Assalammualaikum.
Aku percaya ramai di kalangan kita yang suka bercuti. Siapa tak suka bercuti kan? Melawat tempat orang, dapat tenang kan fikiran dari kerja yang bertimbun buat sementara. Betul tak..? Buat travellers out there, TRAVELOKA sedang menjalankan online contest #MyTravelokaEscapade, so cepat join! Mana lah tau kan rezeki uols, dapat bercuti FREE ke tempat idaman. Menarik kannn.? Jom baca sampai habis, kenapa Sabah menjadi tempat pilihan hakak untuk bercuti sekiranya Traveloka nak sponsor. (^_^)
Traveloka antara laman web yang paling terkemuka di Asia Tenggara dalam menyediakan kemudahan bagi membantu anda merancang percutian secara mudah, pantas dan teratur. Kita juga boleh membuat tempahan hotel secara terus beserta tiket penerbangan pada waktu yang sama. Ia menyediakan pilihan penerbangan bagi 18,000 laluan dan ribuan hotel di Asia Pasifik. Dari segi harga pulak, ehem, ia sememangnya berpatutan kerana Traveloka sentiasa menawarkan promosi untuk harga tiket penerbangan & hotel yang sangat kompetitif. Sekiranya anda ingin bercuti di saat akhir, jangan risau tiada masalah kerana perkhidmatan Traveloka adalah 24 jam 7 hari seminggu. Best kannnn...! Dan of course la hakak akan menjadikan Traveloka sebagai platform rasmi hakak sekeluarga untuk melancong dimasa masa akan datang..gittewww..Insyaallah (^^,)
10 destinasi menarik. Sabah menjadi pilihan hati.
Haa, korang mesti macam tertunggu tunggu kan, kenapalah Sabah, Negeri Dibawah Bayu, yang menjadi pilihan iolss. kenapalah tak pilih tempat-tempat fancy yang lain terutamanya di luar negara macam Tokyo ke, Bali ke, Nepal ke atau Melbourne ke..Kan kan kan? Teeetttt, semua tu tempat mainstream, iolllss ni acah acah hipster plus patriotik gittew..kikiki..Jadi, apa yang menarik sangattt di Sabah ni sampai menjadi pilihan hati..? Haaaa Let's check it out.
1) Kinabalu Park
Sejuk mata memandang
Siapa suka alam semulajadi.? Kita geng. Okay Kinabalu Park ni merupakan lokasi permulaan pendaki untuk mendaki Gunung Kinabalu. Di lokasi ini, para pendaki boleh membuat pendaftaran, menempah mountain guide atau pun menginap di sini sambil menikmati suhu yang sejuk, udara segar dan view berlatar belakang kan Gunung Kinabalu. Wowww sangat! If uols yang tak mendaki gunung Kinabalu, anda boleh bergambar di sini sambil ber-istirehat atau melawat Botanical Garden.
2) Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang
Little New Zealand in Sabah
Ice cream fresh
If ada peluang ke Sabah, jangan lupa singgah sini. Tempat top dengan pemandangan cantik serta udara segar fefeeling berada di New Zealand gituu uols. Okay, Desa Catlle Dairy Farm merupakan sebuah ladang ternakan lembu dan kambing. Di sini jugak ada kilang pemprosesan susu. Sudah semestinya produk produk seperti susu dan ais krim yang segar & terbaik dari ladang. Sambil menikmati permandangan yang cantik, uols boleh la menikmati ais krim atau susu segar yang di jual secara terus dari kilang.
3) Kundasang War Memorial
Pintu gerbang
Salah sebuah taman
Merupakan tugu peringatan Perang Kundasang. Yang iols tahu, terdapat 4 taman di dalam kawasan ini iaitu ; Australian Garden, the English Garden, the Borneo Garden dan the Contemplation Garden & pool. Pembinaan tugu peringatan ini adalah salah satu tanda sejarah untuk memperingati tentera Australia dan British yang terkorban dalam Perang Dunia Ke-2, semasa zaman penjajahan Jepun. Bayaran Rm 2 di kena kan untuk masuk ke sini.
4) Poring Hot Spring
Bagi mereka yang ingin mendapatkan ketenangan atau pun melepaskan lelah setelah puas berjalan di Sabah ni, Haa, ni lah tempat yang paling sesuai bagi uolsss. Pouring Hot Spring ini akan menawarkan pengalaman bermandi atau berendam air panas yang istimewa. Anda boleh memilih samada untuk berendam secara 'private' atau pun boleh juga berseronok dengan pengunjung lain di kolam terbuka. Bukan tu sahaja! setelah puas berendam, uollss boleh la memanjat 'Canopy Walk' bagi menikmati permandangan hutan hujan tropika yang tertua didunia yang tergantung dicelah celah pokok setinggi 41 - 43 meter atau 8 tingkat bangunan. Bagi yang gayat tu, boleh la tahan nafas siap siap sebab ini adalah 'canopy walk' yang tertinggi di Sabah. Wow!
Sedikit nasihat, kalau boleh jangan datang ketika cuti umum (hujung minggu) kerana kesesakan manusia berkemungkinan akan berlaku..hehehe
Kolam Air Panas
Canopy Walk
Bagi mereka yang ingin mendapatkan ketenangan atau pun melepaskan lelah setelah puas berjalan di Sabah ni, Haa, ni lah tempat yang paling sesuai bagi uolsss. Pouring Hot Spring ini akan menawarkan pengalaman bermandi atau berendam air panas yang istimewa. Anda boleh memilih samada untuk berendam secara 'private' atau pun boleh juga berseronok dengan pengunjung lain di kolam terbuka. Bukan tu sahaja! setelah puas berendam, uollss boleh la memanjat 'Canopy Walk' bagi menikmati permandangan hutan hujan tropika yang tertua didunia yang tergantung dicelah celah pokok setinggi 41 - 43 meter atau 8 tingkat bangunan. Bagi yang gayat tu, boleh la tahan nafas siap siap sebab ini adalah 'canopy walk' yang tertinggi di Sabah. Wow!
Sedikit nasihat, kalau boleh jangan datang ketika cuti umum (hujung minggu) kerana kesesakan manusia berkemungkinan akan berlaku..hehehe
5) Upside Down House
Rumah terbalik
Lokasi nya terletak di kawasan Tamparuli. Merupakan binaan pertama Rumah Terbalik di Malaysia. Unik kan! Iols tak pernah lagi melawat mana mana tempat rumah terbalik. If dah sampai ke Sabah nanti, boleh la singgah tinggal kan jejak tapak kaki konon konon nya.. Hehehe dan jangan lupa selfie sebagai kenangan. Haaaa.
6) Tagal Sungai Moroli
Ikan kelah yang jinak
Di kenali sebagai Tagal Luanti, ia merupakan sebuah sungai yang jernih dan menjadi daya tarikan pelancong kerana terkenal dengan nama jolokan Spa Ikan. Ratusan ikan kelah yang jinak mula 'mengurut' kaki anda sebaik sahaja kaki anda mencecah sungai. Uols juga boleh bagi makan pada ikan ikan ni.
7) Pasar Pekan Kundasang & PekanNabalu
Pemandangan Gunung Kinabalu dari Pekan Nabalu
Buah buahan segar di Pasar Pekan Kundasang
Pekan Kundasang & Pekan Nabalu merupakan dua buah pasar yang menjual pelbagai jenis sayur dan buah buahan organik yang segar dari kebun. Selain itu, uols boleh jugak mencari barang kraftangan dan makanan tradisional tempatan di kawasan ini.
8) Pasar Filipina
Memang tempat yang terkenal dengan pearl, sesuai untuk souvenir. Pic credit HERE
Tudiaa rambang mata brooch pelbagai jenis. Pic credit HERE
Boleh pekena seafood fresh. Pic credit HERE
Da penat shopping boleh la uols pekena seafood di sini. Macam macam ada! Ikut lah selera masing masing. Sis nak bagi tips ni, if nak pilih makanan laut jangan lupa tanya harga dulu. Karang terkejut beruk pulak dengar harga. Hehehe. If harga nya sesuai dengan bajet baru ambik. Okay? Lagi satu kalau nak yang fresh, sila cari yang belum masak. Tau.!
Okay, cukup setakat ni, jadi memang tak sabar sabar sungguh nak ke Sabah ni..Moga moga hakak terpilih oleh Traveloka untuk di sponsor melancong ke Sabah..hehe..Jika anda rasa atau sudah berkira kira nak ke Sabah, boleh la jenguk2 pakej yang terdapat di Traveloka. Pastinya berbaloi baloi! See you there;-)
All picture credit to google.