Monday, December 14, 2015

~ Vietnam (Ho Chi Minh City) Part-1 : Sweet Escape ~

Assalammualaikum...

Just nak share my short experience dekat negara bintang tiga... ecehwah. Hihi.. Okay, alhamdulillah bulan Ogos haritu dapat la kejap bercuti dengan kengkawan tenang kan fikiran. Hahaha sempat engko tenang kan fikiran iyeeekk padahal masa tu lagi 2 minggu majlis bertunang iols. Tapi alhamdulillah semua nya berjalan lancar. (^^,) Tapi serius laa takde tempat yang paling best melainkan negara sendiri... cayalaaa Malaysia!. Before cerita lebih melalut, okay meh la aku tunjuk sikit aktiviti, tempat shopping, restoran Halal food, hotel, public transport dan sebagainya buat rujukan awk di luar sana. Mana tau tiba tiba nk ke Vietnam, berfaedah jugak untuk jadi reference uols. Sharing is caring kaaaann.

Buku Merah jangan lupa bawak / renew/ etc etc....
First thing first, jaga lah passport uols sebagaimana uols jaga diri sendiri. Dekat oversea kad pengenalan da tak lakuu da. Hah, first day aku menggelupur laa sebab lepas check in hotel diorang ambik passport kitorang. Tapi tu one of procedure je untuk daftar hotel. Chill je, pegi minum minum kopi dulu (kopi susu moto diorg sedaaappp!), shopping dulu pun takpe. Takde hal. Orang vietnam ramah ramah. Tapi hati hati yee dalam ramah tamah tu kang dia hulur engko kacang sebakul.. hah jenuh nak bayar nok.

Travel Partner.. yuhuuu!
Hah ni kami bertiga, Hahah tengok muka engkorang ni rasa nak gelak je! hadoiii.... Kanan sekali ex-rumate masa dekat UPM nama dia Intan, yang tengah Ella kawan sekolah n satu hostel masa teknik dulu. Walau pun bertiga je tapi meriah macam seploh orang haaahh.. Ni second day dekat vietnam, sempat la hambik gambar dekat area hotel. Before shopping punya lah segak bergaya.. hang tunggu sat g tengok muka lepas nyopping cemana.. Macam makcik pun ado. Okay jom cuci mata apa yg besst bagi perempuann huhu..


Cantik dan murah okay. Price Below rm 100

Rambang mata hakakkk!! wuuuuhuuu

Okay serius, kain cotton dekat sini memang murah *compare dgn malaysia laa.. Hihihi. Masa aku pergi sini, currency kita da drop. So, ringgit memang tak berapa nak laku. Tak tau la sekarang ni. Masa aku pergi 1 juta dong = rm 168. Last tukar 1 juta dong = Rm 178. Bajet ke sana? korang bajet la sendiri.. Tapi serius bajet aku bertiga sorang lebih kurang 1K above. Balik mesia.. habuk je tinggal. Kahhhhhhh.. Tak la, aku okay sikit la tinggal doploh hinggit. Kaah Kahhh,, nasib baik masa balik en. tunang jemput dekat airport. (^^,) Okay, bab nego harga ni memang kau kena power. Bertekak sampai penat. wuhuuuu sebab, harga diorang offer mahal of course. Anggaran diorg bukak harga Rm 35 - Rm 45. Kau memang kena power tawar menawar. Rekod terbaik tawar menawar aku masa dekat sini pernah dapat cotton viscose & english cotton Rm 18-Rm 22.. Hah!! Tak baik tau nak makap harga dengan foreigner. Huhuhu...

Okay uols, Sambung next entry yaaw.. don't expect to high esok i update yang baru noo (if ada masa insyaallah) haha sebab bila teringat eh i ada cerita la nak share baru la i update. Thanks for reading. 


OhMissWhatEver__said : Next kita cerita pasal Chu Chi Tunnel, Muzium Perang, Vietnamese food dan sebagai nya.. (^_^) 




Wednesday, July 15, 2015

~....Nak Jadi Peniaga Online...~

Assalammualaikum....

Salam 28 Ramadhan 1436H. (^_^) Alhamdulillah, hampir sebulan kita berpuasa. Dan  lama sungguh iols tak update blog. Okay, since ada sikit masa terluang.. Kita nak share something yang Insyaallah bermanfaat buat mereka yang minat dan bercita cita untuk buat Online Business. 

Nak jadi peniaga Online ;

Hati kena banyak sabar. Semangat kena kuat. Macam mana pun kerenah customer cuba layan sesabar yang mungkin unless dia melampaui batas, mohon abaikan dia. Rezeki kita bukan dia tentukan. Pegang prinsip rezeki Allah ni luas. Insyaallah ada dekat mana mana sahaja selagi ia nya halal. Bila kita jual barang, promote barang... Ada 3 jenis customer yang akan kita jumpa ;

  • Jenis yang LIKE sahaja. Biarkan, atleast dia 'suka' update kita. Lama lama nanti timbul la minta dia nak tahu atau nak beli barang kita. Jadi chill je relax relax. Tamo marah okay. 
  • Jenis yang KOMEN/MINTAK PM tapi tak beli. Kita beriya iya explain bagai, siap begging harga. Memang kita bagi kaw kaw marked down price, tapi da la taknak beli, Tq pun tak ada cakap boleh pulak jawab 'ouh' 'ok' kekadang tersirap bandung jugak lah hakak ni dik non. Tapi adat lah berniaga. If rezeki bukan milik kita makanan dalam mulut pun boleh jatuh. Tak apa, rezeki Allah tu ada dan datang dalam macam macam bentuk dan cara. Yang penting Nawaitu kita.
  • Jenis yang tak banyak SONGEH. Dia pm, kita reply and explain bla bla bla. Terus deal, buat payment. Hah, Alhamdulillah. =)


Kadang kadang customer ni Demand. Kita as a Seller kena treat customer sama rata. Dia beli atau tak tu belakang cerita. Ni cara kita cari rezeki. Jadi jagalah elok elok periuk nasi kita. If dapat Fussy customer. Sabar lah banyak banyak. Setahun iols run business (boleh follow instagram @aryana_couture) masih jagung lagi, sikit sikit kita susun langkah, banyak sangat yang kita belajar. Masih belajar dan berusaha untuk jadi successful business woman. *one day. Insyaallah. Just a friendly reminder and advance advice buat diri sendiri dan peniaga online yang lain serta bakal peniaga online. Bersaing secara sihat, cari rezeki secara halal. Jangan caras mencaras customer orang. (*_^) Banyak lagi kita nak cerita ni. Insyaallah kita update next time ye! Muahcikeddd. Selamat Hari Raya.! 

Sekian. 





OhMissWhatEver__said : Feel free to visit ig : @aryana_couture. Pelbaga jenis shawl, haflmoon & tudung dari pelbagai material. Yang penting shawl kita handmade & high quality material.! (^_^)






Friday, July 25, 2014

~ Salam Lebaran ~

Assalammualaikum....

Selamat tengah hari.. salam jumaat dan selamat menunaikan kewajipan buat kaum Adam..! (^__^) Hah, segak berbaju melayu ye. Salam Ramadhan ke 27 uols. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Ramadhan bakal melabuhkan tirai nya bila Syawal menjelma. Apa pun, semoga Ramadhan dan Syawal tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelum nya. Aminnn!! 

Ahkak nampak sangat teruja uols! Maklumlaaa.. satgi iols nak balik Penang. Workaholic la kate kan. Hewhewhew. Alhamdulillah, Aidilfitri tahun ni sedikit berbeza bila mana aku telah pun melangkah ke alam pekerjaan. Thank you Allah for the opportunity..! Thank you so much. Tangan yang sebelum ini hanya menerima, Insyaallah tahun ini akan mula memberi. (^___^). So siapa nak duit ghaya dari gaji pertama i ni..? Mai beratur mai..! hehehe.. Doa kam kak aiNa sentiasa di murah kan rezeki ye. 




Akhir kata dengan rendah hati, iols memgucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir dan Batin. Kosong-Kosong ye~! Buat insan istimewa.... Tahun ini Aidilfitri yang kedua awak dalam kehidupan saya. Insyaallah semoga ia nya hingga ke nafas yang terakhir. =) Buat mereka yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, "Hati Hati di jalan raya ye~! Ingat orang tercsayang.." 


Sekian...Bye bye~! 

OhMissWhatEver_said : Dalam kemeriahan Syawal, mari lah kita mendoakan saudara saudara kita di Gaza. Semoga mereka kuat dalam perjuangkan tanah mereka dan agama islam!