Salam sore uols. Da lunch..? (^^,) Oleh kerana sekarang ni waktu tengahari.. Sis rasa teruja nak update tentang tempat makan. Kot la uols belum luncheon lagi, boleh la terjah restoran A.Hassan Ayam Kampung di Velodrome Cheras. Alaaa yang dekat tapak downtown cheras tu, landmark Hospital Rehabilitasi Cheras & PPUKM. Zaman belajar dulu selalu la jugak ronda dowtown cheras. Tak sangka tempat berlibur dulu dulu ni la jadi tempat menyewa sekarang ni. Haih, bila rumah dengan downtown cheras sejengkal ni tak de pulak rasa nak pergi downtown selalu. Maklum laa balik keje da letih, lepak depan tv ada pekdah nya. Tu pun kalau sempat lepak la... kadang kadang lepas isyak da menganga. Hewhew...
Berbalik pada matlamat asal, first time aku makan dekat sini sebab bos belanja... Aku ni baby petroleum engineering (baby sangaaat) haha.. Jadi tak sempat nak berkenalan satu department lagi. Dan paling best bos yang belanja pun aku tak kenal. Haruu betei masa tu... Tapi paling tak boleh blah bos kena kan aku " Aina syarat aku senang je, kau nak makan apa makan.. tapi kalau tak habis bayar semua " Ketaq lutut aku. Da la aku jenis makan tak habis. Tank kecik =P
Ini lah dia restoran ayam kampung Velodrom
Semua menu akak akak n bos la yang order. Aku order air je. Oh btw air Durian Belanda thorbaik.! Menu utama yang pemes amos sudah tentu nya Ayam kampung. Ikan bakar nya pun best. Lauk pauk lain contoh macam ayam kari, kari kepala ikan, daging salai masak lemak, kupang dan sebagai nya semau memang sedap. Jom layaan antara lauk pauk yang meriah dekat sini. Confirm terangkat selera uols.
Ayam percik, Sambal sotong besar penumbuk dan Kari ikan
Ulam ulaman, banyak lagi jenis.
Telur masin dan daging salai masak lomak.
Lala masak lomak.. Ni la dia antara menu yang hadooo..
Ni baru sikit guys. Sis takut lagi banyak gambar lagi meleleh air liur kang. Huhuhu.. Kalau entry ni mengganggu para ibu mengandung sis mintak maaf. Sekadar nak share tempat makan sedap yo ni. Highly recommended. Keluaran bumiputra insyaallah bersih. Hehehe... kalau ada yang mengidam sila lah terjah Restoran A Hassan Ayam Kampung ni. Sejak tau tempat ni dekat dengan rumah, selalu je ajak En. Tunang lunch masa weekend. Tempat peberet gituu.
Paling terbaik. Ayam kampung. Masih panas lagi uols! *pinjam gambar google
Sekian sahaja progran JJCM hari ini. (^__^) Jumpa di next entry wokeh. Sis serta kan alamat dan jugak koordinat GPS. Jangan memalu.. hihi
Alamat ;
Dataran Velodrom, Jalan Yaacob Latif,
Bandar Tun Razak, Cheras
56000 Kuala Lumpur.
E 101 degree 43' 46.33"
N 03 degree 6' 33.7"
Thanks reading!
OhMissWhatEver__said : May Allah ease everything. Lega En Tunang da jumpa rumah (^_^)
25 comments
mmg sedap.. kt bangi ada, selalu gak mkn kt sn.. hehehe
Saya nak makan situ lunch japgi..bye
makanan dia macam menarik dan menggiurkan
MizzTina: Kaaaaann! fuhh susah nak jmpa tmpt makan berlauk yg sedap ni. Bangi area mana kak..? =)
Anikimaro: Huhuhu.. bikin panas ni. Naaaak ayam kampung jugak.!!_!
Nabila Syifa: Kalau dtg tmpt ni lagi mcm mcm ada sis.. sampai tak tau nak pilih apa. hehe
Selalunya mak makan ayam kampung kat Kesas Highway tu ha Aina....selalu tak selalu jugaklah....pernah ler hihi...kalau area situ pernah makan kat food court dia, rasanya depan A Hassan nilah....Lauk banyak best.....walaupun rambang mata nak pilih...
Port akak juga ni, Aina ... Akak pun suka makan kat sini. Lagi suka sebab ada gulai kawah! Akak kalau makan ayam kampung ni takdalah letak lauk-pauk lain. Ayam kampung + nasi putih + sambal belacan. Cukup nikmat dah rasanya. Lala masak lemak tu pun favorite. Ketam apatahlagi. Pendekata memang sukalah restoran ni. Kalau nampak akak anak beranak makan kat sini, mai lah duduk semeja! Hahaha!
Eh, awak duduk kat BSP ke? Awat akak rasa macam kita ni berjiran aje yerk ^_^
Salam Aina..mmg sedap klu dpt singgah kat restorant ni....juadah2 sedap2 belako!!Tang ayam goreng kg tu...lg lar...!!!
untunglah boss belanja..makanan freebi biasanya memang sedap.haha
kami org utara klu teringin pun tak merasa la kot nun jauh sgt restorennya..nasib la pregnant kali ni kurang terliur sikit tgok makanan..mengidam pun takda..tp berat tetap maintain naik 2kg setiap bulan.haha..
tu dia..semua sdp sdp belaka tuu.
lenkali nak makan roger2 la skali aummm hahaha :D
entry ala JJCM ni memang best layan, hikk...
Adoiii sedapnyaa.. terliur org pantang nih.. hihihi
Adoiii sedapnyaa.. terliur org pantang nih.. hihihi
sedapnye...byk ulaman lak tu..kat cyberjaya ada satu kdai, mat ayam kg...sedao gak..mkn dgn tempoyak lg sdp..huhu
hainom OKje : hihihi..lauk byk sangat mmg rambang mata. nampak semua sedap belaka kan kak!. (^^,) Aina x pernah lg. tp kot one day lalu kesas blh la menyinggah sana pulak. =D
Mummydearie : Hahahaha... port kita la ni. bereh kak. Next time kot ternampak boleh la kita makan se table. Tp btul kak, ambik lauk ayam kampung + ulam n kuah sikit tu pun da cukup. Haaah aina duduk BSP. Tu la kan kan rasa mcm berjiran je ni. Tp lepas kawen pindah da. Hihi. Ada dkt BSP sampai bulan 4 je. Xpe xpe klcc kan ado.. ^^
♥♥azatiesayang ♥♥: wasalam kak...btul kak. rekomen sgt. hihihi... Ayam kampung tu mmg terbaik. =)
Puan Kutu: Hihihi... kan! hahaha.. nasib baik kak tak terliur, klu tak jenuh nk p hntr ke utara lauk ni. =P hehe
nuyui a.k.a miss YUI : btul yuii.. sedap. jarang jmpa tmpt makan berlauk yg sedap..
afzalsukasuki: Hahaha... lenkali okay lenkali. Mai cheras roger la.!
caliph shuriken: haha.. bab makan memang kegemaran.. ^^
azizah green line : yaaa ampun jijah! huhuhu.. nnti lps habis pantang jgn lupa sggh sini. =)hehe
Yana Libra : kannn.. ayam kampung mmg terbaik! =) makan masa panas panas dgn nasi putih pun da ckup. hihi