Tuesday, December 15, 2015

~ Tips Merancang Perkahwinan (#TabungKawin) ~

Assalammualaikum....


Hi uolsss.! Ada sesiapa yang bakal kahwin.? Nak kahwin? Sedang merancang nak kahwin? Semoga di permudahkan. (^^,) Sedikit tips, berbincang lah dengan pasangan. Okay? jangan gegado. Hihihi.

Gambar sekadar hiasan. Simple but nice, and its capture my eyes. 

Semua orang nak kahwin di atas kayangan. Ala ala fairy tale gituu.. Pelamin ala ala cerita hindustan. Tapi jimat cermat untuk kawin itu lebih berkat. Sesuai dengan keadaan ekonomi sekarang. You know what i mean right.. Panduan buat bakal pengantin yang nak beli rumah awal selepas kawin. Sampai bila nak menyewa kan..? Nak decorate rumah pun terbatas. Nak paku sana sini pun pikir 10 kali. I pasti ramai yang teringin beli rumah sendiri. Hidup pun tenang, tenteram tak ada la susah hati kena halau ye dak.? =)  Uols setuju tak dengan tips ni ;

1) Kad kahwin jangan tempah yang mahal, kita je yang syok sendiri nak kad kawen 3D bagai siap ada lagu la hape la. Lepas kenduri semua orang buang ketepi je kad uols. Bukan depa frame kan pun.

2) Kalau uols rumah dekat selang sebijik ke, selang satu taman ke, parents duduk satu negeri ke, boleh la sekalikan majlis. Jimat. Cut cost.

3) Baju kawen lebih murah sewa dari tempah.. Pakai sekali je diknon. Bukan boleh buat keje baju kembang meleret tu. Baju nikah, pilih la yang boleh ulang pakai. Atleast nak pakai kenduri kengkawan or sedara mara tak de hal. =)

4) Tak payah lumba hantaran siapa lagi banyak. Iols dengan tunang pakat 7 balas 9 je. Tu pun da minimum & barang yang memang akan pakai. Pasni tak shopping 10 tahung laa. Kahhh.

5) Target/ tetapkan jumlah tetamu. Sedara mara, kawan office, kawan belajar la kawan sekolah la.. kawan mak ayah kita pun penting jugak tu. Buat senarai. Tu pun da memadai. Jangan jemput satu stadium bola. Lembu 5 ekor pun tak cukup.

6) Tarikh. Tetap kan tarikh, biasa nya waktu paling hot majlis kahwin ni time cuti sekolah. Masa tu semua mahal. Service mak andam semua penuh. Jadi tempah awal. Boleh la kekenyit mata dengan mak andam.. haha

7) Bunga Tangan. Fresh flower memang cantik. Sumpah nampak hidup di hari bahagia uols. Buat yang mampu takde hal. Ni kan tips bajet, jadi iols bagi tips pakai bunga plastik uols still vogue, still pengantin lagi. Tak yah nak bunga segar sangat, bukan boleh buat ulam makanan pon.

8) Bajet. Buat bajet untuk Catering. Survey. Food testing. Hewhew. Kalau tak survey nanti diorang cadang makanan paling mahal dan acah acah grand.

9) Door gift. Ikut citarasa dan bajet uols. Tak perlu botol kaca ada ikan dalam nya kot. Zaman dulu orang bagi telur rebus dalam kotak je. 

10) Hantaran. Buat origami expert takkan hantaran nak mintak orang gubah. (masa bertunang mak iols je tolong gubah, sentuhan mak super power).

11) Saving. Sekarang ni aku gian buat simpanan hijau. Saving gaji lain. Simpanan hijau lain. Dana khas orang kata gitu. (travel/shopping/service kereta/emergency/etc etc)

12) Jangan buat pinjaman peribadi. Nyesal tak sudah nanti diknon. Kumpul duit sendiri ye. Insyaallah Allah permudah kan niat baik. Niat nak kawen ni Allah akan bagi jalan. (^_^) Biar majlis sederhana asalkan meriah. Majlis grand grand nk ke mana.. bukan kita nk lumba dengan anak kak Mah. Eh?

#Belirumahsebelumkawenbarurare . Sekian, coretan waktu senggang.


OhMissWhatEver__said : Grudges are a waste of perfect happiness. Laugh when you can, apologize when you should, and let go of what you can't change. 





4 comments

December 15, 2015 at 12:53 PM

hai adikkk...dh dkt tarikh ye ni duk citer psl kawen..hehehe.. btw, pelamin tu pelamin idaman akak, rekues nk pelamin tu, tp xdpt..huhuhu..

bab bunga tgn, biasa sekali dlm pakej MUA tu.. so, jimat.. akak buat mjlis sblm cuti skolah, so xde masalah..door gift akak bunga telur sbb masih nk kekalkan style org lama..ehh, terpanjang pulak komen..

December 15, 2015 at 2:53 PM

@Mizz Tina hahaha kaaaakk lama betol kita x kekomen. hihihi..
omg kak.. pelamin bunga tu cantik kan. (^____^) Tarikh insyaallah TBI. Nanti aina jemput akk =) hihi

December 17, 2015 at 4:13 PM

betul tuu :)

December 17, 2015 at 5:40 PM

@Yana Libra hihi tq syg... =) yang penting jgn membazir. kn?

Post a Comment