Sunday, March 4, 2012

~Zureen Suka Sushi~

Assalammualaikum.....

Olla..~! due date da dekat da... wa ketepikan sekejap segala mak nenek lab report mahupun assignment semata-mata untuk menyempurnakan eseiman GBS dari tok ketuat. Huhuhu..Zureen sukasushi ni ape nya..? nama makanan ka...? ouh i loike sushi. Ni bukan sejenis nama sushi baru. Tapi, ini merupakan owner blog yang suka sushi. Eh, zureen kita sama laa suka makan sushi~! Zureen suka sushi kaan..?? kan.? muehehe.. (^^,)



I proceed, blogger comel lotte ini ialah Azureen Amjah, dilahirkan pada 16 February 1991. Lives in Keningau, Sabah. Penuntut seni visual di IPG kampus Keningau Sabah. Bakal cikgu ni hokeh.~! So, nama blog pun da comel sama macam tuannya. Layout pun cuN. Entry yang sangat simple, tapi menarik dan pastinya readers tertarik. Penggunaan kartun kiut miut mampu membuat kita tersenyum. Serius comel dan sangat kreatif... I love in it~!

Beliau ber-blogging disebabkan minat yang mendalam. Kiranya tiada paksaan mahupun paksa rela.. semua nya sukarela. (^^,). Untuk mengisi masa lapang dan mencari kawan, masa terluang di gunakan untuk berkongsi cerita... yeah, sharing is caring.! Dan bonus dari ber-blogging kita akan berkenalan dengan ramai orang. Seterusnya mengeratkan hubungan silaturahim. Sepatah dua kata dari zureen....

" Zureen ni pemalu, jadi nak luah kan apa pun semua nya dekat blog.... Nak nakal-nakal pun dekat blog. Realiti nya, zureen sangat pemalu~!! Tak biasa mesra dengan orang......"

Naaaa.... fact is zureen pemalu. Tapi dia tak sombong... dia sangat friendly. Betul tak warga GBS...?? (^____^). Pandangan zureen tentang GBS pulak macam mana..??

"Sangat BEST~!!  Kawan-kawan dalam GBS semua sporting......"

Keep it up GBS.!! Memang korang semua sporting tahap petala ke lapan.. huhu. Kita satu kampung ibarat satu keluarga....


OhMissWhatEver__said : Siap sudaaa... sesi kenali Blogger.~!! Dalam kesibukan masih sempat mencuri masa...Keep in touch. (^_____^)



Saturday, February 25, 2012

~Bersyukur Dengan Nikmat-Nya~

Assalammualaikum....

Aku bersyukur di atas segala nikmat dan kurniaan mu ya Allah. Rasa bertuah kerana di lahirkan di bumi Malaysia yang serba cukup dan kaya dengan makanan. Lihat lah kanak-kanak di bawah... mereka hidup dalam keadaan daif dan serba kekurangan... sedangkan disini kita banyak melakukan pembaziran... fikir dan renung-renungkan la...


Before you complain about the taste of your food - Thinks of someone who has nothing to eat and to live.....~!!
Don't complain.......but, says Alhamdulillah for Everything.


OhMissWhatEver_said :  Alhamdulillah.... elakkan pembaziran. Hargai lah nikmat yang kita dapat pada hari ini.


Friday, February 24, 2012

~Show Off.... Perlu Ke..?

Assalammualaikum...


Moning~! First of all, happy besday kepada roomate i Fazrina Ismail. (^^,) Amacam, best tak kene prank...? muehehhe.. Secara tak langsung wa pun kena tempias di baling kek kopi. Huhuhu... sweet 22 sayang~! Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Kepada mereka-mereka yang terlibat, wa sakit tekak hokay banyak sangat ketawa... sangat happening. Happy la kan, baru bukak sem, assignment tak bersusun lagi...


Okay, back to the business... Tak semua perkara atau benda kita perlu show off di khalayak ramai. Betul tak..? contoh nya, status jiwang karat kat Facebook. Perlu ke..? fine, orang lain pun ada bf/gf jugak. Tapi tak payah la nak update status selang 3 minit. Orang yang baca pun geli geleman dowh... Siyesly, aku memang tak suka nak hupdate status jiwang-jiwang ni. Macam la kau sorang ada gewe. Gaya mengalahkan orang yang da kawen. Huhuhuhu.. mesej via phone sudaaa, ada privacy sikit yedok..? 


Upload gambar. Yup, teknologi serba canggih. Segala gambar mak nenek semua nya nak di tayang. Perlu ke tunjuk gambar-gambar seksey..? suka or bangga..? tak faham (>o<). Segala lurah nak di tayang. Segala lekuk nak di tonjolkan. Desperate sangat ke..? Free je belanja orang tengok. Hape hang dapat..? habuk pun takde.  


Relationship. Perlu ke kita hebah kan satu dunia bahawase nya kita da ada bf/gf...?? Baru bf/gf wei. Belum husband n wife. Alang bertunang pun kita rahsia kan. Ini pulak takde ikatan ape-ape. Da rasmi jadi husband n wife nak umum seluruh pelosok dunia pun takde sapa yang halang. Usah lantang pukul canang. Takut nanti bila tak jadi, diri sendiri jugak yang tanggung. Sama-sama la kita beringat. (^_____^)


Cake Baker Cottage..... Nice~!!


OhMissWhatEver__said : I'm sleepy~! Gudnyte loVe.. (^^,) Mintak-mintak semut tak hurung aku malam ni.. huhuhu.. walau da mandi tapi bau kek masih melekat lagi.