Wednesday, May 11, 2011

~Between u N me~

Assalammualaikum...Okay, cerita hari ini di adaptasi dari novel berjudul......ouh, bukan! silap. Cerita ini berdasarkan realiti kehidupan antara DyLa dan Effa (bukan nama sebenar) maaf perlu di tapis sedikit. Takut sentuh sensitiviti manusia...huhuhu. Tau x? Dulu kan diorang ni rapat sangat...rapat sangat...dari kecik-kecik semuanya bersama. Makan sama, mandi pun pernah sama. Biasa la kan, budak hingusan lagi masa tu. Mana tau malu. Relation between diorang ni ialah...sepupu aje. Rapat macam adik beradik. Tapi...sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..(blh la pakai pinjam perumpamaan ni). 

Awal 90-an, diorang berpisah sementara sebab Family DyLa merangkap pakcik Effa kene transfer ke UK. Tugas sebagai duta malaysia menuntut pengorbanan yang amat tinggi. Bayangkan, diorang yang rapat terpisah. Bermula dari stu, kehidupan mereka berubah 360 darjah. Effa, macam biasa sekolah di Malaysia. Manakala, DyLa pula masuk international school. Standard la kan, bila g oversea. X dinafikan, siapa-siapa yang pernah bermastautin di luar negara, that's one of the benefit u get. U can improve a lot in English berbandingkan dengan local people. Lebih-lebih lagi dari kecik kita da di asuh dengan pertuturan bahasa inggeris. So, 5 years DyLa dekat oversea. Balik Malaysia, x boleh speak in Malay lagsung! 

Take time for a few month, than baru boleh cakap sikit-sikit. Masa tu da nampak DyLa n Effa kurang mesra. Kenapa ye? mungkin Effa segan kot. Ye la, kawan tu dok luar negara. Speaking pulak tu.! X lama kemudian DyLa pergi Myanmar pula dengan family, di ikut Indonesia than Brunei. Masa dekat Indonesia, DyLa_Effa selalu jugak berbual dalam phone. Tapi DyLa da berubah. X macam dulu. X boleh simpan rahsia. Dulu mereka boleh berbual apa sahaja. Senang cerita top secret semua share together. Tapi, masa dan keadaan merubah insan ini, sehingga Effa terpaksa menghadkan batas cerita antara mereka. Masa tu Effa sedar, DyLa x boleh dipercayai ....sedey kan?

Masa darjah 6 DyLa sekolah dekat Perak. So, keputusan UPSR dia 2A 3B. Kira okay la kan, sebab x pernah masuk sekolah melayu than masuk bapa bulan result dapat A n B je. X macam Effa, dia dapat 2A 3C. Effa terasa sangat... Tapi dia redha, tu kan ketentuan..yang penting dia da berusaha.. Lebih sadis lagi, Effa terbaca diari DyLa...Even she wrote in English, tp Effa xde la x pandai langsung. Tapi, dari butiran diari itu, jelas DyLa memperlekehkan kemampuan dia dari segala aspek termasuk paras rupa. Effa x percaya..x sangka. Orang yang rapat dengan dia sekejam ini...Mulai saat itu, Effa menjarakkan diri nya. Menjadi pendiam berbanding dahulu... Lepas SPM DyLa masuk ke Uitm than amek asasi. Effa pula sambung diploma. 

DyLa ambil Literature (Bahasa Inggeris). Asasi sambung ke degree masa nya tidak lama berbanding diploma ke degree.. tapi, apa yang saya nampak, pergi nya sama juga...dua-dua akhirnya dapat sambung dan melanjutkan pelajaran ke menara gading...see?? rezeki x kemana kan. Sesungguhnya rezeki setiap manusia telah di tentukan oleh ALLAH s.w.t yang maha Esa. One more thing, sikap membangga diri itu tidak wajar di amalkan. ape pun yang baik jadikan tauladan. Yang buruk jadikan sempadan. Ape jd pada diorang? DyLa, baru abes degree...dan x silap nk keUS untuk jumpa parents dia dekat sana. Maybe she stay 2-3 years...kot? hehehe...lagi pun dia xdapat kerja lagi. Tapi x tau jugak kalau dia nak sambung Master. Effa, masih lagi menuntut di peringakat Bacelor. Lagi setahun lebih habis la dia... X sangka kan, saya terpanggil untuk menulis tentang mereka. What a small world. Saya kenal dengan mereka berdua...x tau pulak cousin.! 

OhMissWhatEver__said: Tidak ada ape yang memisahkan darjat manusia..kerana disisi tuhan kita semua sama sahaja...Yang membezakan kita semua hanya la AMAL. Hopefully DyLa_Effa u all boleh macam dahulu semula...capai impian u all nak tinggal serumah, bercuti bersama......i know that! Tabah ye Effa..

~Obesiti~

Hye peeps! Sebenar nya da berapa hari ni i amek adik-adik sekolah.. Patut la sekarang masalah obesiti dikalangan kanak-kanak semakin meruncing...sebab..sebab terlalu banyak makanan a.k.a jajan yang kita tau mengandungi kandungi gula, garam dan bahan perwarna yang tinggi..Tapi, nasib baik la adik-adik i bukan jenis kaki jajan. Saya pun pelik la dengan diorang ni. Sebab, jenis x pandai beli makanan dekat kantin. Hari-hari bawak bekal dari rumah. Si saufi ni, sanggup suruh aku antar bekal makanan tengahari bila dia ada kelas tambahan... 

Bagus memang bagus...selain menjimatkan duit, yang pasti makanan dari rumah lebih berkahsiat dari dekat luar. Adik aku yang saufi ni x la slim aku tgk. Berisi jugak, tp berisi sihat. Okay la kan...asalkan x berpenyakit. Yang kecik ni, memang cerewet..macam-macam x makan. So, jangan mimpi la nak makan dekat kantin. First day aku amek diorang dengan mama mia, mama mia belikan ice-blended mocha untuk aku, n manggo untuk Zikri. Nak tgk x??


Okay, terkejut jugak mula2..mahal gile.! Cawan kecil sejengkal ni, dia jual Rm 2.00. Wei RM 2.00 semata-mata beli benda alah ni, x berbaloi. X sihat langsung...Cool Blog pun cawan besar baru RM 3 lebih..puas hati, lagi sedap..siap ada Pearl lagi. Consider la skit, jual dengan budak sekola rendah...jangan pk untung je. Saya faham tu, orang berniaga mana amek pusing itu semua. Yang penting keuntungan... Nak buat macam mana kan..Lagi satu, masa tunggu saufi keluar, i nampak parents masing-masing bawak paper bag mc'd. Wah, kalau parents pun ajar anak makan fast food memang payah la. Makan sekali sekala xpe. Kalau Suda hari-hari, mestila badan anak tu macam di pam-pam...

Erm, so sekarang x pelik la kenapa ramai kanak-kanak se awal sekolah rendah da dapat obesiti....dekat depan sekolah, penuh penjaja-penjaja. Yang jual rojak la, jual ice-cream la, jual ice-blended and ape-ape je la..haish..Budak-budak kan, bila dia nak..mesti kena akur dengan kemahuan dia. Kalau x, abes dia rajuk nya. Jadi ibu bapa hanya turut kan saja, walhal tau makanan tu x elok...So, macam mana nak buat?? My opinion, didik la anak-anak dengan makanan berkahsiat. Memang susah budak nak makan sayur, tapi gantikan dengan vitamin...x pun horlick! yeah.... hehehe...horlick kan ade 3 kilo bayam. ^_^

OhMissWhatEver__said: Agaknya dekat sni memang anak orang kaya-kaya agaknya.. Mama mia kata, ada yang belanja satu hari rm 10...wah-wah adik. Mengalahkan akak. Tau x?? RM 10 tu bajet akak makan dekat U tau..merangkumi pg_ptg_mlm...Kalau ade duit lebih jangan lupa masuk tabung! Pelaburan masa depan tu.....tau!!! Nite dear...mmuaaahhh!

Tuesday, May 10, 2011

~KemaNa Lepas SpM~

SPM...Sijil Pelajaran Malaysia. Yeah, mesti ramai yang berdebar-debar masa nak menduduki exam yang paling besar dalam life korang kan. Mana tidaknya...keluar saja keputusan SPM, secara tidak langsung ia menentukan masa depan korang.. cerah ke, mendung ke..terang ke atau pun kelam. Semua ni adik-adik, bergantung pada diri kamu.. usaha kamu sendiri. Jadi yang x amek SPM lagi, belajar bersunggug-sungguh jangan menyesal kemudian hari...Okay, sekarang ni result matrik da keluar...result upu da keluar..tinggal result politeknik n program luar negara je yang x tau lagi kan... Kepada yang dapat upu, dapat matrik...tahniah ye akak ucapkan.

Perjalanan kita jauh lagi adik2..jauh sangat. Akak pun pernah menghadapinya..bukan akak je. Tapi orang lain pun kan..Keputusan akak xdela cemerlang. Senang cite memang x cemerlang la...huhu. Tapi yang penting kredit, kecuali fizik n kimia. Serius, x tipu ni...Mai kita kongsi cerita okay.. Dulu masa zaman persekolahan, akak cuma masuk sekolah harian biasa je..Tak dapat masuk sekolah asrama penuh ke, ape ke...than naik form 4 n 5 akak masuk SM Teknik Tanjung Puteri. Terus terang, akak bukan nya seorang yang top dalam pelajaran ni. No,no,no...antara akak dengan adik-beradik yang lain, diorang sangat menonjol. Adik akak no 2 tu, dari kecik-kecik memang da nampak kepandaian nya.. Dia dapat anugerah akademik..dapat terbaik aliran, dapat terbaik matematik. Than dapat masuk sekolah Sains Bandar Penawar, Kota Tinggi..yang no 3 pulak dapat masuk MRSM dekat Muar..tp akak?? Akak xde tu semua dik...Akak cuma wakil sekolah dalam sport.Olahraga n Hoki...hehehe.

Yeah2...tu je..Lepas form 5, da keluar result...result yang sangat x memberangsangkan.. Time tu semua apply kecualii matrik, akak sedar akak x layak untuk apply matrik. Apply U untuk diploma, x dapat. Kecewa wok. Tunggu keputusan poli pulak..tu pun x dapat. Time tu rasa macam nak pengsan...nak pitam. Gelap rasa dunia aku. Ape nak jadi ni kalau x dapat sambung study?? time tu sedey sangat. I didn't have any choice. Yang ade cuma...FORM 6. Ye, itu je...Nak x nak *berat hati nak g, tau x?* akak masuk jugak...Tp, cuma 2 minggu je. X lama lepas tu, rayuan poli keluar..Alhamdulillah akak dapat masuk Politeknik Sultan Idris Shah, Sabak Bernam. Dapat course Diploma Kejuruteraan Alam Sekitar. Err...ape ni alam sekitar?? aku apply kejuruteraan awam n ukur bahan. Mentang-mentang la rayuan dia campak aku ikut suka-suka je...*sedey lagi* Tapi lepas tuu..baru akak tau, rupanya course alam sekitar ni cuma ada dekat 1 tempat sahaja..iaitu Sabak Bernam. Poli lain semua xde. And untuk masuk course ni, dia cuma pilih best in the best. Faham x?? Senang cite, dia x amek ramai-ramai...course lain semua ada 2 kelas. Tapi kiotang cuma ade 1 kelas je..Setelah kepoh-kepoh, diorang ni pun dapat lepas rayuan..

I admit, diorang ni semua power la beb. Mana x nya, result spm diorang semua 4, 5A ke atas. Di bandingkan dengan akak yang cuma dapat 2A je. Rasa sangat kerdil tau...Tp, akak percaya selagi kita berusaha insyaallah kejayaan itu sentiasa ada. Bayangkan, akak xde basic Fizik yang kuat...first sem amek sains juruteknik..menangis-nangis belajar benda alah ni. Susah macam mana bagai pun, akak kene jugak buat kan. Time tu cuma kawan-kawan je ada, kawan-kawan je support.. Asal susah belajar je, ingat mak ayah..ingat pesan diorang. Akak x nak diorang kecewa lagi. Dan akak akan buktikan, even i poli pun one day akan masuk U jugak. Frankly speaking, i did it! ^_^ Pengalaman  manis sepanjang 3 tahun dekat poli, pointer akak x pernah bawah 3.5...and  my CGPA at the end of semester  3.64 (walaupun x tinggi mana, tapi dengan usaha sendri kita akan rasa puas hati). Akak mampu beat mereka-mereka yang lain...so, adik-adik..akak tidak cukup bagus. Dan akak bukan dikalangan yang terbaik..Cuma, ape yang akak cuma nak sampaikan, jangan putus asa walaupun SPM u all x cemerlang..Akak bukan nak menunjuk. Bukan..akak cuma nak u all nilai, rasa sendiri macam mana life akak. Akak cuma nak bagitau..result spm akak yang x cemerlang dulu, mampu ubah life akak sekarang. Ape tah lagi result spm kamu semua. Akak yakin mesti lebih cemerlang dari akak kan..

Dengan keputusan diploma sem 5, akak apply UPU..masa ni akak redha. Kalau ditakdrikan aku dapat, insyaallah akak sambung, If xdapat, memang balik  minx kerja. U know, akak di offer kerja masa  x abis study lagi. Akak boleh pilih nak masuk Lab atau Safety..Jadi safety officer, gaji lumayan okay...Diploma pun gaji da cecah RM 3+++....kalau degree?? Mesti la double kn? Tapi, akak dapat tawaran sambung belajar...so, i proceed. Itu impian dan cita-cita yang akak idamkan..Harapan emak dan ayah akak. Lagipun, makcik2 semua cakap...muda lagi nak kerja..Belajar la, nnti senang...Yeah, betul juga. Saya pun x ready nak kerja lagi..hehehe. Zaman belajar sangat enjoy. Ye, x payah nak pk mengadap boss, untung rugi syarikat...yang penting assignment, jaga pointer, g kelas..da setel kan?

Finally, keputusan UPU keluar..so, akak diterima masuk ke UPM..and adik akak dapat masuk UTHM. Actually, bangga juga kerana menjadi sebahagian warga upm. Sebab ia diantara research universiti and merupakan u yang ramai foreigner student. So, rasa macam kat oversea laa...hahaha. Selain itu, UPM juga berada kedudukan yang selesa dalam senarai universiti di seluruh dunia. Jangan bandingkan dengan Harvard ke Cambridge ke..diorang memang la top.  Masuk U mental kene kuat, Kalau x kuat, tu yang berhenti, di buang U...and whatever. Lagi satu adik-adik, akak nak nasihatkan.. Kalau betul nak study, apply. Kalau rase saja gatal-gatal apply baik x payah. Sebab nak amik adik sorang diorang terpaksa tolak permohonan orang lain. Jangan main-main dengan future orang lain.. ingat pesan akak ni k.

Akhir kata, adik-adik luar sana, sambung la belajar selagi anda mampu. Jangan jadikan alasan masalah kewangan. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Skrg ni macam-macam institusi, badan-badan yang tawarkan biasiswa and bantuan2. Even PTPTN pun da luluskan drpd pinjaman kpd biasiswa sekiranya u all dapat ijazah kelas pertama. Sasaran negara kita untuk jadi sebuah negara maju menjelang 2020 ialah, masyarakat yang berasaskan pengetahuan dan berpendidikan tinggi. Jadi adik-adik, zaman akak da lepas...sekarang zaman adik-adik pulak. U all semua bakal pelapis negara. Bakal pemimpin negara...Pilih jalan yang betul..jangan rosakkan masa depan dengan perkara yang x berfaedah. Okay?

My konvokesyen...time ni nampak berisi kan? huhuhu...>bahagia<

OhMissWhatEver__said: Gudluck dear! Akak doakan yang terbaik untuk adik-adik semua....^_^