Rentetan dari teaser hakak pada entry lepas, terima lah entry Sg. Palas BOH Tea Centre sebagai mukadimah. Hihihi... Sis rasa macam tak lengkap pulak kalau tak pergi ladang teh dekat Cameron Highland ni. Walaupun iols dengan teh bukan lah ber kawan baik sangat pun.. Tapi bila tengok Ladang Teh yang hijau terbentang luas fluffy macam carpet, dia punya tenang dan nyaman lain machiam betul. (^^,) SubhanaAllah. Cantik sangat!
Sg. Palas Boh Tea Plantation merupakan salah satu tempat perlancongan yang terkenal di dalam dan luar negara. Ramai je okay omputih hirup teh, selfie slefie dekat sini.. Ladang ni terletak 500M dari Kea Farm dan 3.5KM dari Brinchang. Sg. Palas Boh Tea Plantation merupakan 1 dari 3 ladang teh terbesar yang di uruskan oleh Syarikat Ladang Teh Boh Cameron Highlands. Tanaman teh seluas 8,000 ekar ini di beri nama jolokan The big green carpet atau the green wave. (~_^)
Leave my footprint here...! (^_^)
Menge-Teh sat... abaikan shawl penyet di hempap angin dan bibir kering faktor cuaca.! Hewhew
Jangan tak tahu uolsss... Ladang Teh Sg.Palas ni juga merupakan tempat shooting filem Ombak Rindu. Kerlasss. Patut la femes kann. Da sampai sini, takkan hakak nak tengok ladang teh semata. Paling paling harus la pekena teh dulu..! Yedak.? Walaupun bukan best friend, kering jugak tekak ni menapak dan mendaki naik ke Sg. Palas Centre ni. Huhuhu.. Gigih tau nak sampai ke atas, sebab kereta kena park dekat bawah. Hewhew.. Tapi berbaloi..! dapat tengok view cantik, hirup udara segar sambil pekena Chicken pie dan Teh Bukit Chendiang. Apa beza dengan teh biasa..? Hmm jangan di tanya.. hakak minum sebab haus je pastu nama macam menarik sikit. Kekekeke.
Sis nak bagi TIPS sikit sekiranya uols nak ke Ladang Teh Sungai Palas ;
1) Bertolak awal untuk elakkan kesesakan/traffic jam. Jangan tak tahu CH pun reti jam ok!
2) Perjalanan dari kaki ke puncak bukit ladang teh, lebih kurang 3KM. Laluan sangat berbahaya dan berliku. Hati -hati.. Masa aku lalu nak keluar dari Sg.Palas ni hujan.! Cuak iols.
3) Bunyikan Hon uols dekat selekoh tajam. Jalan sempit dekat sini, memang pemandu kena bertolak ansur.. kalau selfish alamat nya jatuh ke ladang teh la kereta korang. Nauzubillahiminzalik..
Hmm harus la fefeeling obesi. Over sangat.!
Okay, tunggu sambungan Lavender Garden pulak ye. (^__^)
OhMissBlossom__said : Rindu dengan udara segar CH. Especially dekat ladang teh ni... Nyaman! Rasa taknak balik Keyell je. Hewhew.
52 comments
Wahhhh seronoknya pergi ladang teh boh
Gunakan topi itu bijak Aina sebab dpt berlindung dari panas.
Sambil tu boleh juga utk posing - cantiklah kakak tengok:)
cantik nyaaa ladang teh... harus la fresh air semua hijau. hehe
pernah singgah sini...mmg seronok
permandangannya cantik
Amboi ala ala englisheee minum teeeea madam, comel. Betul cantik sangat rindu kat ombak rindu :)
memang best pun dekat sini, akak pergi nov tahun lepas, nyaman je rasa walaupun cameron dah tak sesejuk dulu rasanya tapi udara masih segar dan nyaman kan
Siqah kalau ke cameron tak pernah sampai sg palas teh nie. Biasa pergi cameron valley je. Teringin nak ke sini. Tempat pengambaran ombak rindu. Udara kat cameron segar walaupun tak sesejuk dulu. Best je kalau pergi sana :)
LADANG TEH BOH DI CH NI MMG LUAS N NYAMAN SUASANANYA...
saya pun pernah datang sini. paling berminat dkat kafe dia je sebenarnya, heheh pastries dia sedap2!
tenanag je keadaan di sini ;)
Zafirah Nazri : Alhamdulillah.. seronok dear. tenang je rasa =) hehe
Kakzakie Purvit ; hihihi.. thank you kak. =) Tu la blh buat lindung panas n silau.. hehehe.
Anonymous : betul betul.. 100% o2 segar.. hehe
Qhaifa Nur : Betul tu sis.. =) SubhanaAllah.. indah sgt.
babYpose : Hihihi.. tq BP. Kan teringat scene ombak rindu dkt sini. =D Emilya watak lisa surihani mengamok dgn Hariz. kikiki
aryan azra : betul! nyaman je.. aah tak berapa sejuk. Tapi malam2 hujan kak... fuh sejuk sampai tulang pegi dia. hehe
Siqah Hussin : betul tu siqah! aina x sempat singgah cameron valley... next time kena sggah ni.. hehe
paridah : betul tu kak.. Luas yg amat.. sejuk mata memandang. =D
Aisya 사구라 : kaaaann. Kek dia pun menggoda!
Azlinda Azman : Setuju kak..! rasa nak melekat dkt CH je taknak balik.. hehehe
Cantik pemndangan ciptaan Allah nikmat kita memandangnya..
Nyaman!! Seumur idop Kak Mirror tak pernah jejak lagi CH... siannyaaa Kak Mirror 😂😂!!.
Nyaman!! Seumur idop Kak Mirror tak pernah jejak lagi CH... siannyaaa Kak Mirror 😂😂!!.
cantik topi macam nak pinjam je lah heee
pinky memang sesuai dengan Aina
yg hon tu mmg patut. biasa ikut belakang lori, hon deme lg kuat..hihih
Assalam...kak Zai pun suka pergi ladang Teh Sg Palas ni. Suka duduk kat hujung veranda sambil minum teh mkn scone blh tgk view yg cantik.
Lawa model pinky yg bertopi.
Amboi kemain lagikannnnn selpie sesorang tak ajak orang hihi.....
Percaya tak Aina mak dah beberapa kali pergi CH tapi sekali pun tak pernah singgah Teh boh Sg Palas ni. Pertama kali dulu mencari jugak tempat ni tp tak berjumpa. Pergi kendian tu teringin gak nak pergi sini tp tak kesampaian jugak.....
Minum teh sebelah ladang teh memang tak terkata nikmatnya weyh
Haih nampaknya kena pergi CH lagi ni hihi
Kayu Manis : setuju tu kak.. indah alam ciptaan Allah ni. SubhanaAllah..=)
Miss Mirror a.k.a Sam : Hehehe.. ala akk xpe nnti bercuti ke CH pulak ye. =D
Nooriah Abdullah : Thank you kak noor.. Hehehe. Topi bidan terjun ni kak noor.. =D
nuyui a.k.a miss YUI : kaannn! hahhaa mmg tekezut la dgn hon lori... =D
Zaitun : Hehehe thank you kak zai.. Port tu mmg full kak. Aina aim situ tapi malangnya tak de tmpt kosong! huhuhu nasib baik ada meja kosong kat dalam.. rejeki. =D dpt merasa minum teh tepi ladang.. hehe
hainom OKje : Kan makkk! ish kena ni mak. wajib.. Next time alang alang sampai ipoh, blh naik CH.! kikiki... btul tu mak. Nikmat nge teh sebelah ladang teh..! =D
Mmg sedap minum teh sambil angin tiup tiup muka. Hehehe. I spot Handbag cantik..! hihihi C&K kan.?
Amboi dengan topinya..kerlass la aina posing.hehe
memang kena bertolak awal dan kena hati2 ke boh tea palas ni..seriau ja tengok jalan..klu akk yg drive kemut2 ni memang tak berani la jalan sempit berliku camni.huhu..
Kita naik Cameron ritu xsempat pun pegi ladang Teh nih..ish..rugi.lalu jer amik bau kihkih
Kita naik Cameron ritu xsempat pun pegi ladang Teh nih..ish..rugi.lalu jer amik bau kihkih
bestnyaaa!! tmpeat y teringin sgt nk pergi ni... wishlist ct2 tahun depan ni..
Amboi, bukan main lagi! Mengalahkan tourist gitu ^_^ Akak pernah sampai ladang teh ni tapi berzaman dulu. Lepas kahwin memang takda langsung tinggal jejak kat CH ni, Aina. Ingatnya nak jugalah feeling-feeling Ombak Rindu dengan suami kat sini. Anak-anak jadi penonton ^_^
hurmmm besttnyaaa.... jeles plak tetiba.. hehehe... dah lama x naik cameron...
Anonymous : hehehe aah cnk. tq dear..btul! mmg best =)
Puan Kutu : hihihi tq kak... kannn! mmg kena extra careful nn tolerate each other, jln teramat sempit
ct cheery : hehehe.. amek bau pn jadi la yunk! hehehe.. xpe next time kena sggh =)
LYAfrina : Best dear..! Hihihi rekomen ni. =)
Mummydearie : Hahahha.. adoi.. blh bayang cana adik cute n bubbly abg jd penonton! Sila la kak fefeeling dkt CH dgn HD. CH yang sekarang awesome di banding dlu. Walaupun kurang sejuk.. tp nyaman lg. hehe =D
mun : Munn nnti blh pegi dgn hubby! hehehe.. =)
lama dah tak pegi CH..
rindu nak lepak2 ladang teh
hirup teh tarik sambil2 makan scone
wah..rindunya.
Seronok pergi sana tapi satu je... Teh yang dia orang bancuh tu ialah teh biasa yang dijual di kedai tu juga. Bukan teh segar dari ladang. Tapi harga dia RM4 secawan. By the way kita nak kan suasana bukan nakkan teh tu. suasana minum kat tempat tu sambil bersantai yang menjadikan kita sanggup bayar harga RM4 secawan walaupun di kedai mamak cuma RM1.30 je untuk teh yang sama.
Apa-apa pun, sekali sekala merehatkan minda, apa salahnya. Penat-penat cari duit, sesekali manjakan diri pulak.
Khairul Bariah : Wah best best! mmg padu pekena teh dgn scone. =) Emm sedap nya kak. teringat! hehe
Usry Norie : yup true! Sebab suasana tu org kata limited edition.. sekali sekala bercuti, lbh kpd self reward.. kan. =) hehe
Masa g sini kami parking tepi jalan hampar surat khabar makan tghri sambil menikmati view ladang teh... Org lalu lalang kami senyum jerk,nk turun abah xbrpe larat... Pastu sambung g kea farm habiskan duit gaji borong jagung, strawberry,coklat&sayur2an...;-)
Cikna : Seronok kan g kea farm! fuh sayur murah murah.. geram tgk. Fresh pulak tu. hehehe wahh best best makan sambil tgk view ladang teh. tenang je kan dear=)