Monday, February 20, 2012

~Back to Campus~

Assalammualaikum....

Hello readers n viewers... da breakfast belum.? ke terus makan tengah hari..? hehehe.. yeah bebeh, bermula suda semester baru. 4 more sem to go. Chayok chayok aiNa~! Alhamdulillah, selamat sampai ke uni pada hari sabtu lepas. Sudah selesai punggah barang dari stor ke tingkat 3, bilik pun wa da settle kan. Terasa muslce ku betul-betul cedera parah...

Well, cuti selama sebulan telah pun tamat. Wake up aiNa.!! andai nya aku tak on9, tak menghupdate blog, itu tanda nya aku busy tak pun line wifi or brokband aku cam siput sedut... (>_______<). Kawan-kawan, doa kan aku berjaya mengenggam segulung ijazah k. Makin lama makin mencabar dan semakin susah. Insyaallah, mudah-mudahan aku kuat mengharungi badai....dan dipermudahkan segala urusan. 

Ada kesempatan, aku aku kongsi kan segala cerita, kenangan dan akitiviti yang menarik. Sharing is loving kaaaaaaaann..? huhuhu. Babai sayam -sayam semua. Ada masa membebel lagi hokeh.

3 bag itu normal..... huhuhu..

Bersama Mella (gambar diatas).. Muka baru bangun tidur memasing. Nasib baik tudung tak senget benget.  

OhMissWhatEver __said : Perut lapar. jom lunch sama-sama.. (^_____^)



Wednesday, February 15, 2012

~Cara Mengatasi Kekecewaan~

Assalammualaikum....

Sebagai manusia kita memang takkan lari dari perasaan kecewa a.k.a di kecewakan dan sebagainya. Sukar untuk kita cari ketenangan dan kebahagiaan perasaan. Kebahagiaan tak datang bergolek, ia perlu di cari dan di usahakan. Kecewa ni tak semestinya bila putus cinta saja.. boleh jadi kecewa sebab perniagaan kurang memberangsangkan, kecewa bila tak dapat naik pangkat, kecewa dengan keputusan exam dan sebagainya. 

Bila kita kecewa, ingatlah bahawa kita sedang diuji. Jangan amek jalan pintas untuk selesai kan masalah dengan cara minum racun, bunuh diri, terjun bangunan dan lain-lain. Banyak-banyak kan lah ber-istighfar... Pelbagai cara yang boleh kita gunakan untuk tewaskan kekecewaan dan undang kebahagiaan... (^____^). Hindari kekecewaan dengan....


Bersihkan pemikiran
Cara kita berfikir terbahagi kepada dua iaitu positif atau negatif... fikiran positif seperti melihat kebaikan di dalam diri, persekitaran dan orang lain. Sentiasa muhasabah kekurangan diri.. kerana kita manusia dan kita  tidak sempurna. Tidak mudah putus asa. Anggap kegagalan sebagai pembakar semangat. 


Lakukan sesuatu
Yup..lakukan sesuatu.~!  Bila tak ada benda nak buat, perasaan kecewa itu sentiasa menghantui diri kita. Buat apa semua tak kene. Sekejap termenung, kejap menangis dan ini akan membuatkan u olls jadi pemurung. So, sampai bila nak takut dengan bayang-bayang sendiri..? Busy kan diri anda dengan kerja, habiskan masa dengan kawan-kawan. Shopping, vocation and what so ever. Lagi satu, banyak kan berdoa, mohon petunjuk dari ALLAH, perbanyakan amalan dan jangan tinggal solat. Elakkan duduk sorang-sorang. Kalau rasa nak makan, makan sampai lebam pun tak ape.. huhuhu.. (~____~)


Cari kegembiraan
Cari kegembiraan biar betul pada jalannya... bukan dengan cara meneguk todi. Itu cari bala dan dosa ye kawan-kawan. First thing first, kita kena gembira kan diri sendiri dulu. Jangan harapkan orang lain untuk happy kan kita. Buat something yang u olls enjoy... Bila kita ceria, secara tidak langsung kekecewaan itu akan terkikis sedikit demi sedikit.. 


Jauhkan rasa kecewa
Setiap manusia melakukan kesilapan. Well, itu normal okay~!!  Manusia yang sempurna ialah mereka  yang menyesali kesilapan yang di lakukan dan bertekad untuk tidak mengulanginya, sanggup maaf dan melupakan apa yang berlaku. Hapuskan rasa bersalah dalam diri kerana perasaan bersalah itu akan membuat kan anda semakin stress...


Rendahkan harapan
Yup...last but not least. Harapan boleh memberi tekanan. Semua orang mempunyai matlamat, impian, cita-cita dan juga keinginan. So, untuk mencapai semua perkara yang di hajati ia perlulah seiring dengan usaha, tenaga dan juga keupayaan seseorang individu. Kalau cakap berkobar-kobar tapi tiada usaha, tak guna juga. Rezeki tak kan datang bergolek. Tapi tuah manusia kita tak nampak. (^^,) Rezeki ALLAH ini luas. Dimana ada kemahuan di situ lah terbentang laluan-nya.




OhMissWhatEver__said :  Kekecewaan itu merupakan satu daripada ujian ALLAH. Peringatan agar manusia lebih berhati-hati di masa hadapan... (^____^)


Monday, February 13, 2012

~Cara Mengurat yang Lapuk~

Assalammualaikum...

Lately ni aku memang malas nak meng-hupdate blog. Rasa berat je tulang tangan dan jari jemari ni nak menari ikut rentak keyboard. So, jiwa wa tengah bosan... jom berkongsi cerita guwa. Hoho... Aku kan selalu jumpa cara-cara atau kaedah mengurat murahan. Contohnya...


"Assalammualaikum, hai cik adik.....manis nya arini.. tak jawab salam dosa tau, kalau jawab gatal..."


What the food~!! Biasa nya si pemberi salam adalah lelaki... hello, apa motif kau..? dari pandangan mata kasar aku, orang yang suka buat macam ni biasanya suka jalan berkelompok. Nak tunjuk yang diri tu hebat sangat depan kengkawan. Yang si kawan-kawan ni pulak duduk sorak sana sini, tersengih-sengih macam kerang busuk bila nampak geng sendiri usha awek. Bajet hot or bajet cool..? Depan perempuan nak tunjuk lagak macam ni, haish der zaman sekarang perempuan pun tak pandang laa. Cara lapuk.

Nak flirting pun berpada-pada... tak kene cara silap hari bulan merasa makan kasut merah stilleto karang. (^^,). Belajar beradab sikit. Sebagai perempuan opkos la nak lelaki yang gentle. Kenal secara proper... Kalau nak mengurat pun cuak, ape lagi bila datang nak pinang anak orang. Kan..? Takut salam perkenalan korang di reject ke..? Do take a risk...and play it smart guys..~! dan seperkara lagi, aku paling anti bila......tak di layan si lelaki mula la protes dengan cara cenggini....


" Hek eleh...woi, kau engat muka kau tu cun melecun sangat ke.... cun lagi antu kak limah tu laa..."


"Ingat market sangat ke lu ni.....blah laaa..."


Kepala lutut kau la kan... da kalau dia tak cun kau nak tackle buat ape..?  hah tu kata-kata bila umpan tak mengena. Takkan la sekali usha terus awek tu nak tergedik-gedik. Sebagai perempuan, kitorang ada sifat malu dan tak sudi bila air muka di jatuhkan di khalayak ramai.. sama juga dengan lelaki. Fikir dahulu sebelum bertindak. Nak kenal seseorang, nak tackle awek biar kena pada cara... Jangan guna taktik lapuk udah lee. Berani ngurat, berani tanggung! haha...keluar da peribahasa aku. 


OhMissWhatEver __said :  Hug n kisses....! (^__^) nite dear. muah.!