Wednesday, June 29, 2016

~ Dairy Ramadhan : Tahun Pertama Sebagai Isteri ~

Assalammualaikum.....


Salam Ramadhan ke 24..! (^_^) 

Sekejap masa berlalu. Ramadhan sudah pun memasuki fasa ke 3. Alhamdulillah. Ehem, macam mana persiapan uols tahun ni..? Persiapan hakak biasa biasa aje.. sederhana. Persiapan kuih raya.? Baru nak bakar kuih Sabtu Ahad ni Insyaallah. Ada la  4 - 5 jenis kuih raya yang di sponsor mak sendiri. Thank you mak! Huhu power jugak mak aku ni, pertengahan puasa da siap 4 jenis kuih. Masa balik JB aritu sempat la hakak bawak balik tart nenas legend beliau. Tapiii sekarang ni Tart nya da tinggal separuh balang dek bantai nya iols laki bini buat kunyah kunya sambil tengok tv! Mak kata balik raya nanti ambik lagi sebalang. Hati berbunga terus jadi taman botani. Muahaha.


Tart tradisi takde gulung-gulung okeeh..

Ramadhan tahun ni opkos la hakak teruja.. Alhamdulillah Ramadhan pertama sebagai isteri. (^^,) Culture shock jugak la kena bersilat dekat dapur seawal 4.30 pagi. Letih pun ada, yela tak biasa. Dulu zaman bujang sahur koboi je.. Buat air makan roti lepas subuh tido balik. Pkul 7 siap siap pergi kerja. Sekarang tak boleh la selfish. Kesian husband kita. (~_^) Buka puasa pun sama, rushing balik keje nak kejar waktu buka. Awal awal dulu hakak masak sahur - buka, terasa tak cukup nafas pun ada. Laa ni cheq tak tahan letih. Memang prefer beli wei. Nasib baik husband jenis tak cerewet. Jadi, kitorang balik kerja sesama singgah la param. Sepanjang puasa ni kami buka makan kurma, air n kuih sesikit lepas solat maghrib berjemaah baru la kitorang makan nasi. Jadi tak la hakak mengah nak solat. Hehehe.. 

Menu sahur pagi tadi sempat la iols masak lauk Sotong Telur Masin. Kalau bangun awal lauk memang bombastik sikit laa. Kalau lambat hakak goreng telur dadar aje diknon.! Tu untung la husband da tolong masak nasi malam, kalau tak makan lauk ajela. Hewhew. 

Nak resepi ke..? (^__^)

Pengalaman tak sempat bersahur tu belum lagi. Mudah-mudahan dapat la bersahur hingga ramadhan terakhir untuk mendapat keberkatan.  Pernah aku n husband terjaga 5.40 pagi mak aiii memang bantai apa yang ada  atas meja. Sempat makan kurma dengan air pun jadik. Ni kes terlambat bangun sebab letih membetis dekat Mood Republik ah ni! Huhuhu tapi tak ape. Pengalaman.

Uols pulak cemana..? Pernah ke terlepas waktu sahur..? Huhuhu.. Okay la nak apply cuti raya ni. Kang tak approve haru jugak husband beraya sensorang! Raya tahun ni sis balik kampung husband. Dia guna kuasa veto dia jadi kena lah hakak ikut. Yela tempat isteri kan di sisi suami. Eceh! Next year turn iols pulak. Kena tolak ansur tak gitu..? Hihihi 

Thanks reading..!


OhMissWhatEver__said : Ada 2 orang lain ni pemenang GA tak send details... Tak dapat pos hari ni lepas raya la ye hakak pos.! Sapa yg da sampai hadiah tu nanti roger roger okeee.. 



Monday, June 27, 2016

~ Pemenang Bertuah GA Raya by Aryana Couture ~

Assalammualaikum.....



Syukur alhamdulillah tamat sudah Giweaway Shawl Raya by Aryana Couture pada hari ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua.. 1st GA ni sis tak expect lebih pun. Dapat 10 orang yang join, sis da bersyukur sampai langit ke tujuh uols. (^^,)  Terima kasih!! Okay di sini ada berita baik.. Pada awal nya hadiah untuk yang bertuah ada 5 sahaja. Tapi di saat akhir ada penambahan hadiah sponsor dari team Terengganu. Rezeki awak awak semua.! 

Mesti berdebar nak tahu siapa yang bertuah kan.? Sabar sabar.. sis yang menaip ni pun terketar ketar (wahhh gituu) Pemilihan pememenang di buat dengan kaedah cabut nama yang bertuah dari 46 orang yang mengambil bahagian. Insyaallah kita akan buat next GA. Mungkin Raya Haji..! Okay jom teruskan dengan misi utama hari ini.! Seminggu sisturrr tak update blog yang pertama busy, yang kedua bagi laluan dekat GA ni sikti.. hehehe..Tanpa membuang kita nak umum kan insan bertuah yang berjaya memiliki shawl dari Aryana Couture ;



♥  Nadhie Wueen

♥  Mummy Dearie

  Rara Aihara


♥  Cik Yanie

♥  Nisha

♥  Cik Hayati

♥  Umie Yana

♥  Akif Imtiya



Mohon email kan details ; 

Nama ;
Alamat ;
No Telefon ;

ke ainayazidwrites@gmail.com / whats app 013 2523620


Take note sikit pada yang bertuah, selewat lewat nya hari esok ye. Sebab last postage 29/6/2016..! Kalau boleh nak la hadiah uols sampai before raya. Baru la boleh selfie selfie dengan shawl gojes raya. (~_^) hehehe. Jadi pada yang tak berjaya kali ini, cuba next GA ye. Tahniah semua..! 

Thanks reading! 


OhMissBlossom__said :  Pada uols yang join, terima kasih atas penyertaan dan sokongan. Insyaallah ada rezeki lain kali kita bersua lagi. (^_^) 




Friday, June 17, 2016

~ Giveaway Shawl Raya by Aryana Couture ~

Assalammualaikum....

Bismillahirrahmanirrahim.... (^^,) 

Alhamdulillah, sudah 12 hari kita berpuasa. Okay okay. Hakak tak nak cite panjang panjang. Team Aryana Couture nak bagi Shawl Raya buat yang bertuah.. Boleh la uols melaram sambil flip shawl raya nanti.! Iols cuma iklan kan saje. Yang memilih pemenang nya admin lain. 1st time ni buat giveaway.. Neves mak! Penyertaan terbuka kepada semua blogger. Jemput join uols.


5 Syarat penyertaan yang mudah ;

1) Buat entry bertajuk " Giveway Shawl Raya by Aryana Couture " dan tepek banner ni sekali 

2) Follow blog Cherry Blossom n Google+ (Jika ada)

3) LIKE page FB Aryana Couture (optional)

4) Tag Kawan Kawan Blogger yang uols nak melaram bersama (~_^)

5) Tinggalkan link entry anda di komen. 

Due date : 26 June 2016 (Ahad)

Jom laa Join ramai -ramai..!!

Okay sila jamu mata dulu. Sebahagian Hadiah buat insan yang bertuah. Kita nak bagi je ni! Rugi tak join. Mana tahu rezeki Ramadhan untung untung bertambah koleksi tudung raya kaaann.  (^^,)

Dull Satin Hot selling. Instant Sarahana n Instant Royal Lace


GA di mulakan dengan meng tag mereka yang terpilih tanpa sengaja ;

Dear Nadhie
Siqah Hussin
JunnHaraa
Kak Zakie
Sis BP
♥ Dear The Athra ♥


Thanks uols! Really appreciate for your support (^^,)



OhMissBlossom__said : Jom join! Meriah kan GA raya kitaaa...