Nasib baik tayar belakang tak problem.

Korang ada pengalaman bawak moto yang kurang angin..? aku ada pengalaman. Moto tu akan goyang-goyang ibarat sedang berjoget-joget okeh. Memang sangat bahaya~! Dan hanya boleh bawa around 10 or 20km/j sahaja. Bayangkan dekat highway bawak slow nak mampui macam tu...Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa risau nye aku. Bukan risau moto! Tapi risau kan keselamatan pemandu..anak orang tu der. Kalau jadi ape-ape, susah den. So far, alhamdulillah takde sebarang kejadian buruk yang berlaku...dan akhirnya selamat sampai ke upm.

Special dedicate, thanks to ahmad dasuki, ahmad farid dan aja my..(^^,)....

OhMissWhatEver__said : Moto tak habis pantang lagi... (>_<). uhuks~! 

Sunday, September 18, 2011

~Minggu pertama~

Assalammualaikum....

Selamat pagi malaysia...~! (^^,). Ceriakan hari minggu anda. U all apa celor..? hehehe, eh kadang-kadang aku lupa yang aku ada blog. Uh, seminggu ni terlalu banyak urusan yang perlu di langsai kan. Sehingga aku rasa tak cukup kaki dan tangan...assignment toksah tanya la naa. Semua da tinggi bagai gunung. Korang da ade assignment belum..?

Tempoh seminggu ni la kau boleh drop subjek, tambah subjek... Lepas ni, takde rayu-rayu heh. Nasib kau la dapat subjek or dapat lecturer tak best. Tapi lagi susah kalau dapat lecturer yang kedek markah time exam. Masa ni la kau perlu kan pandangan senior tentang lecturer tersebut. If jawapan tu negatif or suam-suam kuku, better kau cabut lari~!Minggu ni aku turun naik fakulti dari ground floor hingg 2 floor. Seronok sangat. I memang suka naik tangga turun tangga ni. Sebab tu dapat bilik tingkat 3 kan.

Finally, dapat juga  tukar kursus dari Teknologi Pengawalan Pencemaran Udara kepada kursus Rawatan Air Minum. Dan secara tidak langsung jadual hari isnin tak pack macam 1st day hari tu..(^__^). Dalam kesibukkan, sempat lagi baca novel. Novel apa..? taraaaaa.....


Kak Liyana Zahim~! Novel akak awesome laa.. (^^,) keep it up.~! aiNa sentiasa support akak. Nama Bujang Sudin bikin org gelak guling2 la. Da tau da ape simbol boya tu.. Eh, u all da baca belum..? kalau belum sila-sila la beli. I love Zara Yumna name. Boleh bayangkan dia memang cantik. (^____^). Eh kata busy cmne sempat baca novel..? I baca before tidur okeh. Rutin baca novel before tido selalu di praktikkan. Ala-ala bedtime story gituw nyah..Cuba praktik kan if u all minat membaca. Okay, babai.

OhMissWhatEver__said : Rasa sesak dalam minggu ni... need some space n take a breath.~!

Monday, September 12, 2011

~Hutang Budi di Bawa Mati~

Assalammualaikum...

Hello readers n viewers..~! terasa rindu nak bersua.. (^^,). Hakikatnya, mata i da layu dan hampir terkatup. First class hari ni rasa macam da nak separuh meninggal dunia. Terkejut ke..? i lagi terkejut nokk.. kelas i non stop since 8 a.m untill 7 p.m okay. U know what, i think my brain terkejut beruk sebab da lama sangat cuti alih-alih hari pertama kene kerja keras. 1st week dia tanjat boboi kejap. Next week it's might be alrite.... 

Cerita ni berlaku pada 8 september 2011. Di mana, aiNa berangkat ke KL. please read if awak-awak ini adalah pengguna tegar bas ekspress. Al-kisah, on the way ke KL.. bus yang aiNa naik berhenti dekat hentian Bukit Gantang. I'm the one, yang join orang-orang lain turun ke toilet dan ke caltex untuk beli makan-makan untuk alas perut. Bila kita turun dari bus, please bring yours valuable things okay. Hand bag itu penting, jangan tinggal.~! Tup-tup, after balik dari toilet, that bus da hilang. Okay, serius i gelabah.. Tapi tak nangis. (okeh, yang ni tipu...!). 

Bertapa kijam nya driver bus meninggalkan aku di hentian yang tak berapa nak megah tuu.. Paranoid kejap. Kuang aja kan? Dekat tiket bus tu boleh pulak tak ada no phone kaunter. Memang bengang sangat-sangat. I'm the luckiest person, tengah-tengah termenung dalam keadaan hidung merah ala-ala badut circus, terserempak dengan seorang pakcik yang budiman dekat Caltex. Dia salah seorang polis peronda yang berkhidmat dengan plus. 

Antara berani dan takut, aku berani kan diri juga ikut pacik tersebut untuk menahan bus ekspress brengsek itu. Dan alhamdulillah, berkat doa u all yang doakan aiNa selamat sampai ke destinasi, berkat doa aiNa memohon di permudahkan segala urusan..akhirnya sempat tahan bus tersebut, walaupun bus tu da sampai Simpang Pulai. Allah itu maha mendengar. Setiap masalah ada jalan penyelesaian nya. Ketika hambanya dalam kesusahan, DIA turunkan pertolongan dalam betuk yang tidak di duga. Itu la dugaan seorang perantau yang pulang untuk menuntut ilmu. Bila niat kita baik, insyaallah baik jadi nya. Kepada Pakcik Hasbullah bin Zakaria, aiNa tak kan lupa jasa dan budi baik pakcik. Budi pakcik aiNa akan ingat sehingga nyawa bercerai dari jasad. aiNa doakan kehidupan pakcik sekeluarga sentiasa di limpahi rahmat di dunia dan akhirat...

Guys, andainya u all tertinggal bus di kawasan highway..tolong jangan panic. Relax je... Sebab, bus yang tinggalkan u all tu bertanggungjawab sepenuh nya ke atas penumpang diorang. Customer always right~! Jadi, bila u all berdepan dengan situasi ini.. sila simpan no di bawah. harus simpan. .Insyaallah, khamis ni ayah aiNa akan berjumpa dengan pakcik Hasbi. Hutang budi ini, tidak mampu di ungkap dengan kata-kata. Hanya doa yang mampu aiNa iringi buat insan berhati emas ini..

1-800-88-0000

If kereta rosak pun, sila dail no yang tertera..Mintak bantuan dari pihak plus..jadi diorang cuba trace bus yang u all naik. Kalau boleh, tolong ingat no plat bus... In case, if anything happen u all boleh dapat bantuan dengan cepat. Agak sadis kan kisah i,? tapi alhamdulillah di kala kekusutan itu terselit sebuah hikmah. aiNa perlu share dengan u all. Supaya, bila u all berada di situasi aiNa u all tak panic dan tahu macam mana cara untuk mendapatkan bantuan...Pengalaman itu mengajar aku erti kehidupan.. doa merupakan ubat paling mustajab dan doa juga senjata yang paling ampuh.

source : mangga online...

OhMissWhatEver__said :  Oh, pakcik Hasbullah ada anak lelaki yang merupakan Naib Juara program Pilih Kasih.. if i'm not mistaken his name is... Reza Hasbi. Berlakon dalam drama Trilogi Cinta.~!

Thursday, September 8, 2011

~Berakhir suda Cuti Semesta~

Assalammualaikum......

Hey guys...~! sedar tak sedar cuti sem 4 bulan aku telah melabuhkan tirai nya. Rasa macam baru semalam je sampai rumah.. (^^,). Hari ni tepat pukul 9 a.m waktu tempatan aiNa akan berangkat ke KL. Doakan i selamat sampai ke destinasi ye. Jangan tertanya-tanya pulak, napa la budak aiNa yaZid ni lama tak hupdate blog..napa la aiNa yaZid ni tak muncul-muncul...I tak menghilang diri pun. Cuma tuntutan waktu yang tak mengizinkan. 

If i tak update blog, aiNa tetapkan akan buat blogwalking bila free nanti.... just leave  ur footprint and i will visit u back.. (^^,) deal..?? rasa berat pulak hati ni nak balik uni. Ape ke hal nya ni..? Ow, mungkin sebab aku teruja tengok kucing-kucing dekat rumah ni yang sibuk nak mengawan. =P. Ada 4 ekor kucing, 3 da jadi kucing gatai.. sekor ni aku rasa tak akil baligh lagi kot. Macam takde perasaan je aku tengok. Eh., sekarang musim mengawan ke..??

So, this sem aku dapat bilik tingkat 3. Caya lah.~! Ape pasal tak bagi penthouse terus..? rasa macam kene Parkinson bila check  no bilik.. Ape pun terima kasih la sebab bagi i stay kolej.. keh3.. *banyak complain lak bila da dpt hostel* (^^,).  Selamat kembali study ye kawan-kawan.. Naik ni kene polish otak yang da berkarat barat ni. Tulisan wa pun nampaknya da style tulisan doktor bedah. Maklum lah, dekat rumah asik pegang senduk dan kuali je. (~_~)

Ruang paling best dalam bilik..! My blanket, thanks for keep me warm at night. (^^,) 

Hari pun da lewat malam..aiNa nak kene ZzzzzZZ, esok nak berjalan jauh ni. Sebelum tu, aiNa nak cakap sikit..terima kasih blogger yang sudi baca n drop komen dekat blog comot aiNa. U  all memang terbaik~!  Sokongan dan kritikan u all aiNa terima dengan hati terbuka. Sepanjang cuti ni, ramai juga yang aiNa da kenal. Termasuk la Cik Bulan n Rapunzel yang satu U dengan aiNa rupanya.. pasni boleh la kita dating~! muehehehe.. Okay, daaa.. Gudnyte.

OhMissWhatEver__said : Terasa bagai kan tidur di ladang buah-buahan.. nampak sedap tak tembikai kat atas tuu..? Dont forget me guys. (>_^) tata~!

Wednesday, September 7, 2011

~Collection Duit Raya~

Assalammualaikum....

Hello readers n viewers...(^^,). Kesinambungan dari entry semalam, sekarang nak cerita tentang money..money..money..~! Berapa banyak collection duit raya korang tahun ni..? ciput atau menggunung banyak nya..? Atau tengah kopak dek kene hulur duit dekat sanak saudara.. hehehe. Relax luu, raya setahun sekali. Yang penting pemberian itu ikhlas okay. Jangan seksa diri.

Da 22 tahun...22 tahun okay, still dapat duit raya~! Jangan jeles nyah. Nak buat lagu ane. Chek tak keje lagi naaa.. Mengikut konsep (dlm family aiNa) as long as kau tak kerja lagi, senang cite belajar lagi.. kau memang layak dapat duit raya. (^___^). So, lepas ni nak sambung master pulak la. Dapat duit raya lagi...keh3.~! Macam aiNa sekarang still dapat lagi duit ghaya. Next three years, bila da kerja..insyaallah benda yang sama akan gue praktikkan. So, adik-adik...tunggu ahkak kije dulu ye..

Bila da tua-tua bangka ni dapat duit raya, agak segan juga dowh. Nak-nak lagi bila sedara-sedara, pakcik makcik announce macam ni...

"siapa nak duit raya datang sini....."(datang dekat dia, n kene beratur)

Memang aku tak pergi la wei. I pun tau segan okeh. =P. Tapi sekali dapat, kembang hidung kejap. Tahun ni den banyak dapat not kaler merah dan hijau.. Eh, terima kasih.~! macam faham-faham je da nak bukak sem baru ni. Nak kata banyak tu.. tak la, tapi lepas untuk makan sebulan. (^^,) alhamdulillah. Rezeki raya tahun ni. U all macam mana pulak..? kalau banyak, alhamdulillah.. kalau kureng, bersyukur dengan apa yang ada. Untung orang nak bagi dari takde kan. (^__^).

~...(^^,)...~

OhMissWhatEver__said : seronok tengok budak kecik bila dapat duit raya. hamboi duit nak , salam taknak. cis..! keh3.. 

Tuesday, September 6, 2011

~i'm Back bebeh..!~

Assalammualaikum......

Salam sayang semua~! Seminggu sudah kita menyambut kedatangan Syawal yang mulia. Terima kasih kepada awak-awak semua yang tolong tiup kan sawang-sawang yang ada dekat blog aiNa ni. Seminggu i tak online..do you miss me.?? muehehehe..

So, macam mana sambutan hari raya tahun ni.? harap-harap lebih meriah dari tahun lepas okay. Sebenarnya, i baru je menjejak kan kaki ke rumah pagi semalam. Tu yang macam chipsmore. Kejap ada kejap hilang bak kata incik Afzal. Tak larat mek non nak bw siang tadi. (^^,). Penat wei dari utara ke selatan, than patah balik ke utara. Boleh reput segala tulang belulang yang ada.

Syawal tahun ni memang terbaek la. Sebab, semua ahli keluarga sebelah emak dapat berkumpul seramai yang boleh. Hari raya pertama, kami di Kulai. Menu yang pelbagai meraikan hari kemenangan. Macam-macam makanan ada, menu wajib ketupat, rendang, sambal kacang dan lain-lain.  Tapi aku dok pulun rendang tok dengan lemang selaju yang boleh. Sampai meragam perut akibat rendang bergaduh dengan lemang. Korang macam mana..? apa yang korang bantai masa raya pertama..? 

Sila kan, jemput lah menjamu lemang dan rendang di sini... (^^,) free je u~!

Masa sangat mencemburui kita.. Banyak sangat nak di ceritakan ini, tapi almaklumlah tahap kesihatan aiNa sekarang tak berapa baik. Gua demam der.~! ni baru betol demam ghaya..uhuks. Kita slow-slow buat blogwalking ye..Banyak collection yang u all dapat..? Next entry kita cita pasal duit raya pulak okeh.


OhMissWhatEver__said :  Insyaallah aiNa akan buat bw before aiNa alik U 8 sept ni. Thanks for viewing okay. For those yang dapat futher study, congrate~! selamat menepuh alam orientasi. Doakan aiNa sihat sebelum balik uni ye kawan. (^__^).