Friday, February 10, 2017

~ Resepi : Ayam Lemon Inspired Pak Li Kopitiam ~

Assalammualaikum....

Hi uols, harini hakak nak share resepi Ayam Lemon inspired dari PakLi Kopitiam Shah Alam, Sapa pernah rasa Nasi Ayam Lemon Pak Li..? Signature dish orang kata.. Iols rekomen sangat kalau tak pernah cuba. Sedapp! Jadi ini lah ghupa hasil percubaan pertama hakak untuk resepi Ayam Lemon. 

Ayam Lemon

Tapi akak ngelat sikit la ayam ni pakai ayam frozen jewwww. Itu aje yang ada dalam peti ais masa tu. Jadi lah Ayam Lemon Segera. Tak kisah la kan yang penting sedap dan kenyang... (^^,)
So kalau uols nak buat ayam goreng sendiri ini resepinya.. selamat membaca & jangan lupa cuba!

Bahan-Bahan yang di perlukan untuk 2-3 orang makan ;

Ayam ;

  • 2 keping peha / dada Ayam
  • Breadcrump/Tepung salut
  • 2 biji telur
  • Garam
  • Minyak Masak
Untuk penyediaan Ayam Goreng; 
  • Pecah kan telur, kacau & masukkan secubit garam dalam telur.
  • Celup ayam dalam telur, salut dengan breadcrump/ tepung salut
  • Panas kan minyak. Kemudia bila dah panas, masukkan ayam tadi.
*Tips ; api sederhana semasa panaskan minyak

Sos ;
  • Setengah biji lemon ( biji buang terus)
  • 1 cawan air
  • 1 senduk gula
  • setengah sudu tepung jagung

Cara buat sos Lemon ;

  • Masukkan air dalam periuk, api sederhana, perah jus lemon sikit dan masukkan lemon dalam periuk sekali.
  • Biji lemon terus buang, jangan masuk sekali untuk elakkan sos rasa pahit.
  • Bila dah mendidih, slow kan api. Masukkan gula. Ikut citarasa if nak tambah lemon atau gula lagi.
  • Kemudian akhir sekali, masuk kan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.. ikut suka angpa nak pekat mana.
Nahhhh.. da siap akhir nya. Bila ayam da siap goreng, curah kan sos lemon atasnya. Letak la hirisan lemon sebagai hiasan.. gitu.



OhMissBlossom__said : Akhir kata, selamat mencuba! Esok weekend kan, boleh la masak untuk anak anak hihihi.. (^_^)